Assalamualaikum.
Hari ni kita cerita pulak pasal makanan baby walaupun Zahra dah jadi baby besar. Masih ada makanan dia yang mummy tak sempat nak share. So kali ni mummy nak cerita pasal mee suah.
Apa tu mee suah, dia macam mihun la. Boleh beli kat mana-mana kedai dan pasaraya. Bukan setakat baby je orang dewasa pun boleh makan. Mee ni kegemaran babah, dan babahla yang kenalkan mummy dengan mee ni.
Mee ni agak lembut, so mummy celur dengan air panas sekejap je. Sebabnya kalau celur lama then kita gorengkan, mee ni akan hancur. Kalau nak celur pakai air biasa pun boleh.
Mee ni sesuai untuk baby berbanding mihun sebab teksturnya yang lembut, mihun kan macam keras sikit dan kene rendam 1 malam, tu pun belum tentu lembut keesokannya.
So mummy kongsikanlah sedikit resepi mee suah untuk Zahra ni. Oh ye mee ni boleh diberi kepada baby 8-10 bulan. Untuk baby yang baru pertama kali nak diperkenalkan dengan apa jenis mee elok diberikan mee suah terlebih dahulu, kemudian kuewtiow sebab kedua-duanya diperbuat daripada beras. Mee kuning tu elok biar da besar skit la kot macam setahun ke sebab mee kuning ada kapur.
Ok inilah resepinya.
Mee Suah Goreng
Bahan-bahan:
Mee suah (celur dahulu)
Bawang merah
Bawang putih
Ikan bilis
Telur
Sayur-sayuran
Lada hitam sedikit
Cara-caranya:
Celur mee suah dahulu. Ketepikan. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan ikan bilis. Tumiskan dengan sedikit minyak zaitun sampai garing. Masukkan telur, kacau lagi dan masukkan mee suah. Akhir sekali masukkan sayur sawi. Kalau bubuh lobak masuk lobak dulu sebelum masukkan mee. Perasakan dengan sedikit lada hitam (tak nak pun takpe). Kalau dah umur 2 tahun ke atas boleh tambah sedikit garam. Siap.
Murtabak Mee Suah
Bahan-bahan:
Mee suah
Bawang merah
Bawang putih
Ayam
Lobak
Sos pasta/puri tomato
Lada hitam
Lada sulah
Telur
Cara-caranya:
Celur mee, ketepikan. Tumis bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk. Masukkan ayam, kemudian lobak. Masukkan sos pasta/puri tomato. Dah sebati masukkan mee suah. Perasakan dengan sedikit lada hitam dan lada sulah. Ketepikan. Kacau telur masukkan mee tadi ke dalam telur dan masak atas minyak yg sedikit dalam pan. Balik-balikkan siap.
Mee Suah Kungfu
Bahan-bahan (untuk kuah):
Bawang putih
Bawang merah
Ayam
Sayur-sayuran (mummy guna lobak, brokoli dan bunga kubis)
Lada sulah
Stok ayam
Sedikit bancuhan tepung jagung
Telur yang dikacau
Cara-caranya:
Tumis bawang putih sehingga wangi. Kemudian masukkan bawang merah yang dikisar dengan air. Masukkan stok ayam. Biar mendidih masukkan ayam dan sayur-sayuran. Perasakan dengan lada sulah. Masukkan telur. Pekatkan kuah dengan bancuhan tepung jagung. Siap.
Bahan-bahan (untuk mee):
Mee suah
Minyak zaitun
Telur
Cara-caranya:
Celur mee suah. Goreng sedikit dengan minyak zaitun. Angkat dan masukkan dalam lebihan bancuhan telur untuk kuah tadi dan gorengkan atas pan. Boleh buat kecik-kecik macam jemput-jemput so senang baby nak makan.
Selain daripada resepi di atas. Para ibu semua boleh buat banyak lagi resepi macam mee suah sup ke, mee suah berkuah ke. Yang ni pun mummy olah sedikit ikut kesesuaian umur dan apa yang boleh dimakan oleh bayi.
Selamat mencuba. Wassalam.