Assalamualaikum...
Hujung Jun lepas, mummy balik ke kampung mummy di Pontian, Johor seminggu. Babah tak ikut sebab ada kerja, Jumaat lepas kerja baru babah balik naik motor sebab Sabtu kene balik KL pulak ada kelas motor, abis kelas naik flight ke JB dan esoknya kitorang pun balik ke KL.
Selain utk bercuti jumpa mak abah lepas bertungkus-lumus kerja tanpa cuti masa PRU lepas, tujuan balik kali ni sebab sepupuku kahwin. Anak sulung kepada pakcik mummy, adik kepada emak mummy. Kiranya ni kenduri first la bagi family diorang.
Bila ada Zahra mummy memang takleh rewang sebab dia pun nak rewang sekali, bila dia da start rewang abis semua nak direwangnya, penat mummy..oh ni bukan alasan nak ngelat rewang yer..hehehe. Bila mummy ke dapur dia ikut, bila mummy takde depan mata dia mulalah nangis cari, bila mummy buat kerja dia pun sibuk nak buat jugak. Sudahnya mummy duduk je layankan si Zahra ni.
Time kenduri ni banyak kerepek..macam-macam ada sampailah si kecik ni sibuk tunjuk kat mummy balang kerepek pisang, bila tak bagi abis dia mengamuk, last-last bagilah sekeping untuk rasa, abis sekeping nak lagi dan lagi dan lagi...Ayo la Zahra, kerepek tu masin la nak..Lepas je dia makan mummy terus bagi air masak n suruh dia minum banyak-banyak.
Esoknya masa mummy bungkus kerepek ubi dia pun nak jugak, mummy pun bagilah sekeping macam biasa nak lagi dan lagi sampailah dia terbatuk n tercekik, kerepek tu kan macam tajam. Terus mummy kensel rewang n perhatikan dia jer.
Ada jugak orang yang offer gula-gula lolipop kat Zahra..ohhh a big NOOOO ye cik bunga, sangat manisla haiiii. Ada sorang nenek siap bukakkan lolipop tu dan bagi Zahra seb baik mummy nampak ambil terus dari tangan walaupun nenek tu marah mummy. Sorilah nek, Zahra takleh makan manis lagi, lagipun takmo biasakan dia dengan gula-gula. Ada sorang budak tu dalam 3 tahun kot, jap-jap makan gula-gula, jap jap makan sampai mak dia offer nasi pun tak nak, suruh makan pun tak nak. Itu yang mummy takmo jadi kat Zahra..huhu.
Oklah kita tengok sikit-sikit gambar yang diambil adik mummy ni kat kenduri yang bertemakan warna coklat tu.
Comei tak kak tonnn...yang penting puting dah macam kerongsang dah..hahaha
Nak jalan jer sampai jatuh kene batu calar lutut.
Sebelum hantar babah balik KL..masa ni Zahra tengah tidur. Kiri sekali kakak mummy, makcik mummy n anak kakak.
Bersama anak masing-masing tapi cik Zahra tido lak
Sepupusss...next turn yang baju hijau lepas raya haji
Kumpulan qasidah dari warga Indonesia yang duduk kat sini
Pengantin dah sampaiii...sepupu mummy yang lelaki
Unik kan pelamin ni, luar dari kebiasan, memang natural konsepnya. Sepupu mummy kata pelamin ni dari Batu Pahat jauh tuuu, sesapa yang berkenan pelamin, meja makan or photo booth (mummy tak amek gambar plak) leh search Dedaun kat FB or Instagram
Sepupu Zahra
Meja beradap yang sempoi giler.
Kepada Iman dan Miza, selamat pengantin baru, selamat menjalani kehidupan berumah tangga, selamat memikirkan soal merancang anak (tak payah rancang la on je terus). Tolak ansur, faham-memahami dan komunikasi amat penting dalam kehidupan suami-isteri..
Wassalam...:)
Semoga perkhwinan sepupu sis berkekalan hendaknya..
ReplyDeletetenkiu chekgu azrine...amin :)
Delete1st time tgk pelamin y camtuh..
ReplyDeleteAah sme la. . :) nice +simple
Delete