Nuffnang Ads

Friday, 10 January 2014

Kisah lalu 2013...cerita masa depan 2014

Assalamualaikum..

Alhamdulillah masih diberi keizinanNya untuk terus menikmati udara 2014 di samping orang-orang tersayang.

Macam-macam kisah yang berlaku sepanjang tahun lepas tapi yang menariknya (tak taulah menarik ke tak) tapi mummy banyak habiskan masa berulang-alik ke klinik dan hospital.

Pada awal tahun arwah bapa mertua sering keluar masuk ke Hospital Kuala Lumpur dan kemudian ke Hospital Serdang sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi pembedahan jantung pada 1 Mei lalu.

Kemudian Zahra pulak dimasukkan ke ward Hospital Pakar Ampang Puteri akibat demam viral. Tiga hari dua malam mummy tidur di situ.

Babah pulak mula didiagnosis kene batu karang pada Ogos..beberapa hari sebelum menyambut hari raya, babah diserang sakit perut yang amat sangat. Akhirnya pada bulan lepas babah jalani pembedahan untuk membuang batu karang dan hempedunya sekali. Nanti mummy akan ceritakan dalam entry lain.

Beberapa hari selepas babah keluar hospital, adik mummy yang bongsu pula dimasukkan ke IJN untuk jalani pembedahan menampal jantungnya yang berlubang. Yang ni pun mummy akan cerita lain ye. Banyak pulak entry pending nih.

Jika dilihat balik dalam entry azam tahun lepas, ada yang tercapai, ada yang tak, ada yang belum ada rezeki. Kami memang merancang untuk membesarkan saiz keluarga, saiz mummy dan babah memang dah sah2 bertambah (ini menidakkan azam tahun lepas nak kurus..hahaha).

Zahra pun bila tengok baby da pandai cakap 'babebabe'...heheh insyaALLAH..mummy dan babah tengah berusaha dan berdoa agar dikurniakan zuriat lagi. Bila Zahra da nak masuk 2 tahun ramai pulak yang menanyakan 'ni je ke anaknya?', 'baru sorang?', 'dah bolehla tu tambah anak, bagi Zahra adik'. Reaksi pertama mummy agak sentap dan sedikit stress sebab bukannya kita taknak anak lagi, dan bukannya kita merancang untuk stop beranak, cuma masih belum ada rezeki lagi. Jadi setiap kali ada orang tanya mummy akan cakap doakanlah Zahra dapat adik ye.

Tahun 2013 juga mummy dan babah berjaya membeli rumah, tapi atas beberapa masalah sehingga sekarang kami masih belum dapat kunci lagi. Tak taulah bila boleh settel. Mummy dan babah dah excited nak renovate rumah dan macam-macam lagi. Takpe sabar dulu.

Itulah sedikit sebanyak coretan yang mummy boleh tulis sepanjang berlaku tahun 2013..InsyaALLAH semoga 2014 lebih baik dan memberikan kami rezeki yang lebih banyak. Mummy juga berazam untuk menjadi isteri yang terbaik dan mummy yang terbest untuk keluarga kami. Dan semoga mummy menjadi insan yang solehah dan beriman. Oh ye mummy teringin nak pergi umrah tahun ni. Doakan mummy ye.

Wassalam.

1 comment:

  1. Sila izinkan kami memperkenalkan diri kami sebagai pakar menyingkir batu karang pundi hempedu. Kami, Agro pluz Biotech Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang mengkaji produk bioteknologi kami tersendiri. Dengan pengalaman kami di industri makanan dan bioteknologi selama 20 tahun, kami telah mencipta produk buah-buahan semula jadi kami yang terdiri daripada Roselle, minyak zaitun dan bahan-bahan mineral.

    Produk kami yang berjenama DR GETOX khas digunakan untuk membubarkan batu hempedu dan membuang sisa-sisa makanan bertoksin di dalam badan. Kelebihan DR GETOX juga termasuk pengurangan berat badan setelah membuang sisa-sisa makanan bertoksin di dalam badan.

    Dalam masa 12 jam sahaja, batu karang pundi hempedu akan muncul di dalam mangkuk tandas selepas proses penyingkiran bahan-bahan buangan. Pesakit tidak perlu risau lagi pundi hempedu akan dibuang jika mereka terpaksa menjalani pembedahan di hospital.

    Produk kami telah lulus dan berjaya mendapat pengiktirafan
    antarabangsa. Antaranya termasuk sijil Halal, HACCP dan sijil-sijil bertaraf antarabangsa. Sila hubungi 016 977 5478 (Kelvin) untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.


    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete