Nuffnang Ads

Monday, 12 November 2012

Aktiviti di hujung minggu -part 3 (cream cheese choc cake & Spagethi Olio)

Assalamualaikum...gitulakan lama benor nak mengupdate entry aktiviti hujung minggu ni..dari minggu lepas bawa ke minggu ni...heheh

Ok kita sambung...so kejadian pada hari Ahad 4 Nov mummy hanya duduk rumah jer masak sebab babah kerja...jadi untuk breakfast merangkap lunch mummy masak spageti olio saja...malas nak masak nasi sebb mau membaking kek petang tu..lagipun babah keje kan mummy sorang je yg makan...

Spageti ni first time mummy masak lepas rasa kat kedai mana tah rasanya sedap n tanya pakcik google resepi spageti ni..lorrr senang jer rupanya...

Spageti Olio 


Bahan:
Spageti yang direbus
Bawang putih dan bawang besar/bawang holland yang dicincang
Minyak zaitun untuk menumis
Seafood - udang, kupang, sotong
Sosej (saja mummy tambah)
Garam
Serbuk Oregano
Lada Hitam
Cajun

Cara-cara:
Rebus spageti dulu, ketepikan
Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bebawang sampai naik bau
Masukkan seafood dan sosej..kemudian tambah air skit (ada orang buh stok ayam or kiub ayam tp mummy tak letak pun)
Kacau goreng buh garam skit utk sesedap rasa, kemudian masukkan spageti
Last masukkan serbuk lada hitam, serbuk oregano dan cajun..kacau2 siapppp dan bolehla di ngappp...

Babah puji n request suh masak lagi next time...alhamdulillah :)


Di petang hari pulak Zahra tido lama dari mummy bancuh kek sampai da siap kek tu baru dia bangun...dah lama teringin nak buat kek coklat kukus ni..satunya sebab nak habiskan serbuk koko kat dalam balang tu n stok cream cheese ada 2 ketul so amek seketul..resepi ni dapat dari group FB Resepi Turun Temurun.

Kek Coklat Kukus lapis Cream Cheese

Bahan A
1 cawan susu cair

1 cawan minyak masak @ mentega cair
1 cawan gula castor
1/2 cawan susu pekat manis
3 biji telur

Bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sdt soda bikarbonat
1 sdt serbuk penaik
3/4 cawan serbuk koko
*****semuanya d ayak.

- masukkan semua bahan A dalam blender dan blend hingga gula hancur.
- bahan b yang telah d ayak campurkan dengan bahan A sedikit demi sedikit.

untuk lapisan keju

BHN CHEESE..

250 gm cream cheese
60 gm gula castor
25 ml air
25 gm tepung gndudm
1 bj telo.

~pukul semua bhn kecuali telo hingga kembang dn gebu.
~ masukkn telo dn pukul lg.
* bila semua dh siap..boleh la kukus selang seli mcm buat kuih lapis...kukus dlm 10 minit..

untuk topping
- cairkan coklat menggunakan teknik double boiling.
- alihkan dr api masukkan susu pekat manis td.
****jikalau rasa toppingnyer pekat sgt boleh tambah sedikit susu cair
****untuk mengilatkan topping tambah sedikit marjerin.
 


Yang ni pun babah suka..alhamdulillahh...sampai nak tapaukan untuk mak mertua pun tak cukup..hehehe

No comments:

Post a Comment