Nuffnang Ads

Saturday, 17 January 2015

Pengalaman Mengandung 2nd Trimester






Assalamualaikum..

Walaupun da melepasi trimester pertama tapi leh tak nak tepek gambar awal kandungan dalam ni..malas no nak masuk entry lama tepek gambar..hehehe..

Gambar dua kat atas masa raya tahun lepas bulan Julai..masa ni baru 8 minggu. 



Yang ni pulak  dah 11 minggu. Nampak semua berbaju hitam kan..masa ni hari perkabungan negara MH17. Jasad-jasad first batch sampai pada hari ni. Duk gelak-gelak ni sebab dah habis kerja, lepas tension.

Okla kita cerita pulak apa yang berlaku masa 2nd trimester ni yek. Ni pun yang mummy ingat la. Maklumla sekarang ni mummy dah 8 bulan (32 minggu). 

Masa Zahra dulu masuk je 2nd trimester loya mummy hilang dah. Kira macam honeymoon masa 2nd trimester. Tapi tidak kali ni. Even dah 14 minggu pun mummy still loya. Kali ni adalah dalam 3 kali mummy muntah. Ketiga-tiganya masa lepas gosok gigi. Muntah air liur je, sebab takde pape isi lagi dalam perut ni. Huhuhu. Tulah orang kata lain anak, lain ragam hamilnya kan. 


17 minggu

Masa 16 minggu pulak mummy kene demam, batuk, selsema. Tapi tak teruk la. Boleh dikatakan setiap minggu/bulan mummy mesti ke klinik, kalau tak larat sangat loyanya of coursela mc. Rasanya pun masa ni mummy dah tak boleh pakai baju kurung. Selain kainnya dah tak muat, baju pun ketat kat punggung. So mummy pun punggah balik la baju2 maternity masa Zahra dulu. Tapi ada 2-3 helai je yang mummy pakai balik sebab besar sangat baju tu. Kali ni pun mummy beli blouse maternity sehelai je kat Jusco. Selebihnya mummy lebih selesa pakai jubah. So mulalah shopping online beli saiz besar punya. Seluar pun tak beli sebab takde saiz. So pakaila palazo yang memang dah selesa.


18 minggu. Besar tak pewut kitew. Masa ni Zahra baru bangun tidur mummy dah ready nak pergi klinik untuk cek-up pastu terus pergi kerja. Babah akan anta Zahra ke rumah baby sitter. Baju ni masa tak pregnant pun boleh pakai sebab dia kembang dan jenis kain lycra so memang boleh menampung perut mummy yang comel tu. Tak ketat pun. Pakai dengan palazo. 

Alhamdulillah. masa ni jugak loya mummy totally hilang. Takde dah, muntah pun takde. Cuma hidung ni masih sikit-sikit sensitif dengan bau yang tak menyelerakan. Deria rasa mummy pun kadang-kadang macam ada, macam takde. Bila makan tu tak rasa masin. So bila masak termasinla makanan tu. Sori babah.

Masa ni pun dah scan, saja je masa scan tu tanya doktor boleh nampak jantina dah ke. Doktor kata kecik lagi, tapi tup-tup eh nampak ni, bibird la, kata doktor. Wahhh biar betul doc, masa tu nak menitis dah air mata ni, memang jelas nampak kat celah kaki dia tu. Alhamdulillah sepasang dah anak mummy. Semoga baby sihat sampai masa bersalin nanti ye. 

Masa mengandungkan Zahra genap 5 bulan baru mummy rasa gerakan baby. Tapi kali ni 18 minggu mummy dah rasa! Mula-mula tu macam agak-agak je. Fikir takkanlah cepat sangat, bila google, seawal masa ni dah boleh rasa dah, nurse kata sebab akak dah ada pengalaman tu yang tau macam mana rasa. Masa ni rasa perut tu kadang-kadang macam angin meletop je, plup plup gitu. Heheh. 

Perut membesar, mulalah gatal, tapi mummy kawal tangan ni, takdelah menggaru beriya, kang hitam plak berparut. Gosok-gosok manja je atas baju.

19 minggu. Baby semakin nak membesar, begitu juga rahim kita, apa lagi kerap sakitla bahagian bawah perut ni. Kalau duduk lama, nak bangun pun payah, sakit bawah perut, masa tidur pun sakit. Huhuh. Normal ke tak eh.


20 minggu. Ni bergambar kat parking jalan Tar belakang Semua House. Masa ni family mummy dari Johor datang, saja jalan-jalan, termasuklah kakak mummy dan anaknya tu. Perut tu kedepan sungguh. Hahah. 

Oh ye masa ni mummy dah booking untuk newborn dan maternity shoot dengan The Photolicius. Boleh tengok fb dan ig depa, memang melting tengok gambar2 tu semua. Walaupun babah seorang photographer tapi itu hanyalah kerja sahaja, kalau dengan family memang tidak dimanfaatkan kemahiran itew. Huhuhu. Sedih mummy kadang-kadang, tu yang kena hire orang untuk ambil gambar sendiri. Mummy ambil pakej RM1k iaitu shoot di rumah sendiri, unlimited shoot, dan prop depa bawak. Tapi pakej ni takde album, just bagi soft copy je. So babah please print dan buat album ye. Masa Zahra dulu mummy yang ambil pakai fon jer. Huhuhu.

Minggu ni kadang-kadang tu sakit breast, tapi tak sekerap masa awal-awal tau pregnant. Kadang-kadang je sakit berdengung tu datang. Oh ye masih rasa sakit di bawah perut. Kadang-kadang tu sakit belah kanan dari perut, punggung ke kaki. Ari-ari pun sakit jugak kalau berdiri lama dan buat kerja banyak. Huhuhu.

21 minggu. Masih ada sakit yang sama kat bawah perut especially kalau banyak buat kerja. Mesti kena rehat duduk dulu. Satu hari tu rasa tak larat sangat dan malas nak kerja, teruk kan, kebetulan pulak babah off. So mummy ajak babah pergi klinik untuk ambil mc, sambil tu bagitahu doktor sekali pasal sakit bawah perut ni. Sebenarnya mummy ada google jugak pasal ni. Selain rahim nak membesar, ada kemungkinan uri kita kat bawah, tapi so far takde bleeding pun. Mummy jadi cuak pulak bila duk baca pasal uri ni.

Sampai klinik doktor suruh kencing sebab dia kata takut kencing kotor. Alamak. Oklah. Then doc panggil balik dan katanya ada sedikit kuman. Mummy kena kencing kotor, doc bagi ubat (tapi tak makan pun). Doc pun pesah suruh minum banyak air masak, air barli, sayur dan buah. 

Bila bagitahu babah, sedikit membebel la dia sebab mummy ni malas minum air masak. Oh ye sebab apa mummy tak makan ubat tu, sebab masa Zahra dulu mummy pun pernah kena kencing kotor tapi masa tu awal lagi 5 minggu, tu pun sebab nak mintak doc confirmkan betul ke mummy pregnant. Sekali ada kencing kotor, doc bagi ubat tu mummy makan sekali je sebab rasanya sungguhhhhhh tak sedap. Betul ni tak tipu, so mummy berubat melalui pemakanan je, minum air barli yang selama ni tak pernah, banyak minum air kosong.

Memang betul la kata orang lain anak lain caranya, masa Zahra mummy kencing tak lawas, dah kencing, pun still nak masuk bilik air lagi walaupun hanya setitik air kencing yang keluar, macam tak puas la. Tapi mummy just sakit bawah perut je, takdelah sampai kencing tak puas, sakit masa kencing. Tulah ada hikmahnya jugak rasa malas nak g kerja kan. Hahah jahat betul. Alhamdulillah 2-3 hari lepas tu dah tak sakit dah bawah perut mummy. Ubat pun still ada dalam peti ais tu ha. Next cek-up kat klinik bagitahu nurse, alhamdulillah dia kata kencing mummy ok.

22 minggu. Masa ni mummy diserang sakit gigi. Mula-mula ngilu jer, lama-lama sakit kat gigi depan pulak tu. Dulu gigi depan ni memang bertampal, yang sebelah memang dah mati, sebelah lagi ok. Tapi yang peliknya sakit kat belah yang mati. Mummy cek tengok punya tengok, mummy suspek kat sebelah gigi tu mungkin bahagian dalam berlubang ke apa, walaupun tak rasa dengan lidah gigi mummy berlubang. Babah kata sebab mummy kurang kalsium kot. 

Mummy terus google pasal sakit gigi ketika hamil, masa ni boleh lagi jumpa doktor, cuma bila dah masuk 3rd trimester tak digalakkan. Tapi nak g dentist tu yang paling mengerikan. Huhu. So bila sakit berdenyut sangat tu mummy makan paracetamol. Hilang sakit kejap je. Tapi lepas tu takdelah sakit sangat, kekadang je rasa tu datang. Malam pun kadang tak leh tidur sangat. Huhu, lama tak sakit gigi ni. So esoknya mummy pakai ubat gigi Sensodyne. Lepas 2-3 hari pakai alhamdulillah, hilang jugakla denyut-denyut tu. Mummy pun dah start kumur pakai colgate plax, maternity toothpaste stop dulu pakai. 

Oh ye masa ni jugak berat mummy naik 2.5kg dalam sebulan! Sepatutnya kena naik 0.5kg jer. Nurse tegur kata mummy kena kurangkan makan malam yang berat-berat. Jangan makan burger pulak katanya. Alamak macam tau-tau je, ari tu ada sekali mummy lapar sangat pukul 12 tengah malam suruh babah pergi beli burger. Hahah. Nurse pun pesan suruh jaga makan, masa ni memang time berselera nak makan apa saja, yang favourite dulu dah boleh makan dah, kata hanimun kan. Amek ko. Nurse kata kalau bulan depan naik banyak akan kena minum air gula. Oh no..



23 minggu. Setelah gigi dah tak sakit, mummy pun kembali pakai maternity toothpaste semula. Alhamdulillah, minggu ni free from sakit gigi. Padahal konon baru nak pergi dentist, tapi dah baik, so tak payahla. Hahah.  Masa ni jugak mood nak masak tu datang bukan main lagi. Asal off je memang mummy masak, akhirnya babah dapat makan masakan mummy setelah sekian lama. Heheh. Mood nak membaking pun ada jugak, tapi bila tengok oven tu kat stor malas sungguh nak keluarkan beliau, so simpan dulu mood tu yek.

Setakat ni kaki mummy tak bengkak lagi. Masa Zahra dulu 5 bulan dah start bengkak, tapi on off, sampai bape kali kena tukar sandal, sampai ke saiz 10 pun ada tau!. Kali ni alhamdulillah, takde kena tukar sandal, memang kasut yang beli untuk raya tu bertahan sampai sekarang ni. Cumanya betis mummy ni besar semacam, kalau banyak berjalan, betis tu rasa tegang je macam bengkak, buku lali pun bengkak sama, apa lagi, babah tolong urut..

24 minggu. Sakit gigi datang balik weiii. Fuhhh,...kali ni memang sakit sungguh. Mummy pun kembalilah kepada sensodyne sampai sekarang ni. Ubat gigi pureen tu babai. Ada jugak mummy beli ubat gigi Colgate yang untuk sensitif tu, siap boleh gosok terus kat gigi, tapi tetap sakit!!

Yang paling teruknya, mummy takleh makan sangat, asal gigi tu tergigit or bersentuhan dia punya ngilu tu sampai ke otak. Especially kalau makan makanan panas kena pulak gigi tu, wow nak menangis rasanya. Kena makan yang lembut-lembut je.

Ada satu hari tu mummy tung tang kat dapur seharian buat nasi ayam kooo..Tapi mummy tak dapat menikmati sangat nasi ayam tu sebab sakit gigi datang elok je lepas masak. Memang suruh mummy diet kot. So makan pun slow-slow, takleh panas, dan tak tambah sebab sakit sangat. Huhu. Seperti biasa tak pergi doktor pun. Sakit sangat je telan ubat, tapi tak selalulah. Selagi mummy boleh tahan, mummy tahan.





25 minggu. Maju ke depan dengan jayanya pewut tu kan. Betul la orang kata kalau baby boy memang perut muncung, pinggang kosong je, tu yang ramai tegur perut besar sampai depa sendiri risau. Mummy pulak tension. Dah besar nak wat cane, doakan jela mummy n baby sihat walafiat kan. Haihhh. Masa Zahra dulu perut kembang jadi takdela nampak besar sangat, ni besar sebab perut tu tajam ke depan. What everlah..

Ni mummy pakai maternity dress dari butik Little DJE. Beli masa kat expo baby di KLCC, ada less bape tah tak ingat, sangat best dan selesa, material dari lycra, belakang tu ada tali pinggang. Boleh follow ig, kedainya kat TTDI Shah Alam, memang jual barang-barang keperluan baby dan ibu mengandung.

Masa ni baby semakin aktif bergerak, tendang-tendang sampai tak tahan nak terkencing, awatla duk tendang pundi kencing mummy. Mencanakla cepat-cepat ke bilik air. Boleh tahan lasak ar boboi ni.

Mummy kalau tidur suka mengiring ke kanan, tapi baby tak suka, mesti dia tendang-tendang, bila mengiring ke kiri pun dia tendang juga, tapi taklah sekuat belah kanan. Bila tidur satu side tu lama, mulalah kalau nak bangun, sakit punggung dan pinggang sebab menahan beban yang lama. Bantal jangan cakap la, kat kepala dua lapis, takleh tidur bantal rendah, memang tak selesa. Pastu kiri kanan dan kat kaki mesti ada.

26 minggu. Cek-up kali ni naik 2kg jer berbanding 2.5kg bulan lepas. Fuh, lega. Nurse kata akan monitor dulu berat badan mummy, lagi 2 minggu datang lagi, kalau berat naik banyak akan refer kat doktor pulak dan mungkin akan minum air gula. Perghh. Masa Zahra dulu tak ingat berapa minggu kena minum air gula, tapi masa tu alhamdulillah keputusan ok, tak kencing manis pun.

Lepas tu mummy kena cucuk kancing gigi. Untuk anak kedua ni 1 dos je, masa anak pertama 2 dos. Perghh sakitnya masa jarum tu cucuk. Lepas tu ok, tak lama baru rasa sengal-sengal kat tangan. Malam tu pula macam nak demam, alamak efek cucuk tu ke. Kalau demam esok mc ler apa lagi kan. 

Esoknya tak demam pun, tapi tempat cucuk tu bengkak sikit dan sangatlah gatal sampai nak menggaru, masalahnya kalau sentuh sakit, so tahan je la. Masa tidur pun mummy akan jaga-jaga supaya Zahra tak tendang tangan mummy. Dengan babah pun mummy bagitahu jangan pegang-pegang tangan belah kene cucuk tu. 3-4 hari lepas tu baru ok.

Pergerakan baby semakin aktif, alhamdulillah. Tapi yang paling aktif petang dan malam, kalau pukul 12 mummy tak tidur lagi dia pun takmo tidur jugak.

So itulah pengalaman mengandungkan boboboi ni dari 14 ke 26 minggu. Third trimester lagi menarik dan macam-macam yang berlaku pada mummy. Tunggu ye.

Wassalam.









1 comment:

  1. Dapatkan pemeriksaan antenatal dan 5D ultrasound di Poliklinik Az-Zaara.

    5D scan (RM160) + 2D early scan to confirm date + 1 Keping Gambar Berwarna = Harga Promosi RM 75 (kandungan 11-14W)

    5D scan (RM160) + 2D Growth Scan + Gender Scan (RM55) + 1 Keping Gambar Berwarna + CD = Harga Promosi RM120 (kandungan 24-32W)

    5D scan (RM160) + Detail scan (RM150) + 1 Keping Gambar Berwarna + CD + Full report = Harga Promosi RM200 (kandungan 18-24W,max 28W)

    PM kami/ Call/whatsapp kami di 03-42663686/011-52300300

    https://www.facebook.com/poliklinikazzaaraampang/

    ReplyDelete