Nuffnang Ads

Sunday 1 September 2013

Sister's Big Day




Assalamuaikum...

Kelas kan tajuk entry omputih..hahahah..Alhamdulillah..31 Ogos lepas adik tercinta selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Mohd Eizairi. Bila masa mummy ada adik perempuan? Farhana ni sebenarnya satu ofis mummy..kami dah kenal lamaaaa sangat sejak dia praktikal kat Bernama tahun bape tah. Bila masuk jadi staf kami jadi rapat dan terus rapat.

Macam-macam perkara dikongsi bersama, soal kerja, kisah peribadi dan tips-tips especially bila dah nak kahwin. Mummy tolong  buatkan hantaran dan bunga telur.

Kepada adikku Nor Farhana Ahmad Norain..Selamat Pengantin Baru, selamat menjalani kehidupan berumah tangga, selamat bertukar status puan dan isteri orang, bila dah berumah tangga ni kena saling faham-memahami, percaya-mempercayai, tolak ansur dan macam-macam lagi lah.

Happy honeymooning yang katanya rahsia tempatnya.

Kita layan gambar sekitar kenduri yek.


Pelamin nikah



Hantaran hasil keras tangan mummy dan pengantin sendiri. 



Ini kes cari wrapper tak jumpa kat rumah. Sudahnya mummy pakai kertas tisu yg buat bunga. Balut 2 lapis tampal doily paper dan tulis ucapan guna crayon. Mudah dan jimatkan..hehehe







Majlis persandingan 1 Sept di Dewan Guthrie, Bukit Jelutong.

Oklah wassalam.

No comments:

Post a Comment