Assalamualaikum.
Walaupun sekarang ni dah masuk bulan Syawal tapi mummy tetap nak cerita kisah bulan Ramadan. Yelah mummy ni kan rajinnn sangat nak update blog. Tu yang pending lagipun bulan puasa sibuk siapkan tempahan pretzel coklat. Permintaan melebihi keupayaan. Mummy buat sorang tu pun paksa babah tolong. Hehehe tenkiu babah.
Secara ringkaslah mummy cerita ye.
5 Ramadan
Mummy off time ni so decide nak masak untuk berbuka. Mummy buat nasi lemak, ayam goreng berempah dan cucur kentang+bawang. Mummy kalau berbuka mesti nak ada kuih. Macam tak cukup je makan kalau takde kuih walaupun kuih simple je.
Mummy panggil adik mummy sekali datang buka puasa di rumah. Alhamdulillah walaupun nasinya kurang lemak sikit tapi sedap katanya. Sambal pun sedap. Syukur masak dengan penuh kasih sayang kan.
6 Ramadan
Masih lagi off. Dan masih lagi decide untuk masak berbuka. Selagi kudrat masih ada dan masih larat masuk dapur (eh teruk sangat ke puasa sampai tak larat ni..heheh jeng jeng jeng) so mummy masakla. Lagipun beli kat bazar tu dahla mahal, rasanya belum tentu sedap kan.
Menunya daging masak hitam resepi google, sayur lemak pucuk tahu+suhun+kubis+telur kegemaran babah dan popia. Gigihkan buat popia. Babah macam tak percaya mummy buat popia. First time kot ni buat popia. Resepi google la. Sosnya malas nak buat so pakai sos cili thai maggie jer.
7 Ramadan
Kerja petang. Tapi siang tu duk pulun buat popia untuk pot luck hari Ahad di rumah kak pah. Kali ni resepinya tambah udang kering atas permintaan babah. Tapaukan untuk mama sikit. Mama kata sedap tak puas makan katanya. Alhamdulillah. Nanti buat lagi ye.
Mummy duk fikir2 apa nak makan time berbuka nanti. Dahla kat ofis. Nak tapau kat bazar ke. Alahai malasnya. Last-last decide buat mihun goreng Singapore je. Senang dan ringkas. Goreng keropok dan lauk daging hitam semalam ada lagi. Mummy kalau makan mihun mesti dengan keropok. Nasi goreng pun macam tu jugak. Jimat belanja.
8 Ramadan
Hari ni berbuka di rumah Kak Pah kat rumah baru dia di Bandar Tun Hussein Onn Cheras. Tak jauh dari rumah lama. Besar rumah kak pah ni. Mummy je tak terdaya lagi nak buat house warming ke open house ke. InsyaAllah bila kesihatan ok sikit nak buat kenduri doa selamat masuk rumah baru panggil sedara mara dan mak kat kampung, setel kenduri panggil kenkawan makan lak. InsyaAllah mungkin lepas raya kot.
Kami sampai rumah kak pah pukul 6.30. Kak pah tengah bersilat kat dapur dengan maid. Sedap kak pah masak. Ada gulai daging, nangka masak lemak, ayam goreng, ikan kering, sayur campur, soto goreng kunyit. Bertambah gak dua kali mummy makan.
Kami buat pot luck. Jadi masing-masing bawak juadah masing-masing. Mummy bawak popia. Farhana bawak kek coklat. Zu bawa puding karamel, Kak kurnia bawak bubur lambuk terbaik air tangan suaminya. Memang sedapla bubur lambuk dia kalah kat Kampung Baru tu. Rahsianya beliau letak ikan bilis sangai. Macam mana tah dia buat tapi rasanya lagi ringan dan tak berempah sangat macam yang biasa jual. Kali ni mummy yang hantu bubur lambuk Kg Baru pandang sepi je bubur lambuk tu kalau dapat free. Daripada membazir mummy tak ambil langsung.
Kaum bapa bergosipsss
Mak-mak ngan anak-anak
Lepas berbuka acara santai je. Tengok Zahra tu takleh tengok mummy senang dukung baby. Ada je nak apa2. Masa ni duk sibuk cari puting dalam hand bag sebab nampak baby hisap puting tadi. Malu je kakak besar ni.
11 Ramadan
Kalau ada gambar makanan maknanya mummy off le tu dan ada kerajinan nak masak. Kali ni masak lontong dengan ayam masak merah. Tetiba teringin lontong, sengkuang buat inti popia pun ada lagi so campak je sekali dalam kuah lontong tu. Mangkuk kecik tu cik Zahra punya. Untuk dia mummy gorengkan ayam.
Kuih pulak mummy buat roti sosej roll. Dapat kat Zahra rotinya dibuang ambil sosej je. Takpelah nak janji makan ye.
13 Ramadan
Yang ni bukan off day. Tapi mc sebab demam. Gigihkan masak. Dah bagitau babah tak larat nak masak, babah pulak kerja, Zahra hantar ke rumah babysitter. Babah suruh beli makanan kat bawah rumah. Adalah gerai kecik2 jual. Tapi masa mummy turun banyak kedai tak bukak. Kecewa. Nak drive pun takde kudrat. Belilah murtabak dengan samosa. Air soya beli kat kedai runcit bawah rumah. Bukak peti ais ada ikan kerisi buatlah goreng kicap dengan telur dadar.
14-16 Ramadan
Kebetulan mummy dan babah off hari Ahad dan Isnin. Mummy apa lagi nekadlah balik kampung berpuasa dengan family. Memandangkan dah tak boleh nak minta cuti sebab jadual kami dah dibuat so carila masa terluang untuk balik jugak walaupun sekejap.
Kami bertolak 12hb malam lepas kerja dan lepas buka puasa. Adik mummy tak ikut sebab dia kerja. Frust jugaklah dia. Takpe cuti raya dia panjang leh cuti puas-puas. Sampai kampung dalam pukul 1 pagi lebih. Mummy ganti babah drive kat R&R Machap sebab babah ngantok sangat. Si Zahra pulak bila kereta dah berhenti dia pun terus bangun dan tak tidur-tidur. Duk sibuk main dengan handphone babah. Sampailah dia nak susu dan terus tertidur. Sampai je kampung dia sedar balik dan blur-blur eh kat mana ni.
Esoknya kami bawak mak abah dan adik pergi shopping raya kat Plaza Angsana. Adik cari baju raya. Takmo pakai baju melayu depa nak pakai kurta tahun ni. Ok jugak kurta ni smart. Terus cari saiz babah sebab babah bukanlah pemakai Baju Melayu.
Jumpa kedai jual kurta warna purple dan ada saiz babah walaupun nampak macam sendat je. Tu puasa kang kalau pakai time raya mau seksi. Hishh tapi babah da berkenan so beli je lah.
Balik dari Plaza Angsana babah ajak pergi Jakel yang mana plan mummy jugak sebab nak cari baju Aaron Aziz or Zizan Razak untuk babah. Mak kata KL takde jakel ke. Bila masa tah nak pergi dengan kerjanya, dengan orang ramai kat Jalan TAR tu. Oh ye tahun ni pecah rekod mummy tak shopping kat Jalan TAR..hahahah.
Sampai Jakel kami ke tempat baju melayu. Saja tanya salesgirl tu saiz paling besar ada tak. Ada. Warna purple ada tak? Ada tapi cair bukan purple pekat. Huhuh okla takpe. Dapat sampin free mummy pilih kaler dark purple sebab baju dah kaler cair. Barulah senang hati mummy babah dah dapat baju. Mummy cakap kat babah kurta tu biar mummy pakai la bila badan mummy dah besar nanti. Hahah..orang nak kurus dia nak gemok pulak.
Keesokannya pagi kami ke Jusco Bukit Indah. Mak tak nak ikut penat katanya. Kami bawak abah dan adik. Cadangnya nak cari baju raya Zahra blouse dan seluar. Tapi takde pun. Semuanya bukan baju raya. Depa ni tak buat jualan raya ke. So pulang dengan tangan kosong. Mummy belanja abah t-shirt sehelai.
Balik dari Jusco kami terus ke bazar Ramadan Pontian. Nak cari kuih abok-abok dan kuih jongkong feveret ku. Kat KL mana ada. Ni kuih orang jawa. Bila dah dapat makan pulak sejuk-sejuk nyamannyaaa..Alhamdulillah.
Malam tu lepas solat Isyak kami sekeluarga balik ke KL. Esoknya nak kerja dah. Huhuhu.
19 Ramadan
Mummy kerja malam. Tak masak sebab niat nak beli makanan kat kantin je. Mummy tapau nasi putih, ayam goreng kunyit, telur dadar. Beli kat kantin duit tak keluar banyak kalau beli makanan kat bazar. Jimat lagi alhamdulillah.
Dah nak balik dekat pukul 12 tengahmalam, kami dikejutkan dengan sms, wa dan flash mengatakan bahawa pesawat MAS terhempas semua terkorban. Sudahhhh..again for flight MH. Kali ni MH17 dari Amsterdam ke KL. Malam tu sangat panjang buat kami yang kerja syif petang sebab pukul 7 pagi esoknya baru kami balik.
Malam tu kami sibuk dapatkan pengesahan dari MAS dan menteri pasal kejadian tu. Bos pun cepat-cepat recall orang untuk deploy di airport. Pukul 4 pagi lebih PM buat pc di Hotel Sama-Sama. Sah pesawat milik MAS itu terhempas dipercayai ditembak dan semua terkorban.
Juadah sahur bos belanja nasi goreng dan telur dadar. Alhamdulillah sebab tengah lapar sangat bila kepala ni tak henti bekerja.
Sayu sangat hati sebab kebanyakan penumpang dari Malaysia mahu balik untuk pulang beraya di tanah air setelah bertahun-tahun di perantauan. Tenanglah kamu di sana. Semoga ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin..
Wassalam.
No comments:
Post a Comment