Nuffnang Ads

Sunday 19 January 2014

Mummy pulak kene ceri beri.

Assalamualaikum.

Dulu, mummy pernah cerita pasal Zahra muntah-muntah, demam dan cirit-birit, kali ni kena kat mummy pulak.

Alkisahnya pada Khamis, 16 Jan mummy kerja pukul 4 petang. Pagi tu hantar Zahra sekali ngan babah pergi kerja kemudian mummy balik kemas rumah. Nak lunch teringat ada lebihan bubur semalam dan ayam masak kicap yang mummy simpan dalam peti ais.

Mummy tuang bubur dan ayam dalam mangkuk. Bila nak panaskan dalam microwave alamak mangkuk besi la pulak, boleh ke masuk dalam microwave ni. Alah takde masa lah nak tukar, so mummy pun masukkan je tapi kejap je tak sampai 5 minit sebab terdengar bunyi tak bape best dalam microwave tu.

Mummy rasa mangkuk tu panas tapi bubur tu suam-suam je. Tak panas pun, mummy pun makan habiskan dan bersiap nak pergi kerja.

Sampai je kat ofis ok lagi, tetiba mummy pening kepala, rasa macam nak muntah. Mummy makan asam tak hilang loya. Korek-korek cawan yang penuh gula-gula ni adala satu gula-gula perasa mint, makan, tak hilang jugak rasa loya.

Malam tu mummy ada assignment pukul 8.30 malam di PWTC. Selesai kerja pukul 7 mummy nak gi surau solat, tapi tiba-tiba badan ni rasa panas semacam je walaupun aircon ni sejuk menggigil. Adeh nak muntah dah ni, mummy terus grab beg dan masuk toilet. Tak sempat nak tutup pintu toilet kecik dah teruweeekkk..seb baik masuk dalam lubang jamban dan nasib baik takde orang.

Bila dah termuntah tu yang kat bawah pun terasa nak terkeluar sekali. Aduhai parah ni. Banyak pulak tu muntah, setel muntah terceri beri plak. Alhamdulillah..lega sikit, masuk ofis balik untuk minum air sebab tekak perit.

Bila da rasa ok mummy ke surau untuk solat Maghrib, masa rukuk dan sujud tu rasa macam nak termuntah balik. Duk tersekat kat kerongkong ni. Selesai solat mummy cepat-cepat ke kereta sebab dah terasa nak muntah ni, teringat ada plastik kat kereta lepas kemas semalam.

Sampai je apa lagi, uweekkk sekali lagi, tapi air je keluar. Air yang mummy minum tadi. Tengok jam dah pukul 8 malam, ok ke tak aku nak pergi assignment ni. Ok kot, lega dah ni muntah, dah keluar dah semua ni.

Mummy sampai di PWTC pukul 8.15 malam, mummy ok lagi, masuk je dewan tu ramainye terus pening datang balik, loya dan rasa nak terbuang pun datang. Adeh parah ni..memang parah, aku nak wat assignment PM ni takkan nak kuar masuk toilet kot walaupun toilet dekat ngan tempat duduk.

Tak boleh jadi ni, mummy wassap rakan kat ofis untuk datang ke sini dan ganti mummy. Alhamdulillah oc pu izinkan dan suruh mummy balik bila member tu dah datang. Mummy ingat nak tunggu kejap tapi kepala dah pening. Sampai kat kereta mummy baring kejap dan kol babah temankan ke klinik.

Sampai klinik doktor tanya bila last period? 2-3 minggu lepas ke? Tak doktor baru je. (Kalau tak mesti saspek preknen kot..huhuhu). Doktor bagi ubat muntah, cirit-birit, demam, angin dan antibiotik. Nasib baik esok lusa mummy off kalau tak memang MC la.

Esoknya mummy rehat tidur je seharian, bangun pun sandar kat katil sebab masih pening. Muntah dan cirit takde. Zahra pun tak terjaga dah so mama hantar ke rumah baby sitternya. Lagipun dia takut bunyi mesin apek buat tiles kat bilik air rumah mama. Petang tu mummy cuba bangun dan duduk depan tv nak makan bubur mama masak. Walaupun tak lapar dan tak ada selera sangat tapi nak alas perut, satu lagi takut muntah lagi. Tiba-tiba mummy pening dan loya!. Terus mintak babah plastik, air liur dah bergenang dalam mulut, air mata pun sama. Dapat je plastik nah kau..Uweekkk lagi depan babah dan mama. Muntah air je takde bende sebab takde apa masuk dalam badan. Lepas tu lega dan mummy dah boleh makan.

Keesokannya mummy dah sihat sikit dan sisa-sisa pening tu masih ada. Solat pun duduk sebab bila sujud mummy pening.

Hari ni mummy dah kerja dan dah sihat alhamdulillah. Harap-harap sakit mummy sebab keracunan makanan disebabkan bubur dan angin yang terkumpul dalam badan ni je la.

Wassalam. :)

Monday 13 January 2014

Hempedu babah dibuang akibat batu karang

Assalamualaikum.

Pada 15 Disember lepas babah dimasukkan ke hospital akibat sakit perut yang sangat-sangat. Babah mengadu sakit perut dua hari lepas sebab perut kosong, pastu makan mee kari mummy masak yang terpedas. Sudahnya malam tu babah takleh tidur sebab sakit perut. Mummy pun berjaga sebab tolong urut belakang babah. Bila babah minum air panas sakit tak reda, mummy suruh babah minum ubat daun belalai gajah tu. Lepas urut dan makan ubat, sakit babah lega dan babah terus tertidur. Esoknya bangun pagi dah tak sakit dah. Sorry babah sebab masak terpedas. Kadang-kadang mummy terlupa untuk jaga pantang makan babah sebab sakit batu karangnya datang dan pergi.

Ahad tu mummy kerja petang dan babah hantar pergi kerja. Malam tu babah whatsapp mummy kata sakit perut. Mama dah urutkan tapi tak reda jugak, mummy call pun babah tak larat sangat. Dalam pukul 10 babah pergi ke hospital sendiri sebab sakit sangat. Babah ke hospital KPJ Ampang Puteri tapi ramai orang pulak. Then babah ke Hospital Pantai Ampang kat Pandan Indah. Kat situ memang takde orang. Babah terus ke bahagian Kecemasan, dan doktor kata babah kene masuk wad malam tu jugak. Alamak macamana mummy nak balik sebab kereta tak ada. Nasib baik babah ada minta tolong kawannya untuk ambil mummy balik dari kerja dan hantar ke hospital untuk bawak kereta balik. Sebelum balik, mummy bagitau oc untuk minta cuti kecemasan sebab babah kata dia kene buat pembedahan esok jugak.


15 Dis (Ahad)
---------------
Mummy sampai ke Hospital Pantai Ampang pukul 12 lebih tengahmalam. Babah tengah terbaring sambil tangannya didrip. Babah suruh mummy balik tapi mummy nak tunggu sampai babah selesai masuk wad. Babah kata lambat sebab nak tunggu ubat habis baru masuk wad. Oklah mummy balik dan akan datang esok pagi-pagi.


16 Dis (Isnin)
--------------

Mummy sampai dalam pukul 11 lebih sebab dari rumah mama, mummy balik ke rumah Ukay Perdana sebab nak packing barang babah dan barang mummy ngan Zahra yang akan tidur di rumah mama sementara babah warded. Mummy sampai babah tengah tidur. Mummy suruh babah mandi. Lepas makan tengahari, babah dibawa ke bilik scan untuk scan perut babah. Mummy ikut tapi tunggu kat luar je lah. Keluar je dari bilik babah buat lawak kata 'dapat anak kembar'. Hahah..kemudian kami naik ke bilik dan tunggu result scan.

Doktor yang merawat babah dan akan operate babah, Dr George datang dan periksa babah. Baik doktor ni, bagi penerangan sangat detail. Doktor tanya bila awak nak buat operation, babah jawab esokla doktor, lagi lambat lagi sakit tu datang dan pergi. Doktor kemudian terangkan prosedur yang akan dibuat esok. 

Doktor kata operation start pukul 9 pagi dan akan ambil masa lebih kurang satu jam. Mummy kira-kira sempat kot mummy pergi kerja sebab masuk pukul 12 walaupun jauh di sudut hati macam nak mintak EL lagi, tapi nanti apa kata bos sebab kata nak operate hari ni tapi esok pulak.

Tak lama lepas tu bos mummy sms tanya babah macam mana dan nak bagi mummy off straight seminggu. Alhamdulillah. Bolehlah mummy tunggu babah dan jaga babah sepanjang di wad.

Lepas Asar, mummy balik untuk ambil mama dan Zahra melawat babah. Mummy nampak air mata mama bergenang, mungkin sebab teringatkan arwah abah. Zahra pulak mula-mula senyap je tengok babah drip sebab dia teringat kot masa dia warded dulu. Kejap je lepas tu bosan main lari-lari keluar masuk wad. Pukul 9 kami pun balik.



17 Dis (Selasa)
---------------


Mummy sampai ke hospital pukul 8.30 pagi. Babah dah siap pakai baju untuk pembedahan. Mummy sempat beli kuih 3 biji untuk alas perut. Kemudian nurse datang dan kata kejap lagi akan ke ops theater. Sebelum babah dibawa ke bilik pembedahan, mummy peluk, cium dan cium tangan babah sambil pesan kat babah agar selawat sepanjang masa.

Mummy tunggu di luar bilik, kat depan lif. Sambil tu mummy jalan-jalan kat area level 1 tu. Ada bilik menunggu untuk keluarga yang menunggu waris jalani pembedahan, kat situ pun ada wad bersalin. Ada toilet tapi pintunya dikunci, boleh?? Bosan tunggu depan lif, mummy masuk ke bilik menunggu dan berborak dengan sorang kakak yang sedang tunggu anaknya jalani pembedahan jari kaki. Bila anak kakak tu da setel mummy duduk kat luar pulak. Haihla doktor kata satu jam ni dah dekat pukul 11. 

Bila ada sorang petugas masuk bilik bedah tu mummy tanya abang tadi dah setel ke belum, dia kata dah kot doktor tengah periksa. Oh lega, mummy dah nervous bila dah dekat 3 jam tak selesai-selesai lagi.

Pukul 12 lebih, babah ditolak keluar dari bilik pembedahan. Alhamdulillah, semua selesai, babah pun sesekali bukak mata, nurse bagi mummy batu karang yang dikeluarkan dari hempedu babah. Mak aihhh besarnya..macam guli.


Nurse pun bagi satu CD, mummy ingatkan still photo, rupanya video pembedahan babah. Mak aih ada jugak ke. Sampai ke wad babah terus rehat dan tidur. Bila babah bangun dia mintak air. Lunch pun dah ada tapi mummy tak tau boleh makan ke tidak. Mummy tanya nurse dan nurse kata kalau babah minum air tak muntah boleh makan. Lepas minum babah tidur, so mummy makan sikit la lunch babah, nasi dengan kurma ayam. Babah bangun terus makan habis pulak tu. Kesian ye lah dari tengah malam puasa kan.


Mummy tanya babah nak mummy tidur sini ke teman babah. Babah kata ok. Mummy nak tolong kalau babah nak apa-apa, nak kencing ke. Tapi guna kaedah endoskopi apa tah nama dia pesakit memang cepat baik. Petang tu babah dah boleh berjalan dan bangun macam biasa. Eh mummy tak payah tidur pun takpe kot. Tapi takpelah mummy teman babah jugak.

Lepas magrib mummy balik dan ambil mama dan Zahra. Mummy sampai ke hospital, kawan-kawan ofis babah datang melawat. Siap tengok video pembedahan tu lagi, ngeri pulak. Melalui kaedah pembedahan tu, perut babah ditebuk empat lubang, dari lubang tu forsep, kamera dan klip dimasukkan. Lepas hempedu babah dibuang, doktor masukkan satu kantung melalui lubang tu untuk isi hempedu. Masa nak keluarkan hempedu tu bukan main payah nak keluar.

18 Dis (Rabu)
--------------

Bangun pagi, lepas mandi babah ajak jalan-jalan kat hospital. Doktor pun pesan suruh banyak berjalan agar luka pembedahan pulih cepat. Kami jalan ke luar nak breakfast kat warung sebelah hospital. Mummy makan nasi lemak babah makan nasi goreng tak pedas sikit jer.

Kami balik semula ke bilik dan tengahari tu Dr George datang dan kata babah boleh discharge. Alhamdulillah. Doktor pesan boleh makan macam biasa tapi kena kawal pengambilan lemak dan minyak yang akan bentuk kolesterol. Tahap kolesterol babah tinggi sehingga menyebabkan pembentukan batu karang. Hempedu dah takde so peranannya yang memproses jus lemak dan minyak akan diambil alih oleh hati. Sebab tu kena kawal supaya hati tak overwork pula nanti.
   

Setelah semua urusan bil dan ubat selesai, pukul 8 malam lebih jugak baru boleh discharge. Bil babah RM7k++ tapi semua ditanggung oleh insuran company babah. Doktor bagi babah MC sehingga 31 Dis. Dan datang balik untuk pemeriksaan susulan pada 31 Dis tu juga. Bahagianya bila discharge. Hari tu kami tidur di rumah mama semalam sebab mama nak jaga babah dan masakkan untuk babah, sup ikan merah tanpa garam. 

Kesan lepas pembedahan, babah cepat buang air, setiap kali makan je mesti tak tahan nak poo poo punya. Mungkin ini salah satu sebab hempedu dah takde.

31 Dis (Selasa)
---------------

Babah, mummy dan Zahra sampai ke hospital kira-kira pukul 11 pagi. Dalam 30 minit tunggu baru babah dipanggil masuk. Doktor cabut benang yang tak tercantum lagi pada kulit babah dan serahkan laporan kesihatan dan post mortem pada hempedu babah. Pemeriksaan mendapati hempedu babah mengalami keradangan akibat sakit yang dah lama. Yelah bayangkan sakit bulan Ogos, bulan Disember baru operate tu pun sebab dah tak tahan sangat. Lepas ni kami berdua akan jalani kehidupan yang lebih sihat dan amalkan pemakanan yang seimbang. Salah satu azam tahun baru kot.. InsyaAllah.

Setakat ini sahaja, wassalam :)



Friday 10 January 2014

Kisah lalu 2013...cerita masa depan 2014

Assalamualaikum..

Alhamdulillah masih diberi keizinanNya untuk terus menikmati udara 2014 di samping orang-orang tersayang.

Macam-macam kisah yang berlaku sepanjang tahun lepas tapi yang menariknya (tak taulah menarik ke tak) tapi mummy banyak habiskan masa berulang-alik ke klinik dan hospital.

Pada awal tahun arwah bapa mertua sering keluar masuk ke Hospital Kuala Lumpur dan kemudian ke Hospital Serdang sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi pembedahan jantung pada 1 Mei lalu.

Kemudian Zahra pulak dimasukkan ke ward Hospital Pakar Ampang Puteri akibat demam viral. Tiga hari dua malam mummy tidur di situ.

Babah pulak mula didiagnosis kene batu karang pada Ogos..beberapa hari sebelum menyambut hari raya, babah diserang sakit perut yang amat sangat. Akhirnya pada bulan lepas babah jalani pembedahan untuk membuang batu karang dan hempedunya sekali. Nanti mummy akan ceritakan dalam entry lain.

Beberapa hari selepas babah keluar hospital, adik mummy yang bongsu pula dimasukkan ke IJN untuk jalani pembedahan menampal jantungnya yang berlubang. Yang ni pun mummy akan cerita lain ye. Banyak pulak entry pending nih.

Jika dilihat balik dalam entry azam tahun lepas, ada yang tercapai, ada yang tak, ada yang belum ada rezeki. Kami memang merancang untuk membesarkan saiz keluarga, saiz mummy dan babah memang dah sah2 bertambah (ini menidakkan azam tahun lepas nak kurus..hahaha).

Zahra pun bila tengok baby da pandai cakap 'babebabe'...heheh insyaALLAH..mummy dan babah tengah berusaha dan berdoa agar dikurniakan zuriat lagi. Bila Zahra da nak masuk 2 tahun ramai pulak yang menanyakan 'ni je ke anaknya?', 'baru sorang?', 'dah bolehla tu tambah anak, bagi Zahra adik'. Reaksi pertama mummy agak sentap dan sedikit stress sebab bukannya kita taknak anak lagi, dan bukannya kita merancang untuk stop beranak, cuma masih belum ada rezeki lagi. Jadi setiap kali ada orang tanya mummy akan cakap doakanlah Zahra dapat adik ye.

Tahun 2013 juga mummy dan babah berjaya membeli rumah, tapi atas beberapa masalah sehingga sekarang kami masih belum dapat kunci lagi. Tak taulah bila boleh settel. Mummy dan babah dah excited nak renovate rumah dan macam-macam lagi. Takpe sabar dulu.

Itulah sedikit sebanyak coretan yang mummy boleh tulis sepanjang berlaku tahun 2013..InsyaALLAH semoga 2014 lebih baik dan memberikan kami rezeki yang lebih banyak. Mummy juga berazam untuk menjadi isteri yang terbaik dan mummy yang terbest untuk keluarga kami. Dan semoga mummy menjadi insan yang solehah dan beriman. Oh ye mummy teringin nak pergi umrah tahun ni. Doakan mummy ye.

Wassalam.