Nuffnang Ads

Saturday 7 February 2015

JJCM: Suka Sucre Bistro

Assalamualaikum.

Pada 1 Jan lepas, babah ajak pergi makan lepas dia balik kerja. Mummy masa tu kat rumah duk browse la tempat makan best, sekali teringat kafe Masterchef Selebriti Datuk Fazley ni, teruslah tengok ig dia. Pastu mummy terus follow Ig sukasucre untuk tengok apa yang sedap kat situ.

Selama ni mummy follow ig Dr Fazley dan kat situ dia ada gak tepek gambar masakan dia yang dia letak kat The Sumbs cafe kat Shah Alam..semuanya desert. Jauhla pulak nak ke Shah Alam tu kan. Akhirnya beliau dah bukak cafe sendiri kat Cheras, laa dekat sangat rupanya dengan rumah mak mertua mummy.

Babah balik kerja awal hari tu dan ajak dia makan kat sana, selain desert ada jugak main course lain. Babah pun setuju dan ajak mama sebab hari tu besday mama. Laaa mummy lupa, so kami singgah ambil mama dulu. Ikut waze rupa-rupanya dekat je. Betul-betul sebelah Shell kat Taman Pertama, Cheras.

Kami sampai orang tak ramai walaupun public holiday hari tu. Masuk je terus nampak Dr Fazley. Mummy macam terlebih excited pulak. Hahah. Kemudian nampak mak dan adik dia. Tak lama isteri dia pulak Datin Azrene yang kiut tu. Memang keluarga mereka friendly.

Tiba-tiba Dr Fazley datang ke meja kami dan terus salam babah. Laa kenal rupanya depa ni. Babah kata kenal masa shooting Gerak Khas dan pernah berlakon sama masa zaman-zaman babah jadi ekstra dan pernah photoshoot Dr Fazley ni. Oooo. So mummy pun ambil kesempatan la nak ajak bergambar bersama.



Masa ni mummy dah 30 minggu. Esoknya kene buat MGTT tapi tetap belasah makan manis-manis kan.


Persekitan dan interior yang sangat cosy. Sesuai untuk melepak gosip-gosipss.

Lepas tu kami pun tengok menu. Tak banyak sangat pilihan makanannya. Tapi Dr Fazley ni kreatif. Dia gabungkan east meet west. Harganya macam standard dengan kafe seumpamanya la. Kek dia keras sikit sebab letak dalam chiller kan, kalau dibiar kejap suhu bilik mungkin terasa kelembapan kek coklat, signature Dr Fazley. Terus ala-ala nak nyanyi coklat kek..coklat kek..lalala. Jom tengok apa kami order.


Teh tarik madu untuk mummy dan trafik light soda untuk babah dan mama. Soda ni rasa dia masam-masam. Yang trafik light tu kami ingatkan macam nata de coco ke apa, tapi keras semacam. Rupa-rupanya ais. Memang masam. Teh tarik pulak tak manis sangat. Sedang-sedang je. Tapi better minum masa tengah panasla.


Yang ni Pomme Frites. Kentang dan wedges yang dimasak 3 kali. Tataula 3 kali masak cane, tapi tak berapa rangup. Tangy sauce dia tu sedappp.


Ni yang east meet west tu. Pasta Daging Salai Lemak Cili Padi. Masakan orang negeri jadi sos pasta. Memang sedap, tak tipu, pedas memang pedas tapi dah dibalancekan sikit so tak pedas sangat la.


Yang ni pulak Where's The Spaghetti Meatball? Cer teka mana spagetinya. Chef menggunakan angle hair pasta yang dibungkus dalam meatball giant yang penuh dengan cendawan. Sosnya pun sedap. Zahra paling suka yang ni.


Ini Heavy Duty Meat Pizza. Dua keping tortilla yang dilapisi keju. Atasnya ada daging cincang, sosej, cendawan, sos dan penuh keju. Atas tu salad apa tah. Yang ni pun nyamsss 


Yang ni anak dara ni pau babah masa otw nak pergi basin basuh tangan. Pastu ternampak chiller yang penuh macam-macam desert. Mulanya mummy plan nak order e-clairs, tapi dah Zahra amek cake pop ni tak jadilah order, lagipun perut dah penuh. Cake pop ni saiz dia agak besar bukan kecik macam lolipop. Tapi agak padat dan keras sebab sejuk kot, so mummy tak berapa suka sebab muak, babah suka pulak. Zahra pun suka jugak tapi tak habis pun makan, sapa lagi babah la yang selesaikan.


Last sekali mummy order sepotong kek coklat untuk besday girl. Heheh..tengok tu besday girl pun nak ambil gambar gak. Sedap memang sedap tapi tulah sebab dia keras jadi makan tu tak berapa syok, bila da lembik skit baru mummy makan cecah ngan aiskrim oreo tu barulah ok sikit rasa dia. 



Tiba-tiba Dr Fazley datang ke meja kami lagi dan berbisik kat babah, mummy tanya cerita apa tu, babah kata adalah. Aikk nak belanja makan ke, kalau belanja selamat duit kami. Hahah. Tak lama lepas tu Dr Fazley datang bawa semangkuk kecil panna cotta sambil ada sebatang lilin atas tu. Lagu happy birthday pun staff dia kat dapur nyanyikan. Ohh tu ke surprisenya. Dr Fazley kata ini khas untuk mak cik, saya belanja sambil wish birthday kat mama. Tapi mummy tak sempat ambil gambar, duk terkejut hahah. Panna Cottanya bagi mummy agak padat, tak ringan, makan sikit dah muak. 


Sebelum balik tu kami sempat request nak bergambar dengan Dr Fazley dan isterinya, peramah sungguh. Macam ni lah tokey restoran yang sepatutnya. Rajin jumpa customer tanya feedback dan layan customer dengan baik.


Kepada sesiapa yang berminat nak ke bistro Dr Fazley ni bolehlah follow Instagram sukasucre. Kebanyakan masa memang Dr Fazley ada dan dia mesti akan layan pelanggan, kadang-kadang tu dia serve sendiri makanan kat customer.

Kalau takde IG boleh cari alamat ni dan wazekan:

Wisma RYU, 81, Jalan 2/90
Taman Pertama, Cheras
(betul-betul sebelah Shell, depan tu ada apartment)

Operation hours: Tues-Sun (12-7pm)

bayar cash sahaja ye..takde mesin kad debit or kredit lagi.

Wassalam dan enjoy.


1 comment: