Nuffnang Ads

Tuesday, 7 April 2015

Maternity Photoshoot @ 37 weeks

Assalamualaikum.

Pada 16 Feb lepas kami sekeluarga buat maternity photoshoot. Walaupun babah seorang jurugambar tapi nak tunggu dia ambil gambar kami memang payahlah. So mummy pun hire jurugambar luar sekali dengan pakej newborn photoshoot nanti untuk kenang-kenangan. Yelah masa Zahra dulu mana ada ni semua. Babah ambil gambar Zahra pakai kamera fon je. Adalah pakai kamera besar dia tapi masa mummy tengah pantang. Sori ye babah. Heheh..

Jurugambar tu dari team The Photolicious. Boleh follow ig dan FB mereka dengan nama yg sama. Mummy ambil pakej asas RM1,000. Tu pakej newborn tanpa album, just dapat 1 frame je, don't worry mereka sendiri akan datang ke rumah sebab mak-mak tengah pantang kan. Depa akan bawak prop sendiri jugak yg kiut-kiut.

Mummy tambah lagi RM500 untuk maternity photoshoot outdoor. Diorg yang pilih location, tapi kalau kita ada location yg best leh je deal ngan diorg. Kali ni kami ke Pantai Kelanang kat Morib tu. Bincang punya bincang babah kata jomla kita cek-in 1 malam sebab photoshoot tu start pukul 9 pagi. Kalau dari KL pukul berapa nak bangun, nak gerak, nak siapkan anak dara tu. Silap2 tak mandi Zahra. Lagipun buat weekdays confirm jalan jem.

So days before tu mummy survey hotel kat area Morib. Last2 mummy booking bilik kat Hotel Impian, dekat sangat dengan Pantai Kelanang tu. So, jom kita layan gambar-gambar ni ok.











Wassalam.

Tuesday, 31 March 2015

Mama tunaikan umrah, JJCM at PCLO Cafe

Assalamualaikum.

Pada 6 Feb lepas..mama selamat ke tanah suci untuk menunaikan umrah yang ditaja oleh Umno Bahagian Cheras. Alhamdulillah, sampai dah mama ke sana. Sehari sebelum kami tidur rumah mama sebab pepagi kena hantar mama ke KLIA.

Pagi tu dalam pukul 8 kami gerak dari rumah ke Masjid di KLIA untuk taklimat bagi para jemaah umrah. Dalam pukul 12 bila dah selesai kami terus gerak ke KLIA untuk mama cek-in.

Mummy pesan kat mama mummy tak nak apa2 kecuali kurma ajwa dan air zam zam je. Bekal untuk ke labour room dan makan sepanjang hamil ni. Babah pun kata mama jangan fikir pasal shopping sangat nanti niat dah ke lain pulak. Bila da selesai ibadah semua nak shopping bolehlah.

Mummy pun minta mama doakan agar mummy dipermudahkan proses bersalin nanti. Babah nangis masa hantar mama kat pintu gate. Semoga mama mendapat umrah yg mabrur..Insya Allah.




Lepas hantar mama kami balik rumah mama dulu untuk rehat dan solat. Pukul 2 lebih tu mummy ada appointment nak jumpa doktor untuk result BSP mummy. Nasib baik orang tak ramai petang-petang. Kemudian kami ke Bangsar. Mummy teringin nak rasa churros tu cane. So kami ke PCLO Cafe yg terletak di sebelah Modvier (sekarang mereka da pindah tp still area Bangsar).



Ada jual aiskrim pop kat sini. Perisa coklat dan tembikai laici tu nyumss. Yang oren peach tak berapa sgt. Mummy pun order baked macaroni, sherped pie yg comel lote saiznya tp harga boleh tahan. Tapi tak kisah sebab sedap.


Zahra layan baked macaroni je.



Spagetthi bolognese pun sedap. Air jus tu sgt pekat.


Tadaaa..churros yg diidam, cecah dgn sos coklat mmg nyummss. Tamak punya pasal order 2 set tp x larat nk habiskan. So far makanan kt sini semua sedap, tp harganya agak mahal. Lepas makan mummy singgah kt Modvier beli jubah Qala Qisya.

Boleh follow ig pclo cafe dan modvier untuk tahu lokasinye.

Wassalam,.

Tuesday, 3 March 2015

GDM @ 31 weeks

Assalamualaikum.

Apa tu GDM? Ibu-ibu mengandung khususnya pun ada yang tak tau yela yang tak pernah kena memang tak ambil tahu kan? Huhu. Mummy pun bila kena barulah study menda alah ni.

GDM tu ialah Gestational Diabetes Mellitus atau dalam istilah mudahnya kencing manis atau diabetes semasa hamil. Kalau tak hamil tu diabetes biasalah. 

Mengikut portal MyHealth, mummy ringkaskan la ye GDM adalah sejenis gangguan atau ketidaktentuan yang menghalang badan dari menggunakan makanan dengan berkesan. Semasa kehamilan, kesan insulin (yang mengawal proses penghadaman karbohidrat ringkas dan kompleks untuk membentuk glukosa) akan terganggu sedikit disebabkan oleh pelbagai hormon yang dihasilkan oleh plasenta/uri. 

Dalam bahasa mudahnya pula, masa mengandung hormon kita terganggu menyebabkan gula dalam badan tu tak terkawal jadilah kencing manis. Biasanya lepas melahirkan diabetes tu akan hilang, tapi ada kemungkinan jugak ibu itu berisiko untuk kena kencing manis jugak.

Oklah mummy cerita pengalaman mummy bila disahkan kena GDM ni ye. Kita buat kronologilah senang sikit nak baca kan.



Daripada tag putih takde masalah terus bertukar tag hijau sebab GDM. Bila admit hospital senang nurse dan doktor dah tau.

23 Dis 2014:

Disebabkan cek-up sebelum ni mummy naik 2/2.5kg dalam masa sebulan, nurse ada kata akan kena minum air gula sebab berat badan naik mendadak. Bila cek kali ni 29 minggu alhamdulillah berat mummy just naik 1/2 kg je dalam masa sebulan. Nurse tengok ok, takde cakap pun pasal air gula.
Prosedur minum air gula ni dipanggil MGTT (Modified Glucose Tolerance Test), untuk tengok tahap gula dalam darahla.

Bila jumpa doktor, doktor tanya pernah minum air gula tak. Mummy kata pregnant kali ni belum pernah lagi. Pastu doktor kata kali ni minum air gula wajib especially bila umur da meningkat. Errr ok, so doktor setkan minggu depan Jumaat pukul 8 pagi tepat kena ada kat klinik. Malam tu pukul 12 ke 10 ek doktor suruh puasa. Dekat klinik tu memang Jumaat hari minum air gula, takde cek-up pun. So redha je la. Masa Zahra dulu kena gak minum air gula, tapi masa tu klinik kat hulu kelang ni taraf klinik desa so takde doktor, so prosedur tu kena buat kat klinik AU2. Tak silap masa tu baru pregnant jugak macam baru nak masuk trimester kedua, babah temankan masa tu. Alhamdulillah mummy tak sangkut pun. Huhuh

2 Jan 2015:

Tiba hari yang dinantikan. Jeng jeng jeng. Mummy sampai dalam pukul 8 lebih dan dapat nombor 7. Babah tak temankan sebab kerja, tapi lepas mummy setel mummy akan balik dan hantar babah ke rumah mama untuk ambil kereta. Nasib baik assignment babah dalam pukul 10-11, so mummy rasa sempat.

Sampai giliran, mummy masuk ke bilik rawatan untuk ambil darah dulu, kemudian terus diberi minum air gula kat luar. Perghhh, segelas tu mcm gelas minum teh ais kat kedai tomyam, bukan kedai mamak tau. Ingatkan suam tapi dah sejuk suhu bilik gitu, baca bismillah telan pelan2. Mula-mula minum ok lagi boleh tanggung tahap kemanisan dia, bila dah nak habis tu baru rasa dia punya melekit gula tu melekat kat kerongkong. Lepas habis minum mummy terus ke sinki untuk berkumur, bukan apa nak elak daripada terus terasa kemanisan glukos tu kat tekak ni. 

Mummy tanya nurse boleh balik tak sebab kena tunggu 2 jam, dan still kena puasa, tak boleh makan minum sebab kena ambil darah lagi lepas tu. Nurse kata tak digalakkan berada di luar kawasan klinik sebab takut pitam or pening. Kalau nak keluar jugak atas tanggungjawab sendiri. Alamak, cane ni nak ambil babah. Mummy wasap babah, nasib baik dia leh ejas masa assignment dia sebab tinjauan je pun. So babah akan tunggu sampai mummy balik. Dalam masa sama dia risau takut mummy pening.

Alhamdulillah takde pening ke loya ke apa, cuma seksanya nak tunggu 2 jam. Duk peratilah gelagat mak-mak semua yang minum air gula. Ada yang sekali teguk, ada yang berkerut-kerut nak habiskan, ada yang terlentok kat bahu suami, ada yang terlentok kat kerusi sebab suami takde. Peningla tu. Mummy duk berborak je dengan kakak sebelah.

Setel dua jam, tak sampai dua jam pun ada dalam 15 minit lagi sebenarnya, mummy dipanggil untuk ambil darah sekali lagi. Ambil darah tu untuk tengok sebelum dan selepas pengambilan glukosa berapa tahap gula dalam badan. Nurse kata kalau result ok, just tunggu je sampai next cek-up, kalau tak ok nurse akan call sendiri sebelum tarikh cek-up. Ok berdebar lagi sambil berdoa agar tak sangkut. Yelah hari sebelumnya kan mummy duk melantak makan manis-manis kat Suka Sucre Bistro tu. 

7 Jan 2015:

Mummy off time ni. Dalam masa sama pun duk berdebar kot-kot nurse call. Tapi dalam masa sama fikir result ok kot, sebab takde call pun. InsyaAllah. Dalam pukul 3 tiba-tiba nombor klinik naik kat tipon. Alamakkkk...sahhh. Nurse kata mummy sangkut GDM so dia bagitahu esok kena ambil darah empat kali. Yeee...empat kali kauuu...Nurse pesan malam tu kene puasa pukul 10 malam, esoknya ambil darah kat makmal klinik kesihatan pukul 8 pagi, lepas tu breakfast then terus puasa sebelum ambil darah lagi pukul 10 pagi. Kemudian pukul 12 tengahari kene puasa balik sebab pukul 2 ambil darah dan akhirnya pukul 6 puasa sebab pukul 8 pulak kena ambil darah. Kiranya 2 jam sebelum ambil darah kena puasalah. Pasrah la mummy.Prosedur ni pulak rutinnya adalah 2 minggu sekali ambil darah, kalau result teruk maybe seminggu sekali kena ambil. Yang tak tahan ulang-alik klinik tu boleh beli sendiri alat tu dan cek sendiri kat rumah. 

8 Jan 2015 (31 minggu):

Mulalah rutin ambil darah 4x. Nasib baik mummy mintak off sebab hari ni pun hari cek-up mummy. Sekarang dah start 2 minggu sekali kena cek sebab tu mintak off siap-siap kat bos, malas nak amek time slip sebab lepas cek tu nak rehat je kat rumah. Kebetulan babah pun off hari ni. Pagi-pagi mummy bangun siap buat nasi goreng lagi untuk sarapan dua beranak tu. Tapi mummy tak makan la kan kena puasa. Huhuhu. Dalam 8 lebih mummy sampai ke makmal untuk ambil darah. Prosedur ni dipanggil BSP ( Blood Sugar Profile). Petugas tu cucuk kat hujung jari dan tunggu bacaan dalam tak sampai seminit. Alhamdulillah 4.8 je. Normal la tu, jangan lebih 6.7 sudah.

Bacaan normal
Puasa: 3.5-5.3 mmol/L
2 jam selepas makan: 4.0-6.7 mmol/L

Lepas je ambil darah mummy terus balik rumah dan makan nasi goreng, sikit je sementara tunggu babah dan Zahra siap untuk ikut mummy g klinik pukul 10 nanti. Sampai klinik ambil darah result maintain. Mungkin sebab nasi yang mummy guna Herba Ponni Faeza. Walaupun beras tu tak sedap tapi sangat sihat dan sesuai untuk pesakit diabetes sebab kurang kanji dan kolesterol.

Lepas ambil darah, mummy terus ke klinik ibu anak kat sebelah klinik kesihatan tu. Sampai giliran nurse tanya akak buat MGTT ye minggu lepas. Mummy pun mintak result berapa.



Nahhh..amek ko. 8.23! Tinggi tu sampai tulis pakai pen merah. Jangan lebih 7.8 kalau tak silap mummy. Huhuhu. Betullah lain pregnant lain ragamnya. Kali ni memang betul-betul fragile, silap sikit adalah habuannya. Mummy anggap ini dugaan dan hikmahnya mummy kena jaga makanla. Jangan sampai kena cucuk insulin tu dah tahap bahaya dah. Tapi nasib baik juga mummy kena bila dah 3rd trimester. So takdelah lama sangat pantang makan, kang bersalin pantang lagi. Sekurang-kurangnya apa yang mummy nak makan dah tercapaila. Bayangkan kalau yang 1st trimester dah sangkut, memang takde kenikmatan boleh makan apa saja time mengandung. 

Bila dah berlaku macam ni, mummy pun terfikir jangan jadikan alasan mengandung untuk makan sesuka hati. Kadang tu mentaliti orang yang sogok kita dengan macam-macam makanan sebabnya kena dahulukan orang mengandung karang kempunan nanti. Bila mummy dah kena ni, mummy lebih berhati-hati especially makanan dan minuman yang manis-manis. Yang penting banyakkan minum air kosong ye. Huhuh.

Habis cek-up mummy ajak babah lunch kat Jusco. Kami makan Nandos je. Tak nak makan nasi sebab pagi tu dah makan nasi goreng kan. Side dishes mummy mintak wedges. Dah makan baru babah kata kentang tu gula tinggi, laaa awat tak habaq awai2 leh mummy order menda lain. Tapi belasah je la. Lepas tu terus ke klinik untuk ambil darah after lunch, resultnya 5.0, babah kata ni mesti sebab kentang tu la. So lepas ni mummy elak ambil kentang. 

Lepas ambil darah kami balik, mummy baring-baring kat katil sampai tertidur. Bila terjaga tengok babah dan Zahra pun join sekali rupanya. Pukul 4 mummy bangun dan kunyah cornflakes sebelum puasa 6 petang tu. Lepas maghrib terus ke klinik, amboi naik pulak 6.0. Ni mesti sebab mummy tidur, tak exercise dan cornflakes. Ok tak makan dah pas ni. Lepas cek tu ajak babah g belasah roti canai kat mamak. Lepas dendam puasa hari tu. Hahaha.


Mummy akui pregnant kali ni mummy kurang jaga makan berbanding Zahra dulu. Kali ni ada jugak mummy minum air gas walaupun tak banyak dan selalu, just untuk rasa je. Jajan pun makan, telur masin pun makan. Sori ye baby lepas ni mummy tak makan dah, kalau teringin sangat je mummy makan, tu pun kena kawal gak.

9 Jan 2015:

Selepas buat BSP, keesokannya wajib jumpa doktor untuk BSP review. Doktor nak tengok result darah kita macam mana. Pukul 8 pagi mummy dah sampai klinik, nasib baik mummy masuk kerja pukul 1 tengah hari. Babah dan Zahra masih berdengkur lagi kat rumah. Hari Jumaat kan hari MGTT, takde cek-up so kejap je tunggu giliran. Jumpa doktor pun kejap je. Doktor tengok result ok dan suruh teruskan jaga makan. Tapi doktor suruh repeat BSP dua minggu lagi. Oh ye yang tanya sampai bila nak cek darah? Ikut pada doktor, kalau tak puas hati sampai beranakla kena buat.

Pastu tiba-tiba doktor suruh ambil darah untuk tengok apa tah. Alamak, dahla pagi tadi sempat makan bihun goreng singapore. Matilah aku. Tawakal je la, mummy pun masuk bilik yg depa amek darah utk MGTT tu. Lepas tu setel balik, result 2 minggu lagi baru dapat. Alhamdulillah ok je keputusannya 5.2 mummy pun tak faham cane nak baca result tu. Doktor kata ok, so oklah.


Sampai ofis, mummy mulalah google pasal GDM ni dan cari info pasal supplement yang boleh membantu kawal gula masa hamil. Mummy pun jumpa Shaklee. Kali ni pun mummy memang tak ambil mana-mana supplement, hanya bergantung pada ubat klinik je. Masa Zahra dulu mummy makan set Salindah. 

So mummy pun tanya kawan mummy yang jual Shaklee pasal produk yang terbaik untuk GDM, dia suggest 3, tapi mummy beli 2 je. Mummy beli B-Complex yang boleh tukar gula kepada tenaga dengan Ostematrix untuk kalsium. Lepas je kena GDM terus mummy tak minum susu sebab manis kan. Yelah, susu coklat Farm Fresh kan manis bukannya susu untuk ibu mengandung sebab mummy tak lalu.

Bila dah dapat ubat tu mummy pun consume la. B-Complex mummy ambil sebiji sehari lepas breakfast. Ostematrix pulak 3 biji walaupun disuruh 4 biji kalau tak minum susu, sebelum tidur. Alhamdulillah nampak keberkesannnya.

22 Jan 2015 (33 minggu):

Kali kedua cek BSP. Babah takde, outstation ke Kelantan untuk misi bantuan banjir. Mama tidur rumah temankan mummy. So mama jaga Zahra dulula sementara mummy cek-up dan ambil darah ni.

Result pagi tu 4.7, balik je rumah makan mee goreng mama buat dan terus puasa. Pukul 10, result naik sikit 5.8. Mummy takleh la, kalau naik je stress walaupun naik sikit dan belum paras bahaya pun. Huhuh. Cek-up semua ok dan yang paling ok berat badan mummy maintain dari 2 minggu lepas. 77 kg je. Berkat jaga makan lettew. Syukur. Tengah hari tu balik makan mama masak. Tak ingat pulak lauknya. Kemudian cek darah result turun balik jadi 4.6. Petang tu mama goreng cucur udang tapi mummy tahan dulu. Lepas setel cek darah malam tu 5.2 balik rumah terus makan cucur. Tu jela yang mummy makan.

23 Jan 2015:

Hari ni jumpa doktor, katanya BSP well controlled dan suruh teruskan jaga makan. Tapi yang tak bestnya doktor kata bila dah disahkan GDM ni yang penting bersalin tak boleh melepasi EDD, kalau takde tanda jugak sehari sebelum EDD tu kena ke hospital untuk induce. Haaa?? Kiranya menyerah diri untuk dipaksa beranak. Sebab risiko GDM ni takut baby besar kalau lebih hari, dan mungkin juga baby boleh lemas. Ok doktor saya pasrah.

Balik je ofis apa lagi time takde kerja mummy pun google pasal induce. Yelah tak pernah kena kan. Masa Zahra dulu bersalin normal dan sakitnya datang sendiri. Ada yang kata induce lagi sakitla, ada yang kata induce tu sama je sakit contraction. Mana ada bersalin yang tak sakit kan. Mummy google lagi apa makanan yang boleh mudahkan cepat bersalin dan naturally induce. Mummy pun jumpa VCO (minyak kelapa dara) dan RTL (daun teh raspberry). Terus cari sapa yang jual. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan mummy. Mummy terjumpa sorang ni yang jual RTL, siap COD lagi, so tak payah nak mintak pos-pos. Mummy ambil 2 kotak, sekotak RM22. 

Kemudian mummy teringat kawan mummy pernah pos pasal VCO kat FB dia, terus tanya dan dia kata menantu baby sitter anak dia yang jual. Alhamdulillah, jimat lagi duit pos sebab boleh kirim kat kawan mummy ni. Yang penting dalam bentuk soft gel ye sebab mummy ni susah sikit nak telan kalau liquid. Mummy beli 2 botol dapat harga RM35 sebotol. Mummy pun beli yang liquid jugak untuk sapu kat perut dan urutan perinium (sampai sekarang tak buat lagi, seriau pulak, ni utk elak episotomi). Minyak kelapa dara ni pun bagus untuk baby. Harga pun sama macam soft gel pun. Mummy consume sebiji siang dan sebiji malam.

5 Feb 2015 (35 minggu):

Kali ketiga mummy buat BSP. Result pagi makin turun 4.0 je. Lepas tu terus makan roti wholemeal kosong 2 keping. Pukul 10 result naik sikit 5.2. Cek-up kali ni berat badan turun setengah kilo jadinya 76.5kg. Siap pen merah lagi, tapi nurse tak bising pun. Supplement ditambah dengan jaga makan alhamdulillah. Lepas cek-up tu mummy tapau nasi dan makan macam biasa, siap beli goreng pisang dan keropok lekor lagi. Mummy skip pisang sebenanya sebab manis kan. Cuma teringin plak rasanya, tapi kena bilas dengan air kosong banyak2la. Result thari tu maintain 5.2. Petang tu mummy makanla pisang goreng dan keropok tu sebelum puasa dan resultnya naik sikit je 5.8. Alhamdulillah. Takde pen merah lagi setakat ini. Heheh.



6 Feb 2015:

Jumpa doktor untuk review BSP. Doktor kata BSP optimized. Kiranya terkawal dan result cantikla, syukur. Heheh. Tapi doktor kata kita buat sekali lagila. Eh tapi raya cina pulak. Hmm takyah buat lagi dahlah. Haaa? Betul ke ni doktor. Doktor kata tak payah, confirm. Rasa nak lompat bintang masa tu jugak. Seronok tak terkata. Mummy tanya saya still kena induce jugak ke doktor, kononnya macam dah bebas GDM kan. Doktor kata still kena induce, dan repeat kena serah diri kat hospital kalau still takde tanda bersalin. Huhuhu.

Walaupun dah tak buat BSP bukan bermakna boleh suka ria makan apa saja. Mummy still kawal pemakanan cuma kadang-kadang tu ada cheat day. Heheh. Tapi still sedar diri, lepas cheat tu kena minum banyak air masak dan exercise dengan banyak berjalan.

Ok mummy kongsikan diet mummy ye sepanjang kena GDM dan pantang tu lebih sikit masa hari ambil darah.

Pagi: Roti wholemeal kosong 2 keping.
Tengah hari: Makan nasi macam biasa, lauk banyakkan sayur.
Petang: Biskut kosong (kadang-kadang cecah dengan milo kosong, kadang-kadang je tau, kebanyakannya kunyah macam tu je).
Malam: Repeat roti atau biskut. Kalau lapar sangat makan je berat tapi elakkan repeat nasi. Selepas pukul 10 malam tak makan dah.

Buah pun mummy jadikan snek antara makan, kalau nak menda manis sikit makanlah buah. Memang bawak bekal buah hari-hari macam oren, pear, buah lai, kebanyakannya epal hijau. Anggur dielakkan sebab gula tinggi.

Bila cheat day makan jugaklah kuih manis-manis, waffle coklat peanut butter, kek coklat tapi berpada-pada. Jangan banyak sangat cukup sekadar merasa. Pastu jangan makan lagi dalam masa seminggu tu. Kiranya sehari seminggu cheat day. Heheh. Kalau teringin sangat teh ais kegemaran pun mummy still minum cuma request kurang manis la. Sama macam milo, kadang tu mintak kurang manis, kadang tu mintak milo kosong. Teh o mummy mintak nipis kurang manis. 


Sini mummy kongsikan pulak makanan tambahan yang mummy ambil ye. 

B-Complex Shaklee:

Mummy ambil ni sebab kandungan vitaminnya mampu menukarkan karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga. Kiranya gula dalam badan tu jadi tenaga, tak berkumpul sampai banyak sangat dalam badan. Lagi satu kandungan asid folik dalamnya pun sangat sesuai untuk ibu hamil dan bayi. Mummy ambil sebiji setiap kali lepas sarapan pagi.

Ostematrix Shaklee:

Ini pengganti susu buat mummy. Ia lebih sekadar kalsium yang membantu pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk menjaga kesihatan yang lebih baik.

Mummy tak pernah ambil 4 biji, payah tul nak telan. Biasanya mummy ambil 3 biji je sebelum tidur. Yang penting lepas mummy makan oste ni mummy dah tak kena simpul biawak masa tidur. Alhamdulillah.

VCO Catalyst:

Banyak khasiat minyak kelapa dara ni. Khususnya untuk kulit yang bermasalah macam jerawat, jeragat, just sapu je kat muka. Boleh juga pakai dengan foundation. Tapi buat masa ni mummy tak tumpukan pada kulit muka pun sebab mengandung kali ni alhamdulillah takde masalah muka. Langsung tak keluar jerawat, cuma awal-awal je pastu takde dah. Kadang tu tak payah bedak pun. Haaa kelas kan. Heheh. Masa Zahra dulu sampai pantang muka naik jerawat. Huhu. Yang jenis cecair mummy sapu kat perut untuk strech mark dan kurangkan gatal. 

VCO ni bukan saja baik untuk wanita dan ibu hamil, tapi untuk kanak-kanak dan orang lelaki. Banyak khasiatnya bolehla google. Mummy beli vco ni sebab nak mudahkan kelahiran. InsyaAllah kita rancang, usaha dan akhirnya serah segala-galanya pada Allah untuk tentukan nasib mummy masa melahirkan nanti. Yang penting usaha, doa, tawakal, ye dokk.. Selain tu vco ni pun membantu kawal gula dalam darah, sesuai la untuk ibu-ibu yang GDM.

Antara kebaikan vco sepanjang kehamilan dan membantu melancarkan proses kelahiran ialah:

1. Proses bersalin normal akan mudah dan lancar. Ada testimoni tu kata anak meluncur berdesup je. Huhuh rezeki dia la kan.

2. Kulit bayi lembut dan kurang jaundice

3. Kurangkan alahan dan morning sickness, strech mark kat perut, tiada masalah keputihan.

4. Sapuan pada luka bersalin akan dapat mencegah jangkitan kuman, cepatkan proses penyembuhan dan elakkan parut.

Daun Teh Raspberry:

Pertama kali mummy dengar pasal teh ni. Tu pun setelah mummy post dalam FB pasal induce dan ada sorang kawan mummy cadangkan minum air teh ni. Apa lagi google la mummy pasal khasiatnya.

Antaranya:

1. Mengendurkan otot-otot di sekitar pangkal rahim (uterus) dan pelvis ketika contraction bagi membantu proses kelahiran bayi dan plasenta. Ia juga mengurangkan pendarahan berlebihan selepas bersalin.

2. Menenangkan rahim ketika peringkat terakhir menunggu kelahiran.

3. Kaya dengan zat besi, kalsium dan magnesium yang amat membantu dalam menguatkan otot rahim. Ia juga mengandungi vitamin B1, B3 dan E yang amat berguna dalam proses kehamilan.

4. Membantu kesuburan, meningkatkan kandungan susu ibu, mengatur kitar haid, mengurangkan demam dan cirit-birit.


Mummy beli dalam bentuk uncang senang nak bancuh. Ada jual kat farmasi yang jenis loose. Ikutkan tak payah tambah gula, tapi mummy tambah sikit je sebab rasanya kelat-kelat, bila letak gula tu kurang sikit kelatnya.

Mummy start minum bila kandungan 36 minggu. Minum awal kang takut kontraksi awal pulak. Sila dapatkan nasihat doktor kalau nak minum awal kehamilan sebab salah satu khasiatnya pun kurangkan morning sickness. Tapi biasanya doktor mana suggest supplement ni, semua kena bergantung pada ubat doktor. Huhu. 

Mummy minum setiap pagi lepas sarapan. Masa minum tu terasa gakla kembang kuncup perut ni. Bila da start minum kerap pulak Braxton hicks. Takpe untuk training kan, sambil tu leh training teknik pernafasan jugak.

Bila dah 39 minggu boleh minum 2-3 kali, dan sebelum ke labour room pun still boleh minum. Ala-ala air selusuh gitula. So mummy plan nak bawak sebotol untuk ke labour room nanti. InsyaAllah.

Lepas bersalin pun still boleh consume semua supplement ni untuk tambahkan susu pulak. Tapi tengok jugak ye kalau baby tak tahan, kena la stop dulu.

Sampai sini saja. Semoga coretan ni dapat beri panduan kepada para ibu yang hadapi masalah sama macam mummy. Wassalam...

Friday, 27 February 2015

Nur Adibah Zahra bt Nooradzrene 3 tahun

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, 27 Jan lepas anak dara mummy ni dah pun 3 tahun. Macam-macam perangai dah ada. Yelah dah besar kan. Syukur kerana mummy dan babah masih diberi kesempatan untuk melihat Zahra membesar dan akan terus membesarkan Zahra sebaik mungkin. Insya-Allah. Tapi Zahra pun kenalah behave dan dengar cakap mummy babah tau. 

Pada mulanya mummy plan nak buat besday dia kat rumah kami, sekali buat dengan house warming, kira macam besar jugaklah makan-makan tu. Tapi duk fikir sape nak masak banyak-banyak, sape nak hias/kemas rumah, bila masa nak buatnya, kene plan awal dan ejas roster dulu. Plan ni semua last minit fikir tu yang macam-macam jadinya. Mummy teringin nak buat tapi jauh di sudut hati macam tak larat je, mama pun bukan kuat sangat. So kami pun tak jadila buat besday parti Zahra kat rumah kami. Kami plan untuk buat tahun depan, buat besday dua beradik sekaligus, ngan house warming. Senang cerita. Insya-Allah.

Mama pulak tiba-tiba kata nak buat besday Zahra, tapi kecil-kecilan je, tak panggil ramai budak pun, just kawan-kawan mama dengan cucu masing-masing je. Oklah. Mama nak tengok Zahra potong kek sebab Zahra sekarang pun dah pandai, nak kek, nak kek je kerjanya kalau nampak kek yang cantik-cantik, bukannya makan sangat pun.

So mummy pun plan lah, kita buat tema Frozen sebab anak dara sorang ni tak terkecuali gilakan Frozen. Mummy tengok roster babah bila off, so mummy boleh request off siap-siap. So kami buat 29 Jan 2015, hari Khamis malam, mummy dan babah tak panggil pun kawan kitorang, sebab mama yang jadi host kan, lagipun buat kecik-kecik je so memang kami tak war2kan. Just nak buat Zahra happy je.

Dua tiga hari sebelum tu kami buat persiapan, kami ke Kenanga Wholesale kebetulan mama nak cari barang umrah dia, so mummy pun carilah baju Frozen untuk besday girl nanti. Memang banyak ko, semua made in China. Tapi kena cek betul2 sebab dress Elsa yang mummy beli ni tak perasan ada koyak kat tepi walaupun masih dalam plastik. Harga dalam RM30++ tak ingat tapi dapat tawar jugaklah. Lepas beli dress, Zahra sibuk nak crown, dia sendiri yang nampak, nekwan dia belanja. Pun tak sampai bape minit kat dalam kereta dah patah crownnya. Sama ada Zahra lasak atau menda alah tu yang tak berapa lasak. 

Kek pulak mummy tempah dekat kawan mummy. Of coursela tema Frozen. Mummy order kek coklat sekilo je yelah sebab buat kecil-kecilan so kek takdelah besar sangat. Mummy mintak aisingnya warna biru pastu letak strawberi sebab minah ni suka sangat dengan buah tu. Pastu mummy mintak kawan mummy buat edible image Elsa, Anna dan Olaf. Tiga watak ni je yang dia suka dan ingat. Pastu mummy mintak tulis Happy 3rd Birthday Zahra kat tray kek. Tapi kawan mummy lupa nak tulis...huhu..takpelah.




Taraaa..nilah keknya. Memang menepati kehendak mummy, simple and sedap. Kek coklat dilapisi dengan cream cheese dan potongan kecil strawberi, luarnya pulak cream cheese. So memang balance la rasa dia. Kek yang kurang manis atas permintaan mummy yang GDM ni, masam-masam cream cheese, Zahra pun suka. Alhamdulillah. Sapa-sapa nak order macam2 kek, congo bar, victoria sandwich cake boleh cek Instragram kawan mummy ni Hazie Halim atau hash tag giftsgive. 

Mulanya kawan mummy tak nak terima payment mummy, dia kata nak hadiahkan kat Zahra, tapi mummy bagi jugak sebab yela walaupun kawan, niaga tetap niaga, mummy tak nak dikata ambil kesempatan, mementang order kat kawan so nak dpt free. Kawan mummy tetap tak nak duit mummy tapi mummy cakap bagi kat anak-anak dia. Akhirnya dia pun pasrah. Hehehe. Yelah kita pun pernah berniaga, so kita faham.




Menunya pulak, pada awalnya mama plan nak buat bihun goreng je. Yela buat kecil-kecilan je kan. Mummy ok jer. Mummy ingat mama buat bihun singapura tak pedas tapi pedas pulak, kesian Zahra tak makan sangat. Tapi lagi 2-3 hari nak majlis tu mama kata nak buat nasi impit dengan rendang daging dan kuah kacang, wahh tambah lagi menu. Mummy offer nak buat lontong tak, yelah takkan mummy tak sumbang pape kan. Mama kata buat je, pagi tu mummy buat tapi sikit je 1 periuk sedang je. Alhamdulillah ramai yang makan. Hehehe.

Pastu kami goreng drummet, lupa sangat nak tinggalkan untuk Zahra, kesian dia tak makan. Huhu. Kami beli buah tembikai sebiji, kuih kasui tu pulak kawan mama sponsor. Babah buat air oren campur 100 plus. Mummy langgar pantang hari tu. Tapi esoknya kena tebus  balik la pantang tu.



Tengokla princess sorang ni. Bukan main lagi dengan mekap, crown dan rambut palsu tu. Hahah. Ni semua baby sitter dia punya kerja. Baby sitter dia yang siapkan, lepas maghrib tu terus datang rumah nenek bukan main cantik lagi. Ngam pulak dress tu dengan dia.



Amacam, ada gaya princess Elsa kerr. Bukan main lagi ala-ala menari dan berangan nak jadi princess. Kalau babah yang ambil gambar memang no problem, suruhla posing macam mana pun. Janji takde orang lain kat situ, kalau tak malu.


Sampai masa nak tiup lilin malu pulak. Sudahnya mummy yang tiup. Tadi bukan main lagi geram kat kek tu kan.


Disuruh potong kek dia okay. Tak suruh pun dipotongnya sampai hancur nasib baik mummy nampak. Dia cuba potong edible image tu. Menangis-nangis nak potong sendiri rupanya dia makan gambar Elsa, Anna dan Olaf tu. Hahah. Strawberi memang dia sambar dulu.




Tengok tu lepas makan kek, sambung main play doh. Dah habis majlis baru rasa lapar. Pagi tu mummy dan babah bawak dia ke Toys r Us kat IOI Mall Putrajaya sambil ambil kek dekat kawan mummy tu. Macam-macam dia pegang, dari patung Frozen sampaila Play Doh 2-3 kotak. Akhirnya mummy tapis belikan Play Doh Mermaid. Nasib dia tak tanya mana patung Frozen tu. Bukan apa dah banyak sangat kat rumah, akhirnya tak jadi Frozen dah sebab dia akan cabut kaki, tangan, baju sampai togel la patung tu.

Oklah jom kita throwback perangai Zahra dari 2-3 tahun ni. Kesian dia kurang sangat menonjol dalam blog mummy ni ye. Sorry ye nak. Heheh. 

Frozen:


Kalau boleh bangun pagi je mesti nak tengok Frozen. Sampai dia dah hafal skrip siap berlakon lagi especially time nyanyi2 tu. Kadang tu ambil tuala kat ampaian pastu letak sepit fefeling jadi Elsa..tinggi sungguh imaginasi budak-budak ni kan.


Bila nampak Frozen kat luar lagilah eksaited. Ni masa Kids Festival kat Matrade. Siap beratur nak bergambar kat backdrop Frozen ni. Kalau nampak merchandise wajib kena beli.  Baru-baru ni dia asyik sebut nak baju Frozen setiap kali masuk kereta. Bila kami ke Wangsa Walk Mall baru ni dia nampak pulak ada kedai jual baju Frozen. Seboleh-boleh dia nak. Babah kata makan dulu baru beli. Lepas makan dia memang tuntut betul-betul, takleh lari dah. So belilah dress mcm Anna pakai kat gambar atas tu. Mandi malam tu terus nak pakai, dahlah skirt dia penuh glitter, nak tidur pun pakai sampai berkilat 1 badan, katil pun of course lah. Dia dah lena baru mummy salinkan baju dia. Bila nak habis demam Frozen ni pun tak tau.

Bertudung:



Dah pandai nak bertudung, tapi kadang-kadang je la. Tengok mood dia. Paling lama pakai sepanjang dalam kereta, sampai je destinasi terus bukak kepanasan kata dia. Tapi kalau nampak kakak-kakak pakai macam sepupu dia, dia akan mummy nak dung. Nanti mummy beli tudung Zahra banyak-banyak ye.

Berkawan:

Mummy dan babah tengok dia ni tak berapa ngam kalau dengan budak-budak sebaya dia. Tapi kalau tua sikit dia akan ngam. Dia suka kakak-kakak layan dia. Kadang tu dia yang nak kawan dengan kakak tapi kakak buat dek je, sampai nangis-nangis nak pergi dekat kakak mummy takleh wat apa kalau kakak tak nak main dengan dia. Kalau budak sebaya dia ambil masa sikit dia nak ngam. Mula-mula akan gaduh dulu, dah lama sikit barulah boleh main sama-sama.

Suka mandi kolam, main pasir, pergi taman:


Masa umur setahun lebih Zahra takut dengan pantai dan pasir, tak nak jejak langsung kat pasir tu, air laut apatah lagi kan. Tapi kali ni tak dah, pertama kali masuk kolam terus eksaited. Sebab tu setiap kali pergi bercuti duduk hotel mesti akan spend time untuk mandi kolam dan main pasir kalau kalau ada pantai.

Main belon sabun:


Mula dengan belon kecik yang RM2 sebotol sampailah RM5 sepinggan. Pantang nampak mesti nak. Babah pun join sekakilah.

Bercakap:

Zahra agak lambat bercakap dengan fasih. Masa 2 tahun lebih dia hanya sebut yang hujung-hujung je. Sekarang alhamdulillah, dah banyak perkataan yang dia pandai sebut penuh. Kira dari one sampai ten pun pandai dah. Cumanya dia tak reti sebut P, F dan sewaktu dengannya. Dia tukar jadi sebutan K.

Contoh, Frozen jadi krozen, puting jadi kuting, punya jadi kunya. Mummy ajar puuu...dia sebut puuu..bila suruh sebut penuh puting jadinya tetap kuting. Hahaha. Kelakar pun ye jugak. Takpelah pelan-pelan ye nak. 

Bila dia nak berborak panjang-panjang dengan kita, keluarlah bahasa Inggeris-Jerman dia. Layan je la. Dia banyak tengok You Tube cakap orang putih, tu yang dia pn terikut sama. Nanti mummy ajar cakap omputih ye nak. Tapi kalau dia cari sesuatu barang dia akan cakap 'kuting..where are you'..'mummy..where are you'..Hhaha..terrer tak. Pastu suka sangat nyanyi lagi twinkle-twinkle little star. Tu je yang dia sebut berulang kali. Nekwan dia yang ajar rupanya. 

Dari segi tumbesaran, alhamdulillah Zahra normal, berat dan tinggi ok. Tapi mummy kena beli baju dia setahun awal, so semua baju dia kena beli yang umur 4 tahun. Sebabnya dia ni tinggi, kalau beli 3 tahun pakainye kejap je lah.

Rajin:


Rajin buat sepah, rajin jugak mengemas tengok mood dia la. Biasanya lepas dia main mummy dan babah akan suruh dia kemas sendiri masuk dalam kotak or bakul mainan dia. Tapi kalau mood ke laut dia buat dono je, tang ni mummy dan babah mulalah ugut macam-macam, taknak bawak jalan la apa la. Terus dia kemas. Hahah..bukan apa dengan keadaan mummy macam ni nak ambil barang tunduk2 tu memang tak berupaya sangat la. Kadang tu merangkak kemas mainan dia.

Pix atas tu nampak mummy kemas baju baby untuk bawak ke hospital dia pun sibuk sekali. Fefeling nak pakaikan mitten kat bebear tu. Mummy pesan nanti tolong mummy jaga adik baby tau. Dia angguk je. Zahra ni pun dah boleh diharap, kalau minta tolong dia ambil sesuatu dia akan ambilkan. Suruh buang sampah pun dia boleh buat. Alhamdulillah.

Potty Train:

Yang ni mummy dan babah belum train sepenuhnya. Cuma sikit-sikit je. Mummy dah beli jamban kecik untuk dia dan letak kat dalam bilik air. Bila mummy off kadang tu mummy ajar dia kencing dalam jamban tu. Mula-mula dia macam kekok, bila lama-lama dia dah ok. Ada satu hari tu masa tengah salin pampers kat bilik air tiba-tiba dia kata nak berak. Mummy suruh berak dalam jamban dia, dia tak nak, belum biasa sebab selalunya kencing je dalam tu. Mummy tinggalkan dia dalam bilik air untuk urusan dia tu. Hahah. Ada satu kali tu berak kat bilik air ambil ko seketul tahi kat lantai, pe lagi babah la yang bersihkan.

Mummy buat kerja sikit kat dapur, tetiba dia jerit kata dah berak dalam jamban dia, siap keluar dari bilik air lagi. Aduhla. Nak tergelak pun ada. Mummy tengok amek ko selambak. Rupa-rupanya dia try jugak berak dalam jamban tu. Hehehe. Mummy cakap bagus dan puji dia macam-macam, sambil pesan lepas ni kalau nak berak duduk dalam jamban tu. Dia angguk.

Kekadang tu bila pampers dia dah penuh pun dia tak selesa dan kata nak kencing. Mummy pun cepat-cepat tukar dan biarkan dia kencing kat bilik air, siap pandai cebuk sendiri tu. Alhamdulillah. Cuma buat masa ni mummy belum ada kekuatan lagi nak potty train sepenuhnya. Takde kudrat lagi kot nak mop-mop lantai tu. Nantilah adik baby dah 3 bulan baru kita train lagi ye nak. Sekarang ni pun Zahra dah faham cuma belum start tak pakai pampers sepenuhnya.

Sekolah:

Ramai anak kawan mummy yang sebaya dia dah dihantar ke Taska. Tapi mummy releks je dulu. Zahra cakap pun tak fasih sangat. Biarlah dia puas main dan ada dalam dunia dulu sebelum mummy hantar ke sekolah. Lagipun kalau hantar awal sangat takut dia boring pulak.

Mummy plan nak hantar dia ke play group punya kelas. Macam kelas Genius Baby On Board tu.  Mummy nak biar terdedah dengan kawan-kawan sebaya dia dulu, sambil main-main dan buat aktiviti dengan diorang. Tunggu adik baby keluar nanti kita pergi dengan adik baby sekali ye sebab kelas tu pun ada aktiviti untuk merangsang perkembangan baby. Babah pun setuju untuk hantar anak-anak ke kelas tu. 

Mungkin mummy hantar Zahra sekolah bila dia umur 5 tahun. Umur 4 tahun mummy nak hantar dia ke kawan mama untuk ajar Iqra. Biar dia belajar mengaji dulu. 5 tahun hantar ke tadika. Orang ramai hantar anak dia ke tadika swasta. Tapi mummy plan nak hantar ke tadika perpaduan je. Free je pun. Bukanlah kami berkira dengan pendidikan anak-anak, tak kira swasta ke kerajaan ke janji anak tu boleh belajar dan menerima pelajaran dengan baik selain seronok dengan kawan-kawan. Lagipun tadika perpaduan tu depan rumah mama je, so senang mama nak ambil dia bila habis sekolah nanti. Itu hanya perancangan tak tau la kalau tiba masanya nanti akan berubah ke apa kan. Babah plan nak hantar ke sekolah cina. Tapi takde pulak sekolah yang dekat dengan rumah mama. Takpe kita plan dulu semuanya Allah yang tentukan. Aminn..

Setakat ni dulu la kot cerita pasal anak dara sorang ni. Terima kasih sebab sudi membaca. Wassalam..






Friday, 20 February 2015

Pengalaman Mengandung 3rd Trimester

Assalamualaikum..

Alhamdulillah...kandungan mummy sekarang dah masuk ke 37 minggu..dah 9 bulan..kebanyakan orang kat ofis semua tanya bila bersalin? Eh tak cuti lagi ke? Perut dah semakin berat, jalan pun dah slow sekarang.

Oklah jom kita cerita apa yang berlaku kat mummy sepanjang trimester ke-3 ni. Pada 27 minggu mummy ada cerita dalam entry lain pasal mummy jatuh masa kursus kat ofis. Boleh recall atau baca balik kat sini la yek. Alhamdulillah takde serius berlaku. Baby ok, mummy sakit pinggang sikit je.

Bila da 28 minggu tidur malam dah mula tak selesa. Pusing kiri baby tendang, pusing kanan pun tendang juga. So kene slow talk ngan baby ajak tidur baru dia diam dan mummy pun dapat tidur dengan lenanya. Heheh..



 Baru balik kenduri kahwin. Jubah malika dari Cala Qisya dan wide shawl Siti Maryam dari Suci By Yatt Hamzah.


29 minggu baby semakin aktif, bila galak bergerak tu sampai herot-berot perut mummy. Especially waktu malam dan especially juga time babah ada, time dengar suara babah, aiii anak babah sungguh. Bila babah takde baby gerak-gerak manja je. Mummy pun dah mula sakit pinggang, tulang pinggul dan kaki. Babahla tukang urutnya.

Masa cek-up 29 minggu ni berat mummy naik 1/2kg je berbanding 2kg bulan lepas. Nurse tengok ok dan tak cakap apa pun pasal berat atau minum air gula. Tapi kali ni kena jumpa doc untuk repeat scan. Lepas je scan tetiba doc cakap pasal minum air gula. Setakat pregnant kali ni mummy tak disuruh lagi minum sebab takde sejarah keluarga, umur pun baru 34. Tak silap kalau ada sejarah keluarga masa awal trimester memang dah disuruh minum, kalau tinggi maka kene jaga makanlah sampai beranak. Kalau tinggi sangat kandungan gula tu ada kemungkinan kena makan ubat atau cucuk insulin. Masa ni kene beranak awalla, takleh lepas due date takut baby besar atau lemas. 

So doc kata polisi sekarang semua diwajibkan minum air gula. Doc tetapkan 2 Jan pukul 8 pagi mummy kena ke klinik minum air gula. Gulp..redha jelah..huhuhu. Nanti pasal air gula lain entry ye sebab ada kisah dan panjang sangat kalau nak cerita dalam ni.

Oh ye masa ni dah start kena kira pergerakan baby. Bermula pukul 9 pagi sampai 9 malam kena cukup 10 gerakan. Kalau after 9 malam atau baby kurang gerak maka cepat-cepatlah ke hospital takut apa jadi kan. 



30 minggu. Kaki kanan mummy bengkak, jalan pun terhencot-hencot memang seksa nak jalan dengan badan yang berat lagi. Besar kan kaki tu, nasib baik kaki memang belum bengkak sebab mengandung, so takdela mcm gergasi kaki tu.

Mummy tak tau punca kenapa boleh sakit kaki ni. Ceritanya lepas je balik KL lepas bercuti di kampung sebab adik mummy bertunang, terus kaki ni rasa sakit, jalan pun slow dan terhencot-hencot. Babah tanya kenapa, entah tiba-tiba je. Ingat punya ingat baru babah faham. Masa kat kampung mummy terlanggar bucu kaki meja makan kat dapur. Dua kali pulak tu terlanggar, memang sakit masa tu. Tapi setakat kat situ je la sakitnya, lepas tu takde, boleh jalan macam biasa. Elok je sampai KL terus rasa sakit, soo sakitnya datang lambat. Huhuhu.

Malam tu nak tidur babah sapu minyak panas dan balut kaki mummy. Bila da balut barulah macam lega sikit nak bergerak. Nasib baik mummy masih bercuti so duduk rumah je la, dua hari jugak bengkaknya. Tak pergi klinik pun sebab lepas sapu minyak panas dan balut kurang sikit bengkak dan merah kaki tu. Huhuh macam-macam..ari tu jatuh, kali ni tersadung, member mummy kata baby boy memang nakal sebab masa dia mengandung anak kedua boy jugak bape kali dia terjatuh, nasib takde pape. Mummy fikir positif je, lain kandungan lain ragamnya, kita yang kena lebih berhati-hati.

Masa ni jugak mummy dah start minum air kelapa, tapi jarang-jarang, tak hari-hari. Bila teringat atau ke kedai makan dan ada air kelapa baru minum. Yang lebih afdal kelapa fresh tanpa bubuh gula tu. Air kelapa boleh diminum bila kandungan dah 7 bulan. Tujuannya supaya baby bersih bila keluar nanti, takdela berlumuran darah sangat atau kerak-kerak putih tu. Masa Zahra dulu memang dia keluar bersih sebab tu mummy amalkan minum air kelapa ni.

31 minggu. Masa ni mummy dah start buat cek-up 2 minggu sekali, so sejak tu buku pink ni dibawa je kemana-mana mummy pergi. Sebab sekarang dah tak buat reporting so beg tu ringan la sikit sebab takde buku nota, so kita ganti dengan buku pink ni.

Minggu ni jugak agak menggerunkan sebab kena minum air gula. Hasilnya....mummy sangkut! Mummy disahkan GDM ataupun ada kencing manis masa mengandung. Masa Zahra dulu takde. Nantilah kita cerita lain ye. Masa cek-up 31 minggu ni berat mummy naik lagi 1.5kg dalam masa 2 minggu! Ayoo..stress kot sebab kena minum air gula. Hahaha. Maklumla selera bertambah, kalau lapar malam tu memang makan heavy or cari nasi! Masa ni pun kalau duduk lama-lama lenguh pinggang dan sakit kaki. So kena selalu bangun jalan-jalan.

32 minggu. Mummy buat scan baby 3D/4D. Mummy buat kat Klinik Fauziah di Ampang, berdepan dengan Ampang Waterfront dekat Manjaku tu. Masa Zahra dulu pun buat kat situ. Tapi harganya macam dah naik. Tak silap dulu RM200 je, tapi sekarang dah RM250. Sesiapa yang nak buat boleh refer FB dia 3D 4D Scan Malaysia. Boleh wassap sonographer dan masuk ke website dia untuk buat tempahan online. Memang dah ada kalendar dan waktu kat situ. Kalau tiba-tiba nak cancel pun kena cepat2 cancel dalam website.

Mummy booking slot pukul 3.30 petang sebab pagi tu mama ada kursus umrah, so babah kena hantar mama. Lepas selesai kursus dan lunch kami bawak mama sekali. Sampai dekat pukul 4pm lama jugak kena tunggu dalam 3-4 orang baru giliran mummy sampai. Alhamdulillah kali ni sekali scan je terus nampak muka baby tapi mummy kena mengiring ke kiri sebab baby duduk kat belah kanan. Masa Zahra dulu mummy kena keluar jalan-jalan dan cakap dengan baby sebab tak nampak muka. Kemudian masuk balik untuk repeat scan.

Sonographer tu bukan main lagi fasih cakap melayu, maybe sebab pelanggan dia ramai melayu kan. Bagusla, dia scan muka terus cakap wahh tembamnya baby, tengok pipi dia tu. Hahaha. Mummy pulak rasa nak nangis. Berat baby masa ni dah 2kg, dia kata agak besar, kiranya berat baby ni  awal seminggu. Sepatutnya 2kg tu dalam 33 minggu. Dalam hati alamak sebab gula tinggi ke baby terus membesar ni. Tapi takpelah mummy fikir positif, asalkan baby ok dan sihat. Masa scan baby tidur je siap tutup muka dengan tangan sampai sonographer tu duk godek-godek perut mummy untuk alihkan tangan dia. Ada sekali tu siap buat muka maybe sebab orang kacau dia kot. Pandai anak mummy ni ye. Gambar scan tu ada kat bawah. Sila scroll ye.

Oh ye, masa ni mummy baru perasan breast mummy dah keluar air. Jernih je, bukan macam susu pun, bila picit keluar air setitik dua. Alhamdulillah, semoga hasrat mummy nak bagi baby breast milk kali ni dipermudahkan dan lama baby dapat minum susu badan. Masa kakak Zahra sampai 4-5 bulan je, pastu takde lepas mummy period. Huhuhu.

Baby pun kerap mengeras, perut semakin berat, mummy jalan macam penguin dah. Hahah.

33 minggu. Cek-up masa ni berat mummy maintain. Berkat jaga makan sebab GDM. Hahaha. Alhamdulillah. Tapi yang tak syoknya mummy selsema. Lama jugak baru baik sebabnya berjangkit dengan babah. Mulanya nak ke klinik tapi malas la pulak. So layan je la selsema tu sampai Zahra pun berjangkit. Huhuh. Tapi kami bawa Zahra ke klinik untuk ambil ubat.

Masa ni babah tiba-tiba takde selera makan. Loya pun ye siap beli asam tu. Haihh dah hujung-hujung bulan baru loya ke. Memang masa 1st trimester tu masa mummy tengah morning sickness babah releks je. Takde alahan apa pun. Beza masa Zahra, babah siap muntah-muntah tak kira masa dan tempat, tapi kebanyakannya waktu siang la. Betullah orang kata lain kandungan lain ragamnya kan. Pengalaman tu yang penting. Hehe.

Bawah perut mummy pun kadang-kadang senak, rasa macam kepala baby turun, tegang je perut ni rasa. Ramai juga yang tegur bila bersalin sebab tengok dah sarat sangat. Sejak awal lagi orang tengok perut mummy ni besar kan. Bukanlah besar sangat pun cuma muncung tajam ke depan. Orang yang ada pengalaman sekali pandang je tanya lelaki eh. Sebab rupa perutnya macam tu. Kalau baby girl perutnya penuh, lebar, mummy ni muncung tapi kat pinggang takde lebihan. Kiranya kalau dari belakang orang tak perasan kita pregnant sebab pinggang tu masih ada shape lagi. Kalau baby girl sampai ke pinggang penuh. 

Mummy jugak dah start beli supplement untuk kawal paras gula dalam darah. Apa supplementnya dan khasiat serta testimoni nanti kita cerita lain ye.

34 minggu. Nasib baik masih ada expo baby sebelum mummy bersalin. Sebelum ni mummy dah start beli barang baby sikit-sikit macam baju, mitten dan booties kat Jusco kebanyakannya. Tapi kalau kat expo kan macam-macam ada dan boleh beli semua barang kat situ. Lepas kerja tak ingat bape hb, mummy dan babah terus ke PWTC untuk beli barang baby dan barang pantang mummy. Walaupun eksponya kecil tapi okla kan. Bukan nak beli banyak pun.



Masa ekspo baby kat KLCC mummy just beli barut baby 3 helai dari Little DJE. Lepas tu jubah maternity dari booth yang sama dan keperluan berpantang mummy iaitu batu tungku dan mandian herba dari booth Bornda. Tu je la. Masa tu macam menyesal tak beli banyak-banyak. Sebab tak beli banyak sebab mummy sorang je pergi, babah kerja. So tak kuasala nak angkut barang banyak-banyak kan.

So kali ni kat PWTC mummy beli bedung baby yang berzip sehelai dan velcro 2 helai. Pastu beli nursing pillow, romper 3 helai, bib 3 helai, tuala sekali dengan sapu tangan dan alas bila nak salin lampin or baju baby. Apa nama tah tetiba lupa, yang ni washable, sebab atas dia kain cotton. Mummy jugak beli minyak mustajab NR dan air coklat berhalba dari The Milk Story sebagai milk boster katanya masa pantang nanti. Oh ye mummy juga beli bengkung 2 jenis, sebelum ni ada sehelai bila nak basuh tu terpaksala mak mummy potong kain batik dia jadikan tali pinggang. So kali ni mummy ada 3 bengkung, tak kurus tak taula. Haha. Mummy beli kat booth Mumdreams. Satu jenis velcro untuk pakai di hospital ataupun bila dah lepas2 pantang, satu lagi yang jenis bertali.




Off day, time untuk membasuh baju-baju baby. Mummy beli sabun basuh jenis liquid cap Tollyjoy di Jusco. Pureen punya untuk baby yang liquid ada softener, tak sesuai untuk kulit baby. Yang takde softner dalam bentuk serbuk pulak. Susahla kalau nak letak dalam mesin basuh, takut ada yang tak rata bergumpal kat kain. Naya je. 

Kebanyakannya guna baju kakak Zahra, tu pun kena pilih, kena yang ada unsur boboiboy. Kaler pink mummy simpan awal-awal la. Bedung kebanyakannya guna kain lampin jer. Masa Zahra dulu mama ada mintak kawan dia jahitkan sendiri, walaupun warna pink tapi belasah je. Cuma kalau nak keluar cek up ke kita pakai yang zip atau velcro. Senang sikit nak balut. 



Atas tu lah beg mummy dan baby untuk dibawa ke hospital. Amek ko besar tak besar. Hahah. Masa Zahra dulu bawak beg kecil je yang jenis sandang kat bahu. Yelah bukan apa, mummy kan ada GDM so standbyla kalau kena stay lama kat hospital. Tapi harapnya taklah. Container bawah tu pulak baju-baju baby. Tu nanti untuk dibawa balik kampung masa pantang. Masa Zahra dulu pun mummy simpan baju baby dalam container. 


Masa ni hantar mama pergi umrah di KLIA. Jubah mummy dari Salsabila Muslimah Attire. Beli masa ekspo Mood Republic kat PWTC. Murah gila tu yang ambil. Material lycra.

35 minggu. Yeay berat mummy turun 1/5kg dalam masa 2 minggu. Nampaknya berkesan diet mummy ditambah dengan supplement yang mummy makan, darah pun result ok. Syukur sangat. Nurse pun dah ingatkan pasal tanda-tanda bersalin. Kalau ada tanda cepat-cepat ke hospital katanya.

Da start sakit bawah perut macam mencengkam je. Sehari mesti sekali rasa. Kadang tu kat opis, kadang tu kat rumah. Terpikir ni kontraksi palsu tu braxton hicks kan. Tapi nasib tak lama, kejap je. Bila kena tu berkerut jugakla. Kalau berdiri lama buat kerja pinggang pun sakit. Belah kanan pun kerap sakit especially dari pinggang, punggung sampai ke kaki. Maybe sebab baby suka duduk belah kanan, so beban tu kat belah situ. Sakit ni datang setiap kali bangun tidur. Lagi satu posisi tidur maintain belah kanan je lama tu yang sakit jugak tu.


Kayla Jubah dari Cala Qisya. Beli di Modvier Bangsar.

36 minggu. Kali ni dah start seminggu sekali cek-up. Berat kali ni maintan. Doc scan baby pun ok, dah 2.89kg dah. Kepala pun dah turun, tu yang kerap sakit kat bawah perut tu. Pergerakan baby tak aktif sangat sebab ruang dah terhad. Tapi masih 10 pergerakan sampai 9 malam. Perut semakin berat so jalan pun slow jer. 

Bengkak di kaki pun dah tak surut. Kali ni mummy bengkak kat pergelangan. Masa Zahra bengkak kat kaki dah macam kaki gajah, kembung je atas tu. Kalau jalan banyak tu balik je rumah memang suruh babah urut. 

Contraction palsu semakin menjadi-jadi. Especially setiap kali dalam kereta bila balik kerja, nasib masa tu babah yang drive. Masa datang contraction tu memang mummy praktikkan teknik pernafasan tarik ke hidung hembus di mulut, bila contraction betul datang, gitula tekniknya untuk kawal kesakitan tu. Fuh fuh fuh. Tapi sekali je la contraction palsu tu datang, bila mummy jalan or tukar aktiviti dia hilang, so tak kerap memang palsu ye.



Jubah Aryana dari Jubah Souq, shawl Siti Maryam dari Suci By Yatt Hamzah.

37 minggu sudah. Masa ni dah nervous sikit-sikit. Hari-hari memang alert dengan tanda nak bersalin. Kencing pun makin kerap. Mummy sempat jugak google tanda-tanda awal bersalin, kebanyakannya mummy ada. Fuh takut pun ye. Antaranya perut memulas macam nak berak tapi tak berak pun. Tekak loya (ni sebab baby dah tekan organ-organ dalaman kita). Ni semua datang sekali dengan pakej contraction palsu tu. Mama balik dari umrah pun kata perut mummy dah turun.

Tidur pun tak lena. Sebabnya kerap tukar posisi tidur, nak tukar pun punyalah seksa, perut dah berat sangat kan. Tengah malam pulak sebelum tidur baby kerap mengeras dan bergerak terutamanya bahagian bawah tu sampai buat mummy ngilu, sakit ngan terus rasa nak terkencing. Kalau time kerja duduk lama-lama, nak bangun tu kena take time sebabnya akan sakit kat bawah perut, so jalan pun terkengkang-kengkang dan ofkos slow je. Tapi kalau dah memang berdiri takde masalah, jalan pun ok.

Guarantee Letter (GL) mummy pun dah siap, kalau sebelum ni mummy decide nak bersalin di hospital swasta je iaitu kat Hospital Pakar Al-Islam di Kg Baru tu, tapi bila dah ada GDM ni terusla tukar fikiran bersalin kat gomen, sama tempat masa bersalinkan Zahra iaitu kat Hospital Ampang. Kalau kat gomen tu sah-sah free kalau ada apa-apa komplikasi dan baby diletakkan di NICU. Kalau swasta semua tu caj lain. So kita simpan duit, insyaAllah ada rezeki lain mummy nak bersalin kat swasta. Kali ni pun mummy dapat kemudahan 1st class iaitu bilik seorang, tapi kalau gomen ni faham-faham je lah kan. Kalau ada, syukur, takde pun takpe. Asal selamat bersalin sudah. Aminn..

Mummy pun dah hantar borang cuti awal dan cuti bersalin. EDD 9 Mac tapi mummy start cuti 4 Mac. Kali ni pun mummy nak cuti 3 bulan, so mummy ada balance lagi 120 hari je cuti bersalin. So lepas ni kena mintak cuti 2 bulan je la, kalau nak tambah kena minta cuti, kalau nak lamaaa minta cuti tanpa gaji.

Oh ye, cek kali ni berat mummy turun 1.5kg dalam masa seminggu. Berat turun tu pun salah satu tanda awal bersalin gak tu. Tapi syukur berat baby naik. Nurse pun duk tanya takde sakit-sakit lagi ke kak. Ada tapi main-main je sakitnya. Huhuhu. 

Satu lagi, masa ni kami buat maternity photoshoot dengan The Photolicious di Pantai Kelanang kat Morib. Nanti kita citer lain hari ye. Tengok hari-hari takdelah kembang muka tu, bila tengok dalam gambar hidung da kembang, bibir dah tebal. Memang tak lama tu kata orang tua2.

Oklah nanti kita sambung lagi. Wassalam...