Nuffnang Ads

Thursday 1 May 2014

Rumah Itu Syurga Kami

Assalamualaikum.

Kelas tak tajuk macam drama je kan. Tapi itulah pelbagai cabaran masa kami nak dapatkan rumah ni. Rumah ni pun macam pasangan jugak, kalau dah jodoh cabaran macam mana besar sekalipun tetap akan jadi milik kita sekiranya diizinkan Allah.

Sebaik je kami berkahwin memang ada perancangan untuk membeli rumah sendiri. Yelah dari bayar tuan rumah sewa setiap bulan lebih baik kalau sewa tu kami bayar untuk duit pinjaman rumah sendiri. Amaunnya tak banyak beza pun.

Bila je Zahra lahir, babah pun berusaha nak cari rumah untuk kami beli. Cakapla apa saja website rumah, mudah.com, property guru dan macam-macam lagi babah cari yang berdekatan dengan bandar KL tapi harganya dari RM150,000 ke RM250,00. Dapat ke apartmen kat KL ni dengan harga macam tu, sekarang ni kalau tak RM300,000 pun belum tentu dapat.

PR1MA? Walaupun kami dah daftar online tapi entah bila nak dapatnya, tu pun kena cabut nama. Kalau ada rezeki dapat, takde maka takdelah. Dalam masa nak menunggu nama dicabut tu harga rumah di pasaran pun teruslah melambung sampaikan rasanya macam tak mampu je.

So kami pun putuskan untuk cari rumah sendiri tanpa tunggu bantuan dari kerajaan. Loan rumah pun mummy buat dekat bank komersial kongsi dengan babah, sebab nak buat loan dari government ni agak susah prosedurnya dan kene follow-up selalu. Sementara tunggu loan nak lulus, karang takut pulak rumah yang diidam disambar orang.

 Kebetulan, depan flat kami sekarang ada apartment yang baru disiapkan setelah berpuluh tahun terbengkalai akibat pemaju rumah yang tak dapat siapkan selain terbengkalai sebab kejadian tanah runtuh dulu menyebabkan orang takut nak beli rumah dekat area situ. Tapi kawasan tu bukanlah atas bukit, bukan jugak di belakang cerun yang memungkinkan risiko. Jadi babah pun intai-intailah rumah dekat situ.

Rumah tu pun disiapkan atas desakan pembeli yang lama menunggu untuk dapatkan rumah tu dan duduk di situ, sampaikan kene mintak bantuan ahli politik. Selepas pemaju lain ambil alih projek, maka ia dapat disiapkan sepenuhnya dan penduduk pun dapat kunci.

Dari flat kami, boleh tengok rumah-rumah tu dan kami ternampak balkoni sebuah rumah tergantung bunting kata untuk dijual/disewa. Babah cepat-cepat ambil no telefon dan hubungi tuan rumah tu. Perjanjian dibuat kemudian kami berkesempatan dibawa melihat rupa bentuk rumah tu. Besarnya dalam 800++ kaki persegi dan yang penting balkoninya luas walaupun bentuk rumah tu agak pelik sebab tetiba ada lompong kat tengah-tengah hall. Kene pasang grill untuk tutup.

Masa tu arwah abah ada lagi dan beliau dan mama memang berkenan dengan design rumah tu, babah pun sama, cuma mummy je yang macam berat. Ikutkan mummy nak rumah yang lagi besar dan biliknya terperosok sikit so kalau tetamu datang takdelah nampak bilik. Tapi takpe reserve dulu.

Babah tanya tuan rumah tu katanya nak jual RM250,000. Aik mahalnya padahal market situ tak sampai RM200,000 pun masa tu (dua tahun lepas). Masa dia cakap harga tu pun dia macam nak tanak je jual rumah ni katanya nak sewakan. Kami pun kiv dululah rumah ni sebab mahal.

Tak lama lepas tu dalam beberapa bulan, babah browse 1 website jual rumah dan ternampak rumah ni yang nak dijual pada harga RM200,000. Memang within bajet kami la kan. Babah pun terus call agent dan mintak nak booking rumah ni.

Masa jumpa agen dia tunjuk gambar rumah tu, mak aih bersepahnya rumah, banyak barang pulak tu. Kami yakin yang rumah tu la yang kami tengok dulu sebab dia kata tingkat 9. So tanpa banyak soal kami pun setuju untuk beli rumah tu, sekali agen tu terima call dan kata ada orang lain nak beli rumah tu, kalau kami nak jugak kami kena bid harga tinggi sikit.

Aduhai, fikir punya fikir kami pun setuju untuk beli pada harga RM210,000 dan akhirnya kami dapat rumah tu, terus bayar booking fees. Agen akan uruskan soal pinjaman rumah dan lantikan peguam. Alhamdulillah macam mummy kata tadilah kalau dah jodoh kan.

Proses pembelian rumah ni ambil masa hampir setahun, sepanjang masa tu macam-macam masalah dan karenah yang kami hadapi. Loan bank dah lulus tapi disebabkan tuan rumah tu tak bayar maintenance rumah banyak bulan dan bayaran-bayaran lain, maka tertangguh la urusan jual beli tu. Dia kene setelkan dulu hutang-hutang barulah kami dapat rumah tu.

Masa babah nak keluarkan KWSP untuk bayar rumah pun ada masalah jugak. Dokumen dah lengkap bawak tetibe alamat dekat loan bank dengan SNP berbeza, alah beza sikit je. So KWSP mintak betulkan kalau tak, tak boleh nak keluarkan duit.

Babah call bank dan mintak tukarkan alamat di salinan perjanjian pinjaman tapi agen tu cakap takde masalah. Boleh je guna agreement tu untuk keluarkan KWSP, babah pergi lagi tetap jawapan yang sama. Lagi satu duty stamp rumah tu pun tak dibuat-buat menyebabkan susah nak keluarkan duit. Akhirnya babah tewas dan malas nak pergi KWSP. Mummy cakap takpelah babah mungkin duit KWSP untuk kegunaan lain. Ada hikmah disebaliknya kan.

Beberapa minggu sebelum kami nak dapat kunci tiba-tiba tuan rumah tu call lawyer kata tak nak keluar dari rumah tu, dia nak sewa dengan kami. Alasannya takde rumah lain nak duduk, aikk dekat setahun takkan la tak cari rumah lain, kalau takde rumah kenapa nak jual? Kami geram dan mintak lawyer supaya tegas mintak mereka keluar sebab kami beli untuk duduk bukan untuk sewa kat orang lain.

Akhirnya 28 Jan 2014, genap umur Zahra 2 tahun, kami ke pejabat lawyer untuk ambil kunci. Kiranya hadiah birthday Zahra la.

Dapat je kunci babah terus ke rumah tu tengok keadaan rumah, mummy tak dapat ikut sebab kerja. Masuk je rumah dah boleh agak dah, kipas lampu semua dia ambil, tombol pintu pun hilang, ada kulat kat dinding, memang banyak kena buat ni.


Pintu cantik, tapi kami tak berkenan sebab boleh nampak ke dalam. So kami nak ganti dengan pintu baru. Grill semua da siap pasang.


Masuk je rumah ni dah sempit. Sebelah kanan gambar bilik tidur, kiri tu dapur. 



Dapur. Dalam tu kawasan laundry untuk letak mesin basuh.


Ruang tamu agak luas.


Cermin belah kanan ni yang pelik, bukak je boleh tengok jiran sebelah, kalau jiran tu tak tutup boleh tengok aktiviti diorg, tergolek ke terbongkang ke apa ke.


Luaskan balkoni dia. Depan tu la flat kami duduk sekarang.


Master bedroom kat depan sekali sebelah ruang tamu. Nampak tak berkulat tu ada dua sebenarnya, satu lagi kat lantai. Bilik air dalam ni luas skit la. Bilik air kedua kat luar memang sempit. Huhuhu.


Bilik tidur kedua, kami nak jadikan bilik wardrobe merangkap bilik tetamu kat sini.


Bilik tengah. Kami nak jadikan bilik Zahra merangkap tempat bermain dan belajar dia.

Bila da dapat rumah, mulalah cari idea nak renovate dan dekor rumah. Mummy pun browsela google untuk dapatkan idea susun atur.




Suka sangat tempat pantry macam ni.

Oklah next entry mummy akan ceritakan pasal renovation pulak. Sebenarnya rumah kami dah nak siap insyaAllah akan berpuasa di rumah baru.

Wassalam.




13 comments:

  1. salam kenal. wah tahniah dah beli rumah sendiri. sy pon samala sis. beli rumah 2nd jugak. ambik masa setengah tahun baru settle urusan.:) tahniah sis

    ReplyDelete
  2. Salam dear...rasanya memang menangis nak cari rumah yang ok dan within budget sekarang. Most yang affordable semua dok jauh2..

    Pernah usha rumah, bila sampai sana baru tahu belakang tu ada kubur,sekali kubur Mona Fendi..depan rumah terbengkalai.Haiyaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn...ni pun rezeki dapat rumah yang affordable

      Delete
  3. Kalau nak ubah suai rumah boleh lah tgk blog kami:
    http://armaconintelligence.blogspot.com/

    Kami berpengalaman dalam plaster ceiling, grill, engecat, pasang tiles, wiring, dll.

    ReplyDelete
  4. sekarang ni rumah terlalu mahal bagi isi rumah yang berpendapatan sederhana..lebih2 g kat area hot..rumah kecik tapi harga mahal..dri motivasi kewangan yang saya tau..xperlu kita beli rumah mahal2 sebgai bebanan..so cukup la n bersyukur kalau dapat beli rumah untuk kita berteduh.kalo rumah kecik bukan bermakna kita x boleh hias dia jadi cantik..;)

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah.. walaupun banyak dugaan dalam membeli rumah, akhirnya berhasil..

    sangat teruja kan nak mendeko..

    ReplyDelete
  9. Apartmnt Residensi bistaria ke ni, thn lepas ada jugak survey tapi tak berkenan layout rumah ni macam pelik .

    ReplyDelete
  10. Salam sis..saya berkenan nak beli residensi bistaria ni. Tapi ada sikit soalan nak tanya kat sis. Boleh x bg contact ni. Ni email saya. zizizura88@gmail.com
    Tq sis.

    ReplyDelete