Nuffnang Ads

Friday, 18 March 2016

Nur Adibah Zahra bt Nooradzrene 4 tahun.


                       

Assalamualaikum.

Terlebih dahulu saya nak mohon maaf pada diri sendiri dan pembaca/follower atas kekangan masa mengemas kini blog saya ni. Memang kurang masa, nak curi masa bekerja susah, kat rumah lagilah. Broadband pun dah dipulangkan so memang tidaklah bukak laptop tu.

So kali ni saya nak cerita pasal anak dara saya yang dah 4 tahun tu. Alhamdulillah, dah empat tahun, dah jadi kakak, dah boleh diharap (kadang-kadang).

Zahra 3rd birthday

Tahun ni pun kakak dah sekolah. Saya memang plan nak hantar kakak ke sekolah macam play group. Kenapa play group, sebab nak dia bermain sambil belajar sama kawan-kawan, boleh tingkatkan motor skill dia sekali. Saya nak ajar sendiri memang tak sempat, off day pun rumah tak habis kemas. Tu baru anak dua, kalau tiga, empat. Eh jangan salahkan anak ye. Mummy yang tak pandai manage jadual. Huhuhu.

Browse, google punya google, saya jumpa Genius Baby On Board. Menarik tapi....Kelas hanya hujung minggu dan ibu bapa wajib sertai. Nun jauh pulak di Puchong, kelas sejam je start dari pukul 10 pagi. Bayaran pulak RM200 utk berapa sesi tah. Tanya kawan yang pernah hantar anak ke GBOB, katanya ok tapi sekejap je dia hantar anak dia ke sana sebab permainannya macam sama je. Ooo pulak dah. Lagipun kerja macam saya ni takkan nak mintak off day weekend je. Tak bolehhhh, so kita skip la GBOB.

Awal tahun ni ternampak seorang rakan FB post pasal anaknya yang baru enroll Kinder Kaizen. Wow apa tu. Bila disiasat memang play group based school. Dari umur 4 tahun ke 8 tahun. Then saya pun tanya kawan dan dia sangat recommend. Banyak cawangan KK ni dan alhamdulillah ada cawangan di Wangsa Maju, macam memang dijodohkan dan ditakdirkan pulak dengan KK ni. Wangsa Maju tu baru bukak so Februari baru start kelas. Open day nya masa saya kerja pagi, tapi tiba-tiba ada member ofis nak tukar shift. So saya kerja petang, see see mmg berjodoh kan. So akhirnya kakak pun sekolah di KK. Alhamdulillah, dia tak nangis pun suka lagi ada sebab main kan. First day trial class tu tak nak balik. 


Zahra 2nd birthday

Kakak pun dah diaper free. Tapi tidur malam still pakai pampers sebab tak confident lagi. Hari tu babah lupa nak pakaikan, habis toto basah. Bila tidur katil pun cadar tilam semua hancing. Kes lupa jugak nak pakaikan. Cuma baru-baru ni masa dia tidur kat rumah nek wannya, nek wan kata dia bangun sebab nak kencing. Tapi babah tak confident so pakaikan je. Bila pakai pampers pun dia still nak kencing kat toilet. 

Hari tu tak pakaikan pampers pergi sekolah, tapi balik asyiklah bertukar seluar, katanya tak sempat nak cakap dah terkencing, sibuk main sampai lupa nak kencing. Bila dah tak tahan maka terkencinglah dalam seluar. Sudahnya esok saya pakaikan pampers. Tapi balik pampers dah tak pakai. Kiranya dia kencing jugala kat sekolah.

Zahra 1st birthday

Kakak pun dah tak hisap puting. Yeay. Gigi pun sekarang nampak macam teratur sikit. Dulu masa berputing macam mancung ke depan, ke imaginasi saya je. Hahah. Kisahnya sebab puting hilang masa kat kampung. Saya dah jumpa balik tapi sengaja sembunyikan. Bila dia tanya nak puting saya kata Zahra yang hilangkan, mummy tak jumpa. Bila malam pun alhamdulillah dia tak meragam nak puting. Bila dia meragam tu sumbat je botol susu, senyap dan tidur. 

Susu kakak pun dah tukar ke Dugro. Bukan apa kakak pun da besar lagipun sebagai langkah penjimatan. Alhamdulillah first day bagi Dugro dia minum walaupun mula-mula kata tak sedap, bila dah haus dia tetap minum.

Tahun ni tak de celebration, mulanya nak celebrate sekali dengan birthday adik bulan 3, tapi mummy n babah ada masalah kewangan sikit, so tahun ni tengoklah macam mana, mungkin kita potong kek anak beranak je la ye.

Semoga Nur Adibah Zahra menjadi anak yang solehah, bijak, hormat orang tua ye nak. Mummy, Babah dan adik Adeeb sayanggggg kat kakak.




Thursday, 28 January 2016

Bergembiralah di sana wahai anak syurga...






Assalamualaikum.

Pada penghujung Disember 2015, kami sekeluarga dan saudara-mara dikejutkan dengan berita bahawa bayi yang sedang menghitung hari untuk dilahirkan meninggal dunia di dalam kandungan ibunya yang juga sepupu saya. Innalillahiwainnailaihirojiun.

Saya mendapat khabar daripada wassap group saudara-mara. Katanya malam tu mereka suami isteri ingin keluar tengok wayang, lepas tu tiba-tiba sepupu saya sakit perut dan terus dihantar ke Hospital Sungai Buloh sebab itu yang terdekat dengan rumah mereka.

Bila sampai hospital, doktor mengesahkan kandungan sudah meninggal dunia dan disuruh balik dulu dan datang lagi esoknya. Allahuakbar, pilunya bila kandungan yang dibawa selama 9 bulan telah tiada nyawanya.

Esoknya mereka ke hospital lagi, dalam tengah hari baru dapat masuk wad. Doktor kata akan induce untuk mudahkan bersalin secara normal. Semua bertanya kenapa tak operate je, kesian baby tu dalam perut, tak efek ibu ke kalau lama-lama dalam perut tu. Wallahualam.

Sebenyarnya doktor galakkan bersalin secara normal supaya lepas ni boleh mengandung dengan tempoh yang terdekat, kalau operate mau kene tunggu lagi 3 tahun baru boleh mengandung. InsyaAllah rezeki Allah tidak ke mana dan ingatlah perancangan Allah tu yang terhebat.

Selepas kali ketiga induce barulah sepupu saya selamat bersalin dalam pukul 6 petang, yang ni lagi sayu, walaupun saya tak berada di tempat kejadian tapi yelah kita kan pernah bersalin, bila bersalin tiada suara tangisan bayi sedihnya Allahuakbar. Semoga tabah dan kuat buat sepupu dan suaminya. 

Bayi perempuan yang diberi nama Hana Wasilah bt Aqlul Hakimi selamat dikebumikan selepas magrib di kawasan tempat tinggal mereka. Saya sering kali katakan pada sepupu supaya tabah sebab bukan senang berpantang tanpa bayi di sisi. Suaminya pun saya pesan supaya sentiasa teman isterinya dan jangan biarkan isterinya bersedih, meratap, menangis. Sesekali teringat tu biasalah, kena redha dan berzikir dan selawat untuk pulihkan semangat since tak boleh baca Al-Quran sebab nifas.

Baru lepas bersalin, sebelah tu mak kandung sepupu.

Esoknya sepupu saya dibenarkan keluar hospital, masa tu baru saya berkesempatan berjumpa dengan dia, itupun tergesa-gesa sebab dia sibuk uruskan rekod untuk keluar wad. Cuma saya sempat pesan, berpantang elok-elok, sepupu juga tanya macam mana nak jaga luka epi, saya cakap makan oren banyak-banyak.
Saya juga pesan pam susu untuk elakkan bengkak sebab saya dah berangan nak jadikan dia ibu susuan Adeeb sebab stok saya agak merudum lately, tetapi rupanya doktor dah bagi ubat untuk stopkan susu.
Semoga sepupu dan suami tabah, anak syurga sedang menanti kalian di sana. Usaha lagi lepas ni, aminnn.

Punca baby meninggal tidak diketahui sebab ibu bapanya tak mahu baby tu dibedah siasat. Cuma doktor bagi beberapa kemungkinan iaitu lemas terbelit tali pusat, jantung bayi tak cukup develop atau uri rosak dan bayi terkena jangkitan. Apa pun mungkin kandungan lepas ni mereka akan cukup berhati-hati dan banyakkan berdoa. Amin.



Hari pernikahan mereka

Wassalam.



Friday, 18 December 2015

Wound Breakdown dan kisah kuning sebulan Adeeb

Assalamualaikum.

Baru ada peluang nak update blog. Ni pun curi2 masa. Kali ni nak cerita kisah berpantang, luka episotomi dan kuning Adeeb yang sangat lama. Huhuh..Walaupun dah lama berlalu tapi saya tetap nak cerita sekadar pengalaman dan kisah nak throwback utk anak seterusnya. Eh.


Wound Breakdown

Hari keempat kelahiran Adeeb, nurse mula datang ke rumah. Bila dia tengok jahitan katanya ada part macam terbukak atau tak dijahit. Alamak. Biar betul ni. Nurse suruh pergi klinik jumpa doktor hari tu juga tapi saya minta datang esok sebab encek somi kerja sape nak hantar.

Esoknya pagi-pagi suami bawak ke klinik, nasib baik dia dah ejas assignment masuk lambat sikit. Sampai je klinik terus lane ekspres. Bagitahu nurse kat depan tu pastu terus dia suruh masuk nak cek, tak payah pakai nombor pun. Bila dia tengok luka jahitan, dia kata darah nifas tu dah berbau, eh bukan darah tu bau macam tu ke. Nurse kata macam ada jangkitan dan luka pun macam nak bernanah, perghh ngeri pula kita dengar.

Nurse pesan setiap kali kencing mesti tukar pad dan basuh bawah bersih-bersih utk elak jangkitan. Dia tanya ada bawak pad tak, mana nak bawak tatau jadi macam ni. Then dia bagi pad yang gantung punya tu letak je kat panties.

Kemudian jumpa doktor dan baring lagi. Doktor pun kata hal yang sama, berbau dan jahitan macam terbuka. Doktor tulis surat minta refer ke Hospital Ampang untuk cek lebih lanjut.

Dalam perjalanan ke hospital tu saya diam je. Ngeri memikirkan kalau kena jahit balik. Sakit wooo...sakit hari tu pun tak hilang lagi, nak tambah sakit lain lagi ke. Huhuhu. Suami pun diam je drive.

Sampai ke PAC Hospital Ampang terus jumpa doktor, aiseh doktor lelaki la pulak. Redha je la. Permudahkanlah urusan dan ampunilah dosaku ya Allah. Doktor minta izin nak seluk dan dia kata nothing serious, just wound breakdown je. Apa yang doktor kat klinik tu cakap takde menda pun doktor tu kata. So tak payah jahit, just basuh luka hari-hari. Alhamdulillah. Doktor bagi antibiotik dan ubat cuci kaler purple dan minta ke KK berdekatan hari-hari selama seminggu untuk buat dressing. Sebelum balik pun nurse tolong cuci dulu. Nurse tu kata cuci pakai air garam je kak. Bolehke kita cuci sendiri. Dia kata macam susah pulak kita nak cuci better gi klinik kak, katanya.

Esoknya saya tak ke KK pun utk dressing, leceh dan penatlah hari-hari nak pergi klinik. So puaslah google, dan akhirnya saya buat sendiri, masukkan garam ke dalam air suam dan rendam dalam besen dalam 5 minit. Sebelum tu rendam dulu dengan ubat purple tu.

Disebabkan masalah luka episotomi ni, plan nak balik kampung sambung pantang ke sana pun tertangguh sebab seminggu lagi ada appointment kat hospital untuk cek balik luka tu.

Lepas cek-up kat hospital alhamdulillah luka semakin sembuh doktor kata, so tak payah datang lagi untuk cek. Doktor tanya macam mana u cuci, saya cakap guna air garam, doktor kata berapa lama u rendam. Dalam 5 minit saya kata. Doktor kata rendam sampai air suam jadi sejuk. Ooo. Saya bagitahu doktor darah nifas saya da kering, cepat tuu. Doktor kata tak apa, biar kering cepat, jangan sampai lama sangat darah nifas tu. Walaupun dah seminggu kering tapi traces dia masih ada, tompok2 coklat macam darah dah last period tu. Hari ke-40++ saya da start solat, masih solat duduk lagi sebab macam sakit pinggang, sakit kaki lagi. Tapi 2-3 hari lepas tu ada tompok darah lagi. Hari ke-55 solat semula dan alhamdulillah nifas dah habis. Bulan ke-6 period pun datang.

Cerita Berpantang

Masa mengandung, saya berazam untuk berpantang sepenuhnya kali ni sebab masa Zahra dulu pantang gitu-gitu je. Siap tulis resepi berpantang kat dalam buku lagi. Tapi apakan daya, banyak betul cabaran kali ni yang buatkan proses berpantang tu pun jadi ala-ala je. Tapi takdelah sampai tak berpantang langsung.

Boleh dikatakan start berpantang hari keempat. Sebabnya 2 malam kat hospital, hari ketiga tu pulak sibuk balik ke Ukay Perdana rumah sendiri. Dan sama macam Zahra dulu semua saya buat sendiri. Duduk di rumah sendiri selama seminggu, mak mertua pun ikut balik. Dia tolong masakkan lauk berpantang dan jaga Zahra. Mandikan baby saya yang buat. Mak mertua tak berani nak pegang baby takut terlepas katanya. Mak mertua dan suami hanya bantu masakkan air panas dan bawa air panas tu ke bilik air untuk mandian saya.

Saya beli batu tungku masa ekspo baby, tuamkan kat dapur gas, kuat pulak bau dia sampai Zahra takmo masuk bilik, busuk katanya, sanggup dia duduk kat balkoni dan tutup pintu. Kesian pulak tapi mummy kene bertungku nak. Tungku sendiri manja-manja, tekan kat perut, peha, pinggang dan lain-lain part. Tertungku kat breast sudahnya kena bengkak susu, sakit wooo...masa mandi saya lumur daun sirih kat cik b dan kenakan cik b dengan air suam, baru lega sikit. Masa ni pakai bengkung strap je, takdenye nak belit2 payah nau sebab anak nangis nak susu la, kakak nak itu inilah, macam mana mummy nak rehat n manjakan diri. Pilis param pun sendiri buat. Yang ni takde masalah. Saya beli air mandian kat ekspo baby jugak. Tapi macam biasa je tak segar pun, saya hanya pakai 1 paket je. lebihnya bagi adik kat opis.

Masa bawak Adeeb ke hospital untuk cek kuning, masa tu darurat terpaksa langgar pantang sebab mak mertua ikut sekali dan tak sempat masak. Sudahnya beli ayam KFC. Saya makan malam tu gatal kat bawah. Perghhh...ok jangan nak ngengada makan lagi ye.

Hari kelapan baru berurut. Saya dapat contact dari bisnes kad yang diletak kat klinik. Orang melayu bukan indon, kakak ni pun dapat latihan dari LPPKN. So amek dia urut 3 hari dengan tungku skali (dia bagi tungku besi free) total RM150. Sedap dia urut, tp bab tungku tu tak tahan weh panasssss...panas la bagus kasi keluar darah-darah kotor, rahim pun cepat kecut.

Bila Adeeb kene kuning lagilah pantang (yang suruh rehat, jangan gerak banyak tu) entah ke mana sebab hari-hari kene ke klinik amek darah. Huhuhu.

Kali ni pun saya langsung tak ambil pati ikan haruan tu walaupun suami ada beli. Tak lalu lahh..tapi suami belikan ikan haruan fresh. So mak mertua buat sup, bakar. Yang tu lagi lalu dari minum pati yang rasanya macam kicap tu.

Bengkung tali tu pun just pakai 2-3 kali je kat kampung, tak sempat nak pakai sebab strap tu lagi senang dan cepat, cuma tak cover punggung je la. Saya beli yang utk perut je. Pilis dan param pun tak hari-hari pakai sebab pagi2 dah ke klinik. Nak pakai balik thari tu kadang2 terlupa.

Kisah Jaundice Adeeb

Kuning Adeeb dikesan masa hari kelima. Masa tu saya ke klinik untuk cek luka, nurse cek skali Adeeb, nurse kata ada kuning sikit. Tali pusat pun katanya tak cantik, dia suruh saya cuci selalu. Masa photoshoot Adeeb pun saya da perasan sebab dalam gambar nampak kulit Adeeb kuning.

Sebelum discaj ari tu doktor pesan kalau nak cek kuning anak, tekan ibu jari kat dahi, dagu, pipi. Lepas tekan tu kalau kuning kesan tekanan maka memang kene kuning la anak.

Hari keenam, nurse datang rumah dan cek Adeeb, nurse suruh ke klinik untuk ambil darah sebab kuning, nurse minta suami dan mak mertua yang bawak baby ke klinik dan saya rehat je. Dalam hati kalau nangis nak susu cane, tapi takpelah at least saya boleh rehat. Suami pulak terpaksa ambil EL hari tu sebab nak ke klinik.

Tak lama lepas tu, suami call minta saya siap sebab Adeeb kene g hospital, apasal pulak?? Sebab tali pusat bukan sebab kuning walaupun result kuning 254, doktor kata tak tinggi, tapi tali pusat berbau dan bernanah dan minta ke kecemasan hospital untuk cek.

Bila sampai giliran, doktor kata tak berbau pun, siap mintak doktor lagi 1 tolong baukan, doktor tu kata memang ni bau tali pusat, sudahh. Tak bernanah pun doktor kata, kuning yang macam nanah tu memang warna usus, kata doktor tu. Dah dua kali doktor KK ni buat gempak tau. Doktor pun ajar macam mana nak cuci tali pusat baby dengan betul. Mula-mula celupkan cotton bud dengan air panas dan cuci bahagian dalam pusat, kemudian baru letak ubat pink.

Esoknya nurse datang rumah, tanya ada tak doktor suruh ambil darah baby lagi. Saya kata takde siap kata kuning rendah lagi. Nurse tu terkejut sebab dia tengok Adeeb agak kuning dan minta ke hospital untuk ambil darah sebab hari tu hari Sabtu klinik tutup.

Lepas suami assignment minta dia hantarkan ke hospital. Lepas ambil darah kene tunggu dua jam untuk dapatkan result. Lama betul. Kuningnya naik 255, doktor minta datang lagi esok pagi sebab tak ramai orang.

Esoknya ke hospital lagi, turun skit ke 231. Doktor kata esok rehat, lusa baru ke klinik ambil darah lagi.

Balik kampung, masih teruskan rutin ambil darah sebab result Adeeb kejap naik kejap turun. Susu kambing da bagi, mandi ubat kuning pun dah, tapi still macam tu jugak. Saya makan anggur hitam dan perah jusnya bagi kat Adeeb sekali sehari je setiap pagi. Lepas bagi jus anggur tu skit terus bagi susu badan. Orang kata ubatnya susu badan, tapi duk kerap bagi macam tu jugak. Hari-hari ke klinik sampai Adeeb dah imune dengan jarum dia boleh tidor baik punya masa ambil darah. Ada satu hari tu nurse kena ambil darah lebih sikit kat tangan untuk cek hati Adeeb sebab kuning tak turun-turun.

Akhirnya bila dia genap 30 hari, kuning Adeeb pun turun. Terus back to normal. Alhamdulillah.. Masa Zahra dulu sekali je cek kuning. Orang kata anak lelaki lagi lama kuningnya berbanding anak perempuan. Tapi syukur jugak kuning Adeeb tak tinggi sangat sampai kene masuk wad.

Wassalam.

Saturday, 21 November 2015

Maafkan saya :(




Assalamualaikum...

MasyaAllah...rasa bersalahnya saya...tataula buta IT ke..x mengikut arus teknologi ke apa ke..tp memang x dpt notification msg dlm fb ni..sekali bukak byknya message request dr thn 2013 lg..
Kebanyakannya bertanyakan pasal makanan bayi dan hantaran kahwin...huhu..terlepas job xpe..tp terlepas kongsi ilmu dgn ibu2 yg dambakan info pasal pemakanan bayi rasa bersalah sgt..bila xde reply mesti depa ingat sy sombong ke apa..kalau jawab lak..anak2 depa mesti da besar..yg tanya psl hantaran pun silap2 da kahwin..
Tula org nak berblog..awak pun nak tulis blog..org nak bisnes awak pun nk bisnes..
Maafkan sy ibu2 sekalian..bukan niat xmo reply tp mmg x dpt notification..yg tanya dlm blog tu mmg sy reply..maaf jugak sebb lama x apdet blog..
Oh ye..agak bangga jugak bila artis natasha hudson ni pun tgk blog kita dan anak dia makan resepi kita wakkk...alhamdulillah..
InsyaAllah lepas ni nak kongsi psl penyusuan pulak..sekadar pengalaman dan kenangan utk masa depan..

Wassalam.

Monday, 19 October 2015

Pengalaman kene demam denggi

Assalamualaikum.

Entry kali ni mummy nak cerita pengalaman mummy kena demam denggi. Pertama kali dalam hidup kena serangan denggi ni. Dan dah lama jugak tak demam teruk macam ni. Memang dugaan sungguh, nak jaga baby lagi, menyusukan lagi, badan tak larat lagi. Jom kita tengok kronologi demam mummy ni.

Day 1 (12 Sept/Sabtu)
----------------------------

- Mummy cuti 4 hari balik kampung kononnya nak tolong mak abah kemas-kemas dan beli barang untuk kenduri adik mummy. Sudahnya apa pun tak dapat, sepanjang duk kampung mummy demam, so baring je. Bangun pagi tu mummy terus pam susu, tulah first and last mummy pam sebab lepas tu tak larat dah badan. 

- Lepas pam bawak Adeeb jalan-jalan kat luar, kakak Zahra pun dah bangun, babah tidur lagi. Masa ni dah rasa tak sedap badan, macam nak demam. Sempat jugak sarapan mee goreng.

- Bagi makan Adeeb puri keledek lepas tu nak mandikan dia. Sementara tunggu air masak mummy melepek kat sofa. Babah tanya kenapa, mummy kata nak demam. Babah kata mungkin sebab tak cukup tidur kot mummy rasa tak sedap badan. Malam tadi sampai kampung pukul 4 pagi, 8.30 pagi dah bangun sebab anak bujang ni dah bangun.

- Lepas mandikan Adeeb, bagi dia susu dan tidur mummy pun join tidur sekali. Masa ni badan dah panas. Babah risau, dia beli air badan dan panadol. Lepas makan panadol badan ok sikit tapi mummy sambung tidur lagi. Tengah hari bangun sebab tekak haus sangat-sangat, minum air sejuk banyak2 pastu sambung baring. Tak makan pun sebab takde selera, just haus je. Nasib baik Adeeb pun perangai ok. Dia tengok mummy baring sebelah dia pun elok je tidur dan main sorang-sorang.

- Petang tu cuba bangun tapi tak boleh sebab pening dan nak muntah. Loya sungguh. Kepala pun berpusing, so baring dan tidur lagi. Babah belikan air 100 plus. Mummy masih tak lalu makan. Pukul 6 alhamdulillah berjaya bangun pelan-pelan, tu pun gagahkan diri sebab nak bagi Adeeb makan dan mandikan dia. Babah pun balik dari pasar malam dan beli makanan macam-macam. Mummy just makan keropok lekor sebatang, leher ayam goreng sebatang. Mak buat air teh o panas suruh minum tapi tak berani minum sebab perut kosong kang masuk angin satu hal pulak.

- Malam tu susah nak tidur, kaki ni dari peha sampai bawah rasa lenguh je. Suruh babah picitkan pun tak hilang lenguhnya. Still demam. Badan seram sejuk nasib baik ada stokin.

Day 2 (13 Sept/Ahad)
----------------------------

- Pukul 7 pagi bangun sebab lapar. Mak dah buat nasi goreng tapi dalam fikiran ni teringat roti coklat. Amek dua ketul tapi tak habis makan pun. Lapar tapi selera takde.

- Babah bangun ajak pergi klinik sebab badan mummy masih panas. Lepas sarapan mummy baring kejap sambil menyusukan Adeeb. Pukul 9 babah kejut ajak pergi klinik. Sampai klinik doktor tanya ada batuk ke, selsema ke. Semua tu takde, cek temperature 40 darjah ko. Doc tengok tonsil bengkak. Doc kata kalau ada bintik-bintik merah kat badan pergi hospital terus takut denggi. Mummy terus selak baju eh apa bintik 2-3 kat lengan ni. Tapi wat dek je dulu.

- Makan ubat kat klinik jugak, doc bagi antibiotik, vitamin B complex, ubat tahan sakit, ubat kumur dan eno. Tak tau apa relevannya dengan demam mummy ni. Ubat demam tak dibagi pulak. Lepas makan ubat baru ada kekuatan sikit. Total bil RM45.

-Sampai rumah bagi Adeeb makan, babah mandikan dia. Badan mummy pulak start berpeluh, fuh panas, ngadap kipas je lah. Mak buatkan bubur nasi, ada sikit selera nak makan. Lepas makan mummy rehat, badan panas balik. Mata pun rasa panas sampai sepet jadinya. Ada sakit skit kat belakang mata. Mintak babah jelumkan kepala, kejap je kain tu kering. Huhu.

- Petang tu mak belikan soto dan sate. Lalu makan soto sebab sup kan, makan sate tak rasa sate pun. Just makan sebatang dua je. Mulut payauna rasa.

- Malam tu tiba-tiba mummy menggigil kesejukan. Sampai 2 lapis selimut pakai. Nak tutup kipas kesian anak-anak berpeluh pulak. Mummy just perlahankan volume kipas tu. Babah bagi panadol lepas tu baru ok, panas berpeluh keluar. Tu pun tidur tak lena. Pukul 5 pagi bangun tidur kat sofa kat luar, pun tak lena. Kepala sakit.

Day 3 (14 Sept/Isnin)
----------------------------

- Adeeb nangis nak susu, babah sedar mummy takde kat katil. Mummy pelan-pelan masuk bilik dan bagi susu kat Adeeb. Lepas tu mummy sambung baring kat luar. Babah pun duduk luar teman mummy. Mak dah risau tengok mummy sebab hari ni nak balik KL dah. Mummy mintak mak air asam jawa dan suruh babah urut kepala mummy, lepas tu jelum balik dengan kain sejuk.

- Lepas makan ubat subuh tu badan ok sikit. Mummy pun ada selera sikit sarapan nasi lemak. Tapi badan still lemah, babah yang kemaskan barang-barang nk blk KL. Barang yang tertinggal biarkan je sebab nanti nak balik lagi adik mummy kawin.

- Sebelum balik mummy ulang lagi makan nasi lemak, kali ni bertambah 2 pinggan walaupun portion sikit. Lepas tu makan ubat. Mak berkali-kali tanya nak balik jugak ke. Lepas makan ubat badan ni ok sikit, tak demam dah. Tengah hari tu siap semua kami pun balik ke KL.

- Sepanjang perjalanan balik ke KL badan mummy ok, tak demam. Mummy pun tidur je, anak-anak pun sama. Sampai je KL petang tu babah terus bawak pergi ke Pantai Hospital Ampang untuk cek darah. Masa ni tak larat sikit. Suhu badan mummy masa ni pun 37++.

- Masuk kat emergency mummy disuruh baring. Mummy kata kat nurse kalau anak saya nangis bolehkan dia masuk nak susukan. Nurse terus panggil babah bawak masuk Adeeb dan Zahra walaupun masa tu dia tak nangis pun. Doc datang tanya bila last period, kita akan cek jugak pregnancy yer. Erkk terkedu mummy. Sejak bersalin memang tak period lagi. Kalau pregnant kesiannya Adeeb kecik lagi dah dapat adik, ehhh.

- Doc cakap memandangkan dah demam sampai 3 hari dia suggest untuk terus masuk wad. Kalau tak nak masuk takpe, doc akan cek darah dan masukkan air dalam badan, tunggu dalam 2 jam untuk tengok result darah. Mummy kata saya tak nak masuk wad la hari ni doc. Sebab tak kemas beg utk warded, pastu baru balik dari kampung, nak sediakan stok susu Adeeb lagi. Doc kata okey takde masalah.


- Babah tengok muka mummy pucat lesi. Tak makan minum kot sejak last kat kampung tadi. Huhuhu. Pukul 8 malam doktor datang dan kata confirm mummy kena denggi. Platlet mummy drop ke 138. Normal 150. Dia kata nak admit boleh tak nak pun takpe, tapi esok kena datang lagi untuk ambil darah. Kalau platlet dah drop below 100 memang wajib admit wad katanya. Tapi sebelum balik dia tambah lagi 1 pain air masuk dalam badan mummy. Total bill RM700++. Hehu terkejut mummy, insurans tak cover outpatient. Tapi boleh claim kalau warded.

- Balik dari hospital babah singgah ke kedai mamak Nurinz dekat Aeon Big Cheras untuk beli jus pucuk betik. Mummy dah tak larat masa ni. Babah tanya nak makan apa, mummy nak sup je. Babah order sup ayam dengan bubur nasi. Sampai rumah mummy tak makan pun, salin baju, salin baju pampers Adeeb bagi dia susu dan tidur sama-sama. Takde selera nak makan, babah kejut bagi panadol. Minum jus betik not bad rasanya pada tegukan pertama, rasa macam teh herba. Tapi bila dah berteguk-teguk baru rasa pahitnya. Kene minum sejuk2. Jus ni tak ditambah gula tapi dia guna stevia so takdelah pahit sangat rasanya. Bolehlah diminum. Babah pun beli 2 botol besar air 100 plus. Doc pun pesan minum air banyak. 100 plus pn ok tapi kena campur dengan air masak. Masa ni air masak payah rasanya. So mummy telan air 100 plus campur air masak. Ni pun utk kurangkan rasa loya.

Kebanyakan kedai mamak ada jual jus ni. Babah beli 2 botol. Kena minum sejuk-sejuk.
- Badan agak panas malam tu, babah cek suhu 38...mummy mintak babah jerlum kepala dengan tuala basah. Mata ni pun rasa panas semacam je. Mummy letak tuala basah kat mata jugak. Rumah memang tunggang langgang, tak larat nak buat apa. Mummy mintak babah buatkan makanan Adeeb utk stok 4 hari, setel semua mummy tidur. Tapi tak lena sangat pun malam tu, Adeeb pun asyik bangun nak susu.

Day 4 (15 Sept/Selasa)
---------------------------

- Bangun pagi tak larat sangat tapi dalam kepala fikir nak kemas rumah, siapkan beg baju budak2 ngan mummy untuk ke hospital. Tapi lemah betul nak bangun, kepala berat. Sambung tidur lagi.
Babah ajak pergi rumah mama pagi tu so dari situ terus ke hospital tapi mummy kata nanti boleh sebab tak larat, badan nak baring tidur je ni.

- Nak uruskan Adeeb pun mummy takde kekuatan, dukung dia rasa berat sangat, pagi tu babah mandikan dia dan bagi makan. Babah ajak lagi pergi rumah mama tapi mummy masih lemah, macam mana nak bangun, jalan, dukung Adeeb. Dahla dalam kereta bujang tu tak nak duduk diam, tapi babah tetap ajak jugak, mummy rasa macam nak marah tapi diam je dan terus tidur.

- Lepas tidurkan Adeeb mummy pun tidur sekali, badan panas sungguh 40 darjah. Kepanasan tu yg buat mummy lemah tak larat nak bangun. Babah bagi panadol dan ajak pergi hospital terus. Mummy kata nanti dulu, nak rehat dan tidur dulu.

- Mummy tanya boleh tak abang pon datang sini bawak mama untuk ambil Adeeb hantar ke pengasuh sebab mummy tak larat sangat nak uruskan Adeeb. Cuba bangun tapi jalan slow-slow dan duduk sebab pening. Babah pun akhirnya akur bila tengok keadaan mummy mcm tu.

- Lepas makan panadol peluh pun keluar dan mummy pun ok sikit. Bila ok boleh bangun dan jalan mummy terus ke dapur kemas apa yang patut dan kemas baju. Lepas buat satu2 kerja mummy akan relaks kejap. Dah ok sambung balik. Mama pn sampai terus rebus pucuk pokok betik dan tidurkan Adeeb. Mummy mandi bagi segar sikit badan. 

- Rasa lapar pulak, minta babah panaskan bubur dan sup yang beli malam tadi. Makan sikit je lebihnya babah habiskan. Pastu babah bagi air rebusan pucuk betik. Perghhh pahit bak hanggg...minum seteguk terus nak muntah tapi gagahkan telan jugak. Minum 2 teguk je tak mampuu. Lepastu bilas tekak dengan 100 plus campur air masak. 

- Mummy sambung tidur...lepas Asar bangun dan ajak babah ke hospital. Sampai emergency takde orang pun. Doktor tanya kenapa tak admit semalam dan kata mummy kena jugak admit hari ini. Memang mummy serah diri sebab rasa tak larat sungguh badan ni. Tak pernah demam lemah macam ni. 

- Mummy dimasukkan ke wad A309, bilik dua orang, orang sebelah tak mesra alam pun. Setel admission babah balik kejap ke rumah mama dan malam tu babah datang bawak sup ketam simpel mama masak.

- Tengah malam tu doktor India, Dr Sashi datang kata platlet turun lagi 90..mak aihh, jus betik sebotol setengah, yg pahit pun dah telan, air 100 plus lagi...huhu..doc kata selagi ada demam selagi tu virus tu ada. Bila demam dah baik baru virus tu slowly hilang. So rawatannya adalah masuk air dlm badan dan bagi panadol kalau demam. Malam tu mummy kena masuk ubat kat montot sebab demam tak kebah2. Selalu Zahra je kena. heheh. Oh ye malam tu pun nurse ambil darah mummy lagi.

Day 5 (16 Sept/Rabu)
---------------------------

- Bangun pagi tiba-tiba ada discaj kat panty liner..alamak period ke. Gosok gigi pun berdarah lebih daripada biasa, bintik-bintik kat kaki dan tangan makin kelihatan tapi tak gatal. Then bagitau nurse kata berdarah kat bawah, nurse tanya puan period kot. Disebabkan 6 bulan tak period mummy jadi takut kot2 tu effect denggi. Pastu nurse mintak sampel air kencing dan doktor akan tengok kemudian.

- Pagi tu doktor datang bagitahu darah turun lagi 79. Terus wasap kat babah bagitahu..huhuhu.

- Babah sampai macam biasa bawak ice pack dan botol kosong. Walaupun sakit, rutin harian tak boleh tinggal, kalau tinggal bengkakla cik B, kesianlah anak bujang sorang tu. Alhamdulillah production still ok walaupun sakit dan macam nak period.

Walaupun dah beli Malish Aria, tetap setia pada Manual Avent, mungkin belum mahir pakai pam elektrik yang banyak tools tu dan bulky nak bawak travel.
- Selera makan pun dah kembali ok. Lidah dah tak payau dah. Elok je duduk kat hospital badan pun cergas, cuma demam sikit je especially malam. Mungkin sebab air masuk dalam badan kot tu yg bertenaga sikit. Tengah hari tu babah datang bawak kapsul betik. Babah duk google akhirnya jumpa, dia pergi ambil kat runner kat Setapak, RM50 kot sebotol. Mummy makan 5 biji kapsul sehari, kalau tak denggi makan 2-3 kapsul je. Semoga platlet naik sikit lepas ni, amin.


Nilah kapsul tu, betterla dari minum jus or air rebusan yang pahit kan. Selain pucuk betik company ni pun hasilkan macam2 kapsul herba dari macam2 tumbuhan. Sila google.

- Doktor datang, jeng jeng jeng...platlet turun lagi 76. Doktor kata platlet memang akan turun, tapi bila da baik, cepat je platlet naik balik. Lunch tadi makan lauk ayam, pastu tiba-tiba tergaru-garu satu badan macam kena gigit nyamuk. Mummy fikir takleh ayam kot ni, pastu tengok bintik-bintik merah semakin banyak especially kat kaki, macam orang kene demam campak tu. So itu yang menyebab gatal. Doktor kata kalau bintik dah keluar banyak, itu proses pemulihan. Kalau macam tu tak lama lagi baiklah mummy. Takut ooo kalau drop sampai single digit darah baru akan masuk dalam badan, takut jugak kalau kena denggi berdarah. Tapi so far mummy rasa badan ni ok je. Huhuhu..

- Hari ni pun babah balik rumah kami sebab ada gotong royong bersihkan kawasan apartment tu memandangkan mummy kes terbaru denggi. 

- Malam tu babah datang bawak Zahra je dengan sup ketam. Kami makan sup sama-sama, Zahra suka betul. Terubat rindu kat kakak, tapi mummy rindu sangat kat Adeeb, rindu nak bf dia, hanya duk tengok gambar ngan video kat henpon je. Bila nak baik niii...astagfirullah...

Day 6 (17 Sept/Khamis)
-----------------------------

- Bangun pagi rasa tak selesa kat perut, sebu semacam je. Bila picit kt hulu hati ni sakit pulak, nak kentut dan sendawa pulak tak lepas. Angin kot, bila doc dtg pagi tu bagitahu dia dan nurse kemudian bagi ubat macam gaviscon tu, tapi mummy tak minum pun, uweekk pulak rasanya.

- 8.30 pagi nurse datang ambil darah sambil mummy berdoa harap-harap ada perubahan positif hari ni, amin...

- Diyana, sepupu babah merangkap agen insuran mummy datang melawat sambil bawak jus pink guava Peel Fresh tu. Dia pun cerita pengalaman dia jaga suami dia yang kene denggi, lagi teruk keadaan suami dia tu daripada mummy. Dia kata jangan gosok gigi sebab masa denggi ni kalau boleh nak elak daripada bleeding, so just gargle je..boleh mintak nurse ubat kumur.

- Hari ni period mummy banyak pulak, cecepat mintak babah datang belikan pad. Hari ni babah dah kerja. Nurse pulak masa cek tekanan darah dan suhu tiba-tiba tanya ada pendarahan tak selain period dan tanya ada tukar pad banyak kali ke. Mummy cakap period ok cuma bila gosok gigi berdarah. Nurse tu buat muka panik, dia kata nape tak bagitau mana la tau tak cakap. Babah pun terkejut sebab dia pun tak tau, so nurse pesan jangan gosok gigi dulu, just kumur je dan akan alert doktor pasal hal ni. Ish cuak pulak mummy, takut denggi berdarah je.

- Hari ni pun nurse bagi calamine lotion untuk mummy sapu kat badan lepas mengadu gatal-gatal kat badan dan kaki. Bintik-bintik merah semakin banyak dan merah betul, tapi bintik kecik je macam kena cucuk jarum saiz dia. Takut pulak tengok especially kat bahagian kaki. Harapnya dah nak baikla bila bintik keluar banyak ni.

- Doktor datang bagitahu result darah 48, turun sangat2 tu dan akan ambil lagi darah petang ni. Dia kata biasanya akan drop lagi sampai 30, normal katanya. Tapi kalau jatuh banyak doc akan masukkan platlet dalam badan. Harap-harap tak sampai macam tu la, huhu. Doktor kata kalau period heavy sangat sampai banyak kali tukar pad doc akan bagi ubat untuk stopkan dulu period tu. Gatal-gatal badan pun dikira final stage of dengue, recovery stage katanya. 

- Result darah petang tu turun lagi ke 41. Releks mummy, esok naik balik la tu, cuba nak sedapkan hati sendiri yang dah mula stress ni. Malam tu mummy suruh babah bawak Adeeb datang, rindu gila dah kat dia, lagipun orang sebelah dah discaj, dia batuk-batuk so tak berani nak bawak Adeeb or Zahra takut berjangkit. Adeeb datang terubat skit stress mummy, sebelum balik mummy bfkan dia dulu, nak balik tu sombong pulak bujang ni selamba je balik dengan nek wan dia.

Day 7 (18 Sept/Jumaat)
----------------------------

- Bangun pagi darah diambil lagi. Harap naik. Mummy dah mula tertekan dan bosan duduk sini, astagfirullah. Makanan hospital pun tak lalu nak makan. Sebelum babah datang pagi ni mummy kirim kaya nak makan dengan roti.

- Tengah hari doktor datang membawa khabar gembira, platlet dah mula naik ke 56. Alhamdulillah. So doktor kata tak payah ambil darah 2 kali, tengok esok kalau naik sampai 70 boleh balik. Yahoo.

- Malam tu sebelum babah datang pesan suruh bawak Mekdi sebab da bosan dengan makanan hospital. 

Day 8 (19 Sept/Sabtu)
---------------------------

- Hari yang ditunggu dah tiba. Hati mummy kuat kata boleh balik hari ni. Semoga dipermudahkan Ya ALLAH. Pagi tu macam biasa ambil darah, harapnya yang last lah. Tengah hari tu bila dapat result 79! Syukur. Doktor kata boleh balik dan bagi MC sampai raya haji. Kalau tak mummy kerja raya tu. Alhamdulillah. Seminggu lagi datang untuk cek platlet.

- Nurse datang mintak mummy setelkan bil di bawah. Mummy cecepat wasap babah yang tengah ambil gambar pengantin member kerja dia tu bagitau dah boleh balik. Mummy bagi resit kat bawah, eh bape RM kene, bil takde pun. Insurans tanggung semua la tu, tapi nak tau jugak total bill kan. Takpelah, pastu mummy terus ke farmasi untuk ambil ubat.

- Dalam pukul 3 babah sampai kami pun balik, malam tu tidur kat rumah mama dulu, esoknya baru balik rumah. Sampai je rumah mama terus gomol si bujang tu. Rindu sungguh. Stok susu beku kat rumah mama pun hampir habis, nasib baik mummy ada simpan kat rumah mama, so tak payahla babah ulang alik ambil stok susu kat rumah kami.

25 Sept/Jumaat
------------------

- Hari ni mummy ke hospital lagi untuk follow up cek up. Babah ikut sekali sama anak-anak. Sampai je terus ambil darah dan datang balik dalam 1-2 jam. Kami sarapan dulu lepas tu baru bawak anak-anak pergi rumah pengasuh dan babah pergi kerja.

- Pukul 11 mummy datang balik hospital dan doktor kata platlet mummy dah kembali normal dalam 400++ cuma keadaan hati yang belum pulih. Doktor kata ia akan pulih cuma ambil masa untuk pulih. So doktor bagi ubat untuk cepatkan pemulihan hati. Doktor pesan sementara ni jangan buat kerja lasak dan berat termasuk angkat barang-barang berat, kerja rumah pun yang light2 je.

- Mahal tu ubatnya RM200++. Total bill hari tu RM400++. Lepas setel mummy nak claim deposit masuk hospital hari tu, dapatlah balik RM500. Alhamdulillah. Oh ye next appointment lagi 3 minggu untuk tengok balik keadaan hati tu.

16 Okt/Jumaat
------------------

- Mummy datang hospital dengan Adeeb dan Zahra yang belum mandi. Kami sampai hospital pukul 9.30 pagi, hari tu mummy kerja pukul 2 petang. Lepas ambil darah, nurse kata datang balik sejam lagi. Nak balik tu Zahra nak roti canai, kami singgah ke kafe dan Zahra nak mihun goreng, so kami sarapan dulu kemudian berdesup balik untuk mandikan dua beradik ni sebelum datang ke hospital balik.

- Sampai hospital pukul 12.30, alhamdulillah result ok, cuma ada part yang masih belum pulih, tapi part yang penting dah ok. Doktor kata dah boleh buat kerja rumah dan aktiviti biasa.

Kesimpulan dari penyakit ni banyak hikmah sebenarnya. Cuma tak boleh lupa sebab sepanjang mummy demam, tak pernah lemah sampai macam ni. Terima kasih sebab sudi baca entry panjang lebar yang ambil masa berhari-hari nak siap. Hahah

Wassalam. 






Sunday, 16 August 2015

Cerita kelahiran si boboboy - Part 2


Assalamualaikum..

Ini sambungan entri sebelum ini. Enjoice..


8 Mac

1.30 pagi
- Tengah tidur tiba-tiba rasa macam nak membuang. Mummy agak cuak sikit sebenarnya. Ni rasa nak membuang ke nak beranak ni. Tapi memang rasa nak terberak. Pergi bilik air..haiii lega..selamat semua isi perut. Hahahah.

- Masa tu dekat pad ada darah dan lendir. Mummy sambung tidur walaupun contraction dan semakin kerap.

2.30 pagi
- Mula rasa sakit sangat. Bila baring melunjur sakit, mengiring ke kiri sakit, ke kanan sakit. Last2 mummy duduk melunjur sambil tidur barulah contraction dapat dikawal kesakitannya. Fuh fuh sambil control nafas.
Nak kejut babah ke tidak eh, tengok syok je babah tidur siap kroh kroh lagi. Kesian pulak. Biarlah dulu, rasa sakit sangat baru kejut. Masa ni mummy memang tak lena tidur. Kerap sangat contraction datang, baru nak lelap sakit pun datang.

- Babah terjaga tengok mummy tidur sambil duduk. Babah sedikit gabra tanya mummy sakit ke. Mummy angguk je. Babah terus bangun siap-siap pakai baju dan ajak ke hospital. Mummy tinggal sarung tudung dan pakai stokin sebab pakai baju kelawar mama lengan panjang. Sebelum pergi hospital tak sempat jenguk Zahra kat bilik mama sebab babah memang cepat dan pantas ajak pergi hospital.

3 pagi
- Sampai hospital ada sorang je pesakit. Tak lama mummy dipanggil masuk untuk cek bukaan. Dah 5 cm rupanya. Fuh pantas betul. Berkat jalan-jalan kat Quill City Mall la ni..Hahaha. Alhamdulillah. Tapiii labour room penuh, so tunggu la dulu. Mummy dah siap-siap pakai baju pink. Nurse bagi baring kat katil tapi mummy lebih selesa duduk sebelah babah sebabnya bila baring contraction tu lagi sakit. Bila duduk ok sikit lagipun babah ada kat sebelah. Nurse cakap kalau nak makan boleh makan sebab kat labour room takleh makan. Mummy kata tak lalu nak makan, just minum air zamzam je.

- Oh ye doktor lelaki Cina yang cek perut mummy. Bukan doktor yang sama siang tadi. Cek bukaan nurse perempuan. Doktor tu tengok buku pink mummy. Mummy kan GDM (kencing manis) so dia pun bagitau la risiko2 yang perlu dilalui ibu GDM ni. Menakutkan hokey. Tapi mummy wat dek jer sebab contraction tu lagi sakit. Huhuhu.

- Doktor kata disebabkan mummy GDM baby berkemungkinan besar, bila baby besar agak susah untuk bersalin normal, takut bahu baby tak lepaslah, patahla apa tah lagi. Macam-macam cerita yang menakutkan sampailah dia kata memang bawa risiko pada si ibu tu sendiri. Lantaklah doktor, saya doa pada Allah banyak2 je sekarang ni semoga dipermudahkan kelahiran kali ni. Aminnn

5.30 pagi
- Akhirnya nurse ajak pergi labour room. Yeayyy...Mummy naik kerusi roda, babah pula kena ambil pas kat guard di lobi untuk masuk ke labour room. Sampai je rasa nak kencing, nurse tunggu kat luar takut terberanak pulak dalam toilet. Huhuhu. Kemudian bidan pun masuk, ada 2 orang, sorang doktor tanya mummy macam2. Baik, lemah lembut dan muda lagi. Sorang lagi tu nurse muda jugak tapi kerek semacam. Huh. Doktor tanya mummy ada minum air selusuh ke. Mummy kata tak, just minum air zamzam je. Nurse tu kata kalau minum air zamzam kene bukak penutup botol tu takut jalan tersekat tak bukak-bukak. Dalam hati biar betul dia ni, cerita dogeng mana dia pakai ni. Tapi jauh di sudut hati duk tercari babah mana ni, nak suruh bukak penutup botol air tu. Hahaha..

- Allah maha besar, bila nurse tu cek bukaan mummy dah 8 cm, so automatik teori dia tak terpakai. Jangan percaya syirik semua tu, huh, minta pada Allah semoga semua selamat. Dalam labour room berkumandang bacaan Al-Quran, mummy tanya nurse tu surah apa, dia kata ntah. Pulak dah. Sambil2 tu mulut mummy pun tak lepas baca zikir doa nabi yunus tu. Ada terpampang kat dinding kalau tetiba tak hafal kan. Sakit punya pasal.

- Then nurse tu pecahkan air ketuban. Lepas tu dia punya sakit masyaAllah, mummy dah resah gelisah, sakit sangat babah pulak tak sampai-sampai, mana babah ni. Kalau babah ada memang mummy dah pegang tangan babah untuk tahan kesakitan. At least babah boleh gosok-gosok belakang dan bagi semangat kat mummy. Tapi babah takde..wuaaa. Adui rasa nak terberak dah ni. Nurse kata kalau nak teran boleh teran. Ha?? boleh dah ke. Mummy pun mula teran bila contraction datang. Mummy mintak nurse tu bantal untuk support belakang mummy since babah takde. Nurse kata tak boleh, awak kene pandai-pandai sendiri. Mak aih, sebaik aku sakit kalau tak memang kena la. Dengan dua-dua tangan pegang buku lali, mummy tawakal banyak2 masa meneran tu.

- Sekali dua teran nurse suruh bagitau kalau nak teran sebab dia nak buat episotomi (gunting tutt) sebab katanya baby besar. Mummy kata saya nak teran ni, pup dia terus gunting, pergggg terasa beb pedih. Masa Zahra mummy tak rasa pun, mungkin sebab tak ready kot tu yg rasa tu. Huhu. Bila dah nampak kepala, nurse suruh teran lama dan kuat, mummy pun sekali nafas teran sekuat hati, memang mulut ni takleh senyap, kene jerit gak oi..sakit plus nak kuarkan tenaga push. Ni cara mummy la.

- Alhamdulillah, tepat 6.19 pagi lepas je azan Subuh (dari komputer) baby pun berjaya keluar sepenuhnya. Nurse tanya baby apa puan..Dalam kepenatan mummy cakap lelaki. Fuhhhhh...lega ya amat.. Masa nilah babah baru masuk. Huuuaaaaa...mummy tanya babah pergi mana, mummy penattt. Babah kata dia tunggu kat luar lama tapi takde sapa panggil dia masuk. Elok dia masuk je nurse tengah bersihkan baby. Lepas dah bersih nurse letak baby atas dada mummy skin to skin katanya. Masa Zahra dulu takde. Terus suruh babah azan dan qamatkan baby yg tengah syok duduk atas dada mummy. Letak kat mummy terus diam dari nangis. Assalamualaikum anak mummy. Lepas azan dan qamat, nurse minta babah keluar sebab nak jahit mummy. Nurse tekan-tekan perut untuk keluarkan uri, peliknya mummy rasa nak meneran masa tu, nurse kata jangan teran tapi mummy terteran dan nahhh selambak uri keluar. Alhamdulillah. Masa Zahra tak rasa macam ni pun, tau-tau uri dah keluar.

Segar dari oven gitew..tetap mata sepet jugak macam kakak, hidung ada mancung sikit. hehehe

- Nurse ambil baby dari dada mummy dan letak kat tempat khas. Menangis dia duk situ. Kemudian ada dua orang nurse masuk untuk ambil baby bersihkan dan timbang. Besar dia kata baby sedap peluk dan dukung katanya. Mummy kemudian dicucuk di peha dan mulalah sesi jahit-menjahit. Kali ni terasa betul dia jahit. Nurse kata jahit banyak sebab koyak sampai punggung, alamak, dia kata mummy terangkat punggung masa meneran, laa tak perasan pulak bila masa angkat, lagipun baby besar katanya.

8 pagi
- Selesai sesi jahit-menjahit. Zahra dulu lagi lama. Doktor datang cek jahitan. Baby pun dah wangi, 3.65kg nurse bagitahu. Alhamdulillah, besar betul anak mummy ni, kakak dulu 3.2kg je. Yelah mummy kan GDM so memang baby besar. Kemudian nurse tanya nak susukan baby tak. Of courselah nak. Nurse bawakan baby dan alhamdulillah, pandai baby hisap. Susu dan kolostrum pun dan diminumnya sampai kenyang dan terus tertidur. Syukur sangat, masa Zahra takde macam ni. Huh. Baguslah mungkin polisi hospital kerajaan pun dah tukar dan lebih mesra breast feeding. Sarapan sampai tapi mummy tak lalu makan, just minum air je. Nurse kata kenapa tak makan, mummy kata tekak je kering meneran tadi. Perut masih belum lapar, tengoklah apa yang dihidang, kuetiow goreng kau. Hahaha. Takde istilah pantang makan di hospital. Balik rumah baru start pantang.

- Nurse kemudian nak bawak mummy ke wad, tapi mummy kata nurse yang bidankan saya tak pakaikan saya maternity pad pun. Laa terus nurse tu pakaikan yang jenis ikat. So mummy yang nak bersalin jangan lupa bawak sekali pad lekat siap2 kat disposable panties senang tinggal sarung je. Masa Zahra dulu nurse terus pakaikan bila da setel jahit walaupun senget sampai berdarah baju. Huhuhu.

9 pagi
- Ditolak ke wad 4D katil no 25, sebelum tu nurse ambil darah baby untuk cek kandungan gula. Bila mummy GDM ginilah bila dah bersalin, baby pulak kena cek gula, takut terlebih or terkurang. Result nurse kata normal tapi dia suruh mummy bagi susu banyak-banyak untuk elak hipo (kurang gula..kan).

- Babah lepak kejap kat wad walaupun tak boleh sebenarnya sebab bukan waktu melawat. Setel letak beg, apa semua mummy suruh babah pergi breakfast dulu n rehat. Mummy minta babah belikan biskut dan air mineral dan sambung zzzz.

leher mana leher..sengih pulak dia

2 petang
- Nurse datang dan cek gula pada baby. Darah akan diambil setiap 4 jam. Adeeb pulak tidur je manjang, mummy kejut minum susu pun tido lagi best dia kata. Babah datang dan ambil uri untuk ditanam. Mummy pesan, sebelum ni pun dah pesan supaya tak letak pensil ke pembaris ke apa ke masa nak tanam tu, syirik kan. Huhuhu. Babah kata uri kali ni besar berbanding Zahra dulu. Tengokla perut mummy besar cane kan.

- Masa Zahra dulu ada nurse yang kerek, masa Adeeb pun ada jugak. Sabar je lah kalau duk kat hospital gomen ni. Tapi dia sorang je cengeh, yang lain ok mesra baik je. Mummy bagitahu nurse tu Adeeb muntah (sebab nurse yang nak cucuk BCG masa tu nampak Adeeb muntah dan suruh inform nurse kalau muntah), dia pun ambil baby tak taula dia buat apa. Bila masuk balik cakap kuat-kuat kata baby awak ni dah biru kesejukan, aik salah mummy ke. Lepas tu mummy terus bedung Adeeb dua lapis kain, pakaikan topi. Memang aircond agak sejuk masa tu.

- Mummy bawak Adeeb ke katil dan peluk dia sebab tak nak dia kesejukan. Kang kena marah lagi. Pastu mummy pejam mata tidur-tidur ayam je. Nurse yang sama masuk cakap puan baby jangan letak macam ni takut jatuh. Haihh kena marah lagi. Adeeb kalau letak kat baby cot dia nangis, nak mengempeng je ngan mummy tu yang bawak ke katil duk sebelah mummy.


- Dah petang tapi takde tanda-tanda boleh discaj pun. Tak boleh balik lagi ke. Boring seh duk hospital ni.  Doktor lelaki datang minta izin nak cek jahitan, tapi kalau mummy tak izinkan dia suruh mummy sign satu borang. Mummy pandang babah dan cakap tak payahla doktor sebab tadi pun doktor lain dah cek takde apa-apa. Terus dia suruh sign. Segan kot doktor lelaki, aurat kan. Kalau doktor perempuan mummy setuju je walaupun macam ngeri nak kene cek lagi. Babah tanya doktor bila boleh discaj. Disebabkan GDM mummy tak boleh discaj kene tidur satu malam sebab nak cek gula baby. First time ni tidur hospital, masa Zahra dulu dah boleh balik time macam ni sebab mummy pun takde problem masa tu.


- Sebelum babah balik maghrib tu babah belikan McChicken sebab katil mummy je tak dapat dinner, katil lain ada je. Maybe kantin ingat mummy dah discaj kot. So bismillah je la makan beger tu. Lapar kot. Hahah. Kan dah kata balik rumah baru start pantang.

8 malam
- Baby tidur je mummy cuba lelapkan mata. Tapi malam tu mencabar sikit la sebab Adeeb kerap bangun nak susu. Tapi alhamdulillah susu mummy ada, kalau tak jadi macam kakak Zahra, susu takde baby lapar satu malam nangis nak susu. So lepas bagi susu Adeeb pun lena, mummy cepat2 tidur. Dekat nak subuh baru Adeeb tidur lena. Mummy pulak baru nak lena, nurse da masuk bukak langsir katil semua orang..adooiii baru nak tidur tau.

9 Mac

Adeeb day 2. Dah bukak mata dah..

- Sarapan mihun sup tawar, makan la sikit. Nurse datang cek gula baby, resultnya ok. Syukur. Kemudian nurse datang nak bawak baby mandi, mummy bagi baju, pampers dan lampin untuk bedung baby. Sementara baby mandi tu mummy masuk bilik air cuci apa yang patut. Bila baby da siap mandi, mummy pakaikan barut, sapu minyak yuyi pakaikan mitten dan booties dan topi, pastu bedung 2 lapis, dan selimutkan baby. Bagi susu terus tidur.

- Doktor datang cek apa yang patut dan kata boleh discaj hari ni. Gula baby pun ok tak kene diabetes, syukur sangat. Tengah hari babah datang dengan mama dan Zahra tapi Zahra tak boleh naik, so babah dan mama gilir-gilir naik tengok baby

- Malam tu kami anak-beranak tidur rumah mama semalam sebab jiran-jiran nak tengok baby. Tidur malam tu Adeeb kerap bangun nak susu, bila letak je nangis dan sambung susu. Mummy pulak tersengguk-sengguk susukan sambil duduk

Itulah cerita kelahiran anak teruna kami. Syukur segalanya dipermudahkan dan selamat semuanya. Mummy dapat bersalin normal dan tak diinduce. Syukur ya Allah. Next episod mummy cerita pasal pantang dan pengalaman ngeri pasal jahitan luka episotomi mummy ye..Tunggu

Wassalam.
















































Tuesday, 21 July 2015

Cerita kelahiran si boboboy - Part 1

Assalamualaikum.

Wah...bersawang sungguh blog mummy ni. Lama sungguh tak update, ini baru berkesempatan sebab tak banyak kerja musim-musim raya ni. Mummy nak ucap selamat hari raya kepada semua followers dan pembaca blog ini. 

Alhamdulillah, anak kedua kami, Adeeb Zahri bin Nooradzrene nama diberi sudahpun berusia 4 bulan 1 minggu. Dah besar dan banyak keletah. Benarlah orang kata setiap anak ALLAH bagi berbeza-beza pengalamannya saat mengandungkan, melahirkan dan membesarkan. Apa pun mummy hari-hari doa semoga anak-anak mummy jadi anak yang baik dan mendengar kata orang tua. Jom kita throwback saat-saat kelahiran putera sulung kami ni ye.

7 MAC

8.30 pagi
- Bangun pagi sebab perasan macam ada discaj, ingatkan keputihan, bila masuk bilik air tengok ada tompok darah merah coklat cair macam dah bercampur dengan air kat panty liner. Banyak jugak. Mummy releks dulu, duduk kat ruang tamu layan henfon, pastu kemas-kemas rumah dan final check barang nak bawak ke hospital. Babah ngan Zahra masih tidur lagi. Mummy terus mandi.

9 pagi
- Dah rasa mild contraction every 5 minit. Setiap contraction 20 ke 40 saat. Boleh handle lagi dan berlagak macam biasa. Tapi dalam hati masa dah time kot ni, releks lagi. Babah terjaga, mummy cakap dah keluar tanda darah. Babah kata oo ye ke dan sambung tidur. Haihhh..mummy pun buat macam biasa je. 

- Babah bangun lagi sekali mummy cakap keluar tanda darah tu maknanya dah dekat nak bersalin. Barulah babah melompat bangun dari katil. Babah kata dia mamai masa mummy bagitahu awal tadi, lagipun masa Zahra bukan tanda darah, tapi terus sakit contraction.Babah pun macam blur. Mummy kata releks, siap-siap mandi dulu. Contraction boleh handle lagi.

11.30 pagi
- Siap semuanya kami anak-beranak keluar rumah. Mummy ajak babah lunch dulu sebab kalau kena warded memang susahla nak keluar makan, makanan kat kantin tak sedap sangat. Huhu. Contraction pun ok lagi ni, boleh jalan pi makan.

- Kami lunch nasi beriyani kat Restoran Bismillah sebelah Kolej Multimedia kat Jalan Semarak. Babah kata dah lama dia tak makan situ. Nasi beriyani situ memang sedap, mummy macam biasa order ayam madu. Contraction datang mummy berhenti makan kejap dan tarik nafas pelan-pelan, hembus pelan-pelan. Lepas tu sambung makan sampai habis sepinggan, siap ambil nasi Zahra lagi. Hahah.

- Lepas makan kami hantar Zahra ke rumah mama. Nasib baik dia ok, mummy dah cakap kat dia mummy kena pergi hospital, adik nak keluar dan dia pun faham. 

1.30 tengah hari
- Sampai Hospital Ampang, tempat sama masa lahirkan Zahra dulu. Orang tak ramai sangat. Contraction ok lagi, boleh handle.

- Doktor perempuan cek VE baru 2 cm tu pun jauh lagi. Tak tau apa yang jauh, tapi serviks dah lembut katanya. Bila mummy kata darah tu macam cair, doc seluk lagi nak tengok air ketuban bocor ke tidak, perghh rasa dia bukan main. Dia cek macam tak bocor, haaa macam?? Dia kata nanti saya panggil bos dulu. *nangis*

- Lepas tu bos dia pulak cek means seluk lagi sekali, dan scan.Alhamdulillah tak leaking pun. Doktor suruh balik dulu sebab baru 2cm, tapi esok tetap kena serah diri untuk induce (mummy kan GDM) kalau takde tanda lagi. Doc pun suruh banyakkan berjalan bagi terbukak cepat.

- Balik dari hospital singgah beli kuih dulu lapar pulak, sampai rumah mummy ajak Zahra keluar pergi jalan-jalan. Oh ye lepas buat VE memang akan keluar darah, so bersihkan panty liner tukar yang baru sebelum nak solat. Masa Zahra dulu mummy tinggal solat sebab contraction sangat kuat. Huhuhu, tapi qada balikla lepas da setel semua.

6.30 petang
- Babah ajak pergi shopping mall baru depan Hotel Sheraton, Quill City Mall. Besar jugak mall tu, yang best ada kedai RM5 ala Daiso dari Jepun jugak. Bawak Zahra pergi main pasir dalam kedai permainan. Agak mahal jugak, nak masuk kena ada stokin, kalau takde depa ada jual. Mak bapak pun kena pakai stokin gak, dan ada jugak stokin dewasa dia jual. Sebenarnya bukanlah pasir tapi benih bunga apa tah, memang lembut je dan tak melekat kat badan dan baju. Sambil layan contraction sambil tengok Zahra main. Bila contraction datang mummy akan stop jalan kejap n tarik hembus nafas slow-slow. Fuh fuh..still ok lagi lum sakit sangat.


- Sebelum balik kami layan Zahra makan KFC dulu.  

11 malam
- Memandangkan mama suruh tidur Jalan Peel malam ni sebab senang kalau nak beranak tak payah hantar Zahra dah, so lepas jalan kami balik rumah kejap untuk ambil baju untuk esok. Sempat lagi mummy kemas apa yang patut n angkat kain jemuran. 

11.45 malam
- Sampai rumah mama, contraction kerap, tapi ok lagi. Mummy tukar pad, bersihkan diri dan solat Isyak. Masa tengah solat bila contraction datang, mummy akan stop dulu. Dah sakit sikit la contraction tu. Zahra tidur dengan mama.

Macam dah panjang sangat kan. Mummy sambung ke next entry ye. Wassalam.