Nuffnang Ads

Sunday 23 June 2013

JJCM : Ayam Penyet Pecel Lele

Assalamualaikum...

Segmen makan-makan hari ni mummy nak cerita pasal ayam penyet. Pertama kali mummy makan hidangan ni kat restoran waroeng penyet di The Curve, Damansara. Kat situ memang sedap especially dia punya crumbs tu..yang tepung kat ayam tu. Rangupp.

Lepas tu banyaklah kedai ayam penyet tumbuh kat KL ni, dari yang original Indonesian termasuklah dari warung orang Melayu. Ayam penyet ni mummy tak sure asal kat belah mana di Indonesia. 

So kali ni mummy nak cerita pasal kedai Ayam Penyet Pecel Lele yang terletak di Kampung Baru. Kedai ni kawan ofis mummy yang kenalkan. Rasanya bolehlah, sambal hijau dia memang pedas. Bagi tekak mummy 3 bintang kot.


Keadaan dalam kedai, dah banyak improvements dah kedai ni, dulu kayu je skang ni da jadi batu. Eh betul ke ayat ni. Orang yang datang makan pun ramai.



Sila fokus kat tempat lampu atas tu, dia guna besen. heheh, dulu lagi banyak recycle items yang diubah suai jadi perhiasan.


Mummy order pecel lele. Ada nasi, sambal hijau, ulam dan sup. Tempe dan tahu asing. Harga RM5.50


Tu dia penuh meja. Ada ayam penyet, pecel lele, tahu tempe goreng, sup tulang. Nyumsss..

Sesiapa yang nak rasa ayam penyet dan pecel lele kat kedai bolehlah ke sana. Kalau dari petronas Kg baru tu masuk simpang yang ada banyak kedai makanan arab, then belok ke kanan, terus lagi, kedai ni depan kedai Celcom.

Selain ayam penyet dan pecel lele, ada bermacam-macam sup, termasuk sup perut, sup lidah..erkkk..

Satu lagi kedai ayam penyet yang mummy suka ialah Ayam Bakar Wong Solo, pun terletak di Kampung Baru, depan masjid jamek, sebelah hospital Kampung Baru. Bagi mummy kat sini lagi nyummsss la. Walaupun ada orang tak suka sebab nasi dia lembik, sambal dia walaupun pedas tapi manis. tapi mummy suka.



Ayam penyet, ada sambal kat atas ayam tu. Harga 1 set ngan air mineral RM10.90


Nilah sambal dan kicap yang manis dan pedas..nyummsss..

Mummy suka pecel lele kat sini, rangup gila n rasa skit rempah yang salut kat ikan tu, ada jugak empal sapi, mcam daging dendeng la. Selain kat Kampung Baru, kedai ni ada cawangan kat area Ampang. Belakang Galaxy Ampang.

Oklah, selamat berjjcm.

Wassalam :)

Wednesday 19 June 2013

DIY: Homemade chocolate




Assalamualaikum.

Seperti yang dijanjikan ini dia hasil DIY mummy. Sebenarnya dah lama mummy buat coklat ni. Semuanya terjadi bila mummy nak kahwin dua tahun lepas. Masa tu almost 70% of my wedding adalah hasil kerja tangan dan idea mummy. So masa tu terfikir nak bagi apa untuk door gift kawan-kawan, saudara-mara dan rombongan sebelah lelaki.

Hasil google, mummy pun dapat inspirasi untuk buat coklat. So mummy pun mulalah google dan tengok YouTube cara-cara nak buat coklat ni. Rupanya bukan guna coklat masakan tapi guna coklat compound. Ada dua jenis coklat iaitu compound dan coverture. 

Compound lebih senang nak kendalikan. Cuma cairkan guna kaedah double-boiler. Kalau coverture tu payah skit sebab kene melalui proses tempering untuk stabilkan suhu coklat yang dah dicairkan tu. Profesional ngan kedai-kedai coklat yang biasanya guna coklat jenis ni.

Mummy guna coklat jenama Beryl's sebab bagi mummy ia murah, buatan Malaysia dan senang nak dapat. Milk chocolate manis sedikit, jadi untuk sedapkan lagi coklat mummy supaya tak terlalu manis mummy tambahkan sedikit dark chocolate yang pahit. So rasa dia balance ala-ala bitter sweet gitu. 

Bila dah kahwin ni mummy pun bukaklah order. Kepada sesiapa yang nak tempah dialu-alukan, sesuai untuk buat hantaran, door gift, akikah, besday dan lain-lainlah. Boleh tinggalkan komen di bawah.

Oh ye selain coklat praline ni, mummy pun ada buat pelbagai jenis lolipop coklat sesuai untuk kanak-kanak. Nanti mummy upload dalam entry lain yer..


Sesuai untuk hantaran, hadiah. Boleh request nak filling apa dan jupe boleh pilih kaler wrap











Selain kotak, boleh letak dalam botol, ini untuk door gift. Ini door gift masa mummy kahwin. Masa ni pakai botol Ikea sebab takde kedai kahwin yang jual botol mcm ni, lepas mummy kahwin barulah ada mcm2 botol..haihh






Ini hantaran untuk babah, mummy buat sendiri coklat tu. Oh yang bulat-bulat kat kotak belakang tu coklat truffle. Boleh request nak isi apa.




Ini perisa baru yang mummy cipta..hahah senang jer. letak jelly bean atas tu siap..cantik kannn






Kalau nak tempah leave comment di bawah ni yer :)

Wassalam.

Tuesday 18 June 2013

Homemade chicken stock n tomato sauce


Assalamualaikum.

Bulan ni mummy agak sibuk sampai nak bukak FB pun tak sempat apatah lagi nak update blog walaupun banyak entry pending. Bulan ni mummy kene attach di meja penyuntingan Bahasa Inggeris. Duduk kat sini memang banyak kerja, belum siap satu stori translate dah datang lagi satu stori dan seterusnya. Nak makan pun kene cepat-cepat takut story banyak and bos cari. Huhu..Tapi pengalaman di sini bagus sebab mummy boleh improve BI mummy. Oh ye dulu mummy dah pernah attached kat desk ni 3 bulan, masa tu mummy tengah pregnant Zahra. Kali ni bos mummy nak senior yang dah pernah attach supaya masuk balik tapi sebulan jer.

Oklah berbalik pada tajuk entry kali ni, mummy nak kongsikan cara membuat stok ayam dan sos tomato sendiri untuk bayi kita. Yang penting tiada garam, gula dan insyaALLAH berkat air tangan ibu yang memasak penuh kasih sayang, maka sedaplah makanan tu nanti walaupun tanpa bahan perasa..Alhamdulillah..:)

Mummy dah buat dua kali stok ayam ni. Mula-mula mummy rebus kaki ayam semata-mata, takde bawang, carrot bagai sebab masa tu Zahra belum pass lagi, tapi tulah, bila dah masuk dalam peti sejuk dah jadi lengkong. Tau tak lengkong tu apa, macam jeli agar-agar la, sebab mula-mula mummy nak buang lemak kat atas tapi eh kenapa semua macam lemak je ni, rupa-rupanya kaki ayam memang macam tu, kolagen yek, takde masalah pun. So kali kedua ni mummy beli rangka ayam seekor dan tambah bahan lain. Stok ni sesuai untuk buat sup, buat nasi ayam dan yang sewaktu dengannyalah. Jom tengok resepi yang mummy dapat dari HSFFYB group ni.



Stok Ayam Homemade

Bahan-bahan:
 Ayam (mummy amek bahagian rangka, leher, kaki dan sedikit isi ayam)
Halia
Lobak
Celery
Bawang besar dan bawang putih
*Kalo nak letak rempah empat beradik pun leh tapi mummy tak letak

Cara-caranya:

Rebus semua bahan yang sudah dibasuh bersih dan dipotong kecik-kecik sampai daging dan ayam hancur. Mummy rebus dalam 8 jam guna api sederhana, sentiasa tambah air.


Bila isi dah hancur, bolehlah tapis dan biarkan sejuk.
Simpan dalam bekas, tutup dan simpan dalam peti sejuk bahagian bawah satu malam.
Esoknya bolehlah dibuang bahagian lemak di atas stok dan tuangkan lebihan stok ke dalam bekas kiub ais.
Simpan dalam freezer 1 malam, esoknya keluarkan dan simpan dalam bekas lain.
Jangan lupa labelkan tarikh. Macam biasa boleh tahan 3 bulan.


Yang ni pulak sos tomato buatan sendiri, sesuai untuk buat mee goreng, mihun goreng especially kalau buat bolognese nilah bahan utamanya. Senang je buat nak dengan tak nak jer..hehehe.pun resepi mummy dapat dari group tu juga.


Mula-mula, basuh bersih-bersih tomato yang dah masak ranum, potongkan macam dalam gambar supaya senang nak buang kulit nanti. Kemudian rebus or kukus. Hasrat nak masukkan dalam blender steamer Avent tak tercapai sebab tak muat. So mummy rebus macam biasa dalam periuk sampai lembik.



Bila tomato dah empuk angkat dan biarkan sejuk dulu. Dah sejuk, kupas kulit dan buang biji, blend bersama bawang besar, bawang putih, lobak dan sedikit serbuk jintan manis sampai halus.



Kemudian bolehlah dimasak sampai nak bau dan dah rasa dah masakla..hahah..ape tah mummy ni.


Macam biasa simpan dan bekukan..



Selamat mencuba ye ibu-ibu sekalian..

Wassalam :)

Tuesday 4 June 2013

Cucur jawa




Assalamualaikum ibu-ibu sekalian.

Hari ni mummy nak cerita pasal kuih feveret mummy masa kecik dulu. Mak mummy rajin gak buat kuih ni. Walaupun bukanlah sebijik macam cucur jawa ni sebab mak mummy guna tepung gandum je semata, so jadi macam cucur yang gebu, sedapppp.

Bila da dewasa ni, mummy lak teringin nak makan tapi sangatlah malasnya nak cairkan gula merah walaupun sangat senang, padahal boleh je telefon mak mummy macam mana nak buat kan, tapi sebab penyakit M begitu menguasai diri so ia asyik dipostponed jer.

Sampailah satu hari mummy tengok kat page Resepi Turun-Temurun dalam FB ramai pulak post gambar cucur ni. Oh nama dia cucur jawa rupanya, pasal apa jawa, entah mummy pun tak tahu. Lantaklah nama apa pun kan asalkan ada nama.

Kaedahnya senang je, ia perlu diperam untuk beberapa jam, tapi mummy tak peram pun terus je goreng dan alhamdulillah menjadi especially kat bahagian tepi yang kerinting tu. Hehehe..babah makan pun tak toleh dah, siap seketul, babah ambil, sampai mummy tahan sebab nak ambil gambar, hahaha.

Tapi kuih ni sesuai dimakan masa panas-panas sebab ia sedikit garing dan boleh jadi keras bila dah sejuk, untuk kurangkan kekerasannya mungkin boleh kurangkan kuantiti tepung beras. Tapi tu lah mummy buat sekali ni, pastu dah tak buat dah. Penyakit M datang lagi.

Jom tengok resepinya.

Bahan-bahannya:

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan air
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula putih (kalau nak kurang manis boleh kurangkan)
sedikit garam

Cara-caranya:

Masak gula merah dan gula putih dengan secawan air. Jangan berketul kemudian biarkan sejuk dulu. Kemudian masukkan gula tadi ke dalam tepung gandum, tepung beras dan garam, kacau, perap semalam lagi bagus dan gebu.




Goreng dengan minyak yang sedang-sedang, api sederhana. Bila minyak dah panas, masukkan adunan sesenduk, goreng satu-satu dalam kuali, siap. 



Kuih ini agak berminyak, jadi pedapkan dulu dengan tisu sebelum masuk ke mulut. Hehehe.



Siap!

Selamat mencuba ye ibu-ibu. 
Wassalam :)