Assalamualaikum.
Pada 8 September lepas, mummy dan babah ride ke Ipoh utk makan nasi ganja (kejadian sebelum restoran ni diarahkan tutup selama beberapa hari sebab kotor dan skang dah dibuka semula lepas jabatan kesihatan berpuas hati dengan tahap kebersihan restoran tu).
Masa ni first time kami ke restoran ni untuk rasa the original nasi ganja. Masa mummy outstation ke Ipoh dulu bawak babah, zahra, mak mertua dan arwah bapa mertua kami hanya sempat merasa nasi vanggey je sebab nasi ganja bukak sampai petang jer. Hmm nasi vanggey tak sesedap nasi ganja, pedas je lebih.
Kami sampai ngam-ngam tengahari. Orang agak ramai, dan ada satu meja tu bikers otai tengah makan. Sesampai sahaja kami terus beratur ingatkan macam nasi kandar beratur, bila mamak tu suruh duduk barulah kami tahu yang beratur tu untuk tapau saja..hahaha.
Mamak nasi ganja ni menumpang di sebuah kedai kopi cina..kira-kira win-win situation la..macam-macam bangsa yang datang ke kedai ni. Apa yang specialnya nasi ganja ni adalah ayam goreng merahnya. Memang mabeles. Mummy siap tapau lagi untuk ratah ayam tu.
Inilah dia nasi ganja tu. Ada lauk ikan, ayam dan daging. Tapi inilah pakej dia, ada ayam, sambal kelapa, timun, telur masin dan kari. Tak ingat pulak harga dia berapa.
Habis je makan kami singgah beli limau bali. Ingatkan takde kedai melayu rupanya ada kedai melayu kat hujung.
Kami beli tiga biji. Manis-manis semuanya.
Singgah sekejap kat hentian Sungai Buloh tegangkan kaki. Adeh lenguh.
Sesiapa yang berhajat nak ke kedai nasi ganja, ia betul-betul kat tengah bandar Ipoh.
Wassalam.
rara xsuka mkn nasi ganja kat sini.rara suka mkn yg dekat sebelah masjid negara tu.lg kena dgn tekak rara lah.
ReplyDeleteTak pernah makan..& tak pernah sampai ipoh..
ReplyDelete