Assalamualaikum semua.
Raya puasa dah berbulan berlalu, raya haji pun dah lepas, tapi mummy duk terkedek-kedek lagi nak update pasal raya. Hahaha..maaflah kebizian membatasi keinginan nak hapdet blog ni.
Sebenarnya bukan apa, sebab open house department mummy tahun ni, mummy terlibat secara tak langsung dalam penganjurannya. Mummy bertanggungjawab dalam bab deko mendekor ni sampai digelar Eric Linda katanyaaa....hahahah..
Pada tahun ni jugak buat pertama kalinya department kami buat open house kat tempat yang lebih besar berbanding tahun-tahun sebelum ni kami buat di koridor opis yang agak sempit. Oh ye tema tahun ni warna coklat.
So mummy ditugaskan untuk menghias bilik yang selalunya buat event kat Bernama ni. Biliknya luas so kenalah hias sikit untuk tak nampak kosong kan.
Mummy kene buat centrepiece untuk 2 buah meja VIP. Mummy mulalah korek idea nak buat hiasan apa dan kalau boleh DIY sahaja. Then mummy teringat mummy masa tu tengah buat bunga telur untuk sepupu mummy so buatlah buang tisu untuk centrepiece.
Memula buat yang kaler turquoise ni..tapi macam tak cantik n besar sangat pulak, so try kepada maroon dan ajk setuju untuk guna maroon :)
Gotong-royong untuk buat paper fan. Dalam kepala mummy nak tampal kat dinding n gantung banyak-banyak kat siling, tapi memandangkan kesuntukan masa dan kekurangan tenaga kerja, buat yang mana dan je lah.
Kakak-kakak opis datang tengok sangat impress kerana tak sangka 'orang muda' ada idea macam ni dan sangat teruja nak hias bilik jamuan. heheheh.
Hasilnya...tadaaaa.....
Entrance masuk
Feature wall untuk greet tetamu yang datang. Ada jugak orang yang amek gambar kat sini tau...hehehe
Posing sama penyambut tetamu.
Photo Booth katanya..pun mummy yang setup. Tak sempat nak amek gambar penuh..Temanya tradisional kontemporari boleh...hahah
Posing-posing time. Kak kurnia sebelah mummy tu menang pakaian tercantik. Tak sia-sia baju raya haji siap awal. Hahaha
Posing tangga. Bersama orang kuat majlis.
Kejadian lepas majlis. Camwhore dulu sebelum kemas dan bungkus makanan.
Itu sahaja, wassalam :)
wahhh...semua gelemer!!
ReplyDelete