Nuffnang Ads

Showing posts with label Makanan bayi. Show all posts
Showing posts with label Makanan bayi. Show all posts

Tuesday, 3 June 2014

Mee suah for baby

Assalamualaikum.

Hari ni kita cerita pulak pasal makanan baby walaupun Zahra dah jadi baby besar. Masih ada makanan dia yang mummy tak sempat nak share. So kali ni mummy nak cerita pasal mee suah.

Apa tu mee suah, dia macam mihun la. Boleh beli kat mana-mana kedai dan pasaraya. Bukan setakat baby je orang dewasa pun boleh makan. Mee ni kegemaran babah, dan babahla yang kenalkan mummy dengan mee ni.

Mee ni agak lembut, so mummy celur dengan air panas sekejap je. Sebabnya kalau celur lama then kita gorengkan, mee ni akan hancur. Kalau nak celur pakai air biasa pun boleh.

Mee ni sesuai untuk baby berbanding mihun sebab teksturnya yang lembut, mihun kan macam keras sikit dan kene rendam 1 malam, tu pun belum tentu lembut keesokannya.

So mummy kongsikanlah sedikit resepi mee suah untuk Zahra ni. Oh ye mee ni boleh diberi kepada baby 8-10 bulan. Untuk baby yang baru pertama kali nak diperkenalkan dengan apa jenis mee elok diberikan mee suah terlebih dahulu, kemudian kuewtiow sebab kedua-duanya diperbuat daripada beras. Mee kuning tu elok biar da besar skit la kot macam setahun ke sebab mee kuning ada kapur.

Ok inilah resepinya.




Mee Suah Goreng

Bahan-bahan:
Mee suah (celur dahulu)
Bawang merah
Bawang putih
Ikan bilis
Telur
Sayur-sayuran
Lada hitam sedikit

Cara-caranya:
Celur mee suah dahulu. Ketepikan. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan ikan bilis. Tumiskan dengan sedikit minyak zaitun sampai garing. Masukkan telur, kacau lagi dan masukkan mee suah. Akhir sekali masukkan sayur sawi. Kalau bubuh lobak masuk lobak dulu sebelum masukkan mee. Perasakan dengan sedikit lada hitam (tak nak pun takpe). Kalau dah umur 2 tahun ke atas boleh tambah sedikit garam. Siap.




Murtabak Mee Suah

Bahan-bahan:
Mee suah
Bawang merah
Bawang putih
Ayam
Lobak
Sos pasta/puri tomato
Lada hitam
Lada sulah
Telur

Cara-caranya:
Celur mee, ketepikan. Tumis bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk. Masukkan ayam, kemudian lobak. Masukkan sos pasta/puri tomato. Dah sebati masukkan mee suah. Perasakan dengan sedikit lada hitam dan lada sulah. Ketepikan. Kacau telur masukkan mee tadi ke dalam telur dan masak atas minyak yg sedikit dalam pan. Balik-balikkan siap.




Mee Suah Kungfu

Bahan-bahan (untuk kuah):
Bawang putih
Bawang merah
Ayam
Sayur-sayuran (mummy guna lobak, brokoli dan bunga kubis)
Lada sulah
Stok ayam
Sedikit bancuhan tepung jagung
Telur yang dikacau

Cara-caranya:
Tumis bawang putih sehingga wangi. Kemudian masukkan bawang merah yang dikisar dengan air. Masukkan stok ayam. Biar mendidih masukkan ayam dan sayur-sayuran. Perasakan dengan lada sulah. Masukkan telur. Pekatkan kuah dengan bancuhan tepung jagung. Siap.



Bahan-bahan (untuk mee):
Mee suah
Minyak zaitun
Telur

Cara-caranya:
Celur mee suah. Goreng sedikit dengan minyak zaitun. Angkat dan masukkan dalam lebihan bancuhan telur untuk kuah tadi dan gorengkan atas pan. Boleh buat kecik-kecik macam jemput-jemput so senang baby nak makan.

Selain daripada resepi di atas. Para ibu semua boleh buat banyak lagi resepi macam mee suah sup ke, mee suah berkuah ke. Yang ni pun mummy olah sedikit ikut kesesuaian umur dan apa yang boleh dimakan oleh bayi. 

Selamat mencuba. Wassalam.

Tuesday, 15 April 2014

Homemade Fish Ball for baby

Assalamualaikum.

Wah lama sungguh mummy tak pos apa-apa pasal makanan baby kan. Maaflah followers mummy yang mak-mak tu, banyak lagi makanan Zahra tapi mummy je yang tak up dalam ni. Hehehe. Yelah sejak Zahra dah 2 tahun ni memang dah tak kisah pasal makanan bayi sebabnya Zahra dah makan makanan keluarga. Garam dan gula pun dah bagi, cuma garam tu kami guna low sodium so takdelah masin sangat.

So far Zahra makan apa saja, itupun bagi makan kene tanya dulu "Zahra nak nasi tak", kalau dia geleng cakap "nanak" maka tak payahlah bagi sebab dia akan tutup mulut tak nak makan. Bila dia jawab " nak" angguk-angguk maka dia memang lapar.

Makan pun kene suap sekarang ni, dan ikut saja mana dia pergi. Kalau bagi dia makan sendiri alamatnya memang tak dimakan dan dibuat main ke lantai. Sekarang pun dah pandai rasa, kalau rasa tak best dia akan luahkan balik makanan tu. Kalau dia demam pun selera makan kurang dan terus melarat sampai dah baik. Seminggu lepas tu baru dia nak makan balik.

Alhamdulillah, Zahra tak suka gula-gula, memang dia teruja merengek-rengek nakkan lollipop dari sekecil kedai rm2 sampailah sebesar yang spiral tu kat famous amos. Kalau tak beli maka amukan drakulat la di tempat kejadian.

Mummy pun belikan, bila dia makan, dia akan jilat sikit-sikit. Cukup 2-3 kali jilat, dia bagi mummy balik dan tak mintak balik dah. Gula-gula kecik pun macam tu dia akan jilat dan luahkan balik gula-gula tu kalau dia dah gigit. Lepas tu kitorang pun lupuskan bahan bukti takut nanti dia ingat dan nak semula gula-gula tu.

Tapi beliau sangat suka coklat. Kalau roti coklat ataupun apa-apa celup coklat, dia akan makan coklatnya. Masa pregnantkan dia pun mummy sibuk buat tempahan coklat, terkenan la kot. Hahah. Tapi takpe better coklat dari gula-gula kan.

Jajan pulak, dia sangat suka mamee, sampaikan kalau nampak megi, terus nak dan makan macam mamee, teruslah mummy sembunyikan. Kerepek pun suka, aiskrim (echem) pun suka, tapi yang bersusu la.

Sehingga sekarang ni, kami memang control pengambilan jajan pada Zahra. Untuk belikan sesaja untuk dia makan, memang tidakla. Dan sebolehnya akan elak tempat jajan bila g pasaraya. Cumanya kinder joy dan seangkatannya yang duk depan counter memang takleh elak.

Tapi kalau orang luar bagi nak buat macam mana kan. Sikit takpe jangan selalu. Mummy pun tak biasakan ajak dia pergi kedai sebabnya macam-macamla dia pau nanti. Tapi tu lah, kalau org lain yang biasakan mummy tak boleh buat apa dah. Zahra dah besar, dah pandai, dah boleh berfikir kot dan makin bijak.

Oklah itu saja pasal pemakanan si toddler Zahra. Kali ni mummy nak share resepi homemade fish ball, sesuai untuk bayi sebab takde garam, gula, bahan pengawet, disediakan dengan penuh kasih sayang oleh mummy sendiri.

Fish Ball for Baby

Bahan-bahannya :

Isi ikan tenggiri
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Daun sup
Tepung jagung
Lada sulah
Lada hitam



Cara-caranya

Masukkan kesemua bahan kecuali tepung jagung dalam blender dan kisar sampai halus. Pastikan takde tulang ikan.


Bila dah halus, masukkan tepung jagung sikit demi sikit, ikutlah nak keras ke nak lembik ke sampai boleh dibola-bolakan.


Bila dah dapat kepekatan yang diingini, bolehlah dibola-bolakan, pastikan tangan bersih dan basah masa gentel-gentel tu. Boleh tambah tepung jagung kalau adunan lembik sangat.

Masukkan bebola ke dalam bekas bertutup, alaskan dengan plastik kalau nak simpan secara berlapis. Simpan dalam freezer. Siap. Boleh ditambah dalam sup dan apa saja masakan.

Kalau nak rebus jap sebelum beku pun boleh, lagi tahan lama rasanya.

Resepi ni sesuai untuk bayi berumur 9-10 bulan ke atas dan bayi yang takde alahan dan dah pass makan ikan, bawang dan tepung jagung.

Selamat mencuba ibu-ibu.

Wassalam.

Tuesday, 17 September 2013

Resepi roti untuk bayi




Assalamualaikum.

Lama pulak tak post pasal makanan baby kan..so kali ni mummy nak kongsi resepi roti untuk bayi. Tapi sebelum tu cuba mommies baca info di atas. Mummy dapat dari group HSFFYB di FB. Jadi seeloknya berilah anak roti sehari sekeping saja. Berilah roti gandum penuh or wholewheat bread berbanding roti putih.

Roti boleh diberi seawal 8-9 bulan. Tapi mummy start bagi Zahra roti masa dia umur 11 bulan. Mummy cuba bagi roti celup susu dia takmo. 

So di bawah ni antara resepi roti yang mummy buat sejak Zahra 11 bulan hingga sekarang. Kalau mommies nak cuba tengok pada kesesuaian anak ye. Apa yang dah pass apa yang belum.  Selamat mencuba




Fruity Bread Pudding

Bahan-bahan:

Roti sekeping, susu formula/susu segar (1thn ke atas)/susu ibu, telur sebiji, buah-buahan. Kalau nak manis leh tambah puri kurma skit kat bancuhan susu dan telur.

Caranya:

Potong dadu roti, rendam dlm bancuhan susu dan telur sampai terendam, biarkan kejap. kemudian taburkan buah-buah masuk dlm bekas dan bakar dalam 180C selama 10 minit or sehingga masak.




Broccoli french toast

Bahan-bahan:

Sekeping roti, brokoli floret, telur, lada sulah

Cara-caranya:

Celup roti dengan telur yg dipukul dan ditabur lada sulah sikit. Kalau nak bentuk mcm ni, potong ikut acuan dulu pastu celup telur. Goreng dengan sedikit minyak zaitun, tabur brokoli floret yg dicincang di atas roti. Balik-balikkan sampai masak..siap.




Roti dengan puri prune

Bahan-bahan:

Sekeping roti, puri prune

Cara-caranya:

Gelekkan roti sampai nipis guna rolling pin or gelas or apa saja yg boleh jadikan roti tu nipis. Sapu dengan puri prune dan gulungkan. Kemudian potong.






Cheesy french toast

Bahan-bahan:

Roti sekeping, telur sebiji, keju chedar yg diparut

Cara-caranya:

Potong roti ikut acuan yg disukai, celupkan dalam telur yg sudah dipukul. Goreng dalam minyak yg sikit, balik-balikkan. Sebelum angkat taburkan keju yg diparut. Siap.









Broccoli Nugget 
(Mummy dapat dari blog mamacook..tapi mummy tambah lada sulah skit untuk perasa)

Bahan-bahan:

Sekeping roti, brokoli yang dicelur, telur, keju chedar diparut, lada sulah

Cara-caranya:

Panaskan oven 200c. Celur brokoli. Potong roti bentuk dadu. Pukul telur dan lada sulah sedikit. Masukkan roti, brokoli ke dalam telur dan masukkan keju. Kacau sampai sebati. Lenserkan pan dengan minyak zaitun dan masukkan bancuhan tadi. Bakar selama 10 minit atau sampai masak.

*Kita makan pun sedap, boleh dijadikan resepi keluarga tapi masukkan garam skit. Cecah ngan sos pun sedap.








Banana sausage french toast

Bahan-bahan: 

Roti sekeping, pisang sebiji, telur sebiji.

Cara-caranya:

Gelek roti guna penggelek atau apa saja yg boleh gelekkan roti sampai nipis. Gulungkan dengan pisang, celup telur dan masak dengan minyak yg sikit. Da siap boleh dipotong nipis-nipis.


Kelas kan semua tajuk makanan nama omputih..hehehe..oklah mommies semua. Selamat mencuba ye.. 

Wassalam.

Wednesday, 17 July 2013

Throwback : Zahra's 1st birthday





Assalamualaikum.

Zahra da nak masuk setahun enam bulan baru mummy terhegeh-hegeh nak post pasal birthday Zahra. Maaflah kesibukan melanda di samping banyak post yang que. Heheh. Walaupun tarikh lahir Zahra pada 27 Januari lepas, tapi majlis hari jadi dibuat pada 11 Februari. Ini memandangkan masa tu arwah tokwannya masih berada di HKL. Birthday Zahra pun masa tu raya cina kot sebab tu nek wannya belikan cheongsam ke apa tah tapi pakai seluar untuk Zahra pakai masa majlis tu. Dah sebijik macam amoi pulak. Majlis tu diadakan sederhana je. Just jemput jiran-jiran nek wan dan budak-budak kat flat sebab buat pun kat umah nek wan. Nek wan masakkan mee goreng dan goreng pelbagai jenis nugget. 

Kebanyakan favours utk majlis tu pun mummy buat sendiri. Jom tengok apa yang ada.



Peralatan untuk mummy buat goodie bags. Bahan yang diperlukan ialah paper bag coklat, doilies paper, stiker, alphabetical stamps, avent stamps (mummy copkan huruf kat stamp ni sebab kaler-kaler), double tape dan gam.




Isi kandungannya semua disponsor oleh nek wan. Macam-macam jajan ada. Si kecik ni nak tolong katanya.



Taraaaa...



Rice lollipop chocolate. Mummy buat sendiri. nanti entry lain mummy tunjuk macam mana nak buat yer.






Hiasan backdrop ni air tangan babah. Eh, air tangan ke. Belon ngan banner Happy Birthday tu beli kat kedai party.



Natural fruit cake. Memandangkan Zahra takleh makan manis-manis macam kek biasa yang penuh frosting tu so mummy buat kek daripada buah, ni pun idea dari mommies di HSFFYB. Selain cantik dan berwarna-warni, ia pun sihat dan sedapppp.





Sedapnya makan sendiri buah.



Mummy n babah love u so muchhhhhh...Semoga jadi anak yang cerdik, taat pada agama, hormat pada ibu bapa dan orang tua. 

Wassalam.


Sunday, 14 July 2013

Resepi kentang untuk bayi (8-10 bulan)

Assalamualaikum.

Hari ni Ramadan ke-5..banyak hari lagi kita nak berpuasa. Orang ramai pun dah ramai shopping raya, tapi mummy ngan babah tunggu gaji dulu lah..Huhuhu..

Oklah, kali ni mummy nak share resepi kentang untuk bayi. Kentang boleh diberi seawal 8 hingga 10 bulan. Kentang juga adalah sumber karbohidrat so kalau nak campur dengan bubur nasi amat tidak digalakkan kerana dua-duanya sama berat, khuatir nanti anak akan sembelit.

Macam mummy, mummy pernah la test bagi kentang dalam sup Zahra. Ni first time Zahra makan kentang dengan nasi tapi sudahnya dia sembelit, so sejak dari tu memang mummy tak campur. Bila dia da setahun ni barulah mummy test balik letak dalam sup dan alhamdulillah dia ok, poo poo dia pun macam biasa. Mungkin da besar skit baru leh campur ngan nasi, masa baby-baby ni payah skit perut dia nak hadam dua makanan berat sekaligus.

Di sini ada resepi-resepi yang mummy cipta sendiri dan juga dapat dari mommies dari group HSFFYB. Kepada mommies di luar sana kalau nak cuba silakan. Sharing is caring :)



Mashed potato with broccoli sauce

Rebus atau kukus kentang sampai empuk, bila da empuk lenyekkan masukkan unsalted butter skit. 

Untuk kuahnya, tumbuk bawang putih dan merah tumis dengan sedikit minyak, tambah air dan stok ayam, biar mendidih kemudian masukkan broccoli yang sudah dicincang or diblend halus. Biar mendidih masukkan sedikit bancuhan tepung jagung utk pekatkan kuah. Akhir sekali masukkan sedikit lada sulah dan lada hitam. (Sikit je kang kepedasan lak, just untuk perasa je)





Pan grill potato wedges

Kukus or rebus sebentar kentang. (kejap je untuk lembikkan kentang). Bila kentang da sejuk gaulkan dengan bawang putih yang ditumbuk. Grill dalam kuali leper (pan) sampai masak. Sesuai dijadikan finger food.





Baked potato

Belah dua kentang kemudian kukus atau rebus sebentar. Tumiskan bawang putih dan bawang merah, masukkan daging cincang, lobak, tomato. Masukkan sedikit air. Kemudian masukkan hirisan daun sup dan lada sulah sedikit.

Korek bahagian tengah kentang yang sudah dikukus, sapukan olive oil, masukkan inti daging tadi dan tutup dengan grated cheese. Bakar 120 C selama 10-15 minit




Baked Potato Fingers

Panaskan oven 170 C. Kupas kentang, basuh bersih dan potong panjang-panjang or kecik-kecik. Gaulkan dengan minyak zaitun, bawang putih cincang, lada hitam, sedikit serbuk kari. Bakar 30 minit atau sehingga masak. (Jangan terlebih masak nanti keras dan garing pulak)




Bergedel kentang ikan bilis (dalam tupperware kecik)

Kukus atau rebus kentang sampai empuk, lenyek dan ketepikan. Goreng ikan bilis yang sudah direndam semalaman sampai garing, kemudian tumbuk sampai lumat. Gorengkan bawang merah sampai garing macam buat bawang goreng tu. Hiris daun sup. Masukkan ikan bilis, bawang merah dan daun sup ke dalam kentang yang sudah dilenyek, gaul sampai sebati. Bentukkan ikut bentuk suka hati. Celup dalam telur dan golekkan dengan bread crumb buatan sendiri dan goreng.



Potato chips

Basuh kentang, buang kulit dan hiris guna penyagat. Renjiskan minyak zaitun dekat loyang, susun satu-satu hirisan kentang dan bakar pada suhu 160 C selama 5-10 minit.



Selamat mencuba. Wassalam :)

Tuesday, 18 June 2013

Homemade chicken stock n tomato sauce


Assalamualaikum.

Bulan ni mummy agak sibuk sampai nak bukak FB pun tak sempat apatah lagi nak update blog walaupun banyak entry pending. Bulan ni mummy kene attach di meja penyuntingan Bahasa Inggeris. Duduk kat sini memang banyak kerja, belum siap satu stori translate dah datang lagi satu stori dan seterusnya. Nak makan pun kene cepat-cepat takut story banyak and bos cari. Huhu..Tapi pengalaman di sini bagus sebab mummy boleh improve BI mummy. Oh ye dulu mummy dah pernah attached kat desk ni 3 bulan, masa tu mummy tengah pregnant Zahra. Kali ni bos mummy nak senior yang dah pernah attach supaya masuk balik tapi sebulan jer.

Oklah berbalik pada tajuk entry kali ni, mummy nak kongsikan cara membuat stok ayam dan sos tomato sendiri untuk bayi kita. Yang penting tiada garam, gula dan insyaALLAH berkat air tangan ibu yang memasak penuh kasih sayang, maka sedaplah makanan tu nanti walaupun tanpa bahan perasa..Alhamdulillah..:)

Mummy dah buat dua kali stok ayam ni. Mula-mula mummy rebus kaki ayam semata-mata, takde bawang, carrot bagai sebab masa tu Zahra belum pass lagi, tapi tulah, bila dah masuk dalam peti sejuk dah jadi lengkong. Tau tak lengkong tu apa, macam jeli agar-agar la, sebab mula-mula mummy nak buang lemak kat atas tapi eh kenapa semua macam lemak je ni, rupa-rupanya kaki ayam memang macam tu, kolagen yek, takde masalah pun. So kali kedua ni mummy beli rangka ayam seekor dan tambah bahan lain. Stok ni sesuai untuk buat sup, buat nasi ayam dan yang sewaktu dengannyalah. Jom tengok resepi yang mummy dapat dari HSFFYB group ni.



Stok Ayam Homemade

Bahan-bahan:
 Ayam (mummy amek bahagian rangka, leher, kaki dan sedikit isi ayam)
Halia
Lobak
Celery
Bawang besar dan bawang putih
*Kalo nak letak rempah empat beradik pun leh tapi mummy tak letak

Cara-caranya:

Rebus semua bahan yang sudah dibasuh bersih dan dipotong kecik-kecik sampai daging dan ayam hancur. Mummy rebus dalam 8 jam guna api sederhana, sentiasa tambah air.


Bila isi dah hancur, bolehlah tapis dan biarkan sejuk.
Simpan dalam bekas, tutup dan simpan dalam peti sejuk bahagian bawah satu malam.
Esoknya bolehlah dibuang bahagian lemak di atas stok dan tuangkan lebihan stok ke dalam bekas kiub ais.
Simpan dalam freezer 1 malam, esoknya keluarkan dan simpan dalam bekas lain.
Jangan lupa labelkan tarikh. Macam biasa boleh tahan 3 bulan.


Yang ni pulak sos tomato buatan sendiri, sesuai untuk buat mee goreng, mihun goreng especially kalau buat bolognese nilah bahan utamanya. Senang je buat nak dengan tak nak jer..hehehe.pun resepi mummy dapat dari group tu juga.


Mula-mula, basuh bersih-bersih tomato yang dah masak ranum, potongkan macam dalam gambar supaya senang nak buang kulit nanti. Kemudian rebus or kukus. Hasrat nak masukkan dalam blender steamer Avent tak tercapai sebab tak muat. So mummy rebus macam biasa dalam periuk sampai lembik.



Bila tomato dah empuk angkat dan biarkan sejuk dulu. Dah sejuk, kupas kulit dan buang biji, blend bersama bawang besar, bawang putih, lobak dan sedikit serbuk jintan manis sampai halus.



Kemudian bolehlah dimasak sampai nak bau dan dah rasa dah masakla..hahah..ape tah mummy ni.


Macam biasa simpan dan bekukan..



Selamat mencuba ye ibu-ibu sekalian..

Wassalam :)

Monday, 20 May 2013

Tepung atta dan pasta for baby (8-10 bulan)




Assalamualaikum.

Tepung dan pasta boleh diperkenalkan kepada bayi anda bermula 8 hingga 10 bulan. Tapi untuk Zahra mummy start agak lambat iaitu 11 bulan. Sebab banyak sangat makanan yg Zahra kene pass dulu before bagi makanan berasaskan tepung dan pasta ni.

Tepung pulak bukan sebarang tepung. Kalau boleh elakkan bagi tepung gandum biasa yang kita makan tu sebab tepung tu dah melalui proses pemutihan dan pelunturan. Tak sesuai untuk bayi. Jadi tepung yang sesuai ialah tepung atta yang orang India buat capati tu dan juga tepung unbleached yang boleh dibeli di kedai2 esp kat bahagian organik..Mummy dapat ilmu ni pun dari group HSFFYB dalam FB (tapi group tu da tutup sebab banyak sgt plagiat dan tak kredit langsung HSFFYB..kesian mummy2 kat situ yang susah payah cipta resepi dan kumpul ilmu..huhuhhu..tp ada fanpage iaitu HSFFYB group namanya..leh klik like di situ dan bolehlah tanya soklan di situ).

Pasta pulak ada jual baby pasta iaitu pasta yang kecik2 bentuknya..mummy tak jumpa baby pasta tapi jumpa pasta alphabet yang kecik2 so sgt sesuai la takyah nak lenyek2 lagi sebb da mmg kecik.

So jom layan antara resepi pasta dan tepung for baby...ia juga boleh dijadikan finger food..biasanya mummy buat untuk sarapan..untuk minum petang pun sesuai :)




Pancake jagung (resepi dari mummy di HSFFYB):

Bahan-bahan:

Sebiji telur gred B (asingkan putih dan kuning n make sure anak da pass telur ye)
3/4 cawan tepung atta
1/2 cawan fresh milk (untuk setahun ke atas) atau yogurt+air atau susu fm
1 sudu besar minyak zaitun
Jagung (boleh ganti dengan sebiji pisang lenyek atau apa2 puri buah)

Cara-caranya:

Pukul putih telur sampai kembang, ketepikan.
Campurkan kuning telur dan susu, kacau. Kemudian campur tepung, kacau.
Masukkan putih telur yang gebu tadi dan jagung.
Masukkan minyak kacau.
Masak atas non stick pan.siappp



Gambar ke-2 pix atas tu pulak pancake puri prune..mummy just tambah puri prune 1 kiub..Yang sebelah tu baked pumpkin finger. Sedap sangat..Jap mummy tepek resepi.

Baked pumpkin finger:

Potong labu bentuk jejari, gaulkan dengan minyak zaitun, bakar dalam oven 180 darjah..siapp...mummy ngan babah makan pun sedap.Manis sangat..sesuai untuk finger food.




Cucur bawang+kentang+ikan bilis

Bahan-Bahan:

Tepung atta
Kentang separuh (potong kiub dan stim kejap utk lembut, jangan stim lama2 takut terus jadi mashed potato)
bawang besar+ikan bilis (tumbuk)
Lada sulah sikit

Cara-cara:

Gaulkan semua bahan dan goreng dalam sikit minyak.
Masa ni mummy tersilap sebb tak rebus or kukus kentang so kentang dia agak keras. Kalo goreng minyak banyak for sure kentang tu cepat empuk kan. Tapi guna minyak sikit so agak lama dia nak masak.Sudahnya Zahra tak makan yang kentang. So after this kene rebus kejap. Oh ye kalo nak masukkan serbuk kunyit skit dan daun sup pun boleh. 



Gigih mengunyah kentang yang keras sampai pakai 2 tangan..heheh kesian Zahra.




Yang ni pulak macaroni and cheese. Tapi Zahra tak suka and mummy pun dah tak ingat resepinye..heheh..mommies leh la google untuk dptkan resepi mac n cheese for baby yer..

Yang sebelah tu cucur kurma. Senang sangat nak buat. Tepung campur puri kurma gaul2 letak air skit, goreng guna minyak yang sikit.



Cucur kismis dan jagung

Hancurkan kismis dan jagung, campurkan tepung atta dan susu FM sesudu, tambah air skit dan goreng dalam minyak yang sikit.




Keria labu

Campurkan puri labu (ataupun kukus labu dan hancukan), tepung dan sikit air. Bentukkan dan goreng minyak sikit.

* Boleh tukar labu dengan keledek atau kentang




Red Snapper Carbonara (resepi google website omputih)

Bahan-bahan (agak2 je ye):

Unsalted butter
tepung atta
Susu FM
Keju cheddar yang diparut
Isi ikan merah
Bawang besar dipotong dadu
Minyak zaitun

Cara-caranya:

Tumis bawang hingga kekuningan guna minyak zaitun, masukkan isi ikan ketepikan.
Cairkan unsalted butter, masukkan dalam sesudu tepung atta, kacau.
Masukkan susu dan kacau cepat2 supaya tepung tak berketul.
Masukkan keju sampai cair.
Masukkan semula bawang dan isi ikan yang digoreng tadi.
Hidang bersama pasta yang sudah direbus.

*Boleh ganti ikan dengan ayam atau daging.
*Cara buat sos carbonara ni sama mcam buat white sos





Beef bolognese

Bahan-bahan:

Bawang besar
Bawang putih
Daging yang dicincang
Unsalted butter
Pasta
Sayur-mayur (mummy guna carot ngan kacang peas)
Homemade tomato sauce (nanti mummy tunjuk cara nak buatnya)
lada hitam

Cara-caranya:

Rebus pasta, ketepikan.
Tumis bawang besar dan putih dengan unsalted butter, masukkan daging.
Masukkan sayur-mayur (yang keras masuk dulu).
Masukkan homemade tomato sauce, tambah air skit.
Masukkan lada hitam.
Hidangkan bersama pasta



Chicken Pot Pie:

White sauce:
2 sudu unsalted butter
2 sudu tepung atta
1 cawan susu FM

Panaskan butter guna api kecik, masukkan tepung kacau-kacau then masukkan susu sikit-sikit sampai pekat dan tak bergentel, tutup api, ketepikan.

Filling:

Ayam (boleh tukar ikan atau daging), bawang besar, lobak (celur) dan kacang peas (celur)

Tumis bawang, masukkan ayam, masukkan lobak dan kacang peas, masukkan white sauce, kacau hingga masak.

Topping:

Kukus atau rebus kentang, dah masak lenyekkan dengan 1/2 caean susu (masukkan sikit demi skit jangan cair sangat), masukkan filling dalam remekin, tutup dengan ubi kentang dan letak keju cheddar yang dah diparut ke atasnya. Bakar 180 darjah celcius 20 minit hingga perang.

Yang bawah gambar pie tu adalah cheesy banana fritters..canggih tak nama dia..hahaha..

Cara-caranya:

Potong pisang kecik2. Jangan guna pisang yang masak sgt takut hancur ketika menggoreng nanti. Panaskan sedikit minyak atau cairkan sedikit unsalted butter. Letak pisang, terbalikkan, kemudia tabur keju yang dah diparut. Da cair skit terus angkat. Siap untuk dihidang.

Oklah mommies..selamat mencuba ye resepi2 ni..Wassalam.