Assalamualaikum.
Syawal dah lama berlalu tapi mummy baru nak cerita kisah Syawal kami sekeluarga tahun ini. Alhamdulillah tahun ni juga buat pertama kali kot mummy dapat sempurnakan puasa enam..heheh...apalah mummy ni kan..dah tua-tua baru nak penuh puasa enam.
Raya tahun ini adalah giliran mummy bekerja. Ini bermakna giliran raya di rumah mertua di KL. Bila mummy kerja, babah pun kena ikut kerjalah. Tahun ini pun raya kami simple jer. Takde baju sedondon satu family, takde kuih raya yang mummy buat sendiri, tak ada baju baru yang dibeli dah siap untuk mummy (sebab baju raya 3 pasang hantar tailor) dan takde open house di rumah kami. Mummy pun takde mood nak buat semua tu sebab kena kerja kan, lagipun ini tahun pertama raya kami tanpa kehadiran Allahyarham bapa mertua. Jadi raya pun disambut sederhana sahaja.
1 Syawal
Sebelum puasa pergi Jalan Tar bersepah tudung budak kecik, masa puasa langsung mummy tak jumpa, nasib baik muat pakai tudung kakak Amna bagi.
1 Syawal mummy diberi off day sehari, babah pun off. Jadi kami seharian di rumah mertua, the day before pun kami dah balik 'kampung' di Jalan Peel, Cheras..hehehe. Sempatlah mummy belajar masak daging pesamah dengan emak mertua. Masakan penang tu.
Mak mertua masak daging pesamah, ayam masak bombay, nasi minyak dan kuah kacang, masak nasi impit Nona tu jer, mummy beli lemang 4 batang kat gerai lemang Pak Ali kat MRR2. Kami beraya dua rumah je. Satu rumah baby sitter Zahra yang juga jiran mak mertua, nasib baik dia tak balik Johor, kalau tak, takde rumah nak raya..heheh. Kemudian petang tu kami ke Subang Jaya beraya di rumah mak saudara babah sambil tengok cucu barunya yang lahir beberapa hari sebelum raya.Disebabkan tak ramai saudara babah kat KL ni so satu rumah jela yang kami pergi.
2 Syawal
Keesokan harinya mummy dah kerja, siap berbaju raya lagi..Yelah kata raya kan. Mummy pun bawak lemang, nasi impit, kuah kacang, serunding dan ayam masak kicap Jawa untuk makan dengan kawan-kawan di ofis. Raya kedua manalah ada kedai yang bukak nak lunch kan.
Di ofis pun tak banyak sangat kerja. So kami duduk melepak dan buat follow up dan proses statement saje.
3 Syawal
Makan kuih raya jelah
Mummy kerja petang. Bosan jugaklah nasib baik ada kawan-kawan.
7 Syawal
Nilah burasak. Makanan tradisi orang Bugis setiap kali raya
Yeayyy..mummy, babah dan Zahra da sampai kampung mummy. Orang da balik KL start kerja, mummy pulak baru nak start cuti beraya. Walaupun ketupat, lodeh dah tak ada, tapi rupa-rupanya mak mummy duk frozenkan burasak. Heheh dia tau anak menantu dia ni suka sangat makan burasak. Lepas dah thaw mak terus kukus balik untuk lembutkan burasak tu. Walaupun rasa dah tak sama kalau makan fresh sebab dia agak kering dan berderai tapi jadilah lepaskan gian kan.
Gigih nak bukak pintu guna kunci kan..
Lepas sarapan, kami tiga beranak balik ke kampung mummy iaitu rumah nenek dan saudar-mara belah mak mummy di Penerok, Pontian. Zahra la raya sakan, dengan peplum beli kat Jusco, dan hairband nekwan dia belikan. Tapi sedih hairband tu tercicir kat rumah sape tah. Adalah empat rumah kami beraya.
Masuk rumah orang abis semua kuih raya dia nak rasa. Zahra paling suka kerepek. Memang keturunan jawalah nak oi suka kerepek ni. Tapi mummy control skit sebab banyak garam kan.
8 Syawal
Keesokannya harinya kami sekeluarga termasuk mak dan abah mummy ke Parit Sulung, Batu Pahat rumah kakak mummy. Abang mummy satu family dari Pasir Gudang pun ikut sekali, so agak meriahlah barulah terasa feel raya..hahaha..kesian betul mummy ni.
First time naik buai, excited lah si Zahra ni.
Sebelum balik, kami ambil gambar sekeluarga mana yang ada je kat depan rumah kakak mummy. Kebetulan depan rumah tu ada padang permainan.
Lepas ke rumah kakak mummy, kami ke rumah mertua kakak mummy pulak a.k.a besan mak abah. Memang setiap tahun kami akan beraya di sini, cuma tahun ni tahun pertama arwah bapa mertua kakak mummy meninggal, so lain la sikit rasanya. Rumahnya tak jauh dengan rumah kakak mummy, lupa pulak apa nama tempat dia.
Jom tengok gelagat Zahra.
Bukan main suka jumpa tanah lapang, seronok betul dia berlari. Ni semua hasil bidikan kamera adik mummy yang tengah belajar fotografi kat IKBN Pertak.
11 Syawal
Time to go back to KL..huhuhu. Setelah hampir seminggu cuti raya di kampung, kami pun baliklah ke Kuala Lumpur. Adik mummy pun ikut sekali. Babah ajak ikut jalan lama, tak nak ikut highway sebab nak singgah Muar makan mee bandung. Perjalanan agak jauh dan ambil masa sikit lah.
Dari Pekan Nanas-Pontian-Batu Pahat-Muar, kami singgah di gerai mee bandung Abu Bakar Hanipah yang terletak di bandaraya Muar. Kami order sate dan mee bandung. Meenya sedap cuma kuahnya agak sedikit pekat dan penuh rasa udang kering. Zahra makan sate jer.
Dinding kedai ni banyak gambar tokey ngan VVIP yang singgah makan di sini.
23 Syawal
Ofis mummy buat sambutan hari raya di Hotel Grand Season. Mummy kene cover function dari mula pukul 12 tengahari sampailah 4 petang. Kene standby mana tahu ramai menteri yang datang. So makan, makan dan makanlah kita.
With one of my adik kesayangan. Alhamdulillah adik mummy ni Puan Nana dah selamat melahirkan bayi perempuan 18 Sept lepas. Naura Nur Medina namanya kalau tak silap. Selamat berpantang ye dik. Errr bagi aura skit bleh..Ehhh
Bersama editor baru kami yang berbaju biru.
Bila tengok FB, baru perasan yang kami takde gambar 3 beranak..hahahah sedih betul. Takpelah tahun ni takde, tahun depan mummy nak balas dendam...Hehehe..
Oklah semua, wassalam :)
No comments:
Post a Comment