Nuffnang Ads

Friday, 9 August 2013

Babah kena batu karang

Assalamualaikum mommies semua...

Di kesempatan ini mummy sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua followers mummy dan juga mereka yg senaraikan blog mummy dalam blog list bloggers semua. Ampun maaf di pinta ye. Post pasal raya nanti mummy up lepas mummy balik cuti. Tahun ni giliran mummy keje so raya agak tak berapa nak meriah sangat la..huhuhu

Oklah stop dulu kisah raya. Mummy nak cerita pasal penyakit batu karang. Kisahnya begini 3 Ogos lepas (Sabtu) tetiba babah tak boleh tidur sejak dari pukul 4 pagi. Pukul 5 pagi babah kejut mummy untuk sahur, tapi mummy dalam keadaan mamai tgk babah dah siap pakai baju seluar, katanya nak ke hospital tak tahan sakit perut. Dalam mamai mummy hantar babah ke pintu macam takde perasaan sambil bagi hp babah. Lepas minum air skit mummy sambung tido sampai terlajak subuh..haihhhh. Penat kot. Bangun 7.30 pagi tu pun tersedar sebab Zahra nangis padahal mummy kunci jam 6.30!. Tengok hp babah anta sms dalam 6.30 gitu kata ada kat emergency Pusrawi. Alamak, terus kol babah, babah kata still kat emergency doc nak bagi ubat dan scan.

Babah dah kol sepupu dia utk ambil mummy dan Zahra nanti dalam pukul 9.30 pagi. Mummy dah plan kalau babah kene masuk ward so EL la mummy hari tu. Mummy terus bangun dan siapkan makanan bekal Zahra. Dalam pukul 8++ babah kol dan kata semuanya ok. Doc scan takde apa katanya, maybe terlebih makan or salah makan yg jadi macam tu. Doc inject ubat, babah tidur rehat, pastu babah otw nak balik rumah ambil mummy dan Zahra ke rumah mak mertua.

5 Ogos (Isnin) babah sakit perut balik, sakit menyucuk2 katanya. Mummy bangun sahur pukul 5.30 tu babah bangun sekali sambil mengadu sakit perut. Baring salah, duduk pun salah, tetap sakit. Memula baring kat sofa, pastu masuk bilik pulak, masuk bilik air. serba tak kena dibuatnya. Mummy urut perut babah, mmg mummy sendawa la. Babah kata dia takleh sendawa or kentut, angin tak lepas katanya. Lepas tu babah macam ok skit, mummy pun siap2kan bekal Zahra, then tetibe babah masuk dapur kata tak tahan sakit sampai nangis2. Alamak sakit sangat ke, ni bukan gastrik ni sebab sakit melampau, ke sakit mcm nak beranak contraction tu.

Mummy pun berdesup la masuk bilik air ingat nak basuh baju Zahra skit, bila dengar mummy berus baju, babah kata nak basuh baju ke, abang da sakit sangat ni, tlg panggil ambulans. Mummy letak balik berus dan cecepat tukar baju, Zahra tido lagi. Tapi babah kata takpela mummy mandi dulu. Dalam pukul 8 mummy da siap terus hantar babah ke KPJ Ampang Puteri. Mummy nak drive babah kata dia leh drive. Babah suh mummy drop babah ke hospital je, tapi mummy berkeras nak tunggu lagipun baby seat takde dalam kereta, takkan nak pangku Zahra dari Ampang ke Jalan Peel, mummy pun dah bagitau opis masuk lambat.

Sampai je di hospital babah terus cek dan doktor nak buat ultra sound. Mummy tunggu ngan Zahra kat luar. Zahra duk layan pororo senyap skit dia. Lepas buat ultra sound tunggu dalam 1 jam lebih utk tau result. Bila dah dapat result doc confirm babah ada batu karang, satu kat hempedu, satu kat buah pinggang. Batu tu sebesar 2cm..agak besar jugaklah kan. Lepas ambil ubat, kami ke rumah mertua utk hantar Zahra ke rumah baby sitter dan dalam pukul 12 mummy sampai opis. Babah dapat MC sehari, lepas makan ubat terus tido satu hari. Yang mummy pelik apsal g Pusrawi doc tu kata takde pape, g pakar baru tau ada batu karang. Haihhh.

Apa yang mummy perasan setiap kali babah sakit perut sebab berbuka minum air gas. Memang ada satu hari tu babah duk teguk air coke la, pepsi la, 2-3 hari berturut2 kot. Lepas tu terus sakit perut malam tu sampai berguling nangis dia punya sakit. So mummy cakap lepas ni jangan minum air gas sebab kesan dia sangatlah cepat.

Malam raya, babah makan lemang ngan daging pesamah, malam tu nak tido sakit perut tapi ala-ala je sakitnya. still boleh handle. Esok paginya babah mengadu sakit perut lagi, lepas makan ubat babah tido sampai pukul 10 lebih, terlepas sembahyang raya.

Sementara babah tidur, mummy dok google la pasal penyakit batu karang ni, mummy tengok makanan apa yg takleh makan, puncanya dan petua secara tradisional nak rawat penyakit ni tanpa perlu dibedah. Hasilnya banyak jugak info yang mummy dapat dari blog2. Antaranya ialah:

PUNCA-PUNCA PENYAKIT / FAKTOR RISIKO
1) Ketidaksempurnaan dalam aliran saluran kencing
2) Terlalu banyak makan makanan laut yang mengandungi kandungan kimia yang tinggi
3) Kegagalan buah pinggang
4) Tahap metabolisme seseorang
5) Nanah yang mengeras akibat jangkitan kuman semasa kecil
6) Kekurangan pengambilan air minuman
7) Jangkitan parasit atau cacing di dalam pundi kencing
TANDA-TANDA / SIMPTOM
1) Sakit pada bahagian abdomen iaitu pada sisi kanan dan kiri pinggang
2) Kesakitan seperti berdenyut, berat, dan sakit melilit yang amat sangat seperti hendak bersalin
3) Loya-loya,hendak muntah dan berpeluh.
4) Sukar kencing atau lansung tak boleh kencing dan kencing berdarah/bernanah
5) Demam yang mengigil dan tubuh jadi lemah,muka jadi pucat/sembab dan kulit jadi kering
PANDUAN BAGI PESAKIT BATU KARANG
1. Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.
2. Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.
3. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang
4. Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.
5. Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.
6. Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.
7. Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.
8. Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.
Ada satu blog mummy tengok pulut dan kacang pun takleh makan, so mummy beritahu babah, baru babah teringat pasal makan lemang dan kuah kacang n daging perut dia sakit, so bila da sakit tu babah terpaksala pantang, kalau teringin pun makan skit je.

Ini pula antara petua untuk hilangkan penyakit ni:

 Penawar Batu Karang cara Tradisional

Didihkan sebatang pokok matahari bersama akarnya. Biarkan sehingga airnya tinggal kira-kira
satu gelas. Setelah sejuk, tapis dan minum seperti air teh dan ulangi sehingga beberapa hari.

Nanas Sembuh Penyakit Batu Karang

Bagi pengidap batu karang, kupas sebiji nanas dan cincang. Campurkan segelas air serta sedikit garam dan kisar halus. Minum air nanas segelas setiap hari. atau
Try Cari Sulur Nenas campur ngan gula batu, minum hari hari...sampai dah tak
ada batu karang tersebut....

Lobak Putih

minum air lobak putih yang dijadikan jus seminggu 2kali. Jangan diamalkan hari-hari sebab air
1 / 2 lobak putih adalah tajam.

Epal Hijau, minyak zaitun

5 hari yang pertama, minum 4 gelas air epal hijau setiap hari (nak makan 4 @ 5 biji epal hijau
pun boleh gak). Jus epal ni melembutkan batu karang.
Hari ke enam pulak , jangan makan malam! Pada pukul 6 petang minum garam Epsom
(magnesium sulphate) dengan air suam. Ulang lagi pada pukul 8 malam. Magnesium sulphate
buka bukaan pundi kencing. Pada pukul 10 malam, ambil setengah cawan minyak zaitun(atau
minyak bijan) yang dicampur dengan setengah cawan air lemon. kacau dan minum. Minyak ini
akan bertindak menjadi pelincir.

Esok paginya, jangan terkejut kalau nampak batu hijau kat najis...biasanya terapung!...dan
boleh dikira :). Jika tak de batu karangpun, petua ini elok untuk membersihkan pundi kencing.

Tembikai dan Prune Juice

Kisar sebiji buah tembikai bersama sedikit gula batu (untuk sedapkan). Minum setiap hari.
baru2 nie saya kena batu karang, makan ubat selama 1 minggu tak baik so member
ofis rekomenkn makan tembikai 1 biji kena habiskan dlm masa 24 jam selama 3
hari berturut2 (sama ada makan atau jadikan jus tanpa campur air) alhamdulillah
lepas 3 hari jumpa doktor, doktor kata dah clear tak ada apa2,
cubalah, insya'allah sembuh masa minum selawat 3x ya.

Tapi kebanyakan blog mummy jumpa petua epal hijau, minyak zaitun yang top list. So semalam mummy dah blend 3 biji epal hijau. Dapatlah dalam 4 gelas, ingatkan nak suruh babah minum segelas pagi, segelas thari dan segelas malam, tapi bila da minum segelas, nak lagi dan lagi dan abislah empat gelas sekali minum. So jap g mummy nak g jusco borong epal hijau ngan lemon. 

Harap2 lepas amalkan petua ni dengan izin Allah keluarkan batu tu dengan sendirnya, ngeri la plak kalau nak operate ke laser ke kan. InsyaALLAH mummy doa hari2 semoga dipermudahkan segala urusan, kita merancang dan ikhtiar segalanya terletak di tanganNYA.

Ada tak mommies kat sini or sesapa saja yg ada pengalaman pasal batu karang, bolehlah share ngan mummy. 

Oklah wassalam semua.



31 comments:

  1. Boleh cuba ambil URINEX. Manfaat yang anda perolehi :
    1. Membantu memecahkan & mengeluarkan batu karang dari saluran kencing.
    2. Mengurangkan kekejangan & radang saluran kencing yang dikaitkan dengan batu karang.
    3. Melawaskan pembuangan air kencing & meredakan gangguan buah pinggang yang disebabkan oleh batu karang.

    https://www.facebook.com/pages/Cinderellacute-Baraka-Habbatus-Sauda-Kapsul/126502494148896

    www.cinderellacute-examo.blogspot.com

    Kepada pesakit batu karang, walaupun batu karang tersebut sudah dibuang sama ada menjalani pembedahan melalui pakar bedah atau kaedah rawatan lain, batu karang akan membentuk semula di dalam hempedu/ginjal kita. Proses pembentukan semula cepat atau lambat bergantung kepada diet pemakanan harian.

    ReplyDelete
  2. Boleh cuba ambik supplement shaklee.. contact saya 010-9333205.. insya'allah sy bantu.. saya dah cuba pada suami,. alhamdulillah berkesan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada history batu karang pulih ke? Boleh share cerita tak?

      Delete
    2. Ada history batu karang pulih ke? Boleh share cerita tak?

      Delete
    3. Shaklee sakit nak mati pun boleh sembuh Kan.... Semua jenis penyakit ada je boleh buat

      Delete
  3. Dlu husband penah suspect batu karang..Msa tu mmg risau gelisah tgk dia..
    buat apa serba tak kena

    ReplyDelete
  4. Sila izinkan kami memperkenalkan diri kami sebagai pakar menyingkir batu karang pundi hempedu. Kami, Agro pluz Biotech Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang mengkaji produk bioteknologi kami tersendiri. Dengan pengalaman kami di industri makanan dan bioteknologi selama 20 tahun, kami telah mencipta produk buah-buahan semula jadi kami yang terdiri daripada Roselle, minyak zaitun dan bahan-bahan mineral.

    Produk kami yang berjenama DR GETOX khas digunakan untuk membubarkan batu hempedu dan membuang sisa-sisa makanan bertoksin di dalam badan. Kelebihan DR GETOX juga termasuk pengurangan berat badan setelah membuang sisa-sisa makanan bertoksin di dalam badan.

    Dalam masa 12 jam sahaja, batu karang pundi hempedu akan muncul di dalam mangkuk tandas selepas proses penyingkiran bahan-bahan buangan. Pesakit tidak perlu risau lagi pundi hempedu akan dibuang jika mereka terpaksa menjalani pembedahan di hospital.

    Produk kami telah lulus dan berjaya mendapat pengiktirafan
    antarabangsa. Antaranya termasuk sijil Halal, HACCP dan sijil-sijil bertaraf antarabangsa. Sila hubungi 016 977 5478 (Kelvin) untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.


    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  5. 2 tahun lepas saya ada kena, sakitnya. Ada hamba allah ni bagitau penawarnya. Direbus pokok ni dan minum 2-3 kali Alhamdulillah terus baik sampai sekarang. Saya ada jual pokok ni sampai sekarang walaupun ianya terhad {susah nak jumpa sepsis ni}
    Sekian
    arahimmuda@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh bg info lanjut tentang pokok tu.. agah sya pon menghidap btu krang... 3 thn lepas baru operate... thn ni dah mula sakit balik

      Delete
    2. bole bg info lg tak?? sy menghidap batu karang~ kontek sy via email bole??
      din_noir@yahoo.com

      Delete
    3. Tolong email pd saya norshahizana@ yahoo.com

      Delete
    4. Boleh sy tau pkok apa tu? Sbb sy tgh cr ptua2 brkesan.. mak sy kna pnyakit btu karang

      Delete
    5. Boleh sy tau pkok apa tu? Sbb sy tgh cr ptua2 brkesan.. mak sy kna pnyakit btu karang

      Delete
    6. Arahimmuda blh bagi tahu pokok apa, suami sy ada sakit batu karang

      Delete
  6. salam.. boleh saya tau ada perkembangan positif x selepas amalkan petua epal hijau, lemon n minyak zaitun tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. positif kejap je..then sakit datang balik...ubatnya ialah buang batu karang tu barulah sihat

      Delete
  7. Memang sengsara kalau kena Batu Karang..... Gout dan Arthritis pun saling berkait dengan Batu Karang....

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas perkongsian, saya minta izin copy paste petua2 yg ada.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum,

    Kami merupakan pakar menyingkir batu karang pundi hempedu di Malaysia.
    Dengan pengalaman kami di industri makanan dan bioteknologi yang lama, kami telah mencipta produk buah-buahan semula jadi kami yang tersendiri untuk membubarkan batu dalam masa 12 jam. DR JETOX khas digunakan untuk membubarkan batu hempedu dan membuang sisa-sisa makanan bertoksin di dalam badan. Kelebihan DR JETOX juga termasuk pengurangan berat badan setelah membuang sisa-sisa makanan bertoksin di dalam badan. Dalam masa 12 jam sahaja, batu karang pundi hempedu akan muncul di dalam mangkuk tandas selepas proses penyingkiran bahan-bahan buangan. Pesakit tidak perlu risau lagi pundi hempedu akan dibuang jika mereka terpaksa menjalani pembedahan di hospital.Produk kami telah lulus dan berjaya mendapat pengiktirafan antarabangsa. Antaranya termasuk sijil Halal, HACCP dan sijil-sijil bertaraf antarabangsa.
    Kelebihan produk kami:-

    Dalam 12 Jam Sahaja
    Kaedah-kaedah yang lain di pasaran mengambil masa yang panjang (24jam atau 7 hari) untuk membubarkan batu hempedu. Produk kami yang merangkumi resipi yang berantioksida tinggi dapat menunjukkan keberkesannya dalam 12 jam sahaja. Dalam masa 12 jam sahaja, batu hempedu akan muncul di dalam mangkuk tandas selepas proses penyingkiran bahan-buahan buangan.

    Menyingkir Sisa-sisa Makanan Bertoksin
    Disebabkan campuran Rosecalam Juice dan Bio-Active Mineral, produk kami mampu membubarkan sisa-sisa makanan yang lama antaranya termasuk sisa-sisa bertoksin yang terkandung dalam badan. Bio-Active Mineral berfungsi memperbanyakan air dalam usus malah mempercepatkan penyingkiran sisa-sisa makanan bertoksin.

    Mengurangkan Berat Badan
    Seperti yang dinyatakan di atas, produk kami dapat menyingkirkan sisa-sisa makan bertoksin dan najis terlonggok. Selepas sisa-sisa baki disingkirkan, berat badan pelanggan kami dibuktikan turun serta-merta.
    ——————————————————————————————————————————

    Untuk memastikan pelanggan sah diserang batu hempedu, dibawah merupakan tanda-tanda kebentukan batu hempedu.
    *Rasa senak yang kronik
    *Rasa mual, angin kembung perut dan sakit abdomen
    *Loya dan muntah
    *Kesakitan di bahagian tengah dan kanan atas abdomen
    *Sakit perut pada bahagian sebelah kanan atas yang seperti gastrik
    *Sakit perut yang memulas hingga melarat ke tulang belikat
    Kesimpulan
    Untuk pengetahuan anda, kami bertujuan untuk menyelamat pesakit batu hempedu dengan produk kami yang bersumber buah-buahan alam semula jadi. Kami tegaskan bahawa tidak perlunya untuk membuang pundi hempedu yang merupakan organ manusia yang penting maka merupakan kurniaan Tuhan kepada kami.
    Dr Jetox telah lama dikenali ramai maka testimony-testimoni boleh didapatkan di laman Facebook.
    Facebook Fanpage : DR JETOX
    Sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan, sila hubungi kami bila-bila masa sahaja.
    Sekian, terima kasih.

    Ramon (Pengurus)

    The Club, Bukit Utama,
    1 Club Drive, Bukit Utama,
    Bandar Utama, 47800,
    Petaling Jaya, Selangor.
    GPS Coordinates: 3.151714,101.602716

    No. Talian:
    0109829005 (Ramon)
    0123454977 (Win)
    Penghantar ke luar negeri? Sila rujuk kepada pengedar kami di berikut.
    Kelantan – Abang Nis (WhatsApp 012 680 5989)
    Kedah – Abang Nis (WhatsApp 012 680 5989)
    Terengganu – Abang Nis (WhatsApp 012 680 5989)
    Pahang – Abang Nis (WhatsApp 012 680 5989 )
    Perlis – Abang Nis (WhatsApp 012 680 5989)
    Kuala Lumpur – Ramon (WhatsApp 010 982 9005)
    Wilayah Persekutuan – Ramon (WhatsApp 010 982 9005)
    Selangor – Ramon (WhatsApp 010 982 9005)
    Melaka – Ramon (WhatsApp 010 982 9005)
    Negeri Sembilan – Ramon (WhatsApp 010 982 9005)
    Pulau Pinang – Ramon (WhatsApp 010 982 9005)
    Johor Bahru – Ramon (WhatsApp 010 982 9005)
    Perak – Ramon (WhatsApp 010 982 9005)
    Sabah & Sarawak – Ramon (WhatsApp 010 982 9005)

    ReplyDelete
  10. Sy mengalami masaalah batu karang dibuah pinggang,da prnah buat rawatan laser n doc juga da masukkan stein 2x da,tpi masaalahnye sakit tue xelang pown,da bnyak x kene tahan kat hospital,ade yg sampai demam teruk kene infection bagai tapi lps demam ok n doc tngok infection pown da ok dia bg balik,tpi bile kat umh sakit still dtg balik,kencing berdarah sakit teramat xtaw da camne nk buat,asyik ulang alik ke hospital kesian anak2,ade sape blh bgtaw ape yg blh sy lakukan x?

    ReplyDelete
  11. saya punya ayah kena batu karang dlm buah pinggang kencing berdarah pekat kadang2 HB turun sampai 5, dh sebulan duduk dihospital kerajaan, doktor asyik tangguhkn operation..

    Ade rekemen untuk mana2 hospital lain x?
    Ayah ad rekod bypass jantung, dan skrg paru2 kena infection sbb duduk lama sgt di hospital...huhu..

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Boleh cuba ubat herba himalaya - cystone. Saya dah pernah cuba, Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  15. takut nye baca..mesti sakit sangat sampai nangis kan..

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Salam.. sy pengeluar herba warisan yg mampu menyembuhkan serta memusnahkan penyakit batu karang dan batu hempedu, tanpa menyakitkan atau merosakkan buah pinggang. Keberkesan JUS INFINITI sudah terbukti dan saya menjaminkan kelebihan produk ini akan membuatkan pengguna terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh.Sama-sama kita merawat penyakit batu karang dan batu hempedu ini dan seterusnya mencegah dari terus merebak ke tahap yang lebih teruk. Insyaallah ,JUS INFINITI turut membantu melambatkan penyakit batu karang dan batu hempedu ini dari terus merebak dengan cepat lantas mampu merawat sehingga sembuh, mudah-mudahan.
    Hutan belantara kita tersembunyi 1 juta rahsia...hanya ramuan herba terpilih sahaja yang terkandung di dalam JUS INFINITI ini, justeru itu ia amat mujarab, jangan dibiarkan penyakit yang ditanggung dalam diri kita tanpa berusaha merawatnya.
    Ramai yang sudah berjaya sembuh dengan produk JUS INFINITI ini.JUS INFINITI turut mampu merawat pelbagai jenis penyakit kanser dan menjadi makanan tambahan yang selamat diambil oleh sesiapa yang ingin menjaga kesihatan dan pencegahan awal pelbagai jenis penyakit.Insyaallah sama-sama kita berikhtiar.
    Untuk sebarang pertanyaan yang lebih lanjut serta jika ingin meminta pandangan, perkongsian serta maklumat tentang JUS INFINITI ,sila hubungi sy
    Encik Mohd Zuhairi 0174687570
    (Whats App ,Call,SmS )
    HARGA 1BOTOL: RM180
    NAMA SYARIKAT: JUTAWAN HERBS
    NO. PENDAFTARAN SYARIKAT:
    PG 0346818-W
    NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    ReplyDelete
  18. try rebus pokok dokong anak.....saya dah banyak biji batu karang keluar.amalkan minum air rebusan pokok dokong anak selama swminggu 3x sehari

    ReplyDelete