Nuffnang Ads

Showing posts with label puri. Show all posts
Showing posts with label puri. Show all posts

Monday, 18 March 2013

Puri (untuk bayi 6 bulan ke atas)





Assalamualaikum...

Haihhhh...Zahra da setahun sebulan mummy baru nak cerita pasal pemakanan Zahra...bukan apa sekadar untuk panduan dan perkongsian bersama ibu dan bakal ibu...

Seperti dlm entri sebelum ni pasal pemakanan bayi, mummy dapat info dan banyak belajar dari group Homemade Solid Food For Your Baby (HSFFYB) dalam FB...dan dari situ baru mummy tau sebenarnya makanan pejal pertama bayi adalah puri sayur dan buah bukannya cerelac ataupun bubur nasi...

Sayur dan buah pulak bukan semuanya boleh bagi..ada ikut kategori umur..kalau 6 bulan tu buah mcm epal, pear, mangga, peach, pisang, avocado. Sayur plak mcm keledek dan labu..jadualnya ada dalam entry ini...So dlm entry ni mummy akan cerita pasal resipi dan cara penyimpanan serta ketahanan puri...memang sangat simple dan senang...Takde alasan utk mummy yg bekerjaya utk sediakan puri buat si manja mereka sebab mummy pun kerja jugak..Apa yang penting adalah beri yang terbaik dan berkhasiat untuk baby kita...Oh ye pemberian sayur dan buah yang dipuri adalah untuk mengenal rasa masin dan manis semulajadi kepada bayi kita..Kuantitinya pun perlu diberi sedikit sahaja..cukup utk baby belajar makan dan mengenal rasa sebab perut dia pun kecik lagi..kalau ada demand baru tambah lagi..Ikut umur la 6  bulan bagi sekali je dlm 1oz, kalau da 7 bulan boleh beri 2 kali..

Resepi
Puri epal

Makanan pejal pertama Zahra adalah puri epal. Caranya adalah basuh sebiji epal bersih dan kupas kulit..kemudian kukus dan kisar sampai halus...Kukus lebih baik daripada merebus kerana nutriennya akan kekal, rebus plak nutriennya akan pergi ke air rebusan..

Lepas kisar, tapis lagi untuk dapatkan tekstur yang betul2 halus bagi elakkan bayi tercekik..Boleh juga ditambah susu ibu atau susu formula..ini untuk bayi yang susah nak makan, bila letak susu dia akan makan sebb kenal dgn rasa susu..tp Zahra tak suka pun letak susu..siap dikisar lebihannya akan disimpan ke dalam bekas ais dan tutup atau balut bekas tu utk elak bau ayam or ikan dlm freezer meresap ke dalam puri.

Inilah reaksi Zahra bila first time makan puri epal..berkerut2 muka dia maybe sebab masam kot..dia pun mcm tak suka je epal..Oh ye jangan lupa 4-day rule ye :)



Ini pula puri pear..tp mummy pakai buah lai..kaedahnya sama je..tapi kali ni mummy dah beli blender+stim Avent memang senang dan cepat je nak memuri...tuang air dlm tempat yang disediakan, masukkan buah, terbalikkan supaya bahagian yang lubang2 dekat bawah n pusingkan knob stim..bila da stim ia akan berbunyi..mummy akan bukak skit penutup untuk biarkan sejuk sedikit kemudian tonggengkan dan bolehlah kisar...kemudian tapis...


Kali ni juga mummy da beli tempat ais yang ada penutup..mmg sgt senang..Ini mummy beli kat Giant..hasil daripada perkongsian mommies dlm HSFFYB.




Ini pula puri peach..kaedahnya pun sama je.Zahra sangat suka.


Puri mangga pun feveret dia la..yang manis2 semua dia sukalah..


Selain tu mummy pun da buat puri keledek, puri labu, oh ye pisang takyah puri sebb dia cepat lebam kan..so bila nak makan just lenyek sampai halus..mummy lenyek dlm penapis so mmg yang halus akan keluar..pisang sangat sesuai kalau travel.

Puri kurma pun mummy ada buat..kurma tu buang biji dan mummy steam, bila dah lembik mummy blend dan campur sedikit air sebb kurma ni mmg pekatla tekstur puri dia..kalo nak kurang manis lebihkan air so puri akan cair2 je..

Setel bab resepi yang sgt senang now kita ke bab seterusnya iaitu Penyimpanan. Wah mummy ni da mcm cikgu plak..kalah nurse2 kat klinik2 tauuu..

Bila dah buat puri banyak-banyak utk stok, puri tu masukkan ke dalam bekas ais dan ditutup, kemudian masuk dlm freezer..Esoknya bolehlah dikeluarkan puri beku tu dan transfer ke dalam bekas kedap udara..cara nak keluarkan puri dari bekas ais beli kat Giant tu sgt snang..mummy letakkan belakang bekas tu kat bawah air yang mengalir pastu just bengkok2kan je bekas tu..tp hati2 jgn terlebih bengkok kang patah lak...




Bila da simpan dalam bekas or dlm plastik ziplock, labelkan ikut nama puri dan tarikh dibekukan...Puri ni sama mcm ebm..bila da beku leh tahan 3 bulan, kalo simpan dlm chiller tahan 2 hari jer..Bekas ais yang da dibasuh bersih tu lehla letak puri lain plak utk dibekukan..senang kannnnnn...


Banyak mana nak bagi baby makan? Cane nak bagi baby makan? Cane nak cairkan frozen puree tu...senang je..kaedah yang mummy gunakan ialah ambil sekiub puri yang hendak dimakan utk esok..contohnya 1 kiub puri epal sebab baru bagi baby makan sehari sekali..Malam tu mummy akan ambil seketul kiub dan letak dlm taperware kemudian letak kat bahagian bawah peti ais iaitu dlm chiller..Esoknya puri tu da cair skit..Mummy akan hantar puri tu pada baby sitter dan bila nak bagi baby makan just panaskan dlm bottle warmer..senangkannn...sangat senang so takde alasan utk mak2 kat luar sana kata takde masa or malas n nak senang bancuh cerelac je..haih...bagi sayur dan buah lagi berkhasiat dan sedap...

So rasanya itu saja pasal puri..dlm entry lain mummy akan cerita pasal grains pula dan tumis-menumis..Selamat mencuba :)

Wassalam...