Nuffnang Ads

Saturday 1 March 2014

Belum ada rezeki...

Assalamualaikum.

Berikutan entry mummy sebelum ni pasal mummy mengandung ke tidak. Jawapannya ialah negatif! Akhirnya setelah 17 hari lewat datang period (tak pernah selewat ini!) mummy berdarah. Alhamdulillah, ALLAH makbulkan doa mummy untuk beri petunjuk sama ada mummy mengandung atau tidak.

Ini sebab mummy ditugaskan untuk ke Dubai, UAE pada 22-25 Feb lepas. Masa mula-mula dapat wassap dari bos kata mummy terpilih untuk mengikut Felda yang menyertai pameran Gulfood 2014 di sana mummy memang eksaited. Yelah last mummy outstation dua tahun lepas, tu pun horror trip tu. Huhuhu..syukur la kan.

Tapi tiba-tiba keterujaan mummy terhenti. Mummy tanya babah kalau pregnant macam mana, boleh ke naik kapal terbang tinggi, tujuh jam pulak tu. Ini sebab ada kes di ofis mummy yang seorang petugas ni bleeding dan keguguran bila dia sampai ke mana tah negara Eropah la. So mummy takut la kan sebab baru lagi. Takut rahim tak kuat.

Mummy pun google cari info pasal pregnancy dan penerbangan. Then mummy dapat tahu pada awal kehamilan dibolehkan naik kapal terbang tapi dengan nasihat doktor, yang tak bolehnya bila dah hujung-hujung nak bersalin. Oooo ok.

Tapi mummy fikir mummy kena confirmkan jugak mummy ni pregnant or tak untuk bagitahu pada ofis supaya kalau apa terjadi di kemudian hari taklah mummy dipersalahkan nanti kan. So mummy decided to pergi klinik cek.

Kami ke Klinik Idzham di Setiawangsa, mak aih ramainya orang, mummy tanya pada nurse ada tak scan untuk baby kat sini, dia kata ada tapi dah lama, imej pun kabur. Nurse kata kalau cek pregnancy kita test urine dulu. Oklah takpe kami pun keluar dan cari klinik lain.

Babah google klinik mana yang ada scan, kemudian kami jumpa Klinik Keluarga kat Sri Rampai dekat dengan Jusco Wangsa Maju. Sampai sana memang takde orang, dan memang ada perkhidmatan scan baby.

Lepas daftar mummy masuk dan cerita kat doktor, tapi doktor suruh kencing dan tunggu 5 minit. Tunggu punya tunggu mana ni tak panggil2 pun, pesakit lain takde. Mummy dah resah gelisah ni. Dalam 15 minit baru mummy dipanggil masuk, dan doktor minta maaf kat mummy sebab tunggu lama, sebabnya dia nak tengok upt test tu ada 2 jalur, tapi malangnya terang-terangan satu jalur je keluar. Doktor kata cuba lagi ye. Scan? Mummy macam takde mood nak mintak doktor scan, sebabnya doktor lelaki pun, babah pun kat luar melayan Zahra main. So takpela. Doktor bagi ubat suruh period. Tapi mummy tak makan pun.

So bila doktor dah sahkan mummy tak mengandung mummy pun tak fikir dah pasal hal tu, tapi duk bersiap-siap nak ke Dubai dengan aman damainya..Heheh..Dua hari sebelum mummy berangkat mummy period.

So takpe mungkin belum rezeki lagi ALLAH nak bagi. Kita cuba lagi ye babah. Mummy fikir positif mungkin masa ni belum sesuai sebab mummy sibuk nak pindah rumah. Nak kemas barang, nak angkat barang, bayangkan kalau mummy mengandung takkan nak suruh babah kemas, abislah barang-barang tu sikit kat sini, sikit kat sana. Heheh sory ye babah.

Rumah baru kami tengah renovation, InsyaALLAH kalau semua berjalan lancar mungkin bulan 3 kami dah boleh pindah. Babah kata buat anak kat rumah baru la, suasana baru, tempat baru, insyaALLAH :)

Wassalam.