Nuffnang Ads

Wednesday 17 July 2013

Throwback : Zahra's 1st birthday





Assalamualaikum.

Zahra da nak masuk setahun enam bulan baru mummy terhegeh-hegeh nak post pasal birthday Zahra. Maaflah kesibukan melanda di samping banyak post yang que. Heheh. Walaupun tarikh lahir Zahra pada 27 Januari lepas, tapi majlis hari jadi dibuat pada 11 Februari. Ini memandangkan masa tu arwah tokwannya masih berada di HKL. Birthday Zahra pun masa tu raya cina kot sebab tu nek wannya belikan cheongsam ke apa tah tapi pakai seluar untuk Zahra pakai masa majlis tu. Dah sebijik macam amoi pulak. Majlis tu diadakan sederhana je. Just jemput jiran-jiran nek wan dan budak-budak kat flat sebab buat pun kat umah nek wan. Nek wan masakkan mee goreng dan goreng pelbagai jenis nugget. 

Kebanyakan favours utk majlis tu pun mummy buat sendiri. Jom tengok apa yang ada.



Peralatan untuk mummy buat goodie bags. Bahan yang diperlukan ialah paper bag coklat, doilies paper, stiker, alphabetical stamps, avent stamps (mummy copkan huruf kat stamp ni sebab kaler-kaler), double tape dan gam.




Isi kandungannya semua disponsor oleh nek wan. Macam-macam jajan ada. Si kecik ni nak tolong katanya.



Taraaaa...



Rice lollipop chocolate. Mummy buat sendiri. nanti entry lain mummy tunjuk macam mana nak buat yer.






Hiasan backdrop ni air tangan babah. Eh, air tangan ke. Belon ngan banner Happy Birthday tu beli kat kedai party.



Natural fruit cake. Memandangkan Zahra takleh makan manis-manis macam kek biasa yang penuh frosting tu so mummy buat kek daripada buah, ni pun idea dari mommies di HSFFYB. Selain cantik dan berwarna-warni, ia pun sihat dan sedapppp.





Sedapnya makan sendiri buah.



Mummy n babah love u so muchhhhhh...Semoga jadi anak yang cerdik, taat pada agama, hormat pada ibu bapa dan orang tua. 

Wassalam.


Sunday 14 July 2013

Resepi kentang untuk bayi (8-10 bulan)

Assalamualaikum.

Hari ni Ramadan ke-5..banyak hari lagi kita nak berpuasa. Orang ramai pun dah ramai shopping raya, tapi mummy ngan babah tunggu gaji dulu lah..Huhuhu..

Oklah, kali ni mummy nak share resepi kentang untuk bayi. Kentang boleh diberi seawal 8 hingga 10 bulan. Kentang juga adalah sumber karbohidrat so kalau nak campur dengan bubur nasi amat tidak digalakkan kerana dua-duanya sama berat, khuatir nanti anak akan sembelit.

Macam mummy, mummy pernah la test bagi kentang dalam sup Zahra. Ni first time Zahra makan kentang dengan nasi tapi sudahnya dia sembelit, so sejak dari tu memang mummy tak campur. Bila dia da setahun ni barulah mummy test balik letak dalam sup dan alhamdulillah dia ok, poo poo dia pun macam biasa. Mungkin da besar skit baru leh campur ngan nasi, masa baby-baby ni payah skit perut dia nak hadam dua makanan berat sekaligus.

Di sini ada resepi-resepi yang mummy cipta sendiri dan juga dapat dari mommies dari group HSFFYB. Kepada mommies di luar sana kalau nak cuba silakan. Sharing is caring :)



Mashed potato with broccoli sauce

Rebus atau kukus kentang sampai empuk, bila da empuk lenyekkan masukkan unsalted butter skit. 

Untuk kuahnya, tumbuk bawang putih dan merah tumis dengan sedikit minyak, tambah air dan stok ayam, biar mendidih kemudian masukkan broccoli yang sudah dicincang or diblend halus. Biar mendidih masukkan sedikit bancuhan tepung jagung utk pekatkan kuah. Akhir sekali masukkan sedikit lada sulah dan lada hitam. (Sikit je kang kepedasan lak, just untuk perasa je)





Pan grill potato wedges

Kukus or rebus sebentar kentang. (kejap je untuk lembikkan kentang). Bila kentang da sejuk gaulkan dengan bawang putih yang ditumbuk. Grill dalam kuali leper (pan) sampai masak. Sesuai dijadikan finger food.





Baked potato

Belah dua kentang kemudian kukus atau rebus sebentar. Tumiskan bawang putih dan bawang merah, masukkan daging cincang, lobak, tomato. Masukkan sedikit air. Kemudian masukkan hirisan daun sup dan lada sulah sedikit.

Korek bahagian tengah kentang yang sudah dikukus, sapukan olive oil, masukkan inti daging tadi dan tutup dengan grated cheese. Bakar 120 C selama 10-15 minit




Baked Potato Fingers

Panaskan oven 170 C. Kupas kentang, basuh bersih dan potong panjang-panjang or kecik-kecik. Gaulkan dengan minyak zaitun, bawang putih cincang, lada hitam, sedikit serbuk kari. Bakar 30 minit atau sehingga masak. (Jangan terlebih masak nanti keras dan garing pulak)




Bergedel kentang ikan bilis (dalam tupperware kecik)

Kukus atau rebus kentang sampai empuk, lenyek dan ketepikan. Goreng ikan bilis yang sudah direndam semalaman sampai garing, kemudian tumbuk sampai lumat. Gorengkan bawang merah sampai garing macam buat bawang goreng tu. Hiris daun sup. Masukkan ikan bilis, bawang merah dan daun sup ke dalam kentang yang sudah dilenyek, gaul sampai sebati. Bentukkan ikut bentuk suka hati. Celup dalam telur dan golekkan dengan bread crumb buatan sendiri dan goreng.



Potato chips

Basuh kentang, buang kulit dan hiris guna penyagat. Renjiskan minyak zaitun dekat loyang, susun satu-satu hirisan kentang dan bakar pada suhu 160 C selama 5-10 minit.



Selamat mencuba. Wassalam :)

Friday 12 July 2013

Sepupuku kahwin


Assalamualaikum...

Hujung Jun lepas, mummy balik ke kampung mummy di Pontian, Johor seminggu. Babah tak ikut sebab ada kerja, Jumaat lepas kerja baru babah balik naik motor sebab Sabtu kene balik KL pulak ada kelas motor, abis kelas naik flight ke JB dan esoknya kitorang pun balik ke KL.

Selain utk bercuti jumpa mak abah lepas bertungkus-lumus kerja tanpa cuti masa PRU lepas, tujuan balik kali ni sebab sepupuku kahwin. Anak sulung kepada pakcik mummy, adik kepada emak mummy. Kiranya ni kenduri first la bagi family diorang.

Bila ada Zahra mummy memang takleh rewang  sebab dia pun nak rewang sekali, bila dia da start rewang abis semua nak direwangnya, penat mummy..oh ni bukan alasan nak ngelat rewang yer..hehehe. Bila mummy ke dapur dia ikut, bila mummy takde depan mata dia mulalah nangis cari, bila mummy buat kerja dia pun sibuk nak buat jugak. Sudahnya mummy duduk je layankan si Zahra ni.

Time kenduri ni banyak kerepek..macam-macam ada sampailah si kecik ni sibuk tunjuk kat mummy balang kerepek pisang, bila tak bagi abis dia mengamuk, last-last bagilah sekeping untuk rasa, abis sekeping nak lagi dan lagi dan lagi...Ayo la Zahra, kerepek tu masin la nak..Lepas je dia makan mummy terus bagi air masak n suruh dia minum banyak-banyak.

Esoknya masa mummy bungkus kerepek ubi dia pun nak jugak, mummy pun bagilah sekeping macam biasa nak lagi dan lagi sampailah dia terbatuk n tercekik, kerepek tu kan macam tajam. Terus mummy kensel rewang n perhatikan dia jer.

Ada jugak orang yang offer gula-gula lolipop kat Zahra..ohhh a big NOOOO ye cik bunga, sangat manisla haiiii. Ada sorang nenek siap bukakkan lolipop tu dan bagi Zahra seb baik mummy nampak ambil terus dari tangan walaupun nenek tu marah mummy. Sorilah nek, Zahra takleh makan manis lagi, lagipun takmo biasakan dia dengan gula-gula. Ada sorang budak tu dalam 3 tahun kot, jap-jap makan gula-gula, jap jap makan sampai mak dia offer nasi pun tak nak, suruh makan pun tak nak. Itu yang mummy takmo jadi kat Zahra..huhu.

Oklah kita tengok sikit-sikit gambar yang diambil adik mummy ni kat kenduri yang bertemakan warna coklat tu.


Comei tak kak tonnn...yang penting puting dah macam kerongsang dah..hahaha



Nak jalan jer sampai jatuh kene batu calar lutut.



Sebelum hantar babah balik KL..masa ni Zahra tengah tidur. Kiri sekali kakak mummy, makcik mummy n anak kakak.



Bersama anak masing-masing tapi cik Zahra tido lak



Sepupusss...next turn yang baju hijau lepas raya haji



Kumpulan qasidah dari warga Indonesia yang duduk kat sini



Pengantin dah sampaiii...sepupu mummy yang lelaki





Unik kan pelamin ni, luar dari kebiasan, memang natural konsepnya. Sepupu mummy kata pelamin ni dari Batu Pahat jauh tuuu, sesapa yang berkenan pelamin, meja makan or photo booth (mummy tak amek gambar plak) leh search Dedaun kat FB or Instagram



Sepupu Zahra





Meja beradap yang sempoi giler.




Kepada Iman dan Miza, selamat pengantin baru, selamat menjalani kehidupan berumah tangga, selamat memikirkan soal merancang anak (tak payah rancang la on je terus). Tolak ansur, faham-memahami dan komunikasi amat penting dalam kehidupan suami-isteri..

Wassalam...:)





Tuesday 9 July 2013

Selamat menjalani ibadah puasa :)

Assalamualaikum mummies semua.

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk hidup di dunia ini dan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan di samping insan tersayang..syukur Ya ALLAH...Puasa kali ini agak sedih kerana ayah mertua baru sahaja meninggal dunia..yang terasa adalah babah dan ofkos mak mertua..semoga mereka tabah dan sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk arwah..Al-Fatihah..

Puasa tahun ni, mummy ada beberapa perancangan dan insyaALLAH sekiranya diperkenankan akan berjayalah perancangan tu..

1. Solat sunat tarawikh

Mummy berazam nak tarawikh penuh tahun ni dan bersendiri sahaja, tapi kalau time babah ada babah la jadi imam. Memandangkan kerja mummy ni tak tentu masa dan Zahra yang semakin lasak agak sukar untuk mummy nak ke surau untuk berjemaah. Jadi mummy fikir kan boleh kalau solat sendiri walaupun lebih afdal dan besar ganjarannya kalau berjemaah. Yang penting niat dan tekad..insyaALLAH

2. Tidak tidur selepas sahur.

Hahahaha..tah pape kan..sebabnya mummy nak masuk keje awal dan balik awal untuk ambil Zahra memandangkan MIL tak dapat ambil sebab dia buat kuih raya, kesian pulak kalo Zahra tu mengacau BS dia nak bukak puasa kan. So lepas je sahur dan solat subuh, mummy akan bertadarus sekejap dan terus siapkan makanan Zahra, so by 9 mummy mesti dah sampai ofis..yeayyy..

3. Tidak shopping kuih raya dan baju raya

Ye ini memang benar, inilah azam dan tekad mummy hahahha..memandangkan tahun ni mummy kene keje, beraya di KL sahaja so takdela beriya nak raya, kalau balik kampung lain cerita, meriahnya memang terasa. Raya kat KL ni biasa-biasa saja, raya pertama mummy dapat off, itupun duduk di rumah mertua sahaja dan pergi 1 rumah jer sebb babah tak ramai saudara kat KL ni, raya kedua mummy dah keje. Huhu..Lagipun mummy dah anta 4 pasang kain utk buat baju raya merangkap baju kerja..hehehe..so mummy nak beli tudung je...tudung jer tauuu..

Baju kurung Zahra pun mummy dah beli siap2 masa expo baby kat PWTC. sehelai je cukupla..apalah sangat baby setahun enam bulan nak pakai sampai 2-3 helai baju kurung kan, pakai pun kejap je..tu pun dah rasmikan dulu masa kenduri arwah tokwan dia sebab mummy fikir baju ni Zahra akan jarang pakai so pakai je la kat memana pun..cuma mummy nak belikan Zahra tudung..dia sangat suka pakai tudung walaupun 5 minit tahan jadilah..hehehe....gaun dia pun ada yang mummy da beli sebb kenduri kahwin banyak sangat..so baru pakai sekali-dua jer..Oh ye mummy just nak beli kasut Zahra je sebb skang da tak muat sampai terkeluar jari dia..

Babah pulak pun sama..baju melayu takkan beli sebb tahun lepas punya elok lagi, baju kemeja n seluar babah pun baru je beli..So kita sekeluarga berjimat-cermat di raya ini ye.

Kuih memang taknak beli sebab takde orang datang rumah pun beraya..kang beli makan sendiri..bila da gemuk sentap pastu komplen..hahaha...Open house pun tahun ni tak buat kot sebab tahun lepas dah buat..salah satu langkah berjimat-cermat jugak.

Setakat ni tu jelah kot perancangan mummy di bulan mulia ini..mummy nak ucapkan selamat berpuasa kepada rakan-rakan followers mummy, iaitu all gojes mummies kat sini..Semoga ibadah kita ditingkatkan dan diterima ALLAH...

Wassalam..:)