Nuffnang Ads

Showing posts with label homemade tomato sauce. Show all posts
Showing posts with label homemade tomato sauce. Show all posts

Tuesday, 3 June 2014

Mee suah for baby

Assalamualaikum.

Hari ni kita cerita pulak pasal makanan baby walaupun Zahra dah jadi baby besar. Masih ada makanan dia yang mummy tak sempat nak share. So kali ni mummy nak cerita pasal mee suah.

Apa tu mee suah, dia macam mihun la. Boleh beli kat mana-mana kedai dan pasaraya. Bukan setakat baby je orang dewasa pun boleh makan. Mee ni kegemaran babah, dan babahla yang kenalkan mummy dengan mee ni.

Mee ni agak lembut, so mummy celur dengan air panas sekejap je. Sebabnya kalau celur lama then kita gorengkan, mee ni akan hancur. Kalau nak celur pakai air biasa pun boleh.

Mee ni sesuai untuk baby berbanding mihun sebab teksturnya yang lembut, mihun kan macam keras sikit dan kene rendam 1 malam, tu pun belum tentu lembut keesokannya.

So mummy kongsikanlah sedikit resepi mee suah untuk Zahra ni. Oh ye mee ni boleh diberi kepada baby 8-10 bulan. Untuk baby yang baru pertama kali nak diperkenalkan dengan apa jenis mee elok diberikan mee suah terlebih dahulu, kemudian kuewtiow sebab kedua-duanya diperbuat daripada beras. Mee kuning tu elok biar da besar skit la kot macam setahun ke sebab mee kuning ada kapur.

Ok inilah resepinya.




Mee Suah Goreng

Bahan-bahan:
Mee suah (celur dahulu)
Bawang merah
Bawang putih
Ikan bilis
Telur
Sayur-sayuran
Lada hitam sedikit

Cara-caranya:
Celur mee suah dahulu. Ketepikan. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan ikan bilis. Tumiskan dengan sedikit minyak zaitun sampai garing. Masukkan telur, kacau lagi dan masukkan mee suah. Akhir sekali masukkan sayur sawi. Kalau bubuh lobak masuk lobak dulu sebelum masukkan mee. Perasakan dengan sedikit lada hitam (tak nak pun takpe). Kalau dah umur 2 tahun ke atas boleh tambah sedikit garam. Siap.




Murtabak Mee Suah

Bahan-bahan:
Mee suah
Bawang merah
Bawang putih
Ayam
Lobak
Sos pasta/puri tomato
Lada hitam
Lada sulah
Telur

Cara-caranya:
Celur mee, ketepikan. Tumis bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk. Masukkan ayam, kemudian lobak. Masukkan sos pasta/puri tomato. Dah sebati masukkan mee suah. Perasakan dengan sedikit lada hitam dan lada sulah. Ketepikan. Kacau telur masukkan mee tadi ke dalam telur dan masak atas minyak yg sedikit dalam pan. Balik-balikkan siap.




Mee Suah Kungfu

Bahan-bahan (untuk kuah):
Bawang putih
Bawang merah
Ayam
Sayur-sayuran (mummy guna lobak, brokoli dan bunga kubis)
Lada sulah
Stok ayam
Sedikit bancuhan tepung jagung
Telur yang dikacau

Cara-caranya:
Tumis bawang putih sehingga wangi. Kemudian masukkan bawang merah yang dikisar dengan air. Masukkan stok ayam. Biar mendidih masukkan ayam dan sayur-sayuran. Perasakan dengan lada sulah. Masukkan telur. Pekatkan kuah dengan bancuhan tepung jagung. Siap.



Bahan-bahan (untuk mee):
Mee suah
Minyak zaitun
Telur

Cara-caranya:
Celur mee suah. Goreng sedikit dengan minyak zaitun. Angkat dan masukkan dalam lebihan bancuhan telur untuk kuah tadi dan gorengkan atas pan. Boleh buat kecik-kecik macam jemput-jemput so senang baby nak makan.

Selain daripada resepi di atas. Para ibu semua boleh buat banyak lagi resepi macam mee suah sup ke, mee suah berkuah ke. Yang ni pun mummy olah sedikit ikut kesesuaian umur dan apa yang boleh dimakan oleh bayi. 

Selamat mencuba. Wassalam.

Tuesday, 18 June 2013

Homemade chicken stock n tomato sauce


Assalamualaikum.

Bulan ni mummy agak sibuk sampai nak bukak FB pun tak sempat apatah lagi nak update blog walaupun banyak entry pending. Bulan ni mummy kene attach di meja penyuntingan Bahasa Inggeris. Duduk kat sini memang banyak kerja, belum siap satu stori translate dah datang lagi satu stori dan seterusnya. Nak makan pun kene cepat-cepat takut story banyak and bos cari. Huhu..Tapi pengalaman di sini bagus sebab mummy boleh improve BI mummy. Oh ye dulu mummy dah pernah attached kat desk ni 3 bulan, masa tu mummy tengah pregnant Zahra. Kali ni bos mummy nak senior yang dah pernah attach supaya masuk balik tapi sebulan jer.

Oklah berbalik pada tajuk entry kali ni, mummy nak kongsikan cara membuat stok ayam dan sos tomato sendiri untuk bayi kita. Yang penting tiada garam, gula dan insyaALLAH berkat air tangan ibu yang memasak penuh kasih sayang, maka sedaplah makanan tu nanti walaupun tanpa bahan perasa..Alhamdulillah..:)

Mummy dah buat dua kali stok ayam ni. Mula-mula mummy rebus kaki ayam semata-mata, takde bawang, carrot bagai sebab masa tu Zahra belum pass lagi, tapi tulah, bila dah masuk dalam peti sejuk dah jadi lengkong. Tau tak lengkong tu apa, macam jeli agar-agar la, sebab mula-mula mummy nak buang lemak kat atas tapi eh kenapa semua macam lemak je ni, rupa-rupanya kaki ayam memang macam tu, kolagen yek, takde masalah pun. So kali kedua ni mummy beli rangka ayam seekor dan tambah bahan lain. Stok ni sesuai untuk buat sup, buat nasi ayam dan yang sewaktu dengannyalah. Jom tengok resepi yang mummy dapat dari HSFFYB group ni.



Stok Ayam Homemade

Bahan-bahan:
 Ayam (mummy amek bahagian rangka, leher, kaki dan sedikit isi ayam)
Halia
Lobak
Celery
Bawang besar dan bawang putih
*Kalo nak letak rempah empat beradik pun leh tapi mummy tak letak

Cara-caranya:

Rebus semua bahan yang sudah dibasuh bersih dan dipotong kecik-kecik sampai daging dan ayam hancur. Mummy rebus dalam 8 jam guna api sederhana, sentiasa tambah air.


Bila isi dah hancur, bolehlah tapis dan biarkan sejuk.
Simpan dalam bekas, tutup dan simpan dalam peti sejuk bahagian bawah satu malam.
Esoknya bolehlah dibuang bahagian lemak di atas stok dan tuangkan lebihan stok ke dalam bekas kiub ais.
Simpan dalam freezer 1 malam, esoknya keluarkan dan simpan dalam bekas lain.
Jangan lupa labelkan tarikh. Macam biasa boleh tahan 3 bulan.


Yang ni pulak sos tomato buatan sendiri, sesuai untuk buat mee goreng, mihun goreng especially kalau buat bolognese nilah bahan utamanya. Senang je buat nak dengan tak nak jer..hehehe.pun resepi mummy dapat dari group tu juga.


Mula-mula, basuh bersih-bersih tomato yang dah masak ranum, potongkan macam dalam gambar supaya senang nak buang kulit nanti. Kemudian rebus or kukus. Hasrat nak masukkan dalam blender steamer Avent tak tercapai sebab tak muat. So mummy rebus macam biasa dalam periuk sampai lembik.



Bila tomato dah empuk angkat dan biarkan sejuk dulu. Dah sejuk, kupas kulit dan buang biji, blend bersama bawang besar, bawang putih, lobak dan sedikit serbuk jintan manis sampai halus.



Kemudian bolehlah dimasak sampai nak bau dan dah rasa dah masakla..hahah..ape tah mummy ni.


Macam biasa simpan dan bekukan..



Selamat mencuba ye ibu-ibu sekalian..

Wassalam :)