Nuffnang Ads

Saturday, 5 July 2014

Nak beli kuih raya?



Assalamualaikum..alhamdulillah dah masuk 8 Ramadan hari ini. Mummy masih berpuasa walaupun sepatutnya tengah period..jeng jeng jeng.

Tak nak cakap banyak disebabkan tahap kemalasan tertinggi melanda hari ni. Nak update blog pun gigih ni sebab konon nak promosi kuih raya. Sesapa nak beli bolehla order. Mummy akan deliver di sekitar Lembah Klang. Belum berani nak pos kuih lagi.
Semua ni bukan mummy yang buat tapi mak mertua yang buat. Mummy tolong jual je. Setiap tahun mak mertua akan jual 5 jenis kuih raya. Jom tengok.



Hazelnut Choc RM28 50++ pcs.
Biskut seperti Almond London tp lagi sedap kot. Di dalamnya ada sebiji kacang hazel yang dipanggang rangup. Biskutnya pula disaluti coklat dan dihiasi choc rice..best selling setiap tahun.



Makmor RM28 50++ pcs
Biskut tradisi yang juga best selling setiap tahun. Padat dgn inti kacang tanah hancur yang disaluti mentega kacang. Disaluti dengan gula aising memang nyumsss..tak tipu. 




Tart nenas RM28 50++ pcs..
Biskut tradisi yang lari dr bentuk asal tp rasa dijamin sama dan sedap..kaya dengan inti paste nenas..makan sebiji nak lagi.



Cornflakes Choc RM28 50++ pcs
Cornflakes digaul dengan coklat dan dihiasi dengan coklat putih. .memang rangup..tak sedar makan habis 1 balang.



Almond Chip Choc RM25 50++ pcs
Kalah famous amous..biskut coklat penuh dengan kacang badam dan chip coklat. Gerenti sedapi.

Selain 5 jenis biskut ni, tahun ni mak mertua mummy tambah lagi 2 jenis biskut baru.



Biskut Dam RM25 50++ pcs



Samprit Dahlia RM25 50++ pcs

Mummy pun buat jugak. Tapi yang paling senang, celup je dengan coklat tabur kacang sejukkan siapp. InsyaAllah pretzel ni akan dijual berterusan. Kiranya bulan puasa grand launching la. Mummy pun tengah tempah sticker. Tapi botol ni susah betul nak ada stok. Lama pulak tu nak restock. Haihhh.


Chocolate Nutty Pretzel RM25 60++ pcs

Jangan malu jangan segan kalau nak order. Boleh tinggalkan komen di bawah ye. 

Wassalam.



Wednesday, 2 July 2014

Salam Ramadan 2014.


Bekal untuk berbuka di ofis. Masak sendiri tauu..

Assalamualaikum..

Syukur Alhamdulillah...masih berpeluang menemui Ramadan tahun ini. Yang manisnya puasa kali ini ialah kami di rumah baru..syukur Ya Allah..Alhamdulillah target untuk pindah sebelum puasa termakbul. Rumah pun dah siap kemas cuma benda-benda kecik je yang tak terkemas. Oh tapi entry pasal renovation rumah mummy akan tetap up dalam next-next post ye..Banyak yang pending ni.

Cerita pasal Ramadan tahun ini, macam biasalah harapnya dapat puasa cukup sebulan dan terawih sebanyak yang mampu. Puasa sebulan tu macam payahla sebab perempuan kan, lainlah kalau pregnant..eh..InsyaAllah jika ada rezeki.

Terawih pula macam tahun lepas mummy buat sendiri kat rumah je. Masih tak berani nak bawak sekali Zahra ke surau atau masjid. InsyaAllah tahun depan dia besar sikit bolehlah ajar adab-adab kat masjid masa orang tengah sembahyang. Nak bagi diam senang je bagi hand phone tapi kang takut dia bukak YouTube tu kuat-kuat cane orang nak solat. Bukak pulak lagu Let It Go cerita Frozen tu banyak kali. Xpe tak kisah solat di rumah atau surau, berjemaah atau bersendirian asalkan niat kerana Allah dan semoga pahala dapat berlipat ganda..InsyaAllah.

1 Ramadan

Adik mummy datang dari kampung sebab nak praktikal di ofis babah 1 julai ni. So mummy pun fikir menu apa nak bersahur, babah tanya nak masak apa sahur, mummy kata ntah roti ada tu. Tanya adik ko nak makan apa sahur, dia jawab ntah. Mummy teringat yang dia ni kene sahur nasi. Babah pun suruh masak nasi walaupun babah sahur hanya minum air sebab tu mummy nak makan simple2 je.

Malam tu kami plan nak ke Aeon Big Wangsa Maju beli barang dapur sebab bukak sampai pukul 12 tengahmalam sebulan ni. Tapi lepas makan dan ke rumah mama dah pukul 10 lebih takut tak sempat pulak nak patah balik Wangsa Maju so kami nekad ke NSK Kucai Lama walaupun tahu dah mesti banyak kete dan jem kat situ. Tapi kena pergi jugak sebab peti ais kosong kot lepas pindah ni. Nak masak apa sahur nanti kan.

Sampai NSK tepat sekali, dari trafik light kat Besraya tu dah start jem. Perghh...sabar je lah, fikir positif dan babah pun kata kita beli barang yang perlu je. Nanti bila-bila datang balik. Baiklahh..Mummy suka pergi NSK sebab barangnya murah dan boleh dikatakan sayur dan bahan basah tu fresh. Kadang tu akan ada sesi lelongan or ada barang yang baru sampai dia akan bising la macam kat pasar basah tu. Biasa kami shopping penuh 1 troli RM100-200 je. Kalo shopping kat Jusco ke Tesco ke mana dapat harga macam tu penuh troli.

Sampai rumah kemas barang, babah basuh ikan dan ayam, pukul 2.30 pagi baru mummy leh tidur. Alamak takut tak terbangun pulak sahur nanti. Mummy kunci jam 4.45 pagi dalam masa sama mintak tolong kakak mummy kejutkan dengan buat miscall. 

So sebelum tidur mummy da siap masak nasi, bangun pukul 5 tu (biasalah snooze duk tutup bape kali) tinggal panaskan je. Mummy goreng telur dadar dan ayam masak kicap. Takkan nak makan nasi ngan telur je kan, kesian lak adik mummy yang kuat makan tu tapi badan keding je.

Klung klang ketung ketang kat dapur baru yang masih kekok pakai 5.20 siap masak terus kejut adik mummy. Seb baik dia senang bangun. Elok je abis makan alamak, bunyi azan ke tu, cepat-cepat kami minum air..Hahaha..ni baru betul-betul sahur di hujung waktu ni.

Siangnya mummy plan nak masak. Tapi masih duk mengemas barang jadi malas dan penat nak masak. Pukul 5.30 kami keluar nak ke param depan Texas, tapi perghhh padatnya..parking pun takde. Patah balik amek babah kat rumah (miscommunication, babah balik kerja ingat dia suh tunggu kat param rupanya kat rumah) ingatkan nak g Setiawangsa, tapi jam dah 6.30 so kami ke param Uk Perdana je. 

Sampai sana orang masih ramai tapi banyak kedai dah habis makanan, yang ada pun orang duk beratur. Ish ish ish...maybe sebab Ahad cuti orang semua nak pergi param. Sebelah param tu ada kedai mamak so kami pun beli makanan kat situ. Beli nasi beriani 2 dan nasi putih 1, lauk kari ikan, ayam dan sambal sotong ngan ayam goreng. RM60++. Gila takkkkk. Mahal ya amatttt. Kami tak pernah makan kat kedai tu tapi sebab dah terdesak bedal je la. Buka puasa masakan mamak je. Oklah makanan dia.

2 Ramadan

Mummy dah start kerja lepas off 4 hari sebab nak pindah dan kemas rumah. Konon nak masuk ofis awal tapi pukul 10++ gak sampai. Heheh. Ofis tenang, bos pun tak kacau. Pukul 5.30 mummy terus cau sebab nak beli makanan kat param+jem lagi. 

Sampai rumah mama pukul 6.40.,..tu dia 1 jam daripada 15-30 minit perjalanan biasa. Babah dah tunggu nak pergi param Jalan Peel, sebelah rumah mama je. Babah kata dah order nasi lemak best kat kawan dia. So kami nak amekla, sampai kat warung tu kakak dia kata kawan babah tak bagitau pun. Nasi lemak pun dah abis. Ok takpe takde rezeki hari ni, cuba hari lain. Kat param kami beli ayam rangka (berminyak tak makan sangat pun), cendawan goreng (yang ni sedang rangup), cucur udang, vadei untuk babah, masak lemak pucuk ubi (untuk mama) dan air asam boi.

Zahra tak kacau masa berbuka tapi biasalah duk buat sepah sana-sini, sesekali duk main kacau lauk. 

3 Ramadan

Hari ni mummy kerja petang tapi kene datang ofis awal sebab ada taklimat GST. Mummy decide untuk masak dan bawak bekal untuk buka puasa di ofis je. Jimat sikit lagipun malas nak keluar pergi param dengan jemnya lagi. Mungkin faktor usia kot dah tak berapa teruja nak ke param. Hahaha. Kantin bukak tapi lain kalilah beli makanan kat kantin. Selagi boleh masak, mummy akan bawa bekal.

Pukul 10 pagi mummy dah start masak bekal mummy ngan Zahra. Untuk mummy paprik ayam dan telur dadar (gambar kat atas sekali tu..siap masuk dalam mangkuk tingkat tau). Zahra punya masak lemak ikan kerisi. Pukul 12 habis masak, terus siap untuk hantar Zahra dan pergi kerja.

4 Ramadan

Hari ni kerja pagi masuk pukul 11. Babah off. Mintak tolong babah ke kedai bakery kat Taman Melawati untuk cari botol kuih. Tapi hampa, masih takde stock. Rupanya pembekal yang sama untuk kedai Bagus ngan Bake Well. Tapi Bake Well dah ambil no telefon babah, dia akan call kalo stock sampai. Bekas kuih untuk apa? Haaaa mummy jual kuih raya. Chocolate nutty pretzel namanya. Diisi dalam bekas cantik yang takde stock tu. Next entry mummy cerita pasal kuih raya. Silalah beli. COD area lembah Klang.

Lepas hantar mama beli barang kuih. Mama setiap tahun jual kuih dan mummy tukang jual sejak bertunang dengan babah. Babah balik dan kemas rumah sikit-sikit.

Mummy balik kerja pukul 6.30. Ingatkan tak jem dah. Kuar ofis jalan clear tapi sangkut kat trafik light Jalan Ampang sampai trafik light Bukit Bintang. Sampai rumah mama pukul 7.15. Mama masak kari ketam..nyummsss. Mummy tak beli apa-apa hari ni sebab mama dah masak.

Untuk coretan ramadan seterusnya stay tuned eh.. Selamat berpuasa dan melipat gandakan amalan di bulan mulia ini.

Wassalam :)