Nuffnang Ads

Showing posts with label Zahra. Show all posts
Showing posts with label Zahra. Show all posts

Friday, 18 March 2016

Nur Adibah Zahra bt Nooradzrene 4 tahun.


                       

Assalamualaikum.

Terlebih dahulu saya nak mohon maaf pada diri sendiri dan pembaca/follower atas kekangan masa mengemas kini blog saya ni. Memang kurang masa, nak curi masa bekerja susah, kat rumah lagilah. Broadband pun dah dipulangkan so memang tidaklah bukak laptop tu.

So kali ni saya nak cerita pasal anak dara saya yang dah 4 tahun tu. Alhamdulillah, dah empat tahun, dah jadi kakak, dah boleh diharap (kadang-kadang).

Zahra 3rd birthday

Tahun ni pun kakak dah sekolah. Saya memang plan nak hantar kakak ke sekolah macam play group. Kenapa play group, sebab nak dia bermain sambil belajar sama kawan-kawan, boleh tingkatkan motor skill dia sekali. Saya nak ajar sendiri memang tak sempat, off day pun rumah tak habis kemas. Tu baru anak dua, kalau tiga, empat. Eh jangan salahkan anak ye. Mummy yang tak pandai manage jadual. Huhuhu.

Browse, google punya google, saya jumpa Genius Baby On Board. Menarik tapi....Kelas hanya hujung minggu dan ibu bapa wajib sertai. Nun jauh pulak di Puchong, kelas sejam je start dari pukul 10 pagi. Bayaran pulak RM200 utk berapa sesi tah. Tanya kawan yang pernah hantar anak ke GBOB, katanya ok tapi sekejap je dia hantar anak dia ke sana sebab permainannya macam sama je. Ooo pulak dah. Lagipun kerja macam saya ni takkan nak mintak off day weekend je. Tak bolehhhh, so kita skip la GBOB.

Awal tahun ni ternampak seorang rakan FB post pasal anaknya yang baru enroll Kinder Kaizen. Wow apa tu. Bila disiasat memang play group based school. Dari umur 4 tahun ke 8 tahun. Then saya pun tanya kawan dan dia sangat recommend. Banyak cawangan KK ni dan alhamdulillah ada cawangan di Wangsa Maju, macam memang dijodohkan dan ditakdirkan pulak dengan KK ni. Wangsa Maju tu baru bukak so Februari baru start kelas. Open day nya masa saya kerja pagi, tapi tiba-tiba ada member ofis nak tukar shift. So saya kerja petang, see see mmg berjodoh kan. So akhirnya kakak pun sekolah di KK. Alhamdulillah, dia tak nangis pun suka lagi ada sebab main kan. First day trial class tu tak nak balik. 


Zahra 2nd birthday

Kakak pun dah diaper free. Tapi tidur malam still pakai pampers sebab tak confident lagi. Hari tu babah lupa nak pakaikan, habis toto basah. Bila tidur katil pun cadar tilam semua hancing. Kes lupa jugak nak pakaikan. Cuma baru-baru ni masa dia tidur kat rumah nek wannya, nek wan kata dia bangun sebab nak kencing. Tapi babah tak confident so pakaikan je. Bila pakai pampers pun dia still nak kencing kat toilet. 

Hari tu tak pakaikan pampers pergi sekolah, tapi balik asyiklah bertukar seluar, katanya tak sempat nak cakap dah terkencing, sibuk main sampai lupa nak kencing. Bila dah tak tahan maka terkencinglah dalam seluar. Sudahnya esok saya pakaikan pampers. Tapi balik pampers dah tak pakai. Kiranya dia kencing jugala kat sekolah.

Zahra 1st birthday

Kakak pun dah tak hisap puting. Yeay. Gigi pun sekarang nampak macam teratur sikit. Dulu masa berputing macam mancung ke depan, ke imaginasi saya je. Hahah. Kisahnya sebab puting hilang masa kat kampung. Saya dah jumpa balik tapi sengaja sembunyikan. Bila dia tanya nak puting saya kata Zahra yang hilangkan, mummy tak jumpa. Bila malam pun alhamdulillah dia tak meragam nak puting. Bila dia meragam tu sumbat je botol susu, senyap dan tidur. 

Susu kakak pun dah tukar ke Dugro. Bukan apa kakak pun da besar lagipun sebagai langkah penjimatan. Alhamdulillah first day bagi Dugro dia minum walaupun mula-mula kata tak sedap, bila dah haus dia tetap minum.

Tahun ni tak de celebration, mulanya nak celebrate sekali dengan birthday adik bulan 3, tapi mummy n babah ada masalah kewangan sikit, so tahun ni tengoklah macam mana, mungkin kita potong kek anak beranak je la ye.

Semoga Nur Adibah Zahra menjadi anak yang solehah, bijak, hormat orang tua ye nak. Mummy, Babah dan adik Adeeb sayanggggg kat kakak.




Friday, 27 February 2015

Nur Adibah Zahra bt Nooradzrene 3 tahun

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, 27 Jan lepas anak dara mummy ni dah pun 3 tahun. Macam-macam perangai dah ada. Yelah dah besar kan. Syukur kerana mummy dan babah masih diberi kesempatan untuk melihat Zahra membesar dan akan terus membesarkan Zahra sebaik mungkin. Insya-Allah. Tapi Zahra pun kenalah behave dan dengar cakap mummy babah tau. 

Pada mulanya mummy plan nak buat besday dia kat rumah kami, sekali buat dengan house warming, kira macam besar jugaklah makan-makan tu. Tapi duk fikir sape nak masak banyak-banyak, sape nak hias/kemas rumah, bila masa nak buatnya, kene plan awal dan ejas roster dulu. Plan ni semua last minit fikir tu yang macam-macam jadinya. Mummy teringin nak buat tapi jauh di sudut hati macam tak larat je, mama pun bukan kuat sangat. So kami pun tak jadila buat besday parti Zahra kat rumah kami. Kami plan untuk buat tahun depan, buat besday dua beradik sekaligus, ngan house warming. Senang cerita. Insya-Allah.

Mama pulak tiba-tiba kata nak buat besday Zahra, tapi kecil-kecilan je, tak panggil ramai budak pun, just kawan-kawan mama dengan cucu masing-masing je. Oklah. Mama nak tengok Zahra potong kek sebab Zahra sekarang pun dah pandai, nak kek, nak kek je kerjanya kalau nampak kek yang cantik-cantik, bukannya makan sangat pun.

So mummy pun plan lah, kita buat tema Frozen sebab anak dara sorang ni tak terkecuali gilakan Frozen. Mummy tengok roster babah bila off, so mummy boleh request off siap-siap. So kami buat 29 Jan 2015, hari Khamis malam, mummy dan babah tak panggil pun kawan kitorang, sebab mama yang jadi host kan, lagipun buat kecik-kecik je so memang kami tak war2kan. Just nak buat Zahra happy je.

Dua tiga hari sebelum tu kami buat persiapan, kami ke Kenanga Wholesale kebetulan mama nak cari barang umrah dia, so mummy pun carilah baju Frozen untuk besday girl nanti. Memang banyak ko, semua made in China. Tapi kena cek betul2 sebab dress Elsa yang mummy beli ni tak perasan ada koyak kat tepi walaupun masih dalam plastik. Harga dalam RM30++ tak ingat tapi dapat tawar jugaklah. Lepas beli dress, Zahra sibuk nak crown, dia sendiri yang nampak, nekwan dia belanja. Pun tak sampai bape minit kat dalam kereta dah patah crownnya. Sama ada Zahra lasak atau menda alah tu yang tak berapa lasak. 

Kek pulak mummy tempah dekat kawan mummy. Of coursela tema Frozen. Mummy order kek coklat sekilo je yelah sebab buat kecil-kecilan so kek takdelah besar sangat. Mummy mintak aisingnya warna biru pastu letak strawberi sebab minah ni suka sangat dengan buah tu. Pastu mummy mintak kawan mummy buat edible image Elsa, Anna dan Olaf. Tiga watak ni je yang dia suka dan ingat. Pastu mummy mintak tulis Happy 3rd Birthday Zahra kat tray kek. Tapi kawan mummy lupa nak tulis...huhu..takpelah.




Taraaa..nilah keknya. Memang menepati kehendak mummy, simple and sedap. Kek coklat dilapisi dengan cream cheese dan potongan kecil strawberi, luarnya pulak cream cheese. So memang balance la rasa dia. Kek yang kurang manis atas permintaan mummy yang GDM ni, masam-masam cream cheese, Zahra pun suka. Alhamdulillah. Sapa-sapa nak order macam2 kek, congo bar, victoria sandwich cake boleh cek Instragram kawan mummy ni Hazie Halim atau hash tag giftsgive. 

Mulanya kawan mummy tak nak terima payment mummy, dia kata nak hadiahkan kat Zahra, tapi mummy bagi jugak sebab yela walaupun kawan, niaga tetap niaga, mummy tak nak dikata ambil kesempatan, mementang order kat kawan so nak dpt free. Kawan mummy tetap tak nak duit mummy tapi mummy cakap bagi kat anak-anak dia. Akhirnya dia pun pasrah. Hehehe. Yelah kita pun pernah berniaga, so kita faham.




Menunya pulak, pada awalnya mama plan nak buat bihun goreng je. Yela buat kecil-kecilan je kan. Mummy ok jer. Mummy ingat mama buat bihun singapura tak pedas tapi pedas pulak, kesian Zahra tak makan sangat. Tapi lagi 2-3 hari nak majlis tu mama kata nak buat nasi impit dengan rendang daging dan kuah kacang, wahh tambah lagi menu. Mummy offer nak buat lontong tak, yelah takkan mummy tak sumbang pape kan. Mama kata buat je, pagi tu mummy buat tapi sikit je 1 periuk sedang je. Alhamdulillah ramai yang makan. Hehehe.

Pastu kami goreng drummet, lupa sangat nak tinggalkan untuk Zahra, kesian dia tak makan. Huhu. Kami beli buah tembikai sebiji, kuih kasui tu pulak kawan mama sponsor. Babah buat air oren campur 100 plus. Mummy langgar pantang hari tu. Tapi esoknya kena tebus  balik la pantang tu.



Tengokla princess sorang ni. Bukan main lagi dengan mekap, crown dan rambut palsu tu. Hahah. Ni semua baby sitter dia punya kerja. Baby sitter dia yang siapkan, lepas maghrib tu terus datang rumah nenek bukan main cantik lagi. Ngam pulak dress tu dengan dia.



Amacam, ada gaya princess Elsa kerr. Bukan main lagi ala-ala menari dan berangan nak jadi princess. Kalau babah yang ambil gambar memang no problem, suruhla posing macam mana pun. Janji takde orang lain kat situ, kalau tak malu.


Sampai masa nak tiup lilin malu pulak. Sudahnya mummy yang tiup. Tadi bukan main lagi geram kat kek tu kan.


Disuruh potong kek dia okay. Tak suruh pun dipotongnya sampai hancur nasib baik mummy nampak. Dia cuba potong edible image tu. Menangis-nangis nak potong sendiri rupanya dia makan gambar Elsa, Anna dan Olaf tu. Hahah. Strawberi memang dia sambar dulu.




Tengok tu lepas makan kek, sambung main play doh. Dah habis majlis baru rasa lapar. Pagi tu mummy dan babah bawak dia ke Toys r Us kat IOI Mall Putrajaya sambil ambil kek dekat kawan mummy tu. Macam-macam dia pegang, dari patung Frozen sampaila Play Doh 2-3 kotak. Akhirnya mummy tapis belikan Play Doh Mermaid. Nasib dia tak tanya mana patung Frozen tu. Bukan apa dah banyak sangat kat rumah, akhirnya tak jadi Frozen dah sebab dia akan cabut kaki, tangan, baju sampai togel la patung tu.

Oklah jom kita throwback perangai Zahra dari 2-3 tahun ni. Kesian dia kurang sangat menonjol dalam blog mummy ni ye. Sorry ye nak. Heheh. 

Frozen:


Kalau boleh bangun pagi je mesti nak tengok Frozen. Sampai dia dah hafal skrip siap berlakon lagi especially time nyanyi2 tu. Kadang tu ambil tuala kat ampaian pastu letak sepit fefeling jadi Elsa..tinggi sungguh imaginasi budak-budak ni kan.


Bila nampak Frozen kat luar lagilah eksaited. Ni masa Kids Festival kat Matrade. Siap beratur nak bergambar kat backdrop Frozen ni. Kalau nampak merchandise wajib kena beli.  Baru-baru ni dia asyik sebut nak baju Frozen setiap kali masuk kereta. Bila kami ke Wangsa Walk Mall baru ni dia nampak pulak ada kedai jual baju Frozen. Seboleh-boleh dia nak. Babah kata makan dulu baru beli. Lepas makan dia memang tuntut betul-betul, takleh lari dah. So belilah dress mcm Anna pakai kat gambar atas tu. Mandi malam tu terus nak pakai, dahlah skirt dia penuh glitter, nak tidur pun pakai sampai berkilat 1 badan, katil pun of course lah. Dia dah lena baru mummy salinkan baju dia. Bila nak habis demam Frozen ni pun tak tau.

Bertudung:



Dah pandai nak bertudung, tapi kadang-kadang je la. Tengok mood dia. Paling lama pakai sepanjang dalam kereta, sampai je destinasi terus bukak kepanasan kata dia. Tapi kalau nampak kakak-kakak pakai macam sepupu dia, dia akan mummy nak dung. Nanti mummy beli tudung Zahra banyak-banyak ye.

Berkawan:

Mummy dan babah tengok dia ni tak berapa ngam kalau dengan budak-budak sebaya dia. Tapi kalau tua sikit dia akan ngam. Dia suka kakak-kakak layan dia. Kadang tu dia yang nak kawan dengan kakak tapi kakak buat dek je, sampai nangis-nangis nak pergi dekat kakak mummy takleh wat apa kalau kakak tak nak main dengan dia. Kalau budak sebaya dia ambil masa sikit dia nak ngam. Mula-mula akan gaduh dulu, dah lama sikit barulah boleh main sama-sama.

Suka mandi kolam, main pasir, pergi taman:


Masa umur setahun lebih Zahra takut dengan pantai dan pasir, tak nak jejak langsung kat pasir tu, air laut apatah lagi kan. Tapi kali ni tak dah, pertama kali masuk kolam terus eksaited. Sebab tu setiap kali pergi bercuti duduk hotel mesti akan spend time untuk mandi kolam dan main pasir kalau kalau ada pantai.

Main belon sabun:


Mula dengan belon kecik yang RM2 sebotol sampailah RM5 sepinggan. Pantang nampak mesti nak. Babah pun join sekakilah.

Bercakap:

Zahra agak lambat bercakap dengan fasih. Masa 2 tahun lebih dia hanya sebut yang hujung-hujung je. Sekarang alhamdulillah, dah banyak perkataan yang dia pandai sebut penuh. Kira dari one sampai ten pun pandai dah. Cumanya dia tak reti sebut P, F dan sewaktu dengannya. Dia tukar jadi sebutan K.

Contoh, Frozen jadi krozen, puting jadi kuting, punya jadi kunya. Mummy ajar puuu...dia sebut puuu..bila suruh sebut penuh puting jadinya tetap kuting. Hahaha. Kelakar pun ye jugak. Takpelah pelan-pelan ye nak. 

Bila dia nak berborak panjang-panjang dengan kita, keluarlah bahasa Inggeris-Jerman dia. Layan je la. Dia banyak tengok You Tube cakap orang putih, tu yang dia pn terikut sama. Nanti mummy ajar cakap omputih ye nak. Tapi kalau dia cari sesuatu barang dia akan cakap 'kuting..where are you'..'mummy..where are you'..Hhaha..terrer tak. Pastu suka sangat nyanyi lagi twinkle-twinkle little star. Tu je yang dia sebut berulang kali. Nekwan dia yang ajar rupanya. 

Dari segi tumbesaran, alhamdulillah Zahra normal, berat dan tinggi ok. Tapi mummy kena beli baju dia setahun awal, so semua baju dia kena beli yang umur 4 tahun. Sebabnya dia ni tinggi, kalau beli 3 tahun pakainye kejap je lah.

Rajin:


Rajin buat sepah, rajin jugak mengemas tengok mood dia la. Biasanya lepas dia main mummy dan babah akan suruh dia kemas sendiri masuk dalam kotak or bakul mainan dia. Tapi kalau mood ke laut dia buat dono je, tang ni mummy dan babah mulalah ugut macam-macam, taknak bawak jalan la apa la. Terus dia kemas. Hahah..bukan apa dengan keadaan mummy macam ni nak ambil barang tunduk2 tu memang tak berupaya sangat la. Kadang tu merangkak kemas mainan dia.

Pix atas tu nampak mummy kemas baju baby untuk bawak ke hospital dia pun sibuk sekali. Fefeling nak pakaikan mitten kat bebear tu. Mummy pesan nanti tolong mummy jaga adik baby tau. Dia angguk je. Zahra ni pun dah boleh diharap, kalau minta tolong dia ambil sesuatu dia akan ambilkan. Suruh buang sampah pun dia boleh buat. Alhamdulillah.

Potty Train:

Yang ni mummy dan babah belum train sepenuhnya. Cuma sikit-sikit je. Mummy dah beli jamban kecik untuk dia dan letak kat dalam bilik air. Bila mummy off kadang tu mummy ajar dia kencing dalam jamban tu. Mula-mula dia macam kekok, bila lama-lama dia dah ok. Ada satu hari tu masa tengah salin pampers kat bilik air tiba-tiba dia kata nak berak. Mummy suruh berak dalam jamban dia, dia tak nak, belum biasa sebab selalunya kencing je dalam tu. Mummy tinggalkan dia dalam bilik air untuk urusan dia tu. Hahah. Ada satu kali tu berak kat bilik air ambil ko seketul tahi kat lantai, pe lagi babah la yang bersihkan.

Mummy buat kerja sikit kat dapur, tetiba dia jerit kata dah berak dalam jamban dia, siap keluar dari bilik air lagi. Aduhla. Nak tergelak pun ada. Mummy tengok amek ko selambak. Rupa-rupanya dia try jugak berak dalam jamban tu. Hehehe. Mummy cakap bagus dan puji dia macam-macam, sambil pesan lepas ni kalau nak berak duduk dalam jamban tu. Dia angguk.

Kekadang tu bila pampers dia dah penuh pun dia tak selesa dan kata nak kencing. Mummy pun cepat-cepat tukar dan biarkan dia kencing kat bilik air, siap pandai cebuk sendiri tu. Alhamdulillah. Cuma buat masa ni mummy belum ada kekuatan lagi nak potty train sepenuhnya. Takde kudrat lagi kot nak mop-mop lantai tu. Nantilah adik baby dah 3 bulan baru kita train lagi ye nak. Sekarang ni pun Zahra dah faham cuma belum start tak pakai pampers sepenuhnya.

Sekolah:

Ramai anak kawan mummy yang sebaya dia dah dihantar ke Taska. Tapi mummy releks je dulu. Zahra cakap pun tak fasih sangat. Biarlah dia puas main dan ada dalam dunia dulu sebelum mummy hantar ke sekolah. Lagipun kalau hantar awal sangat takut dia boring pulak.

Mummy plan nak hantar dia ke play group punya kelas. Macam kelas Genius Baby On Board tu.  Mummy nak biar terdedah dengan kawan-kawan sebaya dia dulu, sambil main-main dan buat aktiviti dengan diorang. Tunggu adik baby keluar nanti kita pergi dengan adik baby sekali ye sebab kelas tu pun ada aktiviti untuk merangsang perkembangan baby. Babah pun setuju untuk hantar anak-anak ke kelas tu. 

Mungkin mummy hantar Zahra sekolah bila dia umur 5 tahun. Umur 4 tahun mummy nak hantar dia ke kawan mama untuk ajar Iqra. Biar dia belajar mengaji dulu. 5 tahun hantar ke tadika. Orang ramai hantar anak dia ke tadika swasta. Tapi mummy plan nak hantar ke tadika perpaduan je. Free je pun. Bukanlah kami berkira dengan pendidikan anak-anak, tak kira swasta ke kerajaan ke janji anak tu boleh belajar dan menerima pelajaran dengan baik selain seronok dengan kawan-kawan. Lagipun tadika perpaduan tu depan rumah mama je, so senang mama nak ambil dia bila habis sekolah nanti. Itu hanya perancangan tak tau la kalau tiba masanya nanti akan berubah ke apa kan. Babah plan nak hantar ke sekolah cina. Tapi takde pulak sekolah yang dekat dengan rumah mama. Takpe kita plan dulu semuanya Allah yang tentukan. Aminn..

Setakat ni dulu la kot cerita pasal anak dara sorang ni. Terima kasih sebab sudi membaca. Wassalam..






Tuesday, 30 December 2014

Zahra warded sebab bronchitis - Part 1

Assalamualaikum.

Ini kali kedua Zahra masuk wad. Tahun lepas bulan November pun Zahra warded sebab demam. Tapi kali ni sebab demam+batuk+selsema. Demamnya cecah sampai 40 darjah. Tu yang terus ke hospital. Kali ni agak mencabar bagi mummy sebab tengah pregnant 7 bulan. Zahra pulak meragam nak dukung je sampai tak larat kadang tu. Cuma mummy kene kuat dan lupakan sakit pinggang atau tak larat tu. Kadang-kadang dia nak dengan babah, tapi kebanyakannya dengan mummy la. Ceritanya begini.

11 Dis 2014 (Khamis)
----------------------------

Lepas ambil Zahra malam tu dia takde tunjuk apa-apa tanda sakit ke demam ke. Macam biasa. Malam tu mama pun ikut sekali balik rumah mummy sebab senang nanti nak gerak ke Penang terus je dari rumah. 

Dalam pukul 1.30 pagi, Zahra merengek. Mummy bangun buat susu sambil pegang dia. Eh panas la pulak, demam ke Zahra ni. Kebetulan babah pun terbangun so mummy bagitahu babah, babah ambil kain basahkan dan tuam kat kepala dia. Lepas minum susu dia pun sambung tidur. Ubat demam takde pulak kat peti ais kalau tak boleh bagi dulu.

Pukul 3 pagi babah kejut mummy kata badan Zahra panas sangat. Babah terjaga sebab tersentuh Zahra yang panas tu. Mummy terus ambil termometer. 38.5 darjah. Tapi Zahra tak merengek. Babah ajak gi Klinik Idzham. Mummy kata kalau tengah malam doktor jarang ada, so babah terus call, nurse kata doktor ada. Suhu macam tu baru nak demam katanya. 

Kami ke Klinik Idzham kat Bukit Antarabangsa. Doktor cek memang demam dan bagi ubat demam dan batuk sebab Zahra ada batuk sikit. Masa ni belum selsema lagi. Balik dari klinik kami terus bagi Zahra ubat dan dia tertido semula.

Mummy bincang dengan babah kalau pagi tu demam dia tak kebah mummy nak EL je. Babah tak boleh sebab cuti dah habis.

12 Dis 2014 (Jumaat)
----------------------------

Bangun subuh tu mummy cek badan Zahra tak panas dah. Dia pun lena tidur sebelah nek wan kat luar. Sebelum pergi kerja mummy cek lagi suhu, 36.5 darjah. Alhamdulillah...tak demam dah. Mummy pesan kat mama kalau panas bagi dia mandi banyak kali kasi keluar panasnya. Mama tanya kalau tak demam nak bagi ubat jugak ke. Mummy kata bagi je sebab esok nak balik Penang kenduri anak ateh kahwin.

Siang tu pun mama kata Zahra ok, normal je. Badan pun tak panas. Tapi tidur malam tu badan dia start macam dedar-dedar je. Banyak kali nangis nak susu. Masa ni mummy perasan banyak taik mata kat belah mata kanan dia. Aik sakit mata pulak ke. Malam tu mummy just tuam tuala basah kat kepala dia, tak nak dia demam lagi sebab esok nak jalan jauh. Tapi sebenarnya mummy tak sedap hati nak ke mana-mana memandangkan keadaan anak dara ni yang tak menentu.

13 Dis 2014 (Sabtu)
--------------------------

Bangun pagi Zahra macam biasa. Pak long belikan roti canai tapi dia tak nak makan. Offer sikit pun tak nak. Bangun tidur tu pun taik mata dia banyak kat hujung mata, mummy lap sikit-sikit. Masa ni batuk dia boleh tahan tapi tak kerap. 

Masuk kereta mummy offer buah dia tak nak, tapi dia nak makan kerepek pisang favourite dia. So sepanjang jalan dia just makan kerepek je. Mummy risau jugak sebab dia batuk kan, nanti makin teruk pulak. Tapi dah itu je yang dia nak makan.

Kami berhenti rehat kat R&R mana tah, mummy lupa. Orang ramai sungguh. Mummy belikan Zahra sup fishball. Suruh dia makan pun tak nak. Sibuk dengan lego yang baru beli, nek wan belanja. Tapi akhirnya dia makan jugak tapi sikit la, tak habis pun. 

Sampai je Penang petang tu Zahra dah macam tak selesa. Badan dia panas, merengek. Ateh offer sup ayam pun dia tak mahu. Sebelum siap nak ke Hotel Eastin kenduri sebelah perempuan, kami bagi Zahra ubat, memang berperang la. Tak suka sungguh dengan ubat macam mana nak baik. Huhuhu. Lepas tu mandi dan dia ceria balik.


Masa ni Zahra pun ok lagi. Tak meragam, badan ada sikit dedar tapi tak demam. Tengok tu siap fefeling nak nyanyi Let It Go.  Tapi bila masuk je dewan bila majlis dah nak start, dia macam tak selesa, babah sibuk ambil gambar, dia pun sibuk jerit babah dan suruh mummy bawak ke babah.



Tiba time makan, mummy bagi sup sayur dia makan sesudu dua, pastu kami kopekkan udang, dia tak nak. Dia nak turun dari baby chair so babah bagilah hand phone bagi dia leka kejap.



Sempat selfie dengan pengantin. Yang pengantin lelaki tu sepupu babah. Masa diorg bertunang mummy tak dapat pergi sebab cuti raya dipendekkan dan dipanggil kerja. Huhu. Masa ni Zahra dah terlena kat mummy. Kesian dia. Dahla first time pergi hotel ni. Sepupu-sepupu ajak main pun dia tak nak. Nak memerap je. Badan dia dah tak sedap time ni.

Selesai kenduri kami singgah kat kedai beli cool fever untuk Zahra. Malam tu kami tidur kat The Light Waterfront. Situ macam homestay, duduk sekali dengan saudara babah. Sampai je rumah, bagi Zahra makan ubat, salinkan baju dan dia terus tidur.

Mummy pulak sembang dekat luar, sekali dengar dia nangis, mummy cek badan panas sangat ni. Tepek termometer alamak 39.7 darjah masa tu dah pukul 12.43 tengah malam. Mummy pun sibuk tanya member biro Penang mana klinik panel ofis. Tapi malangnya klinik tu bukan 24 jam. Pastu biro chief kata ada satu klinik 24 jam, Klinik Aman namanya dekat dengan USM dan dekat jugak dengan tempat tinggal kami.

Sampai ke klinik tu rupanya bukan panel Bernama. Takpelah kami bayar. Nurse cakap kena tunggu lama sikit sebab doktor tengah jahit patient. Mummy kata anak saya demam panas sangat ni. Nurse terus masukkan ubat kat montot untuk kurangkan suhu sementara tunggu doktor. Sebelum masukkan ubat suhu dia dah 40 darjah.

Tak lama lepas tu baru dapat jumpa doc. Doktor cek tekak dia kata tonsil bengkak, tengok ada tahi mata. Doktor kata Zahra kene jangkitan kuman kat mata dari tonsil tu, sebab tu bertahi mata, nasib baik mata tak merah katanya. Doktor nasihatkan supaya Zahra dihantar ke hospital untuk masuk wad. Alamak, kami ni duduk KL doktor, takmolah berkampung kat Penang ni. So mummy decide untuk mintak ubat montot kat doktor, esok kami akan terus balik KL. So doktor bagi ubat bontot, ubat batuk kahak dan antibiotik.

Balik dari klinik, mummy mintak babah mandikan Zahra sikit untuk kurangkan panas badannya. Kesian dia menangis-nangis kesejukan. Lepas mandi, makan ubat dia terus tido. Mummy tetap tuam kepala dia dengan tuala basah.

14 Dis 2014 (Ahad)
-----------------------

Pukul 7 pagi mummy cek suhu Zahra 37.1 darjah. Alhamdulillah dah turun sikit. Doc kata cek suhu setiap 4 jam. Nasib baik memang bawak termometer dari rumah.  Sebelum kami cek-out pukul 11 tu badan Zahra dah turun lagi 36 darjah. Dah normal la tu. Tapi mood dia masih on off lagi. Tahi mata masih ada kat mata kanan tu. 

Dalam kereta dia macam dah ok sikit. Kami singgah lunch dulu sebelum balik KL sebab tak breakfast pun pagi tadi. Hajat nak makan gulai ikan sembilang tutup pulak kedai dia. So kami round-round bandar dan mama ajak makan kat warung masakan minang. Alhamdulillah..Zahra nak makan setelah beberapa hari tak selera. Dia makan nasi dan ayam goreng. Walaupun tak habis at least boleh tambah tenaga dan dia kembali ceria. 

Lepas makan mummy singgah beli jeruk jap untuk dibawa balik kampung time adik bertunang nanti. Saja makan rewang-rewang. Kebetulan mood Zahra pun dah ok. Lepas beli kami terus balik KL. Sebelum balik mama sempat cakap dengan ateh mohon maaf sebab tak sempat nak ke rumah diorg, dan tak dapat nak pergi kenduri belah diorg malam ni.

Sampai KL pun dah malam, jalan jem sungguh time weekend cuti sekolah ni. Memang penat. Malam ni kami tidur kat rumah mama sebab rumah takde elektrik. Malam tu tidur badan Zahra panas balik, dia kerap merengek dan gosok-gosok tekak dia. Mummy tak sedap hati sakit tekak ke.

Dalam pukul 12 tengah malam babah ajak pergi hospital. Kami ke Pantai Cheras, first time ni datang sini. Tak lama tunggu doc dah panggil. Doctor cina lelaki mcm pandang pelik je kat kami tak tau pasal apa. Doktor tanya itu ini, masa nak jolok tekak tiba-tiba Zahra muntah. Sebelum tu dia baru je minum susu, keluar balik susu tu, habis baju seluar mummy kena muntah. Lantai pun penuh dengan muntah dia.

Doktor cek macam ala kadar je. Takkan marah sebab lantai dia kotor muntah kot. Doktor tanya ubat demam batuk masih ada kan, so teruskan aje makan ubat tu. Tekak dia macam mana doktor? Tak merah sangat katanya. Tahi mata ni pulak? Itu biasa kalau demam, kata doc..sebabnya mummy perasan mata belah kiri pulak macam nak bertahi mata. 

Keluar dari bilik doktor babah pun bayar doc consultation RM43. Insuran Zahra tak cover out patient melainkan kalau masuk ward. Hmmm...memang tak pergi sini lagi kot. Layanan macam gitu.

Subuh tu Zahra muntah lagi lepas minum susu. Mummy bukak cadar, cek suhu badan dia 38 lebih, terus masukkan ubat kat montot. Baju pun tak pakai sebab panas sangat. Lepas tu dia terus tido sampai ke pagi.

15 Dis 2014 (Isnin)
-----------------------

Bangun pagi cek suhu badan Zahra dedar je 37 macam tu. Kesian dua-dua mata melekat dengan tahi mata. Dia masih tidur lagi, biarlah maybe baru lena sebab malam tadi merengek dan muntah. Babah pergi setel TNB dulu untuk elektrik di rumah kami. Mama pulak risau Zahra tak bangun-bangun dan ajak mummy pergi hospital dulu tanpa babah. Mummy tak nak sebab baju takde, tunggu babah bawak baju dari rumah sebab baju habis kena muntah malam tadi. Lagipun mummy tak larat nak dukung Zahra, so tungguh babah dulu.


Dalam pukul 12 tengah hari mummy kejut Zahra, kebetulan babah dah balik dan masalah elektrik di rumah kami dah selesai. Mummy cek suhu Zahra tak demam, cuma hidung berair dan batuk teruk pulak, mata pulak sepet je sampai ada eye bag. Ajak dia mandi, dia ok. Lepas lunch kat rumah mama, kami pun terus balik rumah.


Sampai rumah Zahra tidur. Mummy pulak kemas rumah dan basuh baju siap-siap. Badan dia masih dedar lagi. Asar tu Zahra merengek, babah cek suhu dia 39 darjah. Kami fikir nak pergi hospital mana, sebab dulu ofis babah cover sekarang ni tak lagi. So bergantung pada insuran Zahra je. Kami ambil Prudential BSN Takaful. Setiap bulan babah bayar RM100. 

Ikutkan mummy pergi hospital kerajaan je. Hospital Ampang pun ada rekod dia. Tapi akhirnya kami ke KPJ Ampang Puteri sebab agen kata insuran cover kat situ, lagipun tahun lepas Zahra pun memang warded kat situ, so kami dah ada pengalaman sikit la. Kalau kerajaan babah takut tunggu lama je, kesian kat Zahra.

Bersambung...

(rasa dah panjang sangat entry ni, kita sambung kat next entry pulak ye..wassalam)











Tuesday, 13 May 2014

Selamat Hari Ibu...


Assalamualaikum.

Ahad lepas 11 Mei ialah hari ibu. Ada yang kata haram sambut hari ibu, ada yang kata harus. Apa pun yang penting hari ibu bukan hari Ahad je, bukan sehari je, tapi hari-hari adalah hari ibu. Kenapa, sebab ibulah yang susah payah mengandungkan kita, melahirkan dan membesarkan kita dengan ayah kita. Pengorbanan ibu memang takde galang gantinya, hanya ibu sahaja yang sanggup berkorban demi anaknya.

Gambar atas tu, mak mummy, Badariah Jawadi namanya. Ahad tu tak sempat nak call dan wish maka mummy pun call balik hari Isnin. Mak macam biasalah, ucap terima kasih sambil bergelak ketawa dan report apa yang berlaku kat rumah, melayan perangai abah, adik yang sibuk bekerja sampai kadang tu tak sempat makan. Mak cakap mak kesian kat Hazrien (jururawat kat Hospital Colombia, Nusajaya) teruk sangat kerja sampai tak sempat nak makan walaupun mak masakkan untuk bawak bekal. Banyak kerja katanya, yelah nurse lelaki tak ramai, so maybe banyak kerja yang memerlukan kudrat orang lelaki dia kena buat. Tapi so far dia takde merungut pun pasal kerja dia. 


Tetiba family photo ada Nurul dan anaknya. Motif sangat kan.

Kejadian ni di KLCC sabtu lepas 10 Mei. Babah kena kerja walaupun off day sebab kena ambil gambar orang ramai yang nak bergambar kat booth Kosmo! sempena hari ibu. Ada la artis yang dijemput. Mummy tak cakap pun kat babah nak ke sana, selesai je setel hal wallpaper kat rumah, mummy dengan Zahra pun ke KLCC jumpa babah.

Sampai kat sana babah tengah sibuk, mummy suruh Zahra pergi cuit babah tapi dia tegak je, ramai orang kot. Bila babah paling ke belakang mummy cepat-cepat sorok, bila babah buzy time tulah mummy tolak Zahra ke babah, hahah terkejut babah. Surprise!!

Babah tanya nak bergambar ke dengan Nurul ke. Err takmolah. Tapi lama-lama kat situ buatkan mummy nak bergambar pulak. Hahaha, dahla mummy stress melayan Zahra yang nak main kereta nenoneno tu, sampai habis syiling. Pukul 6 mummy fed up terus bawak Zahra balik dengan bantuan babah dukungkan Zahra sampai parking sebab mengamok kat KLCC, semua orang tengok. Haihss.



Bila da ada anak barulah merasa erti pengorbanan seorang ibu kepada anaknya, barulah merasa betapa perit dan sakitnya nak beranak tu kan.

Alhamdulillah masa mengandungkan Zahra mummy takde alahan yang teruk. Takdela morning sickness ke night sickness ke apa. Cumanya mummy loya, tapi yang muntahnya babah. Teruk woo babah muntah sampai kena berhenti tepi highway sebab pening dan muntah. 

Masa bersalin tu yang perit sebab mummy terminum air akar fatimah tu awal sangat. Hambik ko nah merasa sakit dekat 24 jam barulah bersalin. Normal hokay. Alhamdulillah..


Lepas bersalin, waktu berpantang agak mencabar untuk mummy. Apa yang mencabar ialah penyusuan Zahra. Masa baru-baru susu mummy kurang, Zahra asyik menangis je, sampai bapa dan ibu mertua nak beli susu formula. Masa tu kami tentang habis-habisan susu formula ni sebab nak bagi susu ibu sepenuhnya.

Tapi lepas dua bulan, badan Zahra tak naik-naik, makin susut adalah, tapi mummy tak perasan sampailah orang yang urut mummy tegur kenapa Zahra kurus sangat. Dia suruh mummy beli susu formula untuk tambah keperluan susu untuk Zahra. Masa tu sedih sangat. Bila balik KL, kami ke Hospital Ampang untuk buat pemeriksaan kat Zahra, takut bukan sebab susu, sebab susu mummy mengalir je sampai basah baju, tapi macam cair skit tak pekat. Alhamdulillah dalam 2-3 kali pemeriksaan dan doktor pun syorkan tambah dengan susu formula, badan Zahra pun naik sikit demi sikit. Maaf nak, mummy takde pengalaman dan tak cukup ilmu penyusuan. Sampai umur Zahra 4 bulan susu mummy terus kering sebab pam tak konsisten. Huhuhu. InsyaAllah kalau ada rezeki lagi mummy akan mantapkan ilmu dan tekad mummy mengenai penyusuan susu ibu.


Zahra sekarang dah 2 tahun 3 bulan. Da semakin bijak dan kadang-kadang tu buat mummy sentap. Pandai buat muka, pandai menjeling marah, pandai merajuk, pandai pujuk kita kalo mummy or babah nak menangis sebab dia buat kita, pandai kiss (kalau tak selama ni laga pipi je, skang kalau kata mulut siap cium pipi dengan bunyi muahhh).

Ayat dan perkataan pun dah semakin banyak yang dia pandai sebut. Ni semua berkat ajaran mak (baby sitter) dan nenek dia. Mummy takde masa sangat. Sori ye nak. Zahra pun dah pandai disuruh, cuma kadang-kadang tu elok je mummy nak duduk or baring lepas keletihan buat kerja rumah, time tu lah dia nak chuchu la, nak makan la, sepahkan barang lah. Itulah pengorbanan seorang ibu kepada anak. Wahhhh..


Semoga Zahra membesar menjadi anak yang solehah, taat pada perintah Allah dan dengar kata mummy dan babah ye. Love you muahhh.. Eh ni entry hari ibu ke hari Zahra ni.

Wassalam.

Tuesday, 1 April 2014

Nur Adibah Zahra dah 2 tahun.


Assalamualaikum.

Dah masuk bulan April baru mummy nak update pasal birthday Zahra..sorila nak mummy tak pernah tak sibuk. Huhuuhu. 27 Jan lepas, Zahra genap 2 tahun. Da macam-macam perangai yang dia pandai, cakap pun da pandai sikit-sikit, biasanya hujung perkataan je yang bunyi. Jadila nak.

Antara perkataan yang dia pandai sebut:

1. Babah
2. Mimi = Mummy
3. Buah
4. Ayam
5. Lorr = Telur
6. Ci = Nasi, KFC
7. Ju = Baju
8. Nek = Nenek
9. Tok = Atuk
10. Ma = Mak (kadang2 semua org dia panggil ma)
11. Cot = Kasut
12. Mot = Selimut
13. Cucu = Susu
14. Ting = Puting

Selain pandai cakap sikit-skit, Zahra pun da faham arahan. Yang penting dah boleh tolong mummy ambilkan barang. Bila panggil dia akan sahut 'Ha? Ha? Ni?' sambil tunjuk barang yang mummy suruh ambil. Heheh dah anak dara dah anak mummy ni.

Pada 20 Feb lepas, kami buat majlis hari jadi dia kecil-kecilan di rumah nek wan. Tu pun nek wan yang nak buat, tapi tahun depan nek wan dah surrender kata takmo buat. InsyaAllah tahun depan mummy buat kat rumah baru kita ye Zahra.

Macam biasa, goodies handmade by mummy, cuma tahun ni tak serumit tahun lepas, mummy buat simple jer. Tahun ni kami buat tema minion sebab zahra suka tengok minion especially masa nyanyi Banananana...Semua ni dia tengok dari Youtube la..sangat pandai menggodek hp babah dia..hp mummy dia tak nak sangat sebab mummy bubuh pasword and kecik je tak sebesar hp babah..hehehe.




Goodie bags berisi jajan dan air kotak. Mummy guna doily paper yang memang ada kat rumah, tulis pakai magic pen dan tampal sticker Minion.




Sibuk nak tolong babah tampal nama dia. Pandai anak mummy





Untuk kek pulak, mummy memang rajinnn la kan nak buat sendiri. So mummy order jer kat ofismate mummy, kak wan. Akak ni memang bisnes cup cake dan kek. Sedapp. So mummy order cup cake coklat minion saiz kecik ngan red velvet cup cake size medium.

Tiba-tiba masa nak ambil kek pagi tu kak wan wassap gambar kek ada 3. Eh setau mummy order cup cake je. Apsal ada kek plak ni. Kak wan kata hadiah sebab ada lebih bancuhan cup cake tu dia pun bakarla jadi kek. Tapi kek tu takdela besar mana, nipis je sebab guna lebihan bancuhan kan. Tenkiu very much kak wan. Hehehe..dari takde plan nak potong kek maka adalah majlis potong kek. Cuma lilin memang mummy tak mau tiup.


Zahra excited tengok kek minion, ni setelah dicontrol jangan gelojoh hahaha..



Bukan setakat potong kek tu, habis dikelarnya pastu jilat buttercream, comotla muka ngan baju.



Malam tu bukak hadiah dari nek wan, pak long ngan mak inanya. Nek wan bagi lunch bag, pak long bagi xelophon, mak bagi anak patung. Mummy ngan babah hari-hari bagi Zahra hadiah :)




Kepada mereka yang nak order kek atau cup cake untuk apa-apa majlis boleh follow kak wan seperti tertera di atas ye. FB pun guna nama yang sama.

Wassalam.


Thursday, 14 November 2013

First time Zahra warded

Assalamualaikum.

Ini pertama kali Zahra demam panas, lama dan lemah. Selalu kalau dia demam, hari kedua dah kebah, kalau demam pun macam orang tak demam sebab aktif macam biasa. Tapi tidak kali ni, Zahra banyak tidur dan baring jer. Kesian anak mummy. 

Ini juga kali pertama Zahra dimasukkan ke wad kerana demam lebih seminggu. Suhunya pulak turun naik, bila masuk ubat kat punggung, dalam masa 5 jam, suhu turun dan Zahra pun aktif macam biasa, makan pun berselera. Tapi bila kesan ubat dah habis, especially malam je panas balik dan beliau kembali lemah, baring dan tidur je. Minum susu kurang tapi lebih banyak minum air masak, kalau dia merengek tengah malam pun taknak susu tapi nak air. Panas dalam tu. 

Ceritanya bermula begini.

5 Nov (Hari 1)

Mummy perasan badan Zahra panas lepas berhenti dari hentian Air Bemban kat Melaka. Masa tu kami dalam perjalanan balik ke KL selepas cuti di kampung hampir seminggu. Mummy berdua je dengan Zahra, babah out station di Kedah sebab by-election Sungai Limau. 

Masa tu badan Zahra tetiba panas, so mummy talakan air cond kereta dekat Zahra, kemudian dia tidur balik sampailah dekat nak sampai. Bila sampai di rumah nek wan, mama rasa badan Zahra panas tapi mummy rasa tak pulak.

Malam tu bila dah balik rumah, tiba-tiba Zahra macam lemah, lalok je. Mummy rasa badan dia panas. Terus bagi ubat demam yang ada dan dia terus tidur. 

6 Nov (Hari ke-2)

Bangun pagi mummy rasa badan Zahra panas, dia merengek je. Mummy patutnya kerja pukul 1, pukul 8 pagi mummy terus call Editor dan minta cuti kecemasan. Approved. Bila Zahra dah mandi badan dia tak panas dah, kami putuskan untuk delay dulu pergi klinik sebab dulu pernah pergi tapi doktor kata tak demam walaupun kami rasa panas.

Lepas mandi kami ke rumah nek wan untuk selesaikan hal rumah, masa tu Zahra dah kembali lembik, baring je kat pangkuan mummy dan tidur, badan dia pun panas. Makan tengahari pun sikit. Lepas makan dan hantar nek wan balik ke rumah, kami pun ke Klinik Izham di Setiawangsa.

38.5 darjah Celcius. Doktor bagi ubat demam dan antibiotik. Tapi antibiotik tu bagi bila demam dah kurang. Balik rumah kami bagi makan ubat dan mandikan Zahra kemudian dia tidur.

Oh ye sepanjang mummy pangku Zahra tiba-tiba mummy pulak rasa nak demam, tekak dah perit. Balik rumah lepas solat Zohor, Zahra pun dah tidur mummy pulak rasa badan mummy panas, mummy baring sebelah Zahra kat depan tv sambil berselubung. Babah suruh tidur tapi mata takmo tidur, sudahnya dekat nak maghrib mummy tertidur, hajat di hati nak solat Asar tapi kepala mummy berat sangat, pening, sakit kepala, mata merah, badan panas. Zahra pun still panas.

Tak boleh jadi ni, babah bawak kami berdua ke KPJ Ampang Puteri, panel babah. Dua-dua cek, dua-dua 39 darjah Celcius. Alamak makin naik pulak Zahra. Zahra diambil darah untuk diperiksa. Katanya 40 minit je tapi sejam lebih baru dapat result sampai Zahra meragam nak ke kereta sebab nak rehat dan tidur, dengan mummy sekali tertidur dalam kereta, babah tunggu result darah.

So dari EL, mummy sambung pulak MC. Alhamdulillah keputusan darah Zahra ok takde pape. Doktor bagi ubat demam dan antibiotik dengan ubat punggung. Doktor kata kalau 3 hari demam tak kebah datang balik.

7 Nov (Hari ke-3)

Hari ni mummy MC. Lepas makan ubat sebeban, mummy rasa sihat sikit hari ni. Panas dah takde cuma lemah sikit dan sakit kepala. Rasa nak baring dan tidur je. 

Bangun pagi tu badan Zahra still panas, dia pun merengek je. Mummy letak tuala basah kat kepala dan kaki dia. Mummy ajak dia mandi walaupun dia tak nak, bukan apa untuk turunkan suhu dan bagi dia cergas sikit. 

Bila dah mandi  dan dah masuk ubat punggung, dia ok sikit, mummy masakkan kuewtiow sup, berselera dia makan walaupun amek ayam dan kuewtiow je. Carrot dipandang sepi, takpelah nak janji makan dan ada tenaga.Tapi mata dia still bengkak. Maybe sebab banyak tidur dan nangis kot. 

Seharian tu dia ok, main macam biasa, tengok tv dan tidur lepas makan ubat. Malam lepas babah balik dari kerja, mummy ajak pergi Jusco Setiawangsa untuk beli barang dapur sikit, tengok Zahra pun macam dah ok tak panas sangat badan dia.

Bila dah beli barang kami singgah di Black Canyon untuk dinner. Masa ni Zahra dah meragam, tak mau duduk dekat baby chair, nak duduk kat peha mummy, kemudian ajak keluar dari restoran tu. Ingatkan dia nak naik kereta control kat luar tu tapi dia pandang sepi je. Masuk balik restoran dia meragam balik, terpaksalah mummy pangku dia sambil makan.

Masa makan tu Zahra tak berapa nak nasi, di bagi kentang goreng pun nak tak nak je, bagi telur rebus dalam menu babah dia makan sikit tapi dia macam menggigil  sebabnya bila dia pegang makanan, makanan tu jatuh, mummy dah tak sedap hati. Lepas makan terus balik.

Dalam kereta dia tidur sampailah dekat rumah, badan dia dah panas balik.

8 Nov (Hari ke-4)


Bangun pagi badan Zahra panas lagi. Dia merengek bila dibobok tidur balik. Sambil tu mummy letak tuala basah kat kepala dia..sekejap je kering.

Dia bangun mummy terus ajak mandi dan masukkan ubat kat punggung. Lepas tu dia ok dan berselera makan sambil tengok tv.

Mata still bengkak. Kesian anak mummy

Mummy dah start kerja hari ni, kerja petang. Zahra on off badan dia, bila makan ubat ok, bila kesan ubat habis panasnya datang balik. Tapi mummy kena kerja jugak hari ni. Mummy bekalkan sup untuk Zahra dan ubat pada baby sitter.

Dalam pukul 10 malam babah call kata Zahra mengamuk. Badan dia panas balik, serba tak kena. Tapi dalam hati mummy dia cari mummy nak tidur. Beberapa minit lepas tu babah call balik kata Zahra dah tidur dalam buai. 

Mummy balik nek wan kata badan Zahra panas, dah siap berselimut sebab kakinya sejuk. Mummy minta tuala kecik untuk basahkan kat kepala dia. Kesian anak mummy. Malam tu kami tidur di rumah nek wan sebab kesian pulak Zahra nak dibawa balik tengah-tengah malam. Lagipun time macam ni parking kat rumah tu confirm takde.

9 Nov (Hari ke-5)

Badan Zahra panas lagi. Alahai kenapa tak baik-baik ni nak. Kebetulan mummy ngan babah tak kerja, so pagi tu kami terus ke KPJ Ampang Puteri lagi sebab hari tu doktor kata kalau tak kebah 3 hari datang lagi.

Kami datang dan darah Zahra diambil lagi. Suhu lebih kurang 38 degree Celcius. Confirm demam. Sementara menunggu keputusan ujian darah kami jalan-jalan di lobi dan singgah di kantin hospital. Babah makan nasi lemak, mummy pulak makan soto ayam. Sedap jugak. Zahra pun makan soto mummy jugak walaupun sikit tapi jadilah masuk perut sikit. Masa ni dia macam ok sikit sebab duk berjalan ke sana ke mari dalam kantin.

Lepas sejam tak lama nombor kami dipanggil. Doktor tunjukkan keputusan ujian. Platlet turun 136 daripada kandungan normal 150. Denggi pulak non-reactive..maknanya negatif untuk denggi. Doktor pesan esok datang lagi dan buat ujian darah lagi.

10 Nov (Hari ke-6/ Hari 1 admit) 


Babah kerja hari ni kene cover majlis pernikahan Fizo Omar dengan Mawar. Walaupun mummy rasa berat suruh babah kerja tapi takpelah kerjalah sebab assignment tu pagi dan takde orang boleh ganti. Mummy pesan habis je assignment terus ke hospital. Mummy pulak memang off ari ni.

Temujanji pukul 12 tengahari, mummy ke hospital dengan nek wan dan abang pon (sepupu babah). Lepas ambil ujian darah, Zahra meragam dia ajak mummy keluar dan duduk dalam kereta. Tak lama lepas tu mummy nampak babah baru sampai dan bagi nombor giliran pada babah.

Lepas setengah jam rehat dalam kereta mummy ajak Zahra keluar dan dia mau. Bila nombor kami dipanggil mummy pandang kertas ujian darah Zahra alamak turun lagi ke 131. Dalam hati kuat mengatakan Zahra mesti kene admit ni.

Tepat sekali, doktor nasihatkan Zahra dimasukkan ke wad supaya pakar kanak-kanak boleh pantau keadaan Zahra. Zahra dibawa ke katil untuk dicucuk lagi di tangan buat kali ke-4 untuk masukkan drip air. Dalam kuat-kuat mummy sepanjang Zahra demam mummy tak nangis bila jarum besar cucuk tangan comel Zahra, mummy ikut nangis sekali dengan Zahra. Lepas masuk air dia terus tido dipangkuan mummy.


Zahra ditempatkan di wad kanak-kanak tingkat 6 katil no 657. Di depan katil ada budak perempuan dalam 2 tahun dan sebelah katil pulak baby dalam 8-10 bulan.


Awalnya Zahra langsung tak nak lepas dari mummy. Tak nak duduk kat katil tu. Berkali-kali dia minta bukakkan drip dan tag nama dan ajak keluar. Berkali-kali jugaklah mummy pujuk. Dia jugak fobia setiap kali nurse atau doktor datang. Meraung-raung. Kesian..huhuhu.

Bila urusan kemasukan dah selesai babah balik rumah untuk bawak barang-barang dan baju, susu, pampers Zahra dan mummy.


Dinner sampai pukul 6 petang, sebelum tu nurse tanya menu Zahra. Makan bubur ke nasi, ada elergik ke tidak. Zahra memang tak suka bubur dan makan nasi macam biasa. Nah hari-hari kat hospital dah macam makanan orang besar. Sedap tak dinafikan, Zahra tak abis makan mummy ngan babah la habiskan. Rugi oooo...bayar semua ni. Hehehe. Alhamdulillah Zahra berselera makan walaupun sikit.

Walaupun ada baby cot disediakan tapi sah-sah Zahra taknak tidur kat situ. Asal mummy gerak sikit je mulalah meraung. So menepek dengan mummy je. Malam tu kami sekatil, babah pulak tidur kat bawah. Kesian, dahla sempit just beralaskan selimut dari baby cot je.

11 Nov (Hari ke-7/ Hari ke-2 admit)




Bangun pagi panasnya agak kurang, nurse sentiasa datang untuk cek suhu. Makin lama makin menurun. Masa ni Zahra ada demam sikit pagi dalam 37 dan nurse bagi ubat demam. Mummy ajak mandi sebab semalaman tak mandi. Dia tak nak tapi mummy bukak pelan-pelan baju dia lepas nurse tanggalkan drip air untuk mandi. Masuk je dalam bilik air terus tak nangis tapi suka pulak.

Kami mandi berdua-duaan. Lepas mandi pegawai makmal ambil darah untuk diuji lagi. Sejak demam ni Zahra tidur berdengkur dan beraknya pulak cair siap bunyi brooottttt...pastu tu ha dia kismis sebutir-butir (dia suka sangat makan kismis time demam ni).

Doktor datang, Dr Lim katanya. Sangat pelat cakap Melayu dan macam kelam kabut je orangnya. Mummy tak sempat nak tanya apa-apa dia terus blah. Yang mummy faham dia cakap ok dah ho, ok ho..berak kencing ok ho..hohoho la.


Petang tu nek wan ngan babah datang. Drip pun dah dibuka, sebab doktor kata tak payah masuk air lagi dah. 2 Botol air masuk dalam badan Zahra. Bukan main suka dia sebab boleh berjalan bebas. Tengok dia pun macam dah ok sikit. Takdelah lemah tidur je. 





Petang tu mummy bawak jalan-jalan sekitar wad. Suka dia, yelah boring kan asyik duduk atas katil je. Jalan punya jalan sekali jumpa ada satu bilik permainan. Apa lagi teruja la dia. Masuk dalam main puas-puas. Lepas tu babah ngan nek wan pulak tak over mummy rehat kat katil Zahra.


Malam tu tak mandikan Zahra pun just lap-lapkan badan dan kepala dia dengan air surah yang dibacakan ustaz kat rumah nek wan. Tu dia macam tokey besau je. Ni dah sihat la ni.


12 Nov (Hari ke-8/Last day admit)



Kebetulan mummy memang off sejak Sabtu sampailah Selasa so tak payah minta EL dekat bos. Zahra pun semakin menunjukkan peningkatan. Dah tak demam lagi. Suhunya 31. Normal. Dia pun dah jalan-jalan kat katil kakak depan. Macam nak main ngan kakak jer, nak mengecek roti pun ye. Haih buat malu mummy je.


Lepas mandi, makan roti canai cecah kuah dal yang babah belikan, Zahra pun tidur. Doktor datang cek dan cakap mau balik tak. Eh naklah boleh-boleh. Dia da ok ho, tak demam lagi ho. Hola doktor oi.

Mummy terus call babah. Babah datang dalam tengahari lepas assignment. Babah tanya dekat nurse bila boleh discharge. Nurse kata tunggu bil, dan minta insuran company babah clearkan bil. Babah pun call PM Care dan katanya mereka dah terima bil dan dalam proses. Tak lama lepas ajak babah lunch babah pun balik semula sebab ada assignment. Tinggallah mummy dengan Zahra sambil tunggu bil tak sampai-sampai.



Sementara tunggu bil tu Zahra dah kebosanan. Dia pun berlari-lari dan selalu jenguk kat katil depan, nak main ngan kakak. Pergilah nak, mummy pun tak tau nak buat apa dah. Dah bawak berjalan, turun ke lobi, pun bil tak sampai-sampai. 

Lepas maghrib babah sampai dan terus ke akaun, dapat bil setel. Total dalam RM2k++. Tak lama nurse datang dan bagi ubat antibiotik yang perlu diberi dalam masa 5 hari. Ubat demam pun bagi kalau Zahra demam lagi.

Kami singgah di restoran sebelah hospital tu Ruz Aladdin, makan nasi beriani. Masa ni Zahra dah tantrum. Bagi apa semua tak nak, habis dicampaknya. Nangis kuat ya amat. Semua pandang, mummy malas nak layan. Mummy tau dia dah ngantuk tu maybe kesan ubat yang diberi sebelum balik. Babah habis makan layan dia, mummy habiskan makanan kami pun balik. Masuk je kereta Zahra terus tidur.

13 Nov 

Mummy dah start kerja. Masuk petang. Zahra pun dah ok. Tak demam. Alhamdulillah. Anak mummy dah sihat. Kene bagi antibiotik dalam masa 5 hari supaya antibodi dia kuat. Mummy dengar demam viral ni lama boleh makan sebulan. Demam, baik dan demam tu akan datang semula. Harap-harap Zahra kuat dan tak demam lagi. Mummy, babah dan semua doakan kesihatan Zahra sentiasa ye nak. Mummy mintak maaf sekiranya penjagaan mummy tak bagus sampai anak mummy ni demam. Huhuhuh...

Terima kasih kepada saudara-mara yang datang melawat dan mendoakan agar Zahra segera sembuh. Terima kasih semua. 

Wassalam.