Nuffnang Ads

Saturday, 17 January 2015

Pengalaman Mengandung 2nd Trimester






Assalamualaikum..

Walaupun da melepasi trimester pertama tapi leh tak nak tepek gambar awal kandungan dalam ni..malas no nak masuk entry lama tepek gambar..hehehe..

Gambar dua kat atas masa raya tahun lepas bulan Julai..masa ni baru 8 minggu. 



Yang ni pulak  dah 11 minggu. Nampak semua berbaju hitam kan..masa ni hari perkabungan negara MH17. Jasad-jasad first batch sampai pada hari ni. Duk gelak-gelak ni sebab dah habis kerja, lepas tension.

Okla kita cerita pulak apa yang berlaku masa 2nd trimester ni yek. Ni pun yang mummy ingat la. Maklumla sekarang ni mummy dah 8 bulan (32 minggu). 

Masa Zahra dulu masuk je 2nd trimester loya mummy hilang dah. Kira macam honeymoon masa 2nd trimester. Tapi tidak kali ni. Even dah 14 minggu pun mummy still loya. Kali ni adalah dalam 3 kali mummy muntah. Ketiga-tiganya masa lepas gosok gigi. Muntah air liur je, sebab takde pape isi lagi dalam perut ni. Huhuhu. Tulah orang kata lain anak, lain ragam hamilnya kan. 


17 minggu

Masa 16 minggu pulak mummy kene demam, batuk, selsema. Tapi tak teruk la. Boleh dikatakan setiap minggu/bulan mummy mesti ke klinik, kalau tak larat sangat loyanya of coursela mc. Rasanya pun masa ni mummy dah tak boleh pakai baju kurung. Selain kainnya dah tak muat, baju pun ketat kat punggung. So mummy pun punggah balik la baju2 maternity masa Zahra dulu. Tapi ada 2-3 helai je yang mummy pakai balik sebab besar sangat baju tu. Kali ni pun mummy beli blouse maternity sehelai je kat Jusco. Selebihnya mummy lebih selesa pakai jubah. So mulalah shopping online beli saiz besar punya. Seluar pun tak beli sebab takde saiz. So pakaila palazo yang memang dah selesa.


18 minggu. Besar tak pewut kitew. Masa ni Zahra baru bangun tidur mummy dah ready nak pergi klinik untuk cek-up pastu terus pergi kerja. Babah akan anta Zahra ke rumah baby sitter. Baju ni masa tak pregnant pun boleh pakai sebab dia kembang dan jenis kain lycra so memang boleh menampung perut mummy yang comel tu. Tak ketat pun. Pakai dengan palazo. 

Alhamdulillah. masa ni jugak loya mummy totally hilang. Takde dah, muntah pun takde. Cuma hidung ni masih sikit-sikit sensitif dengan bau yang tak menyelerakan. Deria rasa mummy pun kadang-kadang macam ada, macam takde. Bila makan tu tak rasa masin. So bila masak termasinla makanan tu. Sori babah.

Masa ni pun dah scan, saja je masa scan tu tanya doktor boleh nampak jantina dah ke. Doktor kata kecik lagi, tapi tup-tup eh nampak ni, bibird la, kata doktor. Wahhh biar betul doc, masa tu nak menitis dah air mata ni, memang jelas nampak kat celah kaki dia tu. Alhamdulillah sepasang dah anak mummy. Semoga baby sihat sampai masa bersalin nanti ye. 

Masa mengandungkan Zahra genap 5 bulan baru mummy rasa gerakan baby. Tapi kali ni 18 minggu mummy dah rasa! Mula-mula tu macam agak-agak je. Fikir takkanlah cepat sangat, bila google, seawal masa ni dah boleh rasa dah, nurse kata sebab akak dah ada pengalaman tu yang tau macam mana rasa. Masa ni rasa perut tu kadang-kadang macam angin meletop je, plup plup gitu. Heheh. 

Perut membesar, mulalah gatal, tapi mummy kawal tangan ni, takdelah menggaru beriya, kang hitam plak berparut. Gosok-gosok manja je atas baju.

19 minggu. Baby semakin nak membesar, begitu juga rahim kita, apa lagi kerap sakitla bahagian bawah perut ni. Kalau duduk lama, nak bangun pun payah, sakit bawah perut, masa tidur pun sakit. Huhuh. Normal ke tak eh.


20 minggu. Ni bergambar kat parking jalan Tar belakang Semua House. Masa ni family mummy dari Johor datang, saja jalan-jalan, termasuklah kakak mummy dan anaknya tu. Perut tu kedepan sungguh. Hahah. 

Oh ye masa ni mummy dah booking untuk newborn dan maternity shoot dengan The Photolicius. Boleh tengok fb dan ig depa, memang melting tengok gambar2 tu semua. Walaupun babah seorang photographer tapi itu hanyalah kerja sahaja, kalau dengan family memang tidak dimanfaatkan kemahiran itew. Huhuhu. Sedih mummy kadang-kadang, tu yang kena hire orang untuk ambil gambar sendiri. Mummy ambil pakej RM1k iaitu shoot di rumah sendiri, unlimited shoot, dan prop depa bawak. Tapi pakej ni takde album, just bagi soft copy je. So babah please print dan buat album ye. Masa Zahra dulu mummy yang ambil pakai fon jer. Huhuhu.

Minggu ni kadang-kadang tu sakit breast, tapi tak sekerap masa awal-awal tau pregnant. Kadang-kadang je sakit berdengung tu datang. Oh ye masih rasa sakit di bawah perut. Kadang-kadang tu sakit belah kanan dari perut, punggung ke kaki. Ari-ari pun sakit jugak kalau berdiri lama dan buat kerja banyak. Huhuhu.

21 minggu. Masih ada sakit yang sama kat bawah perut especially kalau banyak buat kerja. Mesti kena rehat duduk dulu. Satu hari tu rasa tak larat sangat dan malas nak kerja, teruk kan, kebetulan pulak babah off. So mummy ajak babah pergi klinik untuk ambil mc, sambil tu bagitahu doktor sekali pasal sakit bawah perut ni. Sebenarnya mummy ada google jugak pasal ni. Selain rahim nak membesar, ada kemungkinan uri kita kat bawah, tapi so far takde bleeding pun. Mummy jadi cuak pulak bila duk baca pasal uri ni.

Sampai klinik doktor suruh kencing sebab dia kata takut kencing kotor. Alamak. Oklah. Then doc panggil balik dan katanya ada sedikit kuman. Mummy kena kencing kotor, doc bagi ubat (tapi tak makan pun). Doc pun pesah suruh minum banyak air masak, air barli, sayur dan buah. 

Bila bagitahu babah, sedikit membebel la dia sebab mummy ni malas minum air masak. Oh ye sebab apa mummy tak makan ubat tu, sebab masa Zahra dulu mummy pun pernah kena kencing kotor tapi masa tu awal lagi 5 minggu, tu pun sebab nak mintak doc confirmkan betul ke mummy pregnant. Sekali ada kencing kotor, doc bagi ubat tu mummy makan sekali je sebab rasanya sungguhhhhhh tak sedap. Betul ni tak tipu, so mummy berubat melalui pemakanan je, minum air barli yang selama ni tak pernah, banyak minum air kosong.

Memang betul la kata orang lain anak lain caranya, masa Zahra mummy kencing tak lawas, dah kencing, pun still nak masuk bilik air lagi walaupun hanya setitik air kencing yang keluar, macam tak puas la. Tapi mummy just sakit bawah perut je, takdelah sampai kencing tak puas, sakit masa kencing. Tulah ada hikmahnya jugak rasa malas nak g kerja kan. Hahah jahat betul. Alhamdulillah 2-3 hari lepas tu dah tak sakit dah bawah perut mummy. Ubat pun still ada dalam peti ais tu ha. Next cek-up kat klinik bagitahu nurse, alhamdulillah dia kata kencing mummy ok.

22 minggu. Masa ni mummy diserang sakit gigi. Mula-mula ngilu jer, lama-lama sakit kat gigi depan pulak tu. Dulu gigi depan ni memang bertampal, yang sebelah memang dah mati, sebelah lagi ok. Tapi yang peliknya sakit kat belah yang mati. Mummy cek tengok punya tengok, mummy suspek kat sebelah gigi tu mungkin bahagian dalam berlubang ke apa, walaupun tak rasa dengan lidah gigi mummy berlubang. Babah kata sebab mummy kurang kalsium kot. 

Mummy terus google pasal sakit gigi ketika hamil, masa ni boleh lagi jumpa doktor, cuma bila dah masuk 3rd trimester tak digalakkan. Tapi nak g dentist tu yang paling mengerikan. Huhu. So bila sakit berdenyut sangat tu mummy makan paracetamol. Hilang sakit kejap je. Tapi lepas tu takdelah sakit sangat, kekadang je rasa tu datang. Malam pun kadang tak leh tidur sangat. Huhu, lama tak sakit gigi ni. So esoknya mummy pakai ubat gigi Sensodyne. Lepas 2-3 hari pakai alhamdulillah, hilang jugakla denyut-denyut tu. Mummy pun dah start kumur pakai colgate plax, maternity toothpaste stop dulu pakai. 

Oh ye masa ni jugak berat mummy naik 2.5kg dalam sebulan! Sepatutnya kena naik 0.5kg jer. Nurse tegur kata mummy kena kurangkan makan malam yang berat-berat. Jangan makan burger pulak katanya. Alamak macam tau-tau je, ari tu ada sekali mummy lapar sangat pukul 12 tengah malam suruh babah pergi beli burger. Hahah. Nurse pun pesan suruh jaga makan, masa ni memang time berselera nak makan apa saja, yang favourite dulu dah boleh makan dah, kata hanimun kan. Amek ko. Nurse kata kalau bulan depan naik banyak akan kena minum air gula. Oh no..



23 minggu. Setelah gigi dah tak sakit, mummy pun kembali pakai maternity toothpaste semula. Alhamdulillah, minggu ni free from sakit gigi. Padahal konon baru nak pergi dentist, tapi dah baik, so tak payahla. Hahah.  Masa ni jugak mood nak masak tu datang bukan main lagi. Asal off je memang mummy masak, akhirnya babah dapat makan masakan mummy setelah sekian lama. Heheh. Mood nak membaking pun ada jugak, tapi bila tengok oven tu kat stor malas sungguh nak keluarkan beliau, so simpan dulu mood tu yek.

Setakat ni kaki mummy tak bengkak lagi. Masa Zahra dulu 5 bulan dah start bengkak, tapi on off, sampai bape kali kena tukar sandal, sampai ke saiz 10 pun ada tau!. Kali ni alhamdulillah, takde kena tukar sandal, memang kasut yang beli untuk raya tu bertahan sampai sekarang ni. Cumanya betis mummy ni besar semacam, kalau banyak berjalan, betis tu rasa tegang je macam bengkak, buku lali pun bengkak sama, apa lagi, babah tolong urut..

24 minggu. Sakit gigi datang balik weiii. Fuhhh,...kali ni memang sakit sungguh. Mummy pun kembalilah kepada sensodyne sampai sekarang ni. Ubat gigi pureen tu babai. Ada jugak mummy beli ubat gigi Colgate yang untuk sensitif tu, siap boleh gosok terus kat gigi, tapi tetap sakit!!

Yang paling teruknya, mummy takleh makan sangat, asal gigi tu tergigit or bersentuhan dia punya ngilu tu sampai ke otak. Especially kalau makan makanan panas kena pulak gigi tu, wow nak menangis rasanya. Kena makan yang lembut-lembut je.

Ada satu hari tu mummy tung tang kat dapur seharian buat nasi ayam kooo..Tapi mummy tak dapat menikmati sangat nasi ayam tu sebab sakit gigi datang elok je lepas masak. Memang suruh mummy diet kot. So makan pun slow-slow, takleh panas, dan tak tambah sebab sakit sangat. Huhu. Seperti biasa tak pergi doktor pun. Sakit sangat je telan ubat, tapi tak selalulah. Selagi mummy boleh tahan, mummy tahan.





25 minggu. Maju ke depan dengan jayanya pewut tu kan. Betul la orang kata kalau baby boy memang perut muncung, pinggang kosong je, tu yang ramai tegur perut besar sampai depa sendiri risau. Mummy pulak tension. Dah besar nak wat cane, doakan jela mummy n baby sihat walafiat kan. Haihhh. Masa Zahra dulu perut kembang jadi takdela nampak besar sangat, ni besar sebab perut tu tajam ke depan. What everlah..

Ni mummy pakai maternity dress dari butik Little DJE. Beli masa kat expo baby di KLCC, ada less bape tah tak ingat, sangat best dan selesa, material dari lycra, belakang tu ada tali pinggang. Boleh follow ig, kedainya kat TTDI Shah Alam, memang jual barang-barang keperluan baby dan ibu mengandung.

Masa ni baby semakin aktif bergerak, tendang-tendang sampai tak tahan nak terkencing, awatla duk tendang pundi kencing mummy. Mencanakla cepat-cepat ke bilik air. Boleh tahan lasak ar boboi ni.

Mummy kalau tidur suka mengiring ke kanan, tapi baby tak suka, mesti dia tendang-tendang, bila mengiring ke kiri pun dia tendang juga, tapi taklah sekuat belah kanan. Bila tidur satu side tu lama, mulalah kalau nak bangun, sakit punggung dan pinggang sebab menahan beban yang lama. Bantal jangan cakap la, kat kepala dua lapis, takleh tidur bantal rendah, memang tak selesa. Pastu kiri kanan dan kat kaki mesti ada.

26 minggu. Cek-up kali ni naik 2kg jer berbanding 2.5kg bulan lepas. Fuh, lega. Nurse kata akan monitor dulu berat badan mummy, lagi 2 minggu datang lagi, kalau berat naik banyak akan refer kat doktor pulak dan mungkin akan minum air gula. Perghh. Masa Zahra dulu tak ingat berapa minggu kena minum air gula, tapi masa tu alhamdulillah keputusan ok, tak kencing manis pun.

Lepas tu mummy kena cucuk kancing gigi. Untuk anak kedua ni 1 dos je, masa anak pertama 2 dos. Perghh sakitnya masa jarum tu cucuk. Lepas tu ok, tak lama baru rasa sengal-sengal kat tangan. Malam tu pula macam nak demam, alamak efek cucuk tu ke. Kalau demam esok mc ler apa lagi kan. 

Esoknya tak demam pun, tapi tempat cucuk tu bengkak sikit dan sangatlah gatal sampai nak menggaru, masalahnya kalau sentuh sakit, so tahan je la. Masa tidur pun mummy akan jaga-jaga supaya Zahra tak tendang tangan mummy. Dengan babah pun mummy bagitahu jangan pegang-pegang tangan belah kene cucuk tu. 3-4 hari lepas tu baru ok.

Pergerakan baby semakin aktif, alhamdulillah. Tapi yang paling aktif petang dan malam, kalau pukul 12 mummy tak tidur lagi dia pun takmo tidur jugak.

So itulah pengalaman mengandungkan boboboi ni dari 14 ke 26 minggu. Third trimester lagi menarik dan macam-macam yang berlaku pada mummy. Tunggu ye.

Wassalam.









Wednesday, 7 January 2015

Zahra warded sebab bronchitis -Part 2 (Last)


Assalamualaikum..(sambungan)

15 Dis 2014 (Isnin)
-----------------------

Kami sampai di KPJ Ampang Puteri dalam pukul 6 petang. Masa tu tak ramai orang, tapi banyak kes kecemasan, doktor pulak tak ramai. Tak lama daftar kami pun masuk untuk nurse cek suhu Zahra, agak tinggi so nurse bagi ubat bontot dulu.

Dekat nak Maghrib baru nombor kami dipanggil. Doktor tanya sikit pasal Zahra dan bila tengok matanya yang banyak tahi tu doktor kata kene infection dan terus minta kami admit. Zahra kemudian diberi nebulizer untuk cairkan kahak dahulu. Masa ni dia ok, tak meronta siap tidur lagi. Kesian anak mummy.



Selesai nebulizer, Zahra dibawa ke katil sementara tunggu nurse lain cucuk dia untuk ambil darah dan masukkan air dalam badan. Masa ni dah merengek-rengek atas katil. Ubat antibiotik pun diberi, nurse kata ubat ni kuat sikit dan kesannya akan gatal bontot. Bila Zahra merengek je terus mummy gosok-gosok punggung dia. Tapi ubat tu memang kuat, terus hilang tahi mata dia. Alhamdulillah.



Tapi time cucuk ni elok pulak tak nangis. Releks je tengok jarum tu. Good girl Zahra. Setel je prosedur tu, Zahra mula merengek balik, dia tak selesa dan mengadu sakit kat tempat cucuk tu. Alahai nak. Tahun lepas tak reti cakap lagi so dia nangis je, kali ni siap cakap akit..akit...suruh mummy ngan babah bukak jarum tu. Puaslah kami pujuk. Tiba-tiba dia nak susu, mummy bagilah susu dah sejuk. Mummy bawa sebotol je pulak tu. Dia mengamuk nak yang baru. Kesian la pula. 

Babah kata biar dia balik ambil susu dan baju semua. Mummy kata tak payah biar mummy je balik dan bawa semua barang-barang, bukan apa kalau babah kang leceh kene bagitahu ambil itu ini, pastu nanti karang ntah pape baju je dia bawak, macam tahun lepas, babah tak bawak baju siang Zahra, so siang pun tala baju tidur gak.

Elok je mummy nak pergi Zahra nangis takmo mummy ke mana-mana. Babah cuba alih perhatian Zahra, mummy pun senyap-senyap terus keluar. Pukul 9.30 malam mummy balik kejap dan terus pack barang-barang, baju Zahra, baju mummy ngan babah, bantal Zahra, susu, pampers, toiletries.

Mummy sampai hospital balik pukul 10.30 malam, still belum admit lagi tapi katanya katil dah ada kosong, diorg tengah kemas-kemas. Masa mummy tak ada, babah kata Dr Lim yang dulu cek Zahra datang cek. Doc kata kene buat pemeriksaan lanjut takut ada kuman dalam paru-paru. Tapi harapnya tak lah, just batuk kahak biasa je. So esok kene buat fisioterapi. Huhu. Babah pun dah siap salin baju Zahra.




Babah pun dah bayar outpatient fees RM300 semuanya. Dalam pukul 11 malam, baru kami dapat masuk wad. Dapat katil hujung, masa tu kami seorang je dalam bilik 4 katil. Tak lama baru katil depan masuk. 

Malam tu kami berdua memang jadi zombie, setiap jam Zahra merengek, mengadu sakit tangan dan kadang-kadang tu macam meracau. Nak susu je memanjang. Ada katil baby kat sebelah, bila dia da lena, mummy pindahkan dia dalam katil tu. So mummy tidur sorang atas katil, babah pulak tidur bawah, sorilah babah mummy tak sempat nak angkut toto tadi, lagipun barang da berat tadi mummy bawa. So babah tidur beralaskan kain pelekat dia. Tapi tak lama Zahra dalam baby cot tu, dia merengek je so pindah balik tidur atas katil dengan mummy.

Baru nak lena, mesin air tu berbunyi, drip da tak menitik, pastu macam bocor pulak. Pukul 4.30 pagi nurse kejut nak bagi neb kat Zahra, apa lagi member baru tidur lena pastu terkejut dengan asap masuk mulut hidung, mengamuk la, meronta-ronta siap tendang perut mummy. Adeh la nak. Nasib baik kejap dalam tak sampai seminit macam tu. 

Pukul 6 pagi, nurse bagi Zahra ubat demam sebab suhunya dedar dan bagitahu Zahra kena puasa 2 jam sebelum buat fisioterapi. Nurse lekatkan jadual fisio kat atas katil, sehari dua kali kene buat. So pagi tu 7.30 Zahra dah kena start puasa sebab fisio pukul 9.30. Alamak macam mana kalau dia bangun nak susu nanti..kesian pulak kalau tak bagi, dahla tak selera makan, just nak susu je. Pukul 7 dia nangis nak susu, mummy buat tapi dia tak minum pulak, lena tidur sebelah babah, so harapnya dah nak 9.30 nanti baru dia bangun.

16 Dis 2014 (Selasa)
-------------------------

Lepas solat Subuh, mummy pun mandi sebab nanti pagi-pagi Zahra nak kene buat fisioterapi. Tahun lepas, kami ada jalan-jalan kat bilik fisio tu. Memang dengar suara budak nangis je, aduhai, macam mana la turn Zahra nanti. Zahra pulak lepas Subuh baru dia lena tidur. 



Memandangkan Zahra kena puasa, so mummy makan dulu breakfast ni ye. Oh ye babah kena tambah RM100 untuk katil dan makanan penjaga. Mummy tak sure per day or sekali bayar je. Pukul 9 Zahra pun bangun. Kami tunggu sampai pukul 10 takde orang panggil ke apa utk buat fisio. So babah tanya nurse kat depan, rupanya terus je ke bilik fisio tu. Haih..mana tau. Sampai kat bilik katil semua penuh dengan budak2. Ada yang nangis, ada yang releks, ada yang macam nak tidur bila kena tepuk tu.

Sampai giliran Zahra, mula-mula dia diam je, lama-lama start dah nangis. Fisioterapist tu pun memang hati kering, kuat juga dia tepuk-tepuk dada dan belakang. Tapi ada tekniknya la. Mula-mula tepuk dada pastu tepuk belakang pulak. Sampai habis Zahra nangis je. Budak bawah 2 tahun je kene sedut kahak bila habis buat fisio, kalau Zahra ni sama ada dia muntah atau hingus meleleh keluar. Tapi dua-dua tu Zahra takde pun. Huhu.



Balik je bilik Zahra ok sikit dan baring-baring kat katil. Lepas minum susu terus sambung tidur. Tapi bila kene kejut untuk buat neb terus nangis balik. Nurse cek suhu, masih ada deman sikit dan bagi ubat demam. Bagi ubat pun meronta tak nak. Haihh.

Time bagi antibiotik kat tangan tu pun mula-mula ok, bila ubat da masuk baru nangis sakit katanya. Lepas tu meragam walaupun tengah tidur sebab punggung gatal kesan ubat tu. Tengah hari dia da start nak makan, tapi makan buah je. Lepas tu dia popoo. Tapi cair je babah kata  banyak lendir.

Petang tu buat fisio lagi macam biasalah nangis. Lepas tu terserempak dengan Dr Lim dan dia terus cek Zahra, katanya dah ok sikit, kalau ok lagi esok dah boleh keluar. Haa lega. Doktor tanya banyak ke kahak keluar, babah kata tak muntah just berak cair je. Doc kata baguslah sebab kalau tak muntah kahak tu akan keluar ikut najis. Hari tu dua kali dia berak cair.




Lepas dia bangun tidur petang tu, mood dia macam ok sikit. Babah ajak g bilik mainan, bagi dia ceria. So mummy ambil peluang untuk rehat dan tidur kejap. Lepas main sambung buat neb pulak. Ok pulak dia, bila dah nak abis baru dia lari tak nak. Lepas buat neb babah ajak dia mandi, nasib baik dia nak, kalau tak dah bape hari tak mandi.

Petang tu babah keluar kejap ambil mama. Lepas maghrib mama sampai. Mama belikan anak patung Frozen kat dia. Zahra pula tengah tidur lepas makan mushroom soup segera. Tu pun pujuk, baru nak makan, makanan hospital memang dia tak nak lagi. Bila dia bangun mood still tak ok lagi. Mama ada pun dia buat dek je, sambung tidur balik.

Malam tu kurang sikit Zahra merengek, kecuali nak susu sekali je. Mummy dan babah pun puas sikit tidur malam tu. Oh ye sejak pergi fisio pagi tu, drip air tak dipasang semula kat Zahra tu yang lena tidur tu, dia pun selesa. Mummy tengok dia macam dah ok sikit, tu yang tak suruh nurse sambung balik drip tu.

17 Dis 2014 (Rabu)
------------------------

Pagi tu sedar dah pukul 9. Tengok katil depan dan sebelah kami dah penuh. Malam tadi kami tidur awal pukul 11. Mummy sedar katil depan tu masuk tengah malam, sebelah pulak masuk awal pagi.

Zahra bangun kami pun terus ke bilik fisioterapi. Kali ni bangun merengek nak ajak balik. Lepas buat fisio kami bawa dia ke kantin sarapan. Mummy tanya nak makan tak, dia angguk. Dia nak nasi goreng dengan ayam goreng. Alhamdulillah, dah ada selera sikit nak makan.



Inilah first time dia makan nasi sejak demam. Bubur memang tak nak, lepas makan terus tertido kat mummy kat kantin tu. Mummy suruh babah dukung dia naik ke wad, dia sedar tak nak babah, nak mummy yang terboyot ni juga dukung dia.

Sampai bilik, mengamuk lagi ajak balik, kitorang tak tau nak pujuk dia macam mana lagi so biarkan je dia nangis. Tapi yang tak laratnya asyik nak mummy je, nasib baiklah adik baby dalam perut da besar, so gagah jugaklah mummy dukung Zahra. Kalau masa awal-awal baru nak lekat tu takut juga mummy.

Kemudian babah ajak pergi kedai kat bawah beli kinder joy favourite dia. Sementara tu, mummy pun mandi dan rehat kejap. Diorang beli buku mewarna. Lepas dah bosan, ajak lagi balik. Aduila anak. Zahra tak sihat lagi tak boleh balik nak.

Dr Lim datang. Dia cek kata kahak still ada kat paru-paru kanan, so tak boleh balik lagi, maybe esok. Lepas tu Zahra mengamuk lagi ajak balik dan tunjuk lif. Siap tolak lagi mummy ke lif. Mummy tengok bilik mainan dah buka, so ajak dia ke sana dulu. 



Lepas main kata nak roti pulak, balik bilik nak ambil duit, babah tengah tidur atas katil. Kesian babah. Turun bawah ke kedai bukan nak roti pun, tapi nak mainan. Beli lah train thomas RM28.50 je. Lepas pergi kedai dia ajak jalan-jalan, rupanya dia nak pergi mesin jajan kat farmasi. Belilah pocky, dia nak makan kat situ jugak. Lepas makan sebatang, ajak pergi kedai sebelah farmasi tu, nampak belon Hello Kitty belilah RM10. Dia dah ok ajak naik bilik. Penat berjalan terus tidur. Mummy dan babah pulak lunch. Babah beli nasi kandar kat kedai mamak sebelah. So makanan hospital tak sentuh pun.


Bangun tidur pukul 2 kami ajak dia pergi fisio. Babah dukung bukan main meronta dia, nak mummy jugak tapi mummy tak larat. Masa bangun tu macam biasa ajak balik. Dia macam fobia dan trauma duduk hospital kali ni. Yelah asyik kena buat fisio, bagi ubat, buat neb. Sampai ke bilik fisio, mummy minta terapis tu tepuk lebih sikit kat belah kanan.

Lepas fisio ajak makan buah tak nak tapi nak susu je, lepas tu mengamuk balik ajak balik. Kami ikutkan je sampai ke lif mummy dukung dia, tapi tak tekan pun lif tu. Lama-lama dia tertidur kami terus balik ke bilik. Dia dah lena, baru mummy letak kat katil, tapi dia tersedar dan meronta takmo lepas dari mummy. Akhirnya dia tidur jugak atas katil dengan syarat mummy ada kat sebelah, mummy gerak sikit je dia sedar, memang dugaan betul untuk mummy yang tengah sarat dan tak selesa atas katil statik je. Huhu. Demi mu nak, takpelah. 


Dia bangun babah ajak mandi lepas tu pergi main, mood dia ok sikit. Lepas buat neb dia terberak sampai bocor kat cadar dan seluar mummy. Berak cair. Doktor datang cek kata kahak dah kurang, kalau ok esok boleh balik. Yeay. 

Petang tu kami jalan-jalan kat bawah cari minum petang, kantin dah takde pape, so kami ke kedai deli sebelah. Babah makan sandwich, mummy beli roti hot dog dan Zahra pulak makan mushroom soup. Agak mahal jugak makanan kat situ. 

Balik bilik dinner da sampai. Mummy cakap ada spagethi untuk Zahra dan dia nak makan. Alhamdulillah. Lepas makan dia mintak susu dan terus tidur. Malam tu pun sama gak dia dah tak meragam.

18 Dis 2014 (Khamis)
--------------------------

Hari ni babah dah start kerja. Semalam babah dapat cuti ehsan sehari sebab anak warded. Hari ni pulak patutnya mummy dah start kerja dan ada cek-up. Mummy call klinik mintak cancel appointment dan datang minggu depannya. Lepas tu mummy call ofis mintak EL kat bos dua hari. Kalau hari ni boleh discharge, esok mummy boleh monitor keadaan Zahra kat rumah. Dia pun belum ok lagi sangat tu, especially tang mood dia.

Pagi-pagi babah dah keluar nak balik rumah sebab nak elak jem. Tinggallah mummy berdua dengan Zahra je. Dalam pukul 10 Zahra buat fisio, lepas buat fisio macam biasalah ajak balik, bila mummy kata belum boleh balik dia merengek. Memang mencabar bila babah takde. Huhuhu.

Tak lama doktor datang dan cek tengok Zahra dah ok dan bagi balik hari tu. Alhamdulillah. Mummy terus call babah kata dah boleh keluar hospital. Babah kata lepas habis assignment dia akan terus ke hospital.



Lepas penat merengek ajak balik, Zahra terus tertidur tapi mummy kena ada kat sebelah, tengok tu kuat pegang tangan mummy, takut mummy tinggalkan dia. Bila dia da lena, mummy pelan-pelan bangun, lenguh wei. Pastu tengok dia ok kat katil mummy cepat-cepat mandi. 

Lepas mandi nurse datang kata boleh setel bil. Masa ni Zahra tidur lagi, mummy pun cepat-cepat setelkan bil. Insuran cover RM4k je, so lebihnya mummy kena bayar sendiri. Kali ni mahal sikit berbanding tahun lepas sebab ada antibiotik, nebulizer dan fisioterapi. Ubatnya pun mahal.

Elok je mummy setel bil, terdengar suara Zahra nangis. Lepas tu call babah kata dah setel. Mummy ajak dia mandi dulu. So sementara tungguh babah, mummy pun habiskan fisio Zahra dalam pukul 3 lebih tu. Lepas buat fisio, babah pun sampai, dalam setengah jam baru setel semua. Sebelum cabut jarum kat tangan tu nurse masukkan ubat last.


Ni pulak ubat yang perlu Zahra makan dalam masa 3 hari. Macam antibiotik la. Yang aero chamber tu pengganti nebulizer, tapi guna ubat yang macam orang asma tu. Kene bagi Zahra sedut selama seminggu. Sehari tu setiap 3 ke 4 jam kene sedut. Nak bagi ubat ni pun berperang jugak.



Lepas discharge kami tanya Zahra nak makan apa, nak pergi Jusco ke, dia kata a,ah. Masuk je kereta elok je siap nyanyi bila dengar lagu kat radio. Kesian anak mummy, macam dah legala akhirnya boleh keluar.

Sampai je Jusco dia ajak main, bila dia da puas main kereta ni ajak dia makan. Kami makan kat Kenny Rogers sebab ada mushroom soup. Setakat ni tu je la yang dia selera. Masa tengah order dia nak makaroni, so kami order mac n cheese, banyak juga dia makan. Lepas makan kami terus balik, Zahra sambung tidur, babah pulak balik ofis balik sebab tak setel kerja lagi.

19 Dis 2014 (Jumaat)
--------------------------

Hari ni mood dia masih belum ok. Tidur je, makan pun tak nak sangat. Just nak susu je. Nasib baik mummy masih EL, so boleh jaga dia. Tapi yang kesiannya montot dan pepet dia melecet, merah sebab banyak kali berak cair. Sampaikan nak cebuk tu dia kepit kuat-kuat, sakit katanya. Mummy just sapu ubat nappy rash.

Babah balik kerja malam tu, mood dia baru ok balik. Anak bapak kan..huhuh.

20 Dis 2014 (Sabtu)
------------------------

Esoknya baru mood dia back to normal, tak meragam, mummy buat nasi goreng sarapan, masa babah makan dia pun nak makan, banyak jugak dia makan babah suap. So mummy lega sikit nak kerja bila tengok dia pun dah ok.

Sampai kat rumah mak ina, babysitter Zahra dia pun ok, terus mummy terangkan macam mana nak bagi ubat kat Zahra. Oh ye mummy bekalkan Zahra pisang, kasi berak dia keras sikit tak cair.

24 Dis 2014 (Rabu)
-----------------------

Sepatutnya Zahra kena jumpa doc lagi seminggu iaitu 26hb, tapi disebabkan kami nak balik kampung 25hb adik mummy bertunang, so kami re-schedule appointment.

Sampai kat hospital dekat pukul 11 pagi. Masa tu kami dapat no 3, tapi doktor pulak baru je round wad. Dekat sejam kami tunggu, doktor tak sampai-sampai, patient pulak semakin ramai. Mummy kerja tapi dah bagitahu bos masuk lambat sikit, babah pulak off day.

Lambat sangat tunggu, kami decide untuk balik je, tengok Zahra pun ok tak sakit lagi. Lagipun memikirkan tunggunya lama, karang masuk jumpa doktor tak sampai 5 minit pun, dahla doktor tu jenis kelam-kabut, kadang-kadang tu tak faham apa dia cakap. So kitorang balik je lah.

28 Dis 2014 (Sabtu)
------------------------

Masa ni dah kat kampung, sepanjang kat kampung memang Zahra sihat, sibuk main dengan sepupu dan pak ucunya. Tapi malam tadi dia tidur awal depan tv, terus mummy bawak dia masuk bilik, masa ni mummy macam tak sedap hati sebab tengok mata dia macam ada tahi sikit. Rasa badan dia pulak macam dedar. Aduhla, mummy tak bawah termometer ngan ubat dia. Bajet dah sihat kan. Malam tu mummy letak kain basah kat kepala dan belakang lutut dia.

Masa tu babah pun sakit tonsil dan asyik batuk dan selsema. Babah kata mesti dia berjangkit ni. Pagi tu babah pergi farmasi beli panadol sirap dan ubat batuk. Mummy ingat nak bawa pergi klinik minta antibiotik, nak call babah dia tak bawah hand phone pulak.

Dia bangun pagi badan dedar, mummy terus bagi panadol, memang bergelut nak bagi. Mummy fikir kalau dia tak sihat jugak mummy tak pergi hantar rombongan adik bertunangla. Lepas bagi ubat, dia pun cergas balik, nak main dengan kakak sepupu dan adik-adik mummy. Alhamdulillah.

Tengah hari tu walaupun badan dia dah tak demam, mummy decide nak bagi panadol lagi. Babah cakap cuba kakak mummy yang bagi, mesti dia ok. Memang betul, elok je kakak mummy bagi panadol tu dia makan sampai habis. Alhamdulillah. Lepas makan panadol dua kali Zahra pun ok sampailah kami balik ke KL Isnin tu.

Semoga Zahra terus kekal sihat ye nak. Aminn

Wassalam








Saturday, 3 January 2015

Selamat Tahun Baru 2015 dan Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Masih diberi kesempatan oleh Yang Maha Esa untuk bernafas pada tahun baru Masihi ini. Hari ni juga hari kelahiran Rasulullah S.A.W yang kita cintai. Marilah sama-sama perbanyakkan selawat ke atas Nabi junjungan ALLAH ini.

Soalan cliche setiap kali tahun baru ialah apa azam baru eh? Entah. Mummy tahun ni takde terfikir pasal azam pun. Sebabnya tak pernah tercapai, kadang-kadang tu lupa ada azam. Hahaha.

Mummy cuma berdoa agar tahun ini diberi kesihatan yang baik, rezeki melimpah, kebahagiaan kami sekeluarga berterusan dan semua yang baik-baik belaka lah.

Cumanya ada beberapa pembaharuan pada tahun ini. Pertama, insyaALLAH, keluarga mummy akan berkembang dan bertambah lagi seorang ahli. Baby dijangka lahir pada awal Mac ni. Doakan semuanya dipermudahkan nanti ye kawan-kawan. Aminnn. Dan mummy juga bakal dapat adik ipar, InsyaAllah tahun ni adik mummy yang bertunang baru ni akan berkahwin.

Satu lagi pembaharuan ialah mummy kini bergelar penyunting. Kiranya satu step ke atas selepas 10 tahun jadi reporter. Tapi jiwa reporter mana boleh padam kan. Kalau tak jadi reporter macam mana nak jadi penyunting.

Alhamdulillah. Tahun ni mummy ditukarkan ke Meja Penyuntingan BM. Kerja mummy ialah edit berita, cek ejaan, tatabahasa dan terjemah berita dari BI ke BM. Dan yang tak berapa bestnya mummy akan terperap di ofis je lah, takde keluar assignment melainkan ada trip memana yang bos offer. Tapi yang bestnya mummy buat sesuatu yang baru dan ini pengalaman baru yang mummy kene kutip walaupun ada suara-suara yang cuba menakutkan mummy bila pergi ke desk baru. Tapi mummy take it positif la kan.

Kisah pertukaran ni pun sebenarnya amat mengejutkan mummy. Masa heboh duk teka-teka sapa kena transfer nama mummy langsung tak disebut. Akhirnya 1 Dis bos mummy panggil kata mummy kene transfer tapi just beberapa langkah je, takdelah sampai ke state. Kelu tidak terkata.

Bos kata ini rezeki baby you. Bila kat sana mummy akan terima elaun sub. Alhamdulillah. Tapi bos mummy kata you jangan lupakan kita pulak kat sini, kalau nak minta balik sini you kene minta, kita tak boleh minta. Eh macam tu pulak.

Ramai bos pun macam terkejut bila mummy kena transfer, ada yang tanya you minta ke pergi sana, ye lah sekarang ni kan mummy tengah pregnant dan memang tak keluar ke mana-mana, mummy kata saya tak pernah minta pun nak ke mana-mana, saya hanya menurut perintah. Ada juga kata perlu ke you pergi sana. Huhu. Takpelah tahun baru ni pun ramai senior dari state balik, so kehilangan mummy tak dirasai sangatlah. Sedih.

Bila da start kerja kat meja sub ni, adalah 2-3 orang sub tanya you kat sini permanent ke temporary je sampai bersalin. Mummy jawab saya kekal kat sini. Masa mengandungkan Zahra mummy attachment kat meja sub BI sampai bersalin.

Apa pun, chayok, semoga berjaya buat mummy dalam melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan Allah agar mendapat rezeki yang berkat buat anak dan suami. Aminnn..

Wassalam.