Nuffnang Ads

Friday 12 April 2013

JJCM : Hadramawt

Assalamualaikum...

Banyaknyelah post pending untuk masuk dalam blog ni..kebizian dgn PRU 13 nih...follow up yg asyik down n gagal je..ke sana ke mari lagi...penat sampai mummy demam la..batuk, sakit tekak...doc da bagi mc 2 hari pun mummy terpaksa kerja sebb takkan nak suh org ganti mummy g perak utk cover PM...last minit plak tu....so berbekalkan ubat sebeban pergilah mummy.

Ok stop dulu cite soal keje...hari ni mummy akan buat segmen baru dlm blog iaitu JJCM...ala mmg serupa pun ngan dlm tv tu...kiranya mummy akan letak tempat makan yg mummy pergi..dan bagi ulasan mengenai kualiti makanan, servis dan harganya sekali...sharing is caring kan..

So utk entry pertama segmen JJCM ni mummy akan cerita pasal makanan Arab di Restoran Hadramawt yang terletak di Jalan Ampang iaitu sebelah bangunan Risda..senang sgt nak cari sebb kat tepi jalan je..


Restoran ni 2 tingkat dan sangat luas..utk sesapa yg nak buat jamuan or makan2 mmg sesuailah tempat ni..tapi yg tak bestnye hari mummy dtg tu masuk je bau kambing. Bukanlah bau kambing tak mandi tu tp bau daging kambing yang sangatlah kuat. Tapi layankan je la bau tu pun...



Masa ni lunch hour hari Sabtu..org tak ramai sangat pun.





Menunya macam2 ada...pilih sajerrr..



Mummy mcm biasalah kalo makan di kedai Arab mesti order nasi mendy ni dan semestinya mendi ayam la....Mummy takleh makan kambing sebb pernah makan terus pening kepala sampai takleh bangun..berpusing je doniaaa...terus tak makan lagipun baunya kuat sgt.

Setakat ni mummy pernah makan nasi mendy di Wadi Hadramawt kat Jalan Ampang yang trafik lite tu, Al-Rawsha dekat bulatan Kampung Pandan, restoran arab kat Putrajaya tasik cruise yang kat foodcourt bawah tu dan Restoran Saba kat Dataran Jelatek...so yang top bagi mummy rasa sedap adalah kat Putrajaya tu...mmg sedap sampai tapau la..kedua Al Rawsha...so nasi kat sini bagi mummy biasa je kot...bolehlahhh..
Harganya RM22 sahaja.



Ni pulak menu babah, Akda Lamb...sumpah sedap n yang penting berjaya menipu mummy kata ini daging kambing..mati2 mummy ingat lembu..eh mana ada restoran Arab hidang daging lembu kan...kambing ni mmg lembut, dan yang penting tak bau pun...mummy pun tak pening..yeayyyy...so kesimpulannya mummy takleh makan kambing yang berbau kuat dan tak kene cara potong or masaknya...fuhhh demand lak kan...tp yang ni mmg sedap..makan dengan roti arab yang besar tu..

Akda ni ada Akda Lamb dan Chicken..dalam dia ada kentang, bawang, carrot dan bermacam rempah lagi..harganya RM16

Sementara tunggu hidangan sampai, mummy mintak babah ambil gambar sekitar restoran...yelah da kata JJCM kan..mesti la full coverage...heheh..rupa2nya babah sampai masuk kat dapur dia...eh boleh plak masuk...Rupanya dulu babah ada datang utk cover pasa restoran ni n diorang da kenal ngan babah so senang lah...

Roti Arab ni babah kata saiz M..bayangkanlah saiz m dah cenggitu..kalo saiz XXXXXL..besar mana agaknya....roti ni babah kata 7 lapis...mcm gambar kat bawah ni...pastu dibakar...kalo kat Wadi Hadramawt roti ni ditabur dengan habbatus sauda...haaa..kalo roti kat situ terbaik...





Selain roti arab dan nasi mendy, ada juga bakar..tp kalo da g kedai arab buat apa nak makan bakar2 kan...tp terpulangla pada citarasa memasing..



Total kami makan termasuk caj perkhidmatan dan cukai gomen dan tolak diskaun 30% (babah dapat priviledge card...takde expiry date) ialah RM43.85..ok ke tak...okla kot...

Jadi untuk sesiapa yang teringin nak cuba satu lagi masakan arab bolehlah berkunjung ke restoran ni yang terletak sebelah bangunan Risda di Jalan Ampang..


No comments:

Post a Comment