Nuffnang Ads

Showing posts with label Bunga Tisu. Show all posts
Showing posts with label Bunga Tisu. Show all posts

Thursday, 24 April 2014

Bunga tisu handbouqet dan hantaran untuk adik



Assalamualaikum.

Kali ni mummy nak cerita pasal kisah yang dah lama diperap, iaitu hasil keras tangan mummy. Heheh..selain hantaran, mummy juga buat bunga telur, bunga tangan dan apa saja wedding gifts dan favours yang diingini pelanggan.

Bunga tangan warna-warni ni pun mummy buat bukan sebab ada orang tempah tapi kisahnya pelanggan mummy yang order hantaran suruh mummy gubah sebab dia ada barang semua termasuklah bunga tisu ni. Mummy punggah barang yang dia bagi iaitu bakul, span, kain satin untuk balut span, bunga-bungaan dan kertas tisu yang siap dipotong.




Pasangan ni pada mulanya plan nak gubah sendiri hantaran, tapi sebab tak berapa nak menjadi tu yang upah mummy. Bila da siap hantarannya, mummy duk tengok je kertas tisu tu. Mummy pun tanyalah kertas tisu tu nak dibuat apa, pelanggan mummy kata buang je lah kak, tak jadi tu. Eh sayang pulak nak buang, so mummy lipat-lipat jadilah bunga tangan ni dan bagi free kat dia, terpulang nak pakai atau tak masa majlis dia nanti. Mummy kan suka gubah-gubah ni. Heheh.



Bila mummy deliver barang hantaran ke rumah dia, bukan main eksaited tengok hasil gubahan mummy, chewahh. Mummy pernah cerita dulu, meh kita throwback kat sini meh. 




Yang ni pulak kawan mummy tempah untuk flower girl. Ini saiz medium, sesuai untuk flower girl, majlis bertunang, nikah ataupun pre-wedding photoshoot. Kalau untuk bersanding kena saiz L lah.


Batang pemegang tu mummy hanya guna lidi sate yang digabung-gabungkan then gamkan dia pakai selotape sebelum ditutup dengan reben.



Ini pula sebahagian dari hantaran yang mummy buat untuk adik kesayangan mummy. Sebenarnya kami rakan sekerja tapi dah anggap macam adik-beradik.



Temanya ala-ala oren peach merah gitu. Nak simple jer. So memang simple sampai takde alas dulang, span alas tu pun tak berbalut sangat sebab nak tutup dengan bunga, cuma part yang nampak tu mummy cover dengan reben.


Hantaran ni mummy buat kat rumah adik mummy tu, kami buat sama-sama. Masa tu bulan puasa, so siapkan yang ni je dulu pastu kononnya nak datang balik bila-bila untuk ambil gambar, sudahnya tidaklah kesampaian.

Untuk lihat gambar hantaran ni boleh tengok kat entry yang ini.

Kepada sesiapa yang ingin menempah hantaran ataupun barangan perkahwinan jangan malu dan segan pada mummy ye. Tinggalkan komen nanti kita boleh cerita panjang. Mummy buat ikut keperluan bakal pengantin sambil bagi cadangan untuk hasilkan yang terbaik yang boleh memuaskan hati bakal pengantin. Yelah untuk big day diorg kan, gila tak puas hati dan cantikkk...hehehe.

Jangan lupa tinggalkan komen tau :)

Wassalam.



Sunday, 27 October 2013

Rumah Terbuka Jabatan Pengarang

Assalamualaikum semua.



Raya puasa dah berbulan berlalu, raya haji pun dah lepas, tapi mummy duk terkedek-kedek lagi nak update pasal raya. Hahaha..maaflah kebizian membatasi keinginan nak hapdet blog ni.

Sebenarnya bukan apa, sebab open house department mummy tahun ni, mummy terlibat secara tak langsung dalam penganjurannya. Mummy bertanggungjawab dalam bab deko mendekor ni sampai digelar Eric Linda katanyaaa....hahahah..

Pada tahun ni jugak buat pertama kalinya department kami buat open house kat tempat yang lebih besar berbanding tahun-tahun sebelum ni kami buat di koridor opis yang agak sempit. Oh ye tema tahun ni warna coklat.

So mummy ditugaskan untuk menghias bilik yang selalunya buat event kat Bernama ni. Biliknya luas so kenalah hias sikit untuk tak nampak kosong kan. 

Mummy kene buat centrepiece untuk 2 buah meja VIP. Mummy mulalah korek idea nak buat hiasan apa dan kalau boleh DIY sahaja. Then mummy teringat mummy masa tu tengah buat bunga telur untuk sepupu mummy so buatlah buang tisu untuk centrepiece.


Memula buat yang kaler turquoise ni..tapi macam tak cantik n besar sangat pulak, so try kepada maroon dan ajk setuju untuk guna maroon :)




Gotong-royong untuk buat paper fan. Dalam kepala mummy nak tampal kat dinding n gantung banyak-banyak kat siling, tapi memandangkan kesuntukan masa dan kekurangan tenaga kerja, buat yang mana dan je lah.


Kakak-kakak opis datang tengok sangat impress kerana tak sangka 'orang muda' ada idea macam ni dan sangat teruja nak hias bilik jamuan. heheheh.


Hasilnya...tadaaaa.....


Entrance masuk


Feature wall untuk greet tetamu yang datang. Ada jugak orang yang amek gambar kat sini tau...hehehe



Posing sama penyambut tetamu.


Photo Booth katanya..pun mummy yang setup. Tak sempat nak amek gambar penuh..Temanya tradisional kontemporari boleh...hahah



Posing-posing time. Kak kurnia sebelah mummy tu menang pakaian tercantik. Tak sia-sia baju raya haji siap awal. Hahaha



Posing tangga. Bersama orang kuat majlis. 


Kejadian lepas majlis. Camwhore dulu sebelum kemas dan bungkus makanan.

Itu sahaja, wassalam :)

Saturday, 13 April 2013

DIY: Hantaran Bunga Tisu

Assalamualaikum...

Post mummy pasal DIY menjadi popular post gitu...terima kasih kepada yang menjenguk, menyinggah..bukan apa niat mummy untuk berkongsi sahaja...bukankah berkongsi ilmu itu baik kan...

Jadi untuk entry kali ni mummy paparkan gambar hantaran yang mummy buat untuk kakak kesayangan kat ofis menggunakan bunga-bunga tisu yang mummy dah siapkan...Semuanya 7 dulang tapi mummy buat utk 5 dulang je...kuih dan kek mummy just bagi bunga tisu yang dah siap kat bakal pengantin tu utk ditampal kemudian..

So inilah dia hasilnya..Alhamdulillah kakak suka sangat...syukur pada bakat dan anugerah yang ALLAH beri pd mummy...so sesapa yang berminat nak tempah jgn malu segan..harga leh dirunding..ofkos la murah sebab mummy kan amatur jer..bukan tahap pro...Bolehlah leave komen kat sini :)



Set tali pinggang dan wallet...Memula mummy tak bukak kotak ni..tp bila tanya pendapat orang lain diorg kata better bukak..so mummy gam kat hujung kotak tu..




Kain (Babah kata macam uniform hospital...tetttt..)




Cookies




Bekas cincin



Bakul buah

Cara mummy buat hantaran ni mudah sahaja..yang penting semua bunga mesti da siap sebab kerja buat hantaran akan jadi cepat dan semudah ABC gitu...hahah...mummy lapik barang kat atas polisterin..gamkan barang tu supaya nanti tak terjatuh..kalo kain mummy just pin dengan peniti je...boleh juga kalo nak balut polisterin tu tapi since mummy nak penuhkan dengan bunga so mummy tak balut...jimat kos disitu..hheheh...

Bila da gamkan barang hantaran atas polisterin mummy pun mula menggubah..cucuk tang sana, cucuk tang sini, campur2 bunga besar,bunga kecik, daun skit sampai penuh n tak nampak bayang polisterin pun...tp make sure bunga kene balance..kalo tak nampak janggal plak..contohnya bunga kat depan tak sebanyak bunga kat belakang...pandai2la gubah..



Kepada kakakku, Kuniawati dan suaminya abang Otai (nama glamer)..selamat pengantin baru, selamat menjalani kehidupan baru...doa kami semoga berkekalan ke akhir hayat..pst..pst...takmo bagi adik baru kat Aina n Yaya ke...hehehe...

Wassalammm :)

Tuesday, 12 February 2013

DIY : Bunga tisu




Assalamualaikum semua..

Kebelakangan ni mummy agak sibuk..sibuk menDIY..hehehe...semuanya bermula bila kakak kesayangan seofis nak kahwin n dia da takde idea cane nak buat hantaran...pastu mummy terus mengofferkan diri utk buat hantaran...yelah masa mummy kahwin n bertunang dulu semua mummy wat sendiri..so utk kurangkan beban fikiran Kak Kurnia, mummy pun offer nak buatkan...bayaran?? ikhlas jer..tapi kalo dibagi mummy amek jer..rezekikan..hehehe...

So mummy pun start la google gambar2 hantaran n kemudian mummy terus terfikir apa kata bunga tu buat sendiri..jimat skit n Kak Kurnia pun nak yg simple jer kan....mummy singgah ke blog2 n ada yg buat hantaran guna BUNGA TISU ni...kemudian mummy pergi ke YouTube..rupanya banyak tutorial bunga tisu ni...mummy try terus jadi..esoknya tunjuk sampel kat bakal pengantin terus setuju...2-3 hari lepas tu kami ke Jalan Masjid India utk beli barang...kami ke SinYin dan Sayang You..bagi mummy Sin Yin lagi murah berbanding Sayang You dan Bunga Reben,,tp kalo takde barang terpaksa jugaklah ke kedai yg mahal tu...ok kat sini mummy tunjuk tutorial utk buat bunga tisu,,senang jerrr...



Langkah 1: Sediakan bahan-bahannya iaitu:
 i. Crepe Paper...yang ni lembut dan sangat fragile...so kene berhati2 bila tarik bunga ni takut terkoyak nanti..bagi mummy kertas ni sesuai buat bunga sebb ia lebih gebu n lembut jer...jangan guna crepe paper yg keras yg ada 2 tone warna tu...sebbnya kalo buat bunga ternganga jer bunga tu n kene letak dlm 4 lapis jer....
ii. gunting
iii. kudup bunga (option)
iv. dawai bunga (mummy guna yg tebal sebb senang nak cucuk kat span utk hantaran..kalo nak buat bunga telur guna dawai yg nipis sebb snang nak lilit kat lidi sate)
v. playar (option) - disebabkan mummy guna dawai tebal so kenelah playar utk pusingkan dawai n potong dawai..kalo guna dawai nipis pakai gunting je cukup)




Langkah 2 : Satukan kertas dlm 4-5 helai, kemudian lipat dua, dan lipat dua lagi sampai jadi bentuk yg kita nak utk buat bunga...kemudia gunting pada lipatan tu...



Langkah 3 : Ikut pada bape besar bunga kita nak buat...yg ni mummy letak 6 helai...kalo nak lagi gebu dan bulat leh letak banyak lagi...kemudian lipat kecik2 mcam lipat kipas..




Langkah 4 : Dah siap lipat..letakkan kudup bunga ditengah dan ikat dengan dawai....kalo tanak letak pun takpe...mummy letak utk nampak bunga hantaran tu lebih menarik..



Langkah 5 : Potong di kedua-dua hujung separuh bulat...ini utk jadikan kelopak bunga...kalo nak potong tajam2 pun boleh..ikut suka hati



Langkah 6/ terakhir : Kembangkan kipas tu dan tarik sehelai demi sehelai ke atas...tarik pelan2 sebb takut terkoyak...siap...




Taraaa...ni dia hasilnya...comelsss takkk....yg peach tu mummy guna kertas crepe yg tebal sebb dia 2 tone...tu yg kembang jer...sebabnya takde kaler peach utk kertas crepe yg biasa...



Ni pulak pom-pom...sesuai utk hiasan pelamin, photo booth...leh disangkut di mana2 saja...caranya sama mcm buat bunga cuma yg ni kertasnya kene lebih besar dan lebih banyak helaiannya sebb kene jadi bulat kan...tak silap yg ni mummy guna 12-20 helai kertas...tp kalo pom pom ni mummy rasa guna kertas tisu yg jual kat kedai buku, stationery lagi sesuai sebb nampak ringan jer...

Selamat mencuba! Wassalam...