Nuffnang Ads

Tuesday, 30 December 2014

Zahra warded sebab bronchitis - Part 1

Assalamualaikum.

Ini kali kedua Zahra masuk wad. Tahun lepas bulan November pun Zahra warded sebab demam. Tapi kali ni sebab demam+batuk+selsema. Demamnya cecah sampai 40 darjah. Tu yang terus ke hospital. Kali ni agak mencabar bagi mummy sebab tengah pregnant 7 bulan. Zahra pulak meragam nak dukung je sampai tak larat kadang tu. Cuma mummy kene kuat dan lupakan sakit pinggang atau tak larat tu. Kadang-kadang dia nak dengan babah, tapi kebanyakannya dengan mummy la. Ceritanya begini.

11 Dis 2014 (Khamis)
----------------------------

Lepas ambil Zahra malam tu dia takde tunjuk apa-apa tanda sakit ke demam ke. Macam biasa. Malam tu mama pun ikut sekali balik rumah mummy sebab senang nanti nak gerak ke Penang terus je dari rumah. 

Dalam pukul 1.30 pagi, Zahra merengek. Mummy bangun buat susu sambil pegang dia. Eh panas la pulak, demam ke Zahra ni. Kebetulan babah pun terbangun so mummy bagitahu babah, babah ambil kain basahkan dan tuam kat kepala dia. Lepas minum susu dia pun sambung tidur. Ubat demam takde pulak kat peti ais kalau tak boleh bagi dulu.

Pukul 3 pagi babah kejut mummy kata badan Zahra panas sangat. Babah terjaga sebab tersentuh Zahra yang panas tu. Mummy terus ambil termometer. 38.5 darjah. Tapi Zahra tak merengek. Babah ajak gi Klinik Idzham. Mummy kata kalau tengah malam doktor jarang ada, so babah terus call, nurse kata doktor ada. Suhu macam tu baru nak demam katanya. 

Kami ke Klinik Idzham kat Bukit Antarabangsa. Doktor cek memang demam dan bagi ubat demam dan batuk sebab Zahra ada batuk sikit. Masa ni belum selsema lagi. Balik dari klinik kami terus bagi Zahra ubat dan dia tertido semula.

Mummy bincang dengan babah kalau pagi tu demam dia tak kebah mummy nak EL je. Babah tak boleh sebab cuti dah habis.

12 Dis 2014 (Jumaat)
----------------------------

Bangun subuh tu mummy cek badan Zahra tak panas dah. Dia pun lena tidur sebelah nek wan kat luar. Sebelum pergi kerja mummy cek lagi suhu, 36.5 darjah. Alhamdulillah...tak demam dah. Mummy pesan kat mama kalau panas bagi dia mandi banyak kali kasi keluar panasnya. Mama tanya kalau tak demam nak bagi ubat jugak ke. Mummy kata bagi je sebab esok nak balik Penang kenduri anak ateh kahwin.

Siang tu pun mama kata Zahra ok, normal je. Badan pun tak panas. Tapi tidur malam tu badan dia start macam dedar-dedar je. Banyak kali nangis nak susu. Masa ni mummy perasan banyak taik mata kat belah mata kanan dia. Aik sakit mata pulak ke. Malam tu mummy just tuam tuala basah kat kepala dia, tak nak dia demam lagi sebab esok nak jalan jauh. Tapi sebenarnya mummy tak sedap hati nak ke mana-mana memandangkan keadaan anak dara ni yang tak menentu.

13 Dis 2014 (Sabtu)
--------------------------

Bangun pagi Zahra macam biasa. Pak long belikan roti canai tapi dia tak nak makan. Offer sikit pun tak nak. Bangun tidur tu pun taik mata dia banyak kat hujung mata, mummy lap sikit-sikit. Masa ni batuk dia boleh tahan tapi tak kerap. 

Masuk kereta mummy offer buah dia tak nak, tapi dia nak makan kerepek pisang favourite dia. So sepanjang jalan dia just makan kerepek je. Mummy risau jugak sebab dia batuk kan, nanti makin teruk pulak. Tapi dah itu je yang dia nak makan.

Kami berhenti rehat kat R&R mana tah, mummy lupa. Orang ramai sungguh. Mummy belikan Zahra sup fishball. Suruh dia makan pun tak nak. Sibuk dengan lego yang baru beli, nek wan belanja. Tapi akhirnya dia makan jugak tapi sikit la, tak habis pun. 

Sampai je Penang petang tu Zahra dah macam tak selesa. Badan dia panas, merengek. Ateh offer sup ayam pun dia tak mahu. Sebelum siap nak ke Hotel Eastin kenduri sebelah perempuan, kami bagi Zahra ubat, memang berperang la. Tak suka sungguh dengan ubat macam mana nak baik. Huhuhu. Lepas tu mandi dan dia ceria balik.


Masa ni Zahra pun ok lagi. Tak meragam, badan ada sikit dedar tapi tak demam. Tengok tu siap fefeling nak nyanyi Let It Go.  Tapi bila masuk je dewan bila majlis dah nak start, dia macam tak selesa, babah sibuk ambil gambar, dia pun sibuk jerit babah dan suruh mummy bawak ke babah.



Tiba time makan, mummy bagi sup sayur dia makan sesudu dua, pastu kami kopekkan udang, dia tak nak. Dia nak turun dari baby chair so babah bagilah hand phone bagi dia leka kejap.



Sempat selfie dengan pengantin. Yang pengantin lelaki tu sepupu babah. Masa diorg bertunang mummy tak dapat pergi sebab cuti raya dipendekkan dan dipanggil kerja. Huhu. Masa ni Zahra dah terlena kat mummy. Kesian dia. Dahla first time pergi hotel ni. Sepupu-sepupu ajak main pun dia tak nak. Nak memerap je. Badan dia dah tak sedap time ni.

Selesai kenduri kami singgah kat kedai beli cool fever untuk Zahra. Malam tu kami tidur kat The Light Waterfront. Situ macam homestay, duduk sekali dengan saudara babah. Sampai je rumah, bagi Zahra makan ubat, salinkan baju dan dia terus tidur.

Mummy pulak sembang dekat luar, sekali dengar dia nangis, mummy cek badan panas sangat ni. Tepek termometer alamak 39.7 darjah masa tu dah pukul 12.43 tengah malam. Mummy pun sibuk tanya member biro Penang mana klinik panel ofis. Tapi malangnya klinik tu bukan 24 jam. Pastu biro chief kata ada satu klinik 24 jam, Klinik Aman namanya dekat dengan USM dan dekat jugak dengan tempat tinggal kami.

Sampai ke klinik tu rupanya bukan panel Bernama. Takpelah kami bayar. Nurse cakap kena tunggu lama sikit sebab doktor tengah jahit patient. Mummy kata anak saya demam panas sangat ni. Nurse terus masukkan ubat kat montot untuk kurangkan suhu sementara tunggu doktor. Sebelum masukkan ubat suhu dia dah 40 darjah.

Tak lama lepas tu baru dapat jumpa doc. Doktor cek tekak dia kata tonsil bengkak, tengok ada tahi mata. Doktor kata Zahra kene jangkitan kuman kat mata dari tonsil tu, sebab tu bertahi mata, nasib baik mata tak merah katanya. Doktor nasihatkan supaya Zahra dihantar ke hospital untuk masuk wad. Alamak, kami ni duduk KL doktor, takmolah berkampung kat Penang ni. So mummy decide untuk mintak ubat montot kat doktor, esok kami akan terus balik KL. So doktor bagi ubat bontot, ubat batuk kahak dan antibiotik.

Balik dari klinik, mummy mintak babah mandikan Zahra sikit untuk kurangkan panas badannya. Kesian dia menangis-nangis kesejukan. Lepas mandi, makan ubat dia terus tido. Mummy tetap tuam kepala dia dengan tuala basah.

14 Dis 2014 (Ahad)
-----------------------

Pukul 7 pagi mummy cek suhu Zahra 37.1 darjah. Alhamdulillah dah turun sikit. Doc kata cek suhu setiap 4 jam. Nasib baik memang bawak termometer dari rumah.  Sebelum kami cek-out pukul 11 tu badan Zahra dah turun lagi 36 darjah. Dah normal la tu. Tapi mood dia masih on off lagi. Tahi mata masih ada kat mata kanan tu. 

Dalam kereta dia macam dah ok sikit. Kami singgah lunch dulu sebelum balik KL sebab tak breakfast pun pagi tadi. Hajat nak makan gulai ikan sembilang tutup pulak kedai dia. So kami round-round bandar dan mama ajak makan kat warung masakan minang. Alhamdulillah..Zahra nak makan setelah beberapa hari tak selera. Dia makan nasi dan ayam goreng. Walaupun tak habis at least boleh tambah tenaga dan dia kembali ceria. 

Lepas makan mummy singgah beli jeruk jap untuk dibawa balik kampung time adik bertunang nanti. Saja makan rewang-rewang. Kebetulan mood Zahra pun dah ok. Lepas beli kami terus balik KL. Sebelum balik mama sempat cakap dengan ateh mohon maaf sebab tak sempat nak ke rumah diorg, dan tak dapat nak pergi kenduri belah diorg malam ni.

Sampai KL pun dah malam, jalan jem sungguh time weekend cuti sekolah ni. Memang penat. Malam ni kami tidur kat rumah mama sebab rumah takde elektrik. Malam tu tidur badan Zahra panas balik, dia kerap merengek dan gosok-gosok tekak dia. Mummy tak sedap hati sakit tekak ke.

Dalam pukul 12 tengah malam babah ajak pergi hospital. Kami ke Pantai Cheras, first time ni datang sini. Tak lama tunggu doc dah panggil. Doctor cina lelaki mcm pandang pelik je kat kami tak tau pasal apa. Doktor tanya itu ini, masa nak jolok tekak tiba-tiba Zahra muntah. Sebelum tu dia baru je minum susu, keluar balik susu tu, habis baju seluar mummy kena muntah. Lantai pun penuh dengan muntah dia.

Doktor cek macam ala kadar je. Takkan marah sebab lantai dia kotor muntah kot. Doktor tanya ubat demam batuk masih ada kan, so teruskan aje makan ubat tu. Tekak dia macam mana doktor? Tak merah sangat katanya. Tahi mata ni pulak? Itu biasa kalau demam, kata doc..sebabnya mummy perasan mata belah kiri pulak macam nak bertahi mata. 

Keluar dari bilik doktor babah pun bayar doc consultation RM43. Insuran Zahra tak cover out patient melainkan kalau masuk ward. Hmmm...memang tak pergi sini lagi kot. Layanan macam gitu.

Subuh tu Zahra muntah lagi lepas minum susu. Mummy bukak cadar, cek suhu badan dia 38 lebih, terus masukkan ubat kat montot. Baju pun tak pakai sebab panas sangat. Lepas tu dia terus tido sampai ke pagi.

15 Dis 2014 (Isnin)
-----------------------

Bangun pagi cek suhu badan Zahra dedar je 37 macam tu. Kesian dua-dua mata melekat dengan tahi mata. Dia masih tidur lagi, biarlah maybe baru lena sebab malam tadi merengek dan muntah. Babah pergi setel TNB dulu untuk elektrik di rumah kami. Mama pulak risau Zahra tak bangun-bangun dan ajak mummy pergi hospital dulu tanpa babah. Mummy tak nak sebab baju takde, tunggu babah bawak baju dari rumah sebab baju habis kena muntah malam tadi. Lagipun mummy tak larat nak dukung Zahra, so tungguh babah dulu.


Dalam pukul 12 tengah hari mummy kejut Zahra, kebetulan babah dah balik dan masalah elektrik di rumah kami dah selesai. Mummy cek suhu Zahra tak demam, cuma hidung berair dan batuk teruk pulak, mata pulak sepet je sampai ada eye bag. Ajak dia mandi, dia ok. Lepas lunch kat rumah mama, kami pun terus balik rumah.


Sampai rumah Zahra tidur. Mummy pulak kemas rumah dan basuh baju siap-siap. Badan dia masih dedar lagi. Asar tu Zahra merengek, babah cek suhu dia 39 darjah. Kami fikir nak pergi hospital mana, sebab dulu ofis babah cover sekarang ni tak lagi. So bergantung pada insuran Zahra je. Kami ambil Prudential BSN Takaful. Setiap bulan babah bayar RM100. 

Ikutkan mummy pergi hospital kerajaan je. Hospital Ampang pun ada rekod dia. Tapi akhirnya kami ke KPJ Ampang Puteri sebab agen kata insuran cover kat situ, lagipun tahun lepas Zahra pun memang warded kat situ, so kami dah ada pengalaman sikit la. Kalau kerajaan babah takut tunggu lama je, kesian kat Zahra.

Bersambung...

(rasa dah panjang sangat entry ni, kita sambung kat next entry pulak ye..wassalam)











Sunday, 21 December 2014

Jalan2 Pantai Timur: Nak balik KL dah

Assalamualaikum.

Ok, ni last entry untuk episod Jalan-Jalan Pantai Timur. Hahah..dahla pending lama, pastu berepisod pulak. Sape yang sudi baca tenkiu, tak sudi pun tak pe..tak marah..heheh.

Hari ketiga Rabu (1 Okt). Memandangkan pagi tu Zahra tak bangun-bangun, so mummy decide suruh babah tapau breakfast je kat kedai yang mummy teringin nak pergi. Kedai nasi kerabu ayam bakar. Kedai tu tutup awal sebab tu suruh babah tapau, kalau tunggu Zahra ni alamatnya memang tak merasa la.

Pusing punya pusing akhirnya babah balik dengan bungkusan nasi kerabu dan nasi lemak. Yeayyy..tapi babah kata bukan kat kedai yang mummy nak tu, tapi yang penting kedai tu ada jual nasi kerabu dan ayam bakar. Babah pun belasah je beli.


Sedappppp..ayamnya pun sedapp...tercapai lagi satu hasrat di hati lepas nasi dagang. Bukanlah kat KL takde tapi bila kat Terengganu ni memang original punya la kan.

Setel breakfast, cek-out hotel kami terus ke Pasar Payang lagi. Kali ni mummy cari baju2 yang dikirim abang mummy untuk anak2nya dan kawan ofis mummy.



Abang mummy nak baju I love Terengganu, seb baik muat kat anak dia. RM20 sehelai tak silap. Memang berlambak kat pasar ni dan harganya semua sama je kat kedai-kedai lain pun. 


Yang ni pulak baju kelawar untuk anak kakak mummy, tapi terpendek. Huhu patutnya ambil saiz XL ni mummy ambil saiz M. Anak buah mummy tu baru 5 tahun tapi tinggi. So kalau nak pakai baju ni kena pakai seluar panjang la.


Ini baju kelawar budak. Kawan ofis mummy kirim untuk anak dia setahun. Sehelai RM10, seb baik muat ngam-ngam ngan tinggi anak dia.



Mummy pun beli jugak baju kelawar sehelai untuk Zahra..RM10 je..Jalan punya jalan tetibe sampai kat kedai jual kain-kain batik cotton..nampak cantik pulak kat patung. Mummy saja tanya bape ringgit.. tokey kedai tu kata RM90 je sepasang..Haaaa?? Biar betul..harganya tak banyak beza dengan kain semalam. Yang ni lebih cantik, lebih tebal dan ada kaki. Pilih punya pilih mummy amek kaler purple tu. Mummy saja cakap kat babah semalam beli kain RM80 ni RM90..tetibe tokey tu kata saya bagi RM80 la..waaa bestnye..

Selain kain pasang, mummy beli kain batik untuk telekung dan belanja mama kain batik sehelai. So takkan mummy ada 2 pasang kain kan..yang ada pun tak terbuat. So yang sepasang beli semalam tu mummy bagi mak mummy kat kampung la..ok setel.

Disebabkan kami heavy breakfast so masa lunch tak lapar sangat just tapau pisang goreng je. Sebab kami nak bedal ICT lepas ni. Kalau dah kenyang sangat tak syokla makan kan..ICT tu ikan celup tepung.

Lepas setel Pasar Payang kami beli keropok lekor kat Bukit Tok Beng or nama glamernya BTB. Mummy pernah beli keropok kat sini dulu dan memang sedap, so tak payah pening kepala nak cari kedai keropok mana yang sedap, kami terus je ke BTB tu. 

Setel keropok lekor destinasi terakhir kami ialah ICT laa..apa lagi. Kami ke Mengabang Telipot, Gong Badak untuk warung ICT Pok Nong yang terkenal dengan kerangupan dan kesegaran ICTnya. Tak jauh dari BTB sebenarnya, sehala jugak.

Sampai kat kawasan Mengabang Telipot tu berkali-kali jugak kami pusing tak jumpa pun warung tu. Tanya orang, akhirnya kami kol sendiri Pok Nong tu. Katanya warung tu tepi jalan seberang laut. Sampai kat area laut kami tak jumpa jugak, akhirnya tuuu diaa warungnya. Kami sampai awal, dalam sejam lagi baru bukak. So tunggulah kat dalam kereta dulu.



Masa kami sampai pun ada 1-2 kereta sampai tapi masuk kereta balik sebab warung belum bukak. Lagi 30 minit nak bukak kami pun tunggu kat luar dan cop tempat siap-siap. Masa ni orang baru datang, so tak ramai sangat.

Elok je warung tu start operasi orang semua pakat beratur tunggu sotong, ikan, udang celup tepung. Kat sini memang kena layan diri, nak order air kat kaunter sebelah, sebelah lagi ada ABC. 



Sotong siap dulu, apa lagi berebutla orang ambil gunting masing-masing, kenapa gunting? Sebabnya sotong ni besar digoreng seekor-seekor. Kami ambil 2 ekor dulu sotong tu, Pok Nong kemudian bagi kertas harga. Setiap meja akan ada sos keropok lekor untuk dicicah. Sampai meja babah terus potong, mummy still beratur nak tunggu apa lagi yang siap lepas ni.

Tu dia haaa...dua ekor sotong besar selonggok penuh dapat kat pinggan tu. Memang fresh, tak hanyir dan rangup betul. Sedappppp sangattt.

Kemudian keropok lekor sampai, mummy pun ambilla 8 batang keropok lekor. Sedappp..Zahra makan keropok je.


Kemudian ikan kembong pulak siap. Babah ambil empat ekor. Memang fresh, mummy yang tak bape suka ikan kembong pun layan, lagilah dengan salutan tepung yang rangup cecah ngan sos keropok lekor. Memang tak pandang kiri kanan la.



Akhir sekali udang. Kami ambil 7 ekor. Dengan kulit-kulit sekali mummy makan. Sayang woo kruk krak tepung kat kulit tu..rugi tak makan, Kepala pun mummy belasah memang rangup. Babah tanya nak tambah pape lagi tak. Kami dah surrender. Kenyang sudah. Tiba masa untuk bayar. Sangat-sangat mengejutkan. Rasa-rasanya kat sinilah tempat makan paling murah tapi paling sedap sepanjang kami ada kat sini.

Cuba teka berapa ringgit semuanya? Total campur air hanya RM35 saja. Murah weiii...ambilla banyak2 memang tak rugi. Untung lagi ada.

Lepas pekena ICT barulah lengkap perjalanan pantai timur kami. Selesai je makan, kami teruskan perjalanan balik ke KL. Sampai KL dekat tengah malam, memang penat tapi puas. Lepas ni nak fikir cuti ke mana pulak. Tapi mummy teringin nak ke Melaka. Maybe tahun depan kot.

Wassalam.








Friday, 19 December 2014

Jalan2 Pantai Timur: Kuala Terengganu

Assalamualaikum.

Sambung lagi cerita jalan-jalan pantai timur. Hari ketiga Selasa, 30 Sept kami bercadang nak bersarapan kat kedai nasi dagang Kak Pah yang famous kat Batu Burok. Rupanya kedai tu sebelah hotel kami je. Dekat sangat. Tapi malangnya hari tu tutup. Huhuhu..frust sungguh..yelah mummy tengok kat blogs nasi dagang tu sedap dan yang penting ikan tongkolnye besar bukan kecik cinonet jer. Takpelah takde rezeki.

Kitorang pun jalan-jalan kat sekitar bandar Kuala Terengganu tu cari gerai untuk sarapan. Masa tu jam dah pukul 10 lebih. Akhirnya kami ke warung satu ni kat bawah pokok. Mummy tak tau nama kawasan tu. Redah je lah orang pun takdelah ramai, takdelah kurang. Kat situ mummy beli nasi lemak. err tak bape sedap nasinya..tapi telan je lah. Babah pulak makan pulut kuning.

Selesai sarapan kami terus ke Pasar Payang untuk apa lagi..shopping la..Memandangkan ada 2 hari untuk shopping..so hari ni mummy beli apa yang nampak kat mata dulu sambil survey2..Huh panas bukan main..fenatt berjalan..

Kakak mummy kirim kain cotton  batik bawah RM100. So mummy pun jalan2 dulu dan jumpalah satu kedai ni. Kain dia boleh tahan tak panas, coraknya pun cantik2 jugak. Dan yang penting memang ikut bajet kakak mummy.




Mummy amek gambar dan terus wassap kakak suruh dia pilih nak kaler mana. Mummy pulak memang suka corak abstrak macam ni. Ni batik cetak so murah, kalau batik lukis tak dapat bawah RM100 dek non.



Akhirnya mummy belikan yang kaler merah tu untuk kakak mummy, dan biru tu untuk mummy. Tak silap harga dalam RM80++ empat meter..tak ingat pulak. So bertambahlah koleksi kain pasang cotton mummy yang entah bila nak dihantar ke tailor..lepas beranak la kot..huhuhu.



Lepas tu mummy cari baju kelawar lengan panjang untuk mummy. Alhamdulillah dapat yang murah RM25..kat kedai lain semua atas dari harga tu. Pastu mummy belikan Zahra baju tido RM20 je baju ni ala-ala kelawar tapi berseluar. Comel gak.


Tengokla anak dara ni. Kalau dah perempuan tu perempuan juga. Pandai nak pilih sendiri baju walaupun akhirnya mummy yg tapis sendiri. hahaha. Dekat tingkat bawah mummy beli keropok goreng yang siap dalam peket tu. Apa tah jenama dia tapi bungkusannya kaler kuning, dalam dia siap ada sos lagi, keropoknya pulak kecik-kecik. Memang sedap berbanding yang biasa kita jumpa kat sini yang bungkusannya kaler merah tu kan. Mummy beli 3 bungkus je dulu, ingat esok nak beli 1 beg besar terus. 

Habis shopping kami makan kat food court. Memandangkan mummy masih kenyang so mummy kongsi ngan babah je kuew tiow sup ayam. Sebelum balik kami beli goreng pisang, air dan hot dog goreng untuk Zahra. Then kami balik hotel.

Sampai je hotel babah kata nak jumpa kawan dia kejap, so kami tiga orang lepak tido-tido dalam bilik. Lepas Asar tu babah balik dan bawa 2 bungkus nasi dagang..yeayyy..akhirnya dapat jugak. Mama tak berapa suka nasi dagang so dia makan gitu-gitu je. Mummy makan habis licin.



Lepas makan kami ke pantai Batu Burok sebelah hotel je. Tak mandi laut pun just bawa Zahra main pasir ngan air je. Still pantainya takleh lawan Cherating yang bersih, jernih dan pasirnya halus mulus gitu. Lepas jenjalan kat pantai sambung mandi kolam pulak. Babah la yang layan Zahra.



Malam tu untuk dinner kami dah overdose ngan seafood. So kami decide untuk dinner kat Uncle Chan Kopitiam. Depan hotel je. Puas sungguh bila dapat makanan yang bukan seafood. Hahah teruk betul kan.

Nampak tak teh tu. MasyaAllah sedap sungguh. Tapi lepas makan terus tak sedap sebab dah sejuk ngan muak. Mummy pesan mee udang, babah makan apa tah nama dia, tapi roti canai dalam dia ada inti ayam. Mama pulak order char kuew tiow dan Zahra kentang goreng. 

Setel hari ketiga. Esok kita balik KL dah..

Wassalam..




Thursday, 11 December 2014

Jatuh @ 27 weeks

Assalamualaikum..

Suspen tak tajuknya..tapi tu lah yang mummy alami..Huhuhu...tah macam mana boleh terjatuh..

Kisahnya begini, masa tu mummy tengah kursus kat ofis je, lepas habis presentation group mummy, mummy pun balik la meja nak duduk. Masa tu memang tau kerusi tu kat situ, tapi bila nak duduk je tetiba badan mummy melayang dan terjelopok jatuh terduduk. Tapi hentakan tak kuat sangat la, lagipun lantainya berkapet.

Masa jatuh mummy macam blur dan terus pegang perut. Eh nape ni, apa yang terjadi kan. Kawan-kawan sekeliling semua tolong mummy bangun. Dan masa tu memang tak rasa sakit apa-apa. Kawan-kawan tanya ok tak linda, ok ok don worry. Dan kursus pun berjalan macam biasa.

Lepas jatuh baby still gerak macam biasa. Mummy monitor jugak pergerakan baby, yelah dalam tak rasa sakit tu kita pun tak tahu kat dalam perut ni macam mana kan.

Habis je kursus pukul 4.30 petang, mummy terus solat Asar dan balik. Dalam kereta call babah kata mummy terjatuh, babah terkejut dan tanya macam-macam. Babah tanya baby gerak tak. Pesan kat mummy lepas ni kena lebih berhati-hati. Benda yang mummy hati-hati macam naik turun tangga, jalan kat tempat licin berair tak terjatuh pun, tapi benda yang tak disangka boleh terjadi. Yelah, kalau dah ketentuan Allah, kita takleh elak kan.

Balik dari ofis mummy singgah ke Jusco Maluri nak cari gaun Zahra untuk wedding kat Penang weekend ni. Masa tu lah baru terasa lenguh pinggang. Masa tengah jalan-jalan mengah pulak rasanya, terus mummy lepak kejap kat Starbucks sambil sedut Choc Cream Chip kegemaran.

Babah dah sampai rumah mama dia macam risau sebab mummy lenguh pinggang. Mummy kata takde apa ni, balik rumah nanti babah tolong urutkan la ye. Sampai rumah mummy rasa tak bermaya sangat, salin baju kemas rumah apa yang patut terus mummy baring kat bilik. Badan pulak tiba-tiba rasa nak demam. Sementara tengah baring tu mummy google la pasal jatuh-jatuh ni.

Baca blog orang seriau la pulak, katanya kalau jatuh masa hamil kena cepat-cepat jumpa doktor. Yang mummy ni malas nak pergi dan cakap kat babah takde pape, sakit pinggang je, baby gerak pun macam biasa. Dalam blog tu kata ada beberapa kemungkinan kalau jatuh ni iaitu bleeding, air ketuban pecah dan baby terbelit tali pusat. Alamak, terus mummy jadi takut.

Masa babah tolong urut pinggang dan tulang pinggul tu mummy macam dah sedih-sedih, air mata ni mengalir tp mummy sembunyi kat babah. Habis je urut, babah cium perut mummy, tataula dia berkomunikasi dengan baby kot, bila baby gerak tendang-tendang mummy terus hujan ribut petir. Babah kata dahh jangan nangis. Mummy nangis risau sebenarnya dan tersentuh dgn cara babah tu. Badan pulak rasa tak sedap ni, tekak perit, maybe berjangkit dari babah yang dah berhari-hari batuk selsema kot. So mummy decide jumpa doktor esoknya.

Esoknya bangun pagi pinggang masih sakit, badan pun panas dalam. Tak larat la nak pergi keje, nasib baik babah off so boleh hantar mummy ke klinik. Sementara tu mummy cek suhu badan 36 darjah, so tak demam, tapi badan memang seram sejuk, panas dalam, letih je rasanya.

Pagi tu kami ke Klinik Keluarga di Wangsa Maju, punyalah payah nak cari parking, 3 kali round baru dapat betul-betul depan klinik. Alhamdulillah. Ini kali kedua mummy ke klinik ni sebab selalunya ke Idzham je. Mummy pun tak tau yang klinik ni panel ofis mummy, dulu pakai panel babah. Kali pertama pergi pun sebab nak cek mummy pregnant ke tak sebab lambat period dan kebetulan mummy akan outstation ke Dubai, kami ke klinik ni sebab ada mesin ultrasound baby, Idzham takde.

Masuk je klinik terus daftar, bukak fail baru sebab nurse tak jumpa fail lama mummy, yelah bulan 2 dulu tak silap tu pun sekali je. Masuk bilik Dr Ismail bukan main peramah macam dah selalu jumpa, wah bestla doktor ni.

Dr tanya mummy apa masalah, bila cakap mummy jatuh dia pun terkejut, ha? macam mana boleh jatuh, tak cakap banyak terus dia cakap "Jom, kita scan dulu". Mummy kata rasa macam nak demam. Dia kata "mak tak penting, yang penting baby tu" sambil gelak-gelak. Adeh.

Alhamdulillah, baby ok sihat. Degupan jantungnya normal, uri pun tak pecah, kepala baby ok. Semuanya okla. Syukur sangat. Dr kata kalau baby aktif sangat tak ok, kalau tak aktif lagilah tak ok. Dia nasihatkan kalau jatuh ke apa cepat-cepat ke klinik untuk cek baby. Baiklah doktor, tanpa cakap banyak jugak dia kata "hari ni you rehat je, saya bagi ubat gosok untuk pinggang dan panadol utk ibu mengandung".

Kami sekeluarga suka dengan sikap peramah Dr Ismail ni. Very friendly servis pun bagus. Dia anggap patient tu macam kawan. Babah siap cakap lepas ni senang la kot nak mintak mc. Haih ambil kesempatan nampak.

Lepas cek kami lunch dan terus balik rumah. Sampai rumah anak beranak tidur.

So kesimpulannya jangan ambil mudah sebarang kecelakaan especially masa tengah mengandung ye ibu-ibu termasuk mummy jugak.

Wassalam.