Nuffnang Ads

Thursday 6 February 2014

Pregnant ke??

Assalamualaikum.

Haaa saspen tak tajuk kali ni. Mummy lagi saspen ni sebab dah empat hari lewat period. Tapi mummy tak nakla berharap sangat sebab dah 2 bulan period mummy lewat 2-3 hari. So tunggu seminggu kalau tak datang jugak kita test dulu guna pregnancy test.

Apa yang membuatkan naluri mummy kata mummy ni macam pregnant ialah simptom2 yang mummy dan mungkin babah alami.

Masa Zahra dulu sebelum dapat tau mummy mengandung ialah mummy cepat letih, buat kerja sikit je dah lepak macam buat kerja berat. Pastu mummy kencing tak lawas. Rasa macam nak kencing, tapi tak kencing, pastu bila dah kencing macam tak puas je, tapi yang keluarnya sikit sampai mummy tunggu lagi kot-kot nak terkencing lagi.

Ada masa tu pulak asyik nak terkencing je sampai tak sempat masuk toilet dah terkucil, sampai macam tu sekali, terpaksa bawah pantyliner n spender lebih...hahahah. Pastu rasa macam nak buang air besar, tapi bila masuk toilet duk termenung je. Bila nak kuar rasa macam nak membuang tapi tak. Keliru mak nyahhh.

Tapi kali ni mummy tak rasa semua tu, tapi mummy diserang sakit pinggang kat belakang. Lepas buat kerja rumah, berdiri lama, pinggang mula lah sakit. Tapi tak lama. pastu datang balik. Mummy juga cepat letih dan moody sampai malas nak buat apa-apa. Nak baring jer.

Kelmarin bila period mummy lewat 2 hari, mummy teringat nak google apa tanda-tanda awal kehamilan. So ini yang mummy dapat. Ada juga yang kata sakit belakang, sakit punggung, selesema, batuk, demam, pening tu antara simptom sebab antibodi tengah lemah. Wallahualam.

1. Rasa lapar yang berpanjangan
Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

(Sebelum ni memang asyik makan je. So negative)


2. Perubahan pada warna di sekliling payudara
Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

(Err...yang ni tak pasti sebab tanya babah pun dia pun tak sure sebab kejadian biasanya gelap gelita. Eh)

3. Kerap membuang air kecil
Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

(Takde kot, kalau kat ofis memang asyik ke toilet je sebab sejuk aircond. Kat rumah takde pulak. Negative lagi)


4. Merasa tidak bermaya
Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

(Yang ni positif)

5. Sakit dan tegang pada buah dada
Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

(Hmm...mummy tak perasan la. Tapi bila pangku Zahra dia tekan dada mummy rasa sakit dan senak dada. Relevan ke)


6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari
Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

(Pendarahan takde, tapi senak tu kadang-kadang ada macam rasa nak period)


7. Rasa loya dan muntah
Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

(Awal-awal dulu ada. Skang takde, tapi hari tu babah demam teruk sampai rasa loya, mulut pahit jer)


8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan
Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

(Tak pasti, tapi kadang-kadang rasa nak demam tu macam ada)

9. Missed period
Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.

(Baru 4 hari lewat. Kita tunggu dulu)

10. Ujian air kencing yang positif
Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian.


Sebenarnya mummy pun tak sabar gak. Pagi tadi mummy cari pregnancy test masa Zahra dulu, mummy beli sekotak tapi ada 2 test dalam tu. Tapi dah expired bulan lepas. Lepas hantar Zahra ke rumah babysitter mummy singgah ke farmasi utk beli yang baru.

Sampai rumah, terus test, tapi satu jalur je. Frust memang ada, tapi takpe, sebab mungkin baru lagi, dan mungkin juga kit tu dah expired!! Hahah. Mummy tunggu lagi 5 minit, bayang2 jalur kedua pun takde so buang jela. Negative!!!

Mummy pun dah terbagitau kat babah pasal tanda-tanda ni, terus dia excited. Tapi mummy cakap jangan harap lagi dan jangan bagitau sesiapa lagi sebab tak confirm. Terus dia amek segala beg bawak, mummy lenggang kangkung je masa hantar Zahra dan babah pergi kerja tadi. Gitu kannn..

Apa-apa pun mummy terus berdoa agar dikurniakan zuriat lagi, sebab mummy teringin sangat nak anak ni, tak kisah lelaki ke perempuan, Zahra pun dah 2 tahun, dan suka sangat kat baby.

Takpe, kalau genap seminggu mummy tak datang period kita test lagi. Doakanlah mummy ye, kalau takde rezeki kita cuba usaha lagi. Tungguuuu..

Wassalam :)