Nuffnang Ads

Thursday, 11 December 2014

Jatuh @ 27 weeks

Assalamualaikum..

Suspen tak tajuknya..tapi tu lah yang mummy alami..Huhuhu...tah macam mana boleh terjatuh..

Kisahnya begini, masa tu mummy tengah kursus kat ofis je, lepas habis presentation group mummy, mummy pun balik la meja nak duduk. Masa tu memang tau kerusi tu kat situ, tapi bila nak duduk je tetiba badan mummy melayang dan terjelopok jatuh terduduk. Tapi hentakan tak kuat sangat la, lagipun lantainya berkapet.

Masa jatuh mummy macam blur dan terus pegang perut. Eh nape ni, apa yang terjadi kan. Kawan-kawan sekeliling semua tolong mummy bangun. Dan masa tu memang tak rasa sakit apa-apa. Kawan-kawan tanya ok tak linda, ok ok don worry. Dan kursus pun berjalan macam biasa.

Lepas jatuh baby still gerak macam biasa. Mummy monitor jugak pergerakan baby, yelah dalam tak rasa sakit tu kita pun tak tahu kat dalam perut ni macam mana kan.

Habis je kursus pukul 4.30 petang, mummy terus solat Asar dan balik. Dalam kereta call babah kata mummy terjatuh, babah terkejut dan tanya macam-macam. Babah tanya baby gerak tak. Pesan kat mummy lepas ni kena lebih berhati-hati. Benda yang mummy hati-hati macam naik turun tangga, jalan kat tempat licin berair tak terjatuh pun, tapi benda yang tak disangka boleh terjadi. Yelah, kalau dah ketentuan Allah, kita takleh elak kan.

Balik dari ofis mummy singgah ke Jusco Maluri nak cari gaun Zahra untuk wedding kat Penang weekend ni. Masa tu lah baru terasa lenguh pinggang. Masa tengah jalan-jalan mengah pulak rasanya, terus mummy lepak kejap kat Starbucks sambil sedut Choc Cream Chip kegemaran.

Babah dah sampai rumah mama dia macam risau sebab mummy lenguh pinggang. Mummy kata takde apa ni, balik rumah nanti babah tolong urutkan la ye. Sampai rumah mummy rasa tak bermaya sangat, salin baju kemas rumah apa yang patut terus mummy baring kat bilik. Badan pulak tiba-tiba rasa nak demam. Sementara tengah baring tu mummy google la pasal jatuh-jatuh ni.

Baca blog orang seriau la pulak, katanya kalau jatuh masa hamil kena cepat-cepat jumpa doktor. Yang mummy ni malas nak pergi dan cakap kat babah takde pape, sakit pinggang je, baby gerak pun macam biasa. Dalam blog tu kata ada beberapa kemungkinan kalau jatuh ni iaitu bleeding, air ketuban pecah dan baby terbelit tali pusat. Alamak, terus mummy jadi takut.

Masa babah tolong urut pinggang dan tulang pinggul tu mummy macam dah sedih-sedih, air mata ni mengalir tp mummy sembunyi kat babah. Habis je urut, babah cium perut mummy, tataula dia berkomunikasi dengan baby kot, bila baby gerak tendang-tendang mummy terus hujan ribut petir. Babah kata dahh jangan nangis. Mummy nangis risau sebenarnya dan tersentuh dgn cara babah tu. Badan pulak rasa tak sedap ni, tekak perit, maybe berjangkit dari babah yang dah berhari-hari batuk selsema kot. So mummy decide jumpa doktor esoknya.

Esoknya bangun pagi pinggang masih sakit, badan pun panas dalam. Tak larat la nak pergi keje, nasib baik babah off so boleh hantar mummy ke klinik. Sementara tu mummy cek suhu badan 36 darjah, so tak demam, tapi badan memang seram sejuk, panas dalam, letih je rasanya.

Pagi tu kami ke Klinik Keluarga di Wangsa Maju, punyalah payah nak cari parking, 3 kali round baru dapat betul-betul depan klinik. Alhamdulillah. Ini kali kedua mummy ke klinik ni sebab selalunya ke Idzham je. Mummy pun tak tau yang klinik ni panel ofis mummy, dulu pakai panel babah. Kali pertama pergi pun sebab nak cek mummy pregnant ke tak sebab lambat period dan kebetulan mummy akan outstation ke Dubai, kami ke klinik ni sebab ada mesin ultrasound baby, Idzham takde.

Masuk je klinik terus daftar, bukak fail baru sebab nurse tak jumpa fail lama mummy, yelah bulan 2 dulu tak silap tu pun sekali je. Masuk bilik Dr Ismail bukan main peramah macam dah selalu jumpa, wah bestla doktor ni.

Dr tanya mummy apa masalah, bila cakap mummy jatuh dia pun terkejut, ha? macam mana boleh jatuh, tak cakap banyak terus dia cakap "Jom, kita scan dulu". Mummy kata rasa macam nak demam. Dia kata "mak tak penting, yang penting baby tu" sambil gelak-gelak. Adeh.

Alhamdulillah, baby ok sihat. Degupan jantungnya normal, uri pun tak pecah, kepala baby ok. Semuanya okla. Syukur sangat. Dr kata kalau baby aktif sangat tak ok, kalau tak aktif lagilah tak ok. Dia nasihatkan kalau jatuh ke apa cepat-cepat ke klinik untuk cek baby. Baiklah doktor, tanpa cakap banyak jugak dia kata "hari ni you rehat je, saya bagi ubat gosok untuk pinggang dan panadol utk ibu mengandung".

Kami sekeluarga suka dengan sikap peramah Dr Ismail ni. Very friendly servis pun bagus. Dia anggap patient tu macam kawan. Babah siap cakap lepas ni senang la kot nak mintak mc. Haih ambil kesempatan nampak.

Lepas cek kami lunch dan terus balik rumah. Sampai rumah anak beranak tidur.

So kesimpulannya jangan ambil mudah sebarang kecelakaan especially masa tengah mengandung ye ibu-ibu termasuk mummy jugak.

Wassalam.


4 comments:

  1. Alhamdulillah..mujur xd apa2 ye..gwt well soon mommy

    ReplyDelete
  2. alahai...hati- hati yer...saya baru 12 weeks, kadang2 lupa tengah preggy, jalan kemain laju :)) take care...

    Jemput singgah BLOG saya. Ada tips dan perkongsian tentang bisnes dari rumah :)

    ReplyDelete