Nuffnang Ads

Showing posts with label big day. Show all posts
Showing posts with label big day. Show all posts

Friday, 27 February 2015

Nur Adibah Zahra bt Nooradzrene 3 tahun

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, 27 Jan lepas anak dara mummy ni dah pun 3 tahun. Macam-macam perangai dah ada. Yelah dah besar kan. Syukur kerana mummy dan babah masih diberi kesempatan untuk melihat Zahra membesar dan akan terus membesarkan Zahra sebaik mungkin. Insya-Allah. Tapi Zahra pun kenalah behave dan dengar cakap mummy babah tau. 

Pada mulanya mummy plan nak buat besday dia kat rumah kami, sekali buat dengan house warming, kira macam besar jugaklah makan-makan tu. Tapi duk fikir sape nak masak banyak-banyak, sape nak hias/kemas rumah, bila masa nak buatnya, kene plan awal dan ejas roster dulu. Plan ni semua last minit fikir tu yang macam-macam jadinya. Mummy teringin nak buat tapi jauh di sudut hati macam tak larat je, mama pun bukan kuat sangat. So kami pun tak jadila buat besday parti Zahra kat rumah kami. Kami plan untuk buat tahun depan, buat besday dua beradik sekaligus, ngan house warming. Senang cerita. Insya-Allah.

Mama pulak tiba-tiba kata nak buat besday Zahra, tapi kecil-kecilan je, tak panggil ramai budak pun, just kawan-kawan mama dengan cucu masing-masing je. Oklah. Mama nak tengok Zahra potong kek sebab Zahra sekarang pun dah pandai, nak kek, nak kek je kerjanya kalau nampak kek yang cantik-cantik, bukannya makan sangat pun.

So mummy pun plan lah, kita buat tema Frozen sebab anak dara sorang ni tak terkecuali gilakan Frozen. Mummy tengok roster babah bila off, so mummy boleh request off siap-siap. So kami buat 29 Jan 2015, hari Khamis malam, mummy dan babah tak panggil pun kawan kitorang, sebab mama yang jadi host kan, lagipun buat kecik-kecik je so memang kami tak war2kan. Just nak buat Zahra happy je.

Dua tiga hari sebelum tu kami buat persiapan, kami ke Kenanga Wholesale kebetulan mama nak cari barang umrah dia, so mummy pun carilah baju Frozen untuk besday girl nanti. Memang banyak ko, semua made in China. Tapi kena cek betul2 sebab dress Elsa yang mummy beli ni tak perasan ada koyak kat tepi walaupun masih dalam plastik. Harga dalam RM30++ tak ingat tapi dapat tawar jugaklah. Lepas beli dress, Zahra sibuk nak crown, dia sendiri yang nampak, nekwan dia belanja. Pun tak sampai bape minit kat dalam kereta dah patah crownnya. Sama ada Zahra lasak atau menda alah tu yang tak berapa lasak. 

Kek pulak mummy tempah dekat kawan mummy. Of coursela tema Frozen. Mummy order kek coklat sekilo je yelah sebab buat kecil-kecilan so kek takdelah besar sangat. Mummy mintak aisingnya warna biru pastu letak strawberi sebab minah ni suka sangat dengan buah tu. Pastu mummy mintak kawan mummy buat edible image Elsa, Anna dan Olaf. Tiga watak ni je yang dia suka dan ingat. Pastu mummy mintak tulis Happy 3rd Birthday Zahra kat tray kek. Tapi kawan mummy lupa nak tulis...huhu..takpelah.




Taraaa..nilah keknya. Memang menepati kehendak mummy, simple and sedap. Kek coklat dilapisi dengan cream cheese dan potongan kecil strawberi, luarnya pulak cream cheese. So memang balance la rasa dia. Kek yang kurang manis atas permintaan mummy yang GDM ni, masam-masam cream cheese, Zahra pun suka. Alhamdulillah. Sapa-sapa nak order macam2 kek, congo bar, victoria sandwich cake boleh cek Instragram kawan mummy ni Hazie Halim atau hash tag giftsgive. 

Mulanya kawan mummy tak nak terima payment mummy, dia kata nak hadiahkan kat Zahra, tapi mummy bagi jugak sebab yela walaupun kawan, niaga tetap niaga, mummy tak nak dikata ambil kesempatan, mementang order kat kawan so nak dpt free. Kawan mummy tetap tak nak duit mummy tapi mummy cakap bagi kat anak-anak dia. Akhirnya dia pun pasrah. Hehehe. Yelah kita pun pernah berniaga, so kita faham.




Menunya pulak, pada awalnya mama plan nak buat bihun goreng je. Yela buat kecil-kecilan je kan. Mummy ok jer. Mummy ingat mama buat bihun singapura tak pedas tapi pedas pulak, kesian Zahra tak makan sangat. Tapi lagi 2-3 hari nak majlis tu mama kata nak buat nasi impit dengan rendang daging dan kuah kacang, wahh tambah lagi menu. Mummy offer nak buat lontong tak, yelah takkan mummy tak sumbang pape kan. Mama kata buat je, pagi tu mummy buat tapi sikit je 1 periuk sedang je. Alhamdulillah ramai yang makan. Hehehe.

Pastu kami goreng drummet, lupa sangat nak tinggalkan untuk Zahra, kesian dia tak makan. Huhu. Kami beli buah tembikai sebiji, kuih kasui tu pulak kawan mama sponsor. Babah buat air oren campur 100 plus. Mummy langgar pantang hari tu. Tapi esoknya kena tebus  balik la pantang tu.



Tengokla princess sorang ni. Bukan main lagi dengan mekap, crown dan rambut palsu tu. Hahah. Ni semua baby sitter dia punya kerja. Baby sitter dia yang siapkan, lepas maghrib tu terus datang rumah nenek bukan main cantik lagi. Ngam pulak dress tu dengan dia.



Amacam, ada gaya princess Elsa kerr. Bukan main lagi ala-ala menari dan berangan nak jadi princess. Kalau babah yang ambil gambar memang no problem, suruhla posing macam mana pun. Janji takde orang lain kat situ, kalau tak malu.


Sampai masa nak tiup lilin malu pulak. Sudahnya mummy yang tiup. Tadi bukan main lagi geram kat kek tu kan.


Disuruh potong kek dia okay. Tak suruh pun dipotongnya sampai hancur nasib baik mummy nampak. Dia cuba potong edible image tu. Menangis-nangis nak potong sendiri rupanya dia makan gambar Elsa, Anna dan Olaf tu. Hahah. Strawberi memang dia sambar dulu.




Tengok tu lepas makan kek, sambung main play doh. Dah habis majlis baru rasa lapar. Pagi tu mummy dan babah bawak dia ke Toys r Us kat IOI Mall Putrajaya sambil ambil kek dekat kawan mummy tu. Macam-macam dia pegang, dari patung Frozen sampaila Play Doh 2-3 kotak. Akhirnya mummy tapis belikan Play Doh Mermaid. Nasib dia tak tanya mana patung Frozen tu. Bukan apa dah banyak sangat kat rumah, akhirnya tak jadi Frozen dah sebab dia akan cabut kaki, tangan, baju sampai togel la patung tu.

Oklah jom kita throwback perangai Zahra dari 2-3 tahun ni. Kesian dia kurang sangat menonjol dalam blog mummy ni ye. Sorry ye nak. Heheh. 

Frozen:


Kalau boleh bangun pagi je mesti nak tengok Frozen. Sampai dia dah hafal skrip siap berlakon lagi especially time nyanyi2 tu. Kadang tu ambil tuala kat ampaian pastu letak sepit fefeling jadi Elsa..tinggi sungguh imaginasi budak-budak ni kan.


Bila nampak Frozen kat luar lagilah eksaited. Ni masa Kids Festival kat Matrade. Siap beratur nak bergambar kat backdrop Frozen ni. Kalau nampak merchandise wajib kena beli.  Baru-baru ni dia asyik sebut nak baju Frozen setiap kali masuk kereta. Bila kami ke Wangsa Walk Mall baru ni dia nampak pulak ada kedai jual baju Frozen. Seboleh-boleh dia nak. Babah kata makan dulu baru beli. Lepas makan dia memang tuntut betul-betul, takleh lari dah. So belilah dress mcm Anna pakai kat gambar atas tu. Mandi malam tu terus nak pakai, dahlah skirt dia penuh glitter, nak tidur pun pakai sampai berkilat 1 badan, katil pun of course lah. Dia dah lena baru mummy salinkan baju dia. Bila nak habis demam Frozen ni pun tak tau.

Bertudung:



Dah pandai nak bertudung, tapi kadang-kadang je la. Tengok mood dia. Paling lama pakai sepanjang dalam kereta, sampai je destinasi terus bukak kepanasan kata dia. Tapi kalau nampak kakak-kakak pakai macam sepupu dia, dia akan mummy nak dung. Nanti mummy beli tudung Zahra banyak-banyak ye.

Berkawan:

Mummy dan babah tengok dia ni tak berapa ngam kalau dengan budak-budak sebaya dia. Tapi kalau tua sikit dia akan ngam. Dia suka kakak-kakak layan dia. Kadang tu dia yang nak kawan dengan kakak tapi kakak buat dek je, sampai nangis-nangis nak pergi dekat kakak mummy takleh wat apa kalau kakak tak nak main dengan dia. Kalau budak sebaya dia ambil masa sikit dia nak ngam. Mula-mula akan gaduh dulu, dah lama sikit barulah boleh main sama-sama.

Suka mandi kolam, main pasir, pergi taman:


Masa umur setahun lebih Zahra takut dengan pantai dan pasir, tak nak jejak langsung kat pasir tu, air laut apatah lagi kan. Tapi kali ni tak dah, pertama kali masuk kolam terus eksaited. Sebab tu setiap kali pergi bercuti duduk hotel mesti akan spend time untuk mandi kolam dan main pasir kalau kalau ada pantai.

Main belon sabun:


Mula dengan belon kecik yang RM2 sebotol sampailah RM5 sepinggan. Pantang nampak mesti nak. Babah pun join sekakilah.

Bercakap:

Zahra agak lambat bercakap dengan fasih. Masa 2 tahun lebih dia hanya sebut yang hujung-hujung je. Sekarang alhamdulillah, dah banyak perkataan yang dia pandai sebut penuh. Kira dari one sampai ten pun pandai dah. Cumanya dia tak reti sebut P, F dan sewaktu dengannya. Dia tukar jadi sebutan K.

Contoh, Frozen jadi krozen, puting jadi kuting, punya jadi kunya. Mummy ajar puuu...dia sebut puuu..bila suruh sebut penuh puting jadinya tetap kuting. Hahaha. Kelakar pun ye jugak. Takpelah pelan-pelan ye nak. 

Bila dia nak berborak panjang-panjang dengan kita, keluarlah bahasa Inggeris-Jerman dia. Layan je la. Dia banyak tengok You Tube cakap orang putih, tu yang dia pn terikut sama. Nanti mummy ajar cakap omputih ye nak. Tapi kalau dia cari sesuatu barang dia akan cakap 'kuting..where are you'..'mummy..where are you'..Hhaha..terrer tak. Pastu suka sangat nyanyi lagi twinkle-twinkle little star. Tu je yang dia sebut berulang kali. Nekwan dia yang ajar rupanya. 

Dari segi tumbesaran, alhamdulillah Zahra normal, berat dan tinggi ok. Tapi mummy kena beli baju dia setahun awal, so semua baju dia kena beli yang umur 4 tahun. Sebabnya dia ni tinggi, kalau beli 3 tahun pakainye kejap je lah.

Rajin:


Rajin buat sepah, rajin jugak mengemas tengok mood dia la. Biasanya lepas dia main mummy dan babah akan suruh dia kemas sendiri masuk dalam kotak or bakul mainan dia. Tapi kalau mood ke laut dia buat dono je, tang ni mummy dan babah mulalah ugut macam-macam, taknak bawak jalan la apa la. Terus dia kemas. Hahah..bukan apa dengan keadaan mummy macam ni nak ambil barang tunduk2 tu memang tak berupaya sangat la. Kadang tu merangkak kemas mainan dia.

Pix atas tu nampak mummy kemas baju baby untuk bawak ke hospital dia pun sibuk sekali. Fefeling nak pakaikan mitten kat bebear tu. Mummy pesan nanti tolong mummy jaga adik baby tau. Dia angguk je. Zahra ni pun dah boleh diharap, kalau minta tolong dia ambil sesuatu dia akan ambilkan. Suruh buang sampah pun dia boleh buat. Alhamdulillah.

Potty Train:

Yang ni mummy dan babah belum train sepenuhnya. Cuma sikit-sikit je. Mummy dah beli jamban kecik untuk dia dan letak kat dalam bilik air. Bila mummy off kadang tu mummy ajar dia kencing dalam jamban tu. Mula-mula dia macam kekok, bila lama-lama dia dah ok. Ada satu hari tu masa tengah salin pampers kat bilik air tiba-tiba dia kata nak berak. Mummy suruh berak dalam jamban dia, dia tak nak, belum biasa sebab selalunya kencing je dalam tu. Mummy tinggalkan dia dalam bilik air untuk urusan dia tu. Hahah. Ada satu kali tu berak kat bilik air ambil ko seketul tahi kat lantai, pe lagi babah la yang bersihkan.

Mummy buat kerja sikit kat dapur, tetiba dia jerit kata dah berak dalam jamban dia, siap keluar dari bilik air lagi. Aduhla. Nak tergelak pun ada. Mummy tengok amek ko selambak. Rupa-rupanya dia try jugak berak dalam jamban tu. Hehehe. Mummy cakap bagus dan puji dia macam-macam, sambil pesan lepas ni kalau nak berak duduk dalam jamban tu. Dia angguk.

Kekadang tu bila pampers dia dah penuh pun dia tak selesa dan kata nak kencing. Mummy pun cepat-cepat tukar dan biarkan dia kencing kat bilik air, siap pandai cebuk sendiri tu. Alhamdulillah. Cuma buat masa ni mummy belum ada kekuatan lagi nak potty train sepenuhnya. Takde kudrat lagi kot nak mop-mop lantai tu. Nantilah adik baby dah 3 bulan baru kita train lagi ye nak. Sekarang ni pun Zahra dah faham cuma belum start tak pakai pampers sepenuhnya.

Sekolah:

Ramai anak kawan mummy yang sebaya dia dah dihantar ke Taska. Tapi mummy releks je dulu. Zahra cakap pun tak fasih sangat. Biarlah dia puas main dan ada dalam dunia dulu sebelum mummy hantar ke sekolah. Lagipun kalau hantar awal sangat takut dia boring pulak.

Mummy plan nak hantar dia ke play group punya kelas. Macam kelas Genius Baby On Board tu.  Mummy nak biar terdedah dengan kawan-kawan sebaya dia dulu, sambil main-main dan buat aktiviti dengan diorang. Tunggu adik baby keluar nanti kita pergi dengan adik baby sekali ye sebab kelas tu pun ada aktiviti untuk merangsang perkembangan baby. Babah pun setuju untuk hantar anak-anak ke kelas tu. 

Mungkin mummy hantar Zahra sekolah bila dia umur 5 tahun. Umur 4 tahun mummy nak hantar dia ke kawan mama untuk ajar Iqra. Biar dia belajar mengaji dulu. 5 tahun hantar ke tadika. Orang ramai hantar anak dia ke tadika swasta. Tapi mummy plan nak hantar ke tadika perpaduan je. Free je pun. Bukanlah kami berkira dengan pendidikan anak-anak, tak kira swasta ke kerajaan ke janji anak tu boleh belajar dan menerima pelajaran dengan baik selain seronok dengan kawan-kawan. Lagipun tadika perpaduan tu depan rumah mama je, so senang mama nak ambil dia bila habis sekolah nanti. Itu hanya perancangan tak tau la kalau tiba masanya nanti akan berubah ke apa kan. Babah plan nak hantar ke sekolah cina. Tapi takde pulak sekolah yang dekat dengan rumah mama. Takpe kita plan dulu semuanya Allah yang tentukan. Aminn..

Setakat ni dulu la kot cerita pasal anak dara sorang ni. Terima kasih sebab sudi membaca. Wassalam..






Wednesday, 18 February 2015

Adik Bertunang.

Assalamualaikum.

Pada 27 Dis lepas, alhamdulillah, adik mummy iaitu anak ke-5 en zainal dan puan badariah selamat bertunang dengan kekasih hatinya. Depa berkawan lama sejak zaman belajar kat Segi College. Dua-dua ambil jurusan nursing dan sekarang memang kerja nurse.

Adik mummy ni pecah rekodla sebab jadi adik-beradik yang paling muda bertunang, umur baru awal 20an (tak ingat plak exactly umur dia..hahah). Kahwin nanti pun jadi yang plg muda kahwin di kalangan adik-beradik. Alhamdulillah dah rezeki dan jodoh dia.

Mummy ambil cuti seminggu tapi balik kg tak sampai seminggu pun sebab cuti babah dah habis. Kami bertolak malam Krismas lepas mummy habis kerja. Sampai kampung pun dah tengah malam. Esoknya bawak mak abah pergi kenduri kahwin kat kampung nenek.

Tengah hari tu kakak mummy sekeluarga sampai dari Batu Pahat, so mummy decide untuk ajak satu keluarga makan besar malam tu. Memang mummy dan babah niat nak belanja mereka makan, yelah nak berkumpul pun susah..rasanya ni first time kami keluar makan semua ada. Even raya pun jarang nak ada semua. Alhamdulillah.

Malam tu kami ke Senibong, apa lagi makan seafood la. Mummy belanja sebab ala-ala naik pangkat..hahah, babah pulak sebab dapat bonus setelah bape tahun kompeni tak bagi. Rezeki keluargala kan, syukur.

Tak lama kami sampai abang sulung mummy sekeluarga pun sampai dari Pasir Gudang. Diorang belum balik kampung sebab abang mummy still keje, esoknya lepas solat Jumaat baru diorg balik. 







Tu dia..panjang tak meja, dahla tetibe hujan, terpaksa susun meja tu melintang sebab tak nak kene hujan. Kami order ketam nipah, ikan merah, udang dan sayur. Semuanya masak dua cara. Ketam masak black pepper dan telur masin. Ikan bakar dan stim. Udang goreng butter dan sayur kailan ikan masin. Semuanya sedap habis licin takde sisa pun. Semua balik kekenyengan.

Malam tu Zahra bad mood, mungkin tak cukup tidur kot sebab masa dalam perjalanan dia tidur dalam kereta. Puaslah mummy pangku dia sambil makan. Mummy biar babah makan dulu, sementara tu mummy suap jugak Zahra nasi. Tak sangka dia suka ketam rupanya. Mummy tak berapa dedahkan dia dengan ketam sebab pernah sekali bagi dia tak suka. Sekarang dah suka oklah.

Esoknya 26hb mulalah operasi rewang. Kami adik-beradik, jiran dan saudara terdekat je. Mummy tlg skit2 je sebab tak larat konon. Masa ni mummy baru 29 minggu. Mummy sponsor hantaran so sementara orang lain rewang, mummy tacapla hantaran. Malam tu kami buat baca Yasin adik- beradik.

Zahra tidur awal depan tv. Mummy rasa badan dia dedar. Alamak demam ke nak, mummy tak bawa ubat pulak. Lagipun dia baru je keluar hospital sebab bronchitis ari tu. Takkan sakit lagi nak. Masa dia tidur tu mummy lap dengan tuala basah dan letak atas dahi dan celah betis dia untuk kurangkan panas. Malam tu dia merengek sikit la, tak selesa kot.

Bangun pagi dia takde mood, badan masih dedar, mummy mintak babah beli ubat kat farmasi je, beli panadol sirap tu. Tapi mummy tengok mata dia berair dan ada tahi mata. Alamak takkan jadi balik. Mummy nak ajak babah pergi klinik ambil antibiotik tapi babah tak bawak telefon pulak. Babah balik je terus bagi panadol, meronta jugakla dia macam biasa kalau bagi ubat. Mummy nekad kalau badan dia tak kebah tak jadila hantar rombongan meminang.

Tak lama lepas makan ubat Zahra pun jadi macam biasa. Mood datang balik, terus main dengan kakak2 sepupu dia. Alhamdulillah, badan pun tak panas dah. Sebelum pergi kami bagi lagi panadol, kali ni kakak mummy yang bagi, bukan main elok redha je Zahra telan ubat. Kalau mummy or babah bagi bukan main berperang.



Kalaupun demam anak dara ni tetap nak pergi sebab tengok kakak-kakak semua pakai cantik sedondon. Tak sabar2 nak sarung gaun tu. Tudung tu kakak mummy yang bagi, elok pula dipakainya sepanjang dalam kereta. Tapi dah nak sampai dia dah rimas dan bukak tudung tu. Hahah.



Nilah dia gambar bakal adik ipar mummy. Mimi namanya. Selamat bertunang dan tabah hadapi dugaan darah manis yek. Oklah jom tengok hasil gubahan hantaran yang mummy buat. Kali ni simple je, sesuai dengan kita belah lelaki kan. Mulanya nak bagi 5 dulang sebab balasnya 7. Tapi mummy sponsor satu dulang iaitu buah sebab bakul tu ada, sayang pulak tak dipakainya.



Inilah cincin pertunangan yang disarung mak mummy ke jari manis Mimi. Masa bawak dulang ni kakak mummy simpan cincin. Dah sampai rumah, time nak sarung tu mummy tanya kakak mana cincinnya. Ada ni dalam handbag aku sambil bangun nak masuk ke bilik utk sarung cincin. Mummy terus jerit manja, weiii letakla cincin dalam dulang, penat kot aku buat. Eh lupa..sabar je la kannn.



Coklat


Sirih junjung gubahan kakak mummy. Dia beli pasu dah siap gubah bunga, cuma alter sana sini sikit dan tambah sireh. Bunga pinang dengan kapur tu mummy beli kat kedai pengantin.


Mummy sapu minyak masak kat buah ni bagi berkilat.


Telekung lycra


Cupcake mak mertua mummy hadiahkan.

Perjanjiannya ikat setahun. Adik mummy plan nak kahwin tahun depan, tapi baru-baru ni ayah Mimi minta nikah bulan 10 ni. Sudahh. Adik mummy tak ready lagi sebab dia duk kumpul duit sendiri, tak buat loan mana-mana pun. Fikir dan bincang baik-baik lah ye. Papepun mummy akan still sponsor hantaran adik mummy.

Sape nak upah hantaran boleh je tinggal mesej dalam ni tapi selepas bulan 6 la kot lepas mummy habis pantang.

Sekian, wassalam. terima kasih sebab sudi baca.






Saturday, 7 February 2015

JJCM: Suka Sucre Bistro

Assalamualaikum.

Pada 1 Jan lepas, babah ajak pergi makan lepas dia balik kerja. Mummy masa tu kat rumah duk browse la tempat makan best, sekali teringat kafe Masterchef Selebriti Datuk Fazley ni, teruslah tengok ig dia. Pastu mummy terus follow Ig sukasucre untuk tengok apa yang sedap kat situ.

Selama ni mummy follow ig Dr Fazley dan kat situ dia ada gak tepek gambar masakan dia yang dia letak kat The Sumbs cafe kat Shah Alam..semuanya desert. Jauhla pulak nak ke Shah Alam tu kan. Akhirnya beliau dah bukak cafe sendiri kat Cheras, laa dekat sangat rupanya dengan rumah mak mertua mummy.

Babah balik kerja awal hari tu dan ajak dia makan kat sana, selain desert ada jugak main course lain. Babah pun setuju dan ajak mama sebab hari tu besday mama. Laaa mummy lupa, so kami singgah ambil mama dulu. Ikut waze rupa-rupanya dekat je. Betul-betul sebelah Shell kat Taman Pertama, Cheras.

Kami sampai orang tak ramai walaupun public holiday hari tu. Masuk je terus nampak Dr Fazley. Mummy macam terlebih excited pulak. Hahah. Kemudian nampak mak dan adik dia. Tak lama isteri dia pulak Datin Azrene yang kiut tu. Memang keluarga mereka friendly.

Tiba-tiba Dr Fazley datang ke meja kami dan terus salam babah. Laa kenal rupanya depa ni. Babah kata kenal masa shooting Gerak Khas dan pernah berlakon sama masa zaman-zaman babah jadi ekstra dan pernah photoshoot Dr Fazley ni. Oooo. So mummy pun ambil kesempatan la nak ajak bergambar bersama.



Masa ni mummy dah 30 minggu. Esoknya kene buat MGTT tapi tetap belasah makan manis-manis kan.


Persekitan dan interior yang sangat cosy. Sesuai untuk melepak gosip-gosipss.

Lepas tu kami pun tengok menu. Tak banyak sangat pilihan makanannya. Tapi Dr Fazley ni kreatif. Dia gabungkan east meet west. Harganya macam standard dengan kafe seumpamanya la. Kek dia keras sikit sebab letak dalam chiller kan, kalau dibiar kejap suhu bilik mungkin terasa kelembapan kek coklat, signature Dr Fazley. Terus ala-ala nak nyanyi coklat kek..coklat kek..lalala. Jom tengok apa kami order.


Teh tarik madu untuk mummy dan trafik light soda untuk babah dan mama. Soda ni rasa dia masam-masam. Yang trafik light tu kami ingatkan macam nata de coco ke apa, tapi keras semacam. Rupa-rupanya ais. Memang masam. Teh tarik pulak tak manis sangat. Sedang-sedang je. Tapi better minum masa tengah panasla.


Yang ni Pomme Frites. Kentang dan wedges yang dimasak 3 kali. Tataula 3 kali masak cane, tapi tak berapa rangup. Tangy sauce dia tu sedappp.


Ni yang east meet west tu. Pasta Daging Salai Lemak Cili Padi. Masakan orang negeri jadi sos pasta. Memang sedap, tak tipu, pedas memang pedas tapi dah dibalancekan sikit so tak pedas sangat la.


Yang ni pulak Where's The Spaghetti Meatball? Cer teka mana spagetinya. Chef menggunakan angle hair pasta yang dibungkus dalam meatball giant yang penuh dengan cendawan. Sosnya pun sedap. Zahra paling suka yang ni.


Ini Heavy Duty Meat Pizza. Dua keping tortilla yang dilapisi keju. Atasnya ada daging cincang, sosej, cendawan, sos dan penuh keju. Atas tu salad apa tah. Yang ni pun nyamsss 


Yang ni anak dara ni pau babah masa otw nak pergi basin basuh tangan. Pastu ternampak chiller yang penuh macam-macam desert. Mulanya mummy plan nak order e-clairs, tapi dah Zahra amek cake pop ni tak jadilah order, lagipun perut dah penuh. Cake pop ni saiz dia agak besar bukan kecik macam lolipop. Tapi agak padat dan keras sebab sejuk kot, so mummy tak berapa suka sebab muak, babah suka pulak. Zahra pun suka jugak tapi tak habis pun makan, sapa lagi babah la yang selesaikan.


Last sekali mummy order sepotong kek coklat untuk besday girl. Heheh..tengok tu besday girl pun nak ambil gambar gak. Sedap memang sedap tapi tulah sebab dia keras jadi makan tu tak berapa syok, bila da lembik skit baru mummy makan cecah ngan aiskrim oreo tu barulah ok sikit rasa dia. 



Tiba-tiba Dr Fazley datang ke meja kami lagi dan berbisik kat babah, mummy tanya cerita apa tu, babah kata adalah. Aikk nak belanja makan ke, kalau belanja selamat duit kami. Hahah. Tak lama lepas tu Dr Fazley datang bawa semangkuk kecil panna cotta sambil ada sebatang lilin atas tu. Lagu happy birthday pun staff dia kat dapur nyanyikan. Ohh tu ke surprisenya. Dr Fazley kata ini khas untuk mak cik, saya belanja sambil wish birthday kat mama. Tapi mummy tak sempat ambil gambar, duk terkejut hahah. Panna Cottanya bagi mummy agak padat, tak ringan, makan sikit dah muak. 


Sebelum balik tu kami sempat request nak bergambar dengan Dr Fazley dan isterinya, peramah sungguh. Macam ni lah tokey restoran yang sepatutnya. Rajin jumpa customer tanya feedback dan layan customer dengan baik.


Kepada sesiapa yang berminat nak ke bistro Dr Fazley ni bolehlah follow Instagram sukasucre. Kebanyakan masa memang Dr Fazley ada dan dia mesti akan layan pelanggan, kadang-kadang tu dia serve sendiri makanan kat customer.

Kalau takde IG boleh cari alamat ni dan wazekan:

Wisma RYU, 81, Jalan 2/90
Taman Pertama, Cheras
(betul-betul sebelah Shell, depan tu ada apartment)

Operation hours: Tues-Sun (12-7pm)

bayar cash sahaja ye..takde mesin kad debit or kredit lagi.

Wassalam dan enjoy.


Saturday, 3 January 2015

Selamat Tahun Baru 2015 dan Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Masih diberi kesempatan oleh Yang Maha Esa untuk bernafas pada tahun baru Masihi ini. Hari ni juga hari kelahiran Rasulullah S.A.W yang kita cintai. Marilah sama-sama perbanyakkan selawat ke atas Nabi junjungan ALLAH ini.

Soalan cliche setiap kali tahun baru ialah apa azam baru eh? Entah. Mummy tahun ni takde terfikir pasal azam pun. Sebabnya tak pernah tercapai, kadang-kadang tu lupa ada azam. Hahaha.

Mummy cuma berdoa agar tahun ini diberi kesihatan yang baik, rezeki melimpah, kebahagiaan kami sekeluarga berterusan dan semua yang baik-baik belaka lah.

Cumanya ada beberapa pembaharuan pada tahun ini. Pertama, insyaALLAH, keluarga mummy akan berkembang dan bertambah lagi seorang ahli. Baby dijangka lahir pada awal Mac ni. Doakan semuanya dipermudahkan nanti ye kawan-kawan. Aminnn. Dan mummy juga bakal dapat adik ipar, InsyaAllah tahun ni adik mummy yang bertunang baru ni akan berkahwin.

Satu lagi pembaharuan ialah mummy kini bergelar penyunting. Kiranya satu step ke atas selepas 10 tahun jadi reporter. Tapi jiwa reporter mana boleh padam kan. Kalau tak jadi reporter macam mana nak jadi penyunting.

Alhamdulillah. Tahun ni mummy ditukarkan ke Meja Penyuntingan BM. Kerja mummy ialah edit berita, cek ejaan, tatabahasa dan terjemah berita dari BI ke BM. Dan yang tak berapa bestnya mummy akan terperap di ofis je lah, takde keluar assignment melainkan ada trip memana yang bos offer. Tapi yang bestnya mummy buat sesuatu yang baru dan ini pengalaman baru yang mummy kene kutip walaupun ada suara-suara yang cuba menakutkan mummy bila pergi ke desk baru. Tapi mummy take it positif la kan.

Kisah pertukaran ni pun sebenarnya amat mengejutkan mummy. Masa heboh duk teka-teka sapa kena transfer nama mummy langsung tak disebut. Akhirnya 1 Dis bos mummy panggil kata mummy kene transfer tapi just beberapa langkah je, takdelah sampai ke state. Kelu tidak terkata.

Bos kata ini rezeki baby you. Bila kat sana mummy akan terima elaun sub. Alhamdulillah. Tapi bos mummy kata you jangan lupakan kita pulak kat sini, kalau nak minta balik sini you kene minta, kita tak boleh minta. Eh macam tu pulak.

Ramai bos pun macam terkejut bila mummy kena transfer, ada yang tanya you minta ke pergi sana, ye lah sekarang ni kan mummy tengah pregnant dan memang tak keluar ke mana-mana, mummy kata saya tak pernah minta pun nak ke mana-mana, saya hanya menurut perintah. Ada juga kata perlu ke you pergi sana. Huhu. Takpelah tahun baru ni pun ramai senior dari state balik, so kehilangan mummy tak dirasai sangatlah. Sedih.

Bila da start kerja kat meja sub ni, adalah 2-3 orang sub tanya you kat sini permanent ke temporary je sampai bersalin. Mummy jawab saya kekal kat sini. Masa mengandungkan Zahra mummy attachment kat meja sub BI sampai bersalin.

Apa pun, chayok, semoga berjaya buat mummy dalam melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan Allah agar mendapat rezeki yang berkat buat anak dan suami. Aminnn..

Wassalam.

Saturday, 5 July 2014

Nak beli kuih raya?



Assalamualaikum..alhamdulillah dah masuk 8 Ramadan hari ini. Mummy masih berpuasa walaupun sepatutnya tengah period..jeng jeng jeng.

Tak nak cakap banyak disebabkan tahap kemalasan tertinggi melanda hari ni. Nak update blog pun gigih ni sebab konon nak promosi kuih raya. Sesapa nak beli bolehla order. Mummy akan deliver di sekitar Lembah Klang. Belum berani nak pos kuih lagi.
Semua ni bukan mummy yang buat tapi mak mertua yang buat. Mummy tolong jual je. Setiap tahun mak mertua akan jual 5 jenis kuih raya. Jom tengok.



Hazelnut Choc RM28 50++ pcs.
Biskut seperti Almond London tp lagi sedap kot. Di dalamnya ada sebiji kacang hazel yang dipanggang rangup. Biskutnya pula disaluti coklat dan dihiasi choc rice..best selling setiap tahun.



Makmor RM28 50++ pcs
Biskut tradisi yang juga best selling setiap tahun. Padat dgn inti kacang tanah hancur yang disaluti mentega kacang. Disaluti dengan gula aising memang nyumsss..tak tipu. 




Tart nenas RM28 50++ pcs..
Biskut tradisi yang lari dr bentuk asal tp rasa dijamin sama dan sedap..kaya dengan inti paste nenas..makan sebiji nak lagi.



Cornflakes Choc RM28 50++ pcs
Cornflakes digaul dengan coklat dan dihiasi dengan coklat putih. .memang rangup..tak sedar makan habis 1 balang.



Almond Chip Choc RM25 50++ pcs
Kalah famous amous..biskut coklat penuh dengan kacang badam dan chip coklat. Gerenti sedapi.

Selain 5 jenis biskut ni, tahun ni mak mertua mummy tambah lagi 2 jenis biskut baru.



Biskut Dam RM25 50++ pcs



Samprit Dahlia RM25 50++ pcs

Mummy pun buat jugak. Tapi yang paling senang, celup je dengan coklat tabur kacang sejukkan siapp. InsyaAllah pretzel ni akan dijual berterusan. Kiranya bulan puasa grand launching la. Mummy pun tengah tempah sticker. Tapi botol ni susah betul nak ada stok. Lama pulak tu nak restock. Haihhh.


Chocolate Nutty Pretzel RM25 60++ pcs

Jangan malu jangan segan kalau nak order. Boleh tinggalkan komen di bawah ye. 

Wassalam.



Tuesday, 13 May 2014

Selamat Hari Ibu...


Assalamualaikum.

Ahad lepas 11 Mei ialah hari ibu. Ada yang kata haram sambut hari ibu, ada yang kata harus. Apa pun yang penting hari ibu bukan hari Ahad je, bukan sehari je, tapi hari-hari adalah hari ibu. Kenapa, sebab ibulah yang susah payah mengandungkan kita, melahirkan dan membesarkan kita dengan ayah kita. Pengorbanan ibu memang takde galang gantinya, hanya ibu sahaja yang sanggup berkorban demi anaknya.

Gambar atas tu, mak mummy, Badariah Jawadi namanya. Ahad tu tak sempat nak call dan wish maka mummy pun call balik hari Isnin. Mak macam biasalah, ucap terima kasih sambil bergelak ketawa dan report apa yang berlaku kat rumah, melayan perangai abah, adik yang sibuk bekerja sampai kadang tu tak sempat makan. Mak cakap mak kesian kat Hazrien (jururawat kat Hospital Colombia, Nusajaya) teruk sangat kerja sampai tak sempat nak makan walaupun mak masakkan untuk bawak bekal. Banyak kerja katanya, yelah nurse lelaki tak ramai, so maybe banyak kerja yang memerlukan kudrat orang lelaki dia kena buat. Tapi so far dia takde merungut pun pasal kerja dia. 


Tetiba family photo ada Nurul dan anaknya. Motif sangat kan.

Kejadian ni di KLCC sabtu lepas 10 Mei. Babah kena kerja walaupun off day sebab kena ambil gambar orang ramai yang nak bergambar kat booth Kosmo! sempena hari ibu. Ada la artis yang dijemput. Mummy tak cakap pun kat babah nak ke sana, selesai je setel hal wallpaper kat rumah, mummy dengan Zahra pun ke KLCC jumpa babah.

Sampai kat sana babah tengah sibuk, mummy suruh Zahra pergi cuit babah tapi dia tegak je, ramai orang kot. Bila babah paling ke belakang mummy cepat-cepat sorok, bila babah buzy time tulah mummy tolak Zahra ke babah, hahah terkejut babah. Surprise!!

Babah tanya nak bergambar ke dengan Nurul ke. Err takmolah. Tapi lama-lama kat situ buatkan mummy nak bergambar pulak. Hahaha, dahla mummy stress melayan Zahra yang nak main kereta nenoneno tu, sampai habis syiling. Pukul 6 mummy fed up terus bawak Zahra balik dengan bantuan babah dukungkan Zahra sampai parking sebab mengamok kat KLCC, semua orang tengok. Haihss.



Bila da ada anak barulah merasa erti pengorbanan seorang ibu kepada anaknya, barulah merasa betapa perit dan sakitnya nak beranak tu kan.

Alhamdulillah masa mengandungkan Zahra mummy takde alahan yang teruk. Takdela morning sickness ke night sickness ke apa. Cumanya mummy loya, tapi yang muntahnya babah. Teruk woo babah muntah sampai kena berhenti tepi highway sebab pening dan muntah. 

Masa bersalin tu yang perit sebab mummy terminum air akar fatimah tu awal sangat. Hambik ko nah merasa sakit dekat 24 jam barulah bersalin. Normal hokay. Alhamdulillah..


Lepas bersalin, waktu berpantang agak mencabar untuk mummy. Apa yang mencabar ialah penyusuan Zahra. Masa baru-baru susu mummy kurang, Zahra asyik menangis je, sampai bapa dan ibu mertua nak beli susu formula. Masa tu kami tentang habis-habisan susu formula ni sebab nak bagi susu ibu sepenuhnya.

Tapi lepas dua bulan, badan Zahra tak naik-naik, makin susut adalah, tapi mummy tak perasan sampailah orang yang urut mummy tegur kenapa Zahra kurus sangat. Dia suruh mummy beli susu formula untuk tambah keperluan susu untuk Zahra. Masa tu sedih sangat. Bila balik KL, kami ke Hospital Ampang untuk buat pemeriksaan kat Zahra, takut bukan sebab susu, sebab susu mummy mengalir je sampai basah baju, tapi macam cair skit tak pekat. Alhamdulillah dalam 2-3 kali pemeriksaan dan doktor pun syorkan tambah dengan susu formula, badan Zahra pun naik sikit demi sikit. Maaf nak, mummy takde pengalaman dan tak cukup ilmu penyusuan. Sampai umur Zahra 4 bulan susu mummy terus kering sebab pam tak konsisten. Huhuhu. InsyaAllah kalau ada rezeki lagi mummy akan mantapkan ilmu dan tekad mummy mengenai penyusuan susu ibu.


Zahra sekarang dah 2 tahun 3 bulan. Da semakin bijak dan kadang-kadang tu buat mummy sentap. Pandai buat muka, pandai menjeling marah, pandai merajuk, pandai pujuk kita kalo mummy or babah nak menangis sebab dia buat kita, pandai kiss (kalau tak selama ni laga pipi je, skang kalau kata mulut siap cium pipi dengan bunyi muahhh).

Ayat dan perkataan pun dah semakin banyak yang dia pandai sebut. Ni semua berkat ajaran mak (baby sitter) dan nenek dia. Mummy takde masa sangat. Sori ye nak. Zahra pun dah pandai disuruh, cuma kadang-kadang tu elok je mummy nak duduk or baring lepas keletihan buat kerja rumah, time tu lah dia nak chuchu la, nak makan la, sepahkan barang lah. Itulah pengorbanan seorang ibu kepada anak. Wahhhh..


Semoga Zahra membesar menjadi anak yang solehah, taat pada perintah Allah dan dengar kata mummy dan babah ye. Love you muahhh.. Eh ni entry hari ibu ke hari Zahra ni.

Wassalam.