Assalamualaikum.
Dah lama rasanya tak post pasal resepi kan. So short entry kali ni mummy nak tepek resepi ketam telur masin yang menjadi fenomena mak-mak dan anak-anak dara tak kurang juga penggemar ketam.
Ketam Telur Masin
Bahan-bahan:
Ketam
Tepung jagung
Lada sulah
Daun kari
Cili padi
Telur masin
Susu cair
Mentega
Bawang putih
*Bahan-bahan semua main agak dan campak je..ikut selera memasing :)
Cara-caranya:
Rebus telur masin..kalau ikut resepi hanya guna kuning telur je..tapi membazir plak putih tu kan. So mummy tambah putih sekali. Dah sejuk hancurkan telur masin tu
Goreng ketam dengan lada sulah dan tepung jagung
Angkat dan toskan minyak
Tumis bawang putih, cili padi dan daun kari (takde dalam gambar) guna mentega
Masukkan telur masin yg dihancurkan tadi
Masukkan susu cair, gula, lada sulah. Kemudian masukkan ketam. Kalau nak basah berkuah leh tambah susu tu lebih skit.
Sebagai pencuci mulut pulak, mummy nak kongsikan resepi aiskrim coklat.
Bahan-bahannya:
Coklat compound (mummy pilih dark coklat sebab tak mau manis sangat)
Susu segar
Serbuk koko
Gula
Cara-caranya:
Panaskan susu tapi jangan sampai mendidih, cukup untuk ada sikit buih sahaja, masukkan coklat compound, serbuk koko sikit dan sedikit gula. Masak dengan api perlahan sampai coklat cair.
Sementara nak tunggu sejuk bolehlah minum dulu hot coklat tu. Bila da sejuk masukkan dalam acuan aiskrim (mummy beli kat Daiso RM5 je). Masukkan dalam bahagian beku, dah keras bolehlah makan.
Selamat mencuba, Wassalam :)
No comments:
Post a Comment