Nuffnang Ads

Saturday 27 April 2013

DIY: Hantaran kahwin dan bertunang

Assalamualaikum rerakan semua..

Entry kali ni mummy akan ceritakan mengenai hantaran yang mummy buat sendiri...Masa bertunang sampailah ke kahwin memang mummy buat sendiri..jimat kos n minat sebenarnya...Macam biasa sesapa nak tempah boleh jer..kalo boleh bagitau sebulan awal. Kalo minat nak tempah leh tinggalkan comment kat bawah ni..

Jom layan gambar DIY hantaran dan aksesori kahwin yang lain..

Ini hantaran masa mummy bertunang. Temanya hijau turqoise tapi untuk hantaran mummy gunakan bunga kaler krim..kasi kontra skit. Hantaran untuk tunang pun simpel jer..


Songkok dan kain pelekat



Sejadah



Baju nikah dan samping (masa nak menikah baju ni dah tak muat, terpaksa beli kain dan tempah...sobsss...)



Cookies



Buah (last minit ni so gubah pun main hentam jer n guna apa yang ada..stok bunga da habis)



Sirih junjung ni kakak mummy yang gubah..beratttt



Ini pulak cenderahati untuk rombongan belah lelaki dan kawan-kawan rapat..Gambar sebelum masa bereben cantik..yang selepas tu mummy tambah manik utk tangkai n tampal bunga kat atas tu...


Ni pulak gubahan hantaran masa mummy kahwin. Temanya warna purple and pink.









Homemade chocolate...mummy yg buat semua coklat ni..entry lain mummy cite pasal homemade chocolate yer.


Bekas cincin yang dapat free masa assignment Karnival Kahwin kat Kraftangan



Ini bunga pahar. Mummy beli sangkar n gubah sendiri letak reben, bunga n tali..tapi pastikan tali tu kukuh takut tercabut plak. Kat Johor memang terkenal dengan telur masin instead of telur ayam rebus.


Letak kat sebelah pelamin..tapi selalu nak kene langgar masa sesi bergambar..

 
Hand bouquet yang mummy buat sendiri...pun mummy guna masa photo shoot pre-wedding..senang je..cantum-cantum bunga, kasi ikat reben siappp...comel kan..oh ye bunga ni jugak jadi penyelamat sebab masa babah n rombongan sampai babah lupa nak bawak bunga mak andam...punyalah tak sabo nak bersanding sampai lupa.


Ini pulak hantaran yang mummy buatkan untuk kawan seofis yang nak bertunang..mummy buatkan 2 dulang je..tema warna merah hitam.



Bakul buah..buah tu hiasan jer sebab guna buah yg ada dalam peti ais mummy.



Chocolate and cookies



Seperti biasa chocolate mummy yg buatkan. Balang kosong tu untuk letak cookies.


Kepada sesiapa berminat untuk menempah bolehlah tinggalkan komen di bawah..Mummy pun terima tempahan coklat juga..Nanti mummy buat entry coklat pulak ye...terima kasih sebab sudi baca blog mummy..Wassalam...

Friday 26 April 2013

2 Tahun Usia Perkahwinan kami...Alhamdulillahhhh




Assalamualaikum rerakan semua..

Fuhhh...penat sungguh la time-time PRU ni..mummy rasa kami yang terlibat dalam team PM/TPM ni lagi penat kot sebabnya hari ni kat Selangor, lusa kat Perak, tulat kat Pahang...tapi apa2 pun enjoy sebab bukan senang nak cover event 5 tahun sekali ni kan.

Ok..takmo cite soal PRU kerana undi anda adalah rahsia..oh ye sampai hari ni mummy lum dapat lagi surat undi pos..huhuhuh...

Berbalik pada tajuk entry kali ni...Alhamdulillah pada 3 April lepas genap dua tahun usia perkahwinan mummy ngan babah...Tahun ni memang akan diingati sebab tarikh tu jugaklah PM genap empat tahun tadbir negara n hari tu jugak PM umum bubar Parlimen...seleberet?? Sampai skang tak sempat lagi nak celebrate walaupun setakat makan-makan sebab mummy ngan babah tengah sibuk..balik pun memalam je..kesian Zahra...huhuh..


Pre-wedding di Putrajaya

Dalam blog ni mummy nak share cerita cinta mummy n babah...Segalanya bermula pada Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor tahun 2010. Al kisahnya pada satu hari mummy ada asignment kat mana lupa plak...Dipendekkan cerita babah yang tegur mummy masa tu..tanya nama, dari mana, asal mana..dalam hati mummy eh aku malas nak layan sebab masa tu tengah tunggu menteri sampai..so stakat tu je la perbualan kami..


Gambar yang dapat rating tinggi dalam FB...hahaha..semua ingat ini gambar pre-wedding and suggest suh buat kad kahwin guna gambar ni


 2-3 hari lepas tu tetibe abang foto tempat kerja mummy ada sampaikan salam dari sorang mamat..Mummy apa lagi ketawa berdekah-dekah la..gila tak ketawa, yelah dah mcm zaman sekolah dulu je ada org kim salam..lagi satu ada gak ke yang berkenan kat mummy ni..korek punya korek mummy dpt agak babah yang kim salam..

Esoknya kami asignment bersama tapi babah sangattttllaaaaa sombonggggg..langsung tak tegur mummy, sengih apatah lagi kan..mummy je yg mcm tergedik2 depan babah tp babah buat dek..so ok fine..since then mummy langsung tak fikir pasal babah sampailah PRK setel.



Kenduri kahwin yang pertama datang berdua..masa ni kenduri Anne HotFM...baju kebaya ni mummy dah tak muat hokey...uhuk uhuk


Beberapa bulan selepas tu tetibe FB mummy ada mesej daripada babah...hahahah..pandai gak babah ni ye cari mummy dlm FB...pastu kami pun berbalas2 mesej dan chatting sampailah babah mintak nombor fon mummy..


So dating kami yang pertama ialah hari apa mummy sumpah tak ingat..tapi yang pastinya kitorang jumpa lepas mummy balik dari kampung, mummy sampai malam tak lama pas tu babah terus nak jumpa n kitorang minum dekat warung mamak pokok ceri (area sungai besi, dekat ngan opis babah)..yang paling tak leh hengatnyer first day jumpa babah dah ajak mummy kapel..acaner tu...tapi mummy jual mahal..



Fefeling kat kenduri kahwin org..Oh ye abang yang ambil gambar kami masa ni akhirnya jadi official photog kitorang..heheh


2-3 hari lepas tu babah ajak lagi...so melihatkan kesungguhan dan keikhlasan babah mummy pun terima...ntah cane tah leh terima secepat itu..padahal mummy ni da banyak kali frust...mungkin ini yang terakhir kot..fikir mummy...

Kemudian mummy fikir aku dah tua takmo dah bercintan-cintun (gila tak tua da 30 hokey masa tu)..then mummy pun bincang ngan babah jom kawen..babah pun setuju..so dua-dua dah setuju terus kami bincang ngan famili memasing dan alhamdulillah hubungan kami direstui..




Album tunang kami..Pix by Capturepix Studio


Akhirnya kami pun mengikat tali pertunangan pada November 2010, nikah pada April 2011 dan dapat Zahra Januari 2012..Alhamdulillah semuanya terjadi dalam masa yang singkat..Adik Zahra?? Tunggu Zahra setahun setengah dulu...heheh..kalo ada rezeki kami memang tak tolak..

Jom layan gambar kami berdua...hahah syok sendiri je kitorang ni..


Nikah di masjid depan rumah mummy



Cantikkan baju kawen mummy..jatuh cinta pandang pertama masa sampai ke butik..





Sekian dulu coretan malam ni..Wassalam...

Sunday 14 April 2013

Makanan untuk bayi 8 bulan ke atas

Assalamualaikum...

Bertemu lagi kita dalam ruangan masak-memasak untuk bayi anda yang disayangi...heheheh...oklah skang entry untuk makanan bayi berusia 8 bulan ke atas..

Mengikut carta wholesomebabyfood (klik di sini), untuk 8 ke 10 bulan memang banyak makanan yang boleh diberi...Buah seperti tembikai, kelapa (santan), anggur, kiwi...tp mummy bagi santan bila zahra da umur setahun...anggur pun bg da setahun sebab pernah sekali tu zahra makan terus kahak, batuk, selseme sebb buah tu penyebab kahak..

Sayur plak boleh bagi brokoli (1st time intro zahra sembelit, kesian sampai nangis2 masa nak poo poo..so mummy lewatkan skit bagi n 2nd attempt alhamdulillah tak sembelit pun), asparagus (tak pernah bagi lagi), timun, leek, kentang, pepper, bawang.

Bila da 8 bulan pun mummy da start bagi bubur yang chunky utk Zahra..maknanya mummy tak lenyek dlm penapis lagi. Bila da siap masak mummy just lenyek dlm periuk guna pelenyek burger tu. Walaupun Zahra lum tumbuh gigi lagi tapi alhamdulillah dia dapat terima bubur yang kasar sebab gusi dia dah cukup kuat sebenarnya. Poo poo dia pun takde masalah cuma kalau masak sayur tu bagi betul2 empuk dan lembut dulu.

Secara kesimpulannya pada usia 8 bulan, emak2 da boleh tumis2 bubur baby guna pure olive oil yang lebih baik utk bayi dan kita berbanding minyak sawit..Pure olive oil sesuai untuk menumis, extra virgin olive oil (EVOO) pula untuk dressing dan renjis2 mcm salad. Dairy products dan dedaging (sumber protein) juga dah boleh bagi. Jangan lupa 4-day-rule ye mommies.

Mummy mula dengan beri yogurt, olive oil, bawang, tofu, ayam dan kacang peas masa Zahra 8 bulan...Alhamdulillah dia takde alahan, malah bila bagi tofu poo poo dia smooth je..kira mcm pelawas gak tofu ni..tp yogurt Zahra tak suka sgt n nappy rash..Sampai skang kalo beri yogurt memang dia makan skit..




Inilah dia dairy products utk cik Zahra..tofu lembut, cheddar cheese block, full fat yogurt, unsalted butter.




Taufufa versi baby

Ambil sikit tofu lembut dan terap guna penerap biskut yang comel2..kemudian kukus atau rebus sebentar..Angkat dan hidangkan bersama sos buah-buahan..yang ni mummy guna puri kurma yang dicairkan...sedappp...habisla Zahra makan..sesuai utk sarapan ataupun minum petang.



Yang ni pulak Bubur nasi bersama tofu dan puri keledek.

Masak beras perang dan beras putih sampai jadi bubur, kemudian masukkan puri keledek, bila da hampir masak semua masukkan tofu, lenyek, siapp.

Untuk mengetahui khasiat tofu, resepi dan cara penyimpanan bolehlah baca dalam website wholesomebabyfood (klik di sini)

Pada usia 8-10 bulan pun dah boleh dikenalkan dengan keju. Keju yang sesuai ialah keju cedar yang dalam bentuk blok, bukan dalam bentuk slice tu. Ini kerana kandungan sodium (garam, cheese kan masin) dlm sliced cheese agak tinggi berbanding cheese blok. So belilah dlm bentuk blok n bolehlah diparut untuk masuk dalam masakan. Mak bapak pun boleh guna.

Masa mula-mula nak intro keju bila Zahra 9 bulan, mummy kepeningan cane nak intro. Cara masaknya cemane, tapi bila da google dan study dalam HSFFYB, barulah mummy tahu, since Zahra lum makan kuih or roti so mummy pun masuk dalam bubur nasi dan oat. Dia suka. Tapi hari ketiga naik rashes pulak..mummy stop dulu dan 2-3 minggu kemudian try balik dan alhamdulillah takde rashes pun.




Bubur Oat berkeju.

Bahan-bahan:
Oat yang sudah direndam
Labu dipotong-potong
Bawang merah dan bawang putih, 
Sedikit puri kurma
Minyak zaitun untuk menumis.

Cara-cara:
Tumis bawang putih dan bawang merah, masukkan labu, tambah air biar labu empuk. Kemudian masukkan oat, kacau, masukkan puri kurma. Bila da kembang dan da masak masukkan keju yang diparut. Tutup api dan kacau keju sampai cair. Siap.



Inilah rupa bentuknya. Agak likat sebab ada cheese kan. Bubur nasi pun mummy buat mcm tu..Masukkan cheese akhir sekali biar cheese cair.


Sumber protein yang pertama mummy intro adalah ayam masa Zahra 8 bulan. Mummy duk fikir macamana nak bagi ayam kat Zahra, then mummy utarakan soalan kat HSFFYB sama ada sesuai tak ayam dipuri dan difrozenkan...melalui jawapan yang diterima boleh tapi lebih baik bagi fresh setiap hari. Jadi mummy decide untuk permulaan, mummy rebus ayam dan blend sampai halus jadi puri, kemudian mummy frozenkan. Mummy nak ayam tu betul2 hancur. So bila da difrozenkan tinggal masuk je dlm bubur, masak pun tak lama. Alhamdulillah Zahra takde elergi dan dia leh terima. Bila da habis stok puri ayam, mummy bagi  fresh setiap hari. Untuk Zahra mummy beli bahagian dada je, or yg fillet tu sebab dah buang kulit n tulang. Senang nak potong kecik2.

Kentang pula mummy intro masa Zahra 9 bulan dan tiada elergi. Kentang tak sesuai dihidang bersama nasi sebab dua2 karbo dan boleh sebabkan sembelit. Biasanya kalau kita buat sup mesti letak kentang kan. Tapi untuk Zahra mummy tukar kentang kepada lobak. Pernahla mummy try bagi dua-dua mmg susah nak poo poo..kesian dia. Jadi kalo ada hari mummy malas nak masak nasi, mummy tukar pada kentang. 



Atas: Bubur nasi
Bawah: Mashed potato with chicken gravy

Mashed potato ni mummy buat simple je since belum intro butter dan pepper pada Zahra. 
Caranya, kupas kentang, basuh bersih2 dan kukus/rebus kemudian lenyek. Kuahnya pula mummy tumis bawang merah dan putih, masukkan isi ayam skit, air dan homemade stock ayam (nanti mummy cerita dalam entry lain). Kuah ni cair sebab belum intro tepung kat Zahra.



Yang ni nampak jelita sikit sebab mummy campur banyak bahan.

Mashed potato with broccoli sauce

Caranya:
Kukus/rebus kentang, lenyek dengan sedikit unsalted butter (mummy intro masa Zahra 10 bulan..sesuai juga untuk menumis). Ketepikan.

Kuah:
Tumis bawang merah dan putih sampai naik bau, masukkan stok ayam dan air, biar mendidih, masukkan brokoli floret yang dicincang halus, masukkan lada hitam sikit dan tepung jagung untuk pekatkan kuah..siapp

Sesuai juga sebagai travel food.

Sampai sini sahaja entry kali ni..Next episod mummy akan cerita pasal pengenalan telur, tepung dan pasta for baby. Selamat mencuba dan wassalam :)





Saturday 13 April 2013

DIY: Hantaran Bunga Tisu

Assalamualaikum...

Post mummy pasal DIY menjadi popular post gitu...terima kasih kepada yang menjenguk, menyinggah..bukan apa niat mummy untuk berkongsi sahaja...bukankah berkongsi ilmu itu baik kan...

Jadi untuk entry kali ni mummy paparkan gambar hantaran yang mummy buat untuk kakak kesayangan kat ofis menggunakan bunga-bunga tisu yang mummy dah siapkan...Semuanya 7 dulang tapi mummy buat utk 5 dulang je...kuih dan kek mummy just bagi bunga tisu yang dah siap kat bakal pengantin tu utk ditampal kemudian..

So inilah dia hasilnya..Alhamdulillah kakak suka sangat...syukur pada bakat dan anugerah yang ALLAH beri pd mummy...so sesapa yang berminat nak tempah jgn malu segan..harga leh dirunding..ofkos la murah sebab mummy kan amatur jer..bukan tahap pro...Bolehlah leave komen kat sini :)



Set tali pinggang dan wallet...Memula mummy tak bukak kotak ni..tp bila tanya pendapat orang lain diorg kata better bukak..so mummy gam kat hujung kotak tu..




Kain (Babah kata macam uniform hospital...tetttt..)




Cookies




Bekas cincin



Bakul buah

Cara mummy buat hantaran ni mudah sahaja..yang penting semua bunga mesti da siap sebab kerja buat hantaran akan jadi cepat dan semudah ABC gitu...hahah...mummy lapik barang kat atas polisterin..gamkan barang tu supaya nanti tak terjatuh..kalo kain mummy just pin dengan peniti je...boleh juga kalo nak balut polisterin tu tapi since mummy nak penuhkan dengan bunga so mummy tak balut...jimat kos disitu..hheheh...

Bila da gamkan barang hantaran atas polisterin mummy pun mula menggubah..cucuk tang sana, cucuk tang sini, campur2 bunga besar,bunga kecik, daun skit sampai penuh n tak nampak bayang polisterin pun...tp make sure bunga kene balance..kalo tak nampak janggal plak..contohnya bunga kat depan tak sebanyak bunga kat belakang...pandai2la gubah..



Kepada kakakku, Kuniawati dan suaminya abang Otai (nama glamer)..selamat pengantin baru, selamat menjalani kehidupan baru...doa kami semoga berkekalan ke akhir hayat..pst..pst...takmo bagi adik baru kat Aina n Yaya ke...hehehe...

Wassalammm :)