Nuffnang Ads

Wednesday, 19 June 2013

DIY: Homemade chocolate




Assalamualaikum.

Seperti yang dijanjikan ini dia hasil DIY mummy. Sebenarnya dah lama mummy buat coklat ni. Semuanya terjadi bila mummy nak kahwin dua tahun lepas. Masa tu almost 70% of my wedding adalah hasil kerja tangan dan idea mummy. So masa tu terfikir nak bagi apa untuk door gift kawan-kawan, saudara-mara dan rombongan sebelah lelaki.

Hasil google, mummy pun dapat inspirasi untuk buat coklat. So mummy pun mulalah google dan tengok YouTube cara-cara nak buat coklat ni. Rupanya bukan guna coklat masakan tapi guna coklat compound. Ada dua jenis coklat iaitu compound dan coverture. 

Compound lebih senang nak kendalikan. Cuma cairkan guna kaedah double-boiler. Kalau coverture tu payah skit sebab kene melalui proses tempering untuk stabilkan suhu coklat yang dah dicairkan tu. Profesional ngan kedai-kedai coklat yang biasanya guna coklat jenis ni.

Mummy guna coklat jenama Beryl's sebab bagi mummy ia murah, buatan Malaysia dan senang nak dapat. Milk chocolate manis sedikit, jadi untuk sedapkan lagi coklat mummy supaya tak terlalu manis mummy tambahkan sedikit dark chocolate yang pahit. So rasa dia balance ala-ala bitter sweet gitu. 

Bila dah kahwin ni mummy pun bukaklah order. Kepada sesiapa yang nak tempah dialu-alukan, sesuai untuk buat hantaran, door gift, akikah, besday dan lain-lainlah. Boleh tinggalkan komen di bawah.

Oh ye selain coklat praline ni, mummy pun ada buat pelbagai jenis lolipop coklat sesuai untuk kanak-kanak. Nanti mummy upload dalam entry lain yer..


Sesuai untuk hantaran, hadiah. Boleh request nak filling apa dan jupe boleh pilih kaler wrap











Selain kotak, boleh letak dalam botol, ini untuk door gift. Ini door gift masa mummy kahwin. Masa ni pakai botol Ikea sebab takde kedai kahwin yang jual botol mcm ni, lepas mummy kahwin barulah ada mcm2 botol..haihh






Ini hantaran untuk babah, mummy buat sendiri coklat tu. Oh yang bulat-bulat kat kotak belakang tu coklat truffle. Boleh request nak isi apa.




Ini perisa baru yang mummy cipta..hahah senang jer. letak jelly bean atas tu siap..cantik kannn






Kalau nak tempah leave comment di bawah ni yer :)

Wassalam.

4 comments:

  1. cantiklaaa coklat ni. ermmm. kalau nak order macam dalam kotak kaler grey tu brpe ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyakla pulak gambar kotak grey..yang mana satu ye sis

      Delete
  2. Salam sis.. berapa ea tuk 20 kotak?

    ReplyDelete