Assalamualaikum...
Sekarang ni mummy tengah cuti seminggu sebab babah outstation ke Jakarta n Bandung...syoknye kalo dpt ikut...org lelaki mana reti shopping rugi2 haih...
So untuk mengisi waktu cuti mummy pun membaking la...tekak ni nak mkn kek coklat tp nk yg simpel n mudah je. So mummy pun teringat la satu resepi ni dah lama mintak kat member FB cuma tak buat2 je..
Inilah dia mug cake..tp mummy buh dlm cawan dpt la 2. Kalo buh dlm mug mummy je la makan sorang tp tak tergamak lak tak tinggalkan utk babah..balik keje babah makan n kata sedap..heheeh..babah ni mummy masak sume sedap kan...alhamdulillah..masak penuh kasih sayang mestilah sedap.
So inilah resepinye.
Bahan A:
Sebiji telur
4 sudu besar gula
3 sudu besar minyak masak
Bahan B:
4 sudu besar tepung naik sendiri (kalo takde leh guna tepung gandum + sikit baking powder)
3 sudu besar serbuk koko
* Bahan B diayak
Bahan C:
3 sudu besar susu segar
Bahan D:
3 sudu besar Nutella
Cara2nya:
Pukul telur sampai kembang, masukkan gula sedikit demi sedikit, bila adunan nampak kembang, masukkan minyak dan kacau. Masukkan Bahan B selang-seli dengan Bahan C dan D, biar adunan dalam mixer dikacau sebati sampai nampak lembut dan berkilat (mummy tak pakai mixer pun sebb portion kecik..kacau pakai spatula jer). Bakar pada suhu 160 darjah selama 30 minit ataupun set high pada microwave selama 3 minit sahaja..
* adunan ni utk 1 mug besar or 2 cawan mcm dlm pix ni..selamat mencuba :)..oh ye boleh tukar Nutella pada peanut butter juga..
No comments:
Post a Comment