Assalamualaikum...
Ok entry kali ni mummy nak cerita pulak tentang pengenalan kepada bijirin kepada bayi. Beras, oat, millet, kamut, cous cous dsb seeloknya diperkenalkan pada umur 7 bulan. Mengapa tak diperkenalkan pada umur 6 bulan? Beras agak berat sebenarnya utk perut bayi yang kecik sgt tu...dan ia juga boleh menyebabkan sembelit..So anak baru nak belajar makan seeloknya bagi puri buah dan sayur pula..Bila da 7 bulan, bolehlah buat bubur nasi atau oat dicampur dengan puri sayur dan buah yang sudah lulus 4-day rules :)
Mengapa beras perang dan bukan beras putih?
Beras perang lebih berkhasiat kerana ia tidak melalui pelbagai proses pemutihan mcm beras putih. Boleh baca
di sini untuk info lanjut. Bagi mummy beras perang ni lambat skit masaknya berbanding beras putih..So kene tambah air selalu...
First time intro Zahra bubur nasi campur labu..reaksi dia mmg pelik, siap paling muka tutup mulut takmo.Tahan 2-3 suap je padahal puri labu sangatla dia suka sebab manis semulajadi kan...Memula memang begitu reaksi anak, ye lah mcm kita gak kalo 1st time try mkanan baru mesti pelik je kan...Tapi lama-kelamaan Zahra terima juga bubur nasi.
Oh ye umur dlm 8-9 bulan Zahra kene sembelit teruk sampai nangis, darah-darah montot dia..terus mummy stop dulu bagi nasi, mummy bagi oat dan ada sehari tu mummy bagi susu je tak bagi makan sebb nak rehatkan perut dia..kesian anak mummy..:(..Oh ye pasal kisah sembelit Zahra ada
kat sini.
Ini pulak bubur nasi campur puri kurma dan pisang lenyek...Rasa dia macam lempeng pisang sedap..tapi masa ni Zahra cam suam-suam kuku je reaksi dia makan.
p/s: dalam bekas tu mummy blend beras yang dah dikeringkan dan disangai. Simpan dalam peti sejuk untuk elakkan mcm kulat kot tumbuh dlm beras tu.
Mengapa rolled oat dan bukannya oat biasa mcm quaker oat tu..ada beza ke semua oat?
Berdasarkan pembelajaran mummy dlm group HSFFYB, utk beri anak makanan yang lebih berkhasiat berilah rolled oat berbanding oat segeral. Dah namapun segera mesti ada banyak proses kan..Sebenarnya rolled oat dan instant oat adalah oat cuma bentuknya je yg beza..apa pulak mummy bebel ni...Rolled oat saiznya lebih besar..ia mcam sebiji oat yang digelek sampai leper gitu..instant oat pulak oat yang dikisar kasar utk cepatkan proses memasak..kalo yang segera leh tuang air panas je..tp kalo rolled oat kene masak ye ibu-ibu...lebih baik kita masak daripada kita tuang air panas terus mcm nak makan meggi plak kan...Tp kalo nak travel leh je beli instant oat tp make sure yang organik la..tu yg terbaik..ok Faham tak mummy semua...Bubur oat boleh juga dicampur dengan puri buah dan sayur yang anak da lulus.
Masa ni Zahra sangat suka makan oat berbanding bubur nasi..Ini bubur oat dengan puri mangga.
Setakat ni sampai dah setahun mummy just kenalkan bijirin beras dengan oat je...Cous cous ke, millet ke apa ke yg pelik2 tu mummy tak bagi pun.
Sebelum masak kene rendam dulu beras dan oat.
Menerusi HSFFYB juga mummy dapat tahu yang kita perlu rendam bijirin untuk bayi. Beras perang dan oat perlu direndam di dalam air masak atau air tapis atau air nyahklorin bersama sedikit perahan jus lemon atau limau nipis selama sekurang-kurangnya 12 jam. Ini untuk memudahkan proses penghadaman bayi kita. Lagipun bila da rendam cepat skit masaknya. Beras perang bila da direndam warna perang dia akan luntur, oats pula akan mengembang bila da direndam.
Lepas rendam tak perlu basuh, boleh masak dengan air rendaman..tp mcm ada bau masam skit la, sebab tindakbalas berlaku masa merendam tu..proses penapaian nama dia. Oh ye boleh baca dan khatam
blog cikgu besar HSFFYB untuk fahamkan kaedah dan mengapa perlu merendam.
Ehem-ehem: Masa mula-mula mummy rendam beras perang 12 jam esoknya mummy tengok mmg air tu berbuih n bau masam mcm da basi, mummy da risau dah apsal jadi mcm gini..tp rupanya normal n takde apa masalah pun. Tapi bila mummy da masak pun still bau tu tak hilang so mummy pun decide buat cara mummy je sendiri.
Cara mummy ialah, sebelum tido mummy akan amek portion banyak mana nak makan esoknya beras/oat tu. Kemudian mummy basuh bersih-bersih dan rendam dlm air tapisan dan sesudu jus lemon (ada orang tambah tepung gandum). Esoknya bangun mummy basuh balik beras/oat tu dan masak mcm biasa. Kiranya tak sampai 12 jam pun.
Macamana nak masak bubur nasi/oat?
Ni kes gas habis, so masak dalam rice cooker la..huhuhu
Oh senang je. Macam kita masak bubur la, lebihkan air masa masak bubur tu, kemudian kene rajin cek takut hangit or kering je air dia. Kalau air da kering, tambah lagi air dan tambah dan tambah sampai la jadi bubur or nasi/oat tu da masak. Oat lagi cepat masaknya dari beras perang. Bila nasi/oat da nak masak leh tambah puri sayur dan buah yang dah pass. So takdela makan bubur kosong kan..Ada la rasa skit dari sayur n buah tu.
Ada yang blend utk dptkan tekstur bubur yang halus, tapi mummy tak blend pun, rasa cam tak berbaloi pun sebb sikit sangat. So apa yang mummy buat ialah mummy akan guna penapis dan tenyeh2 bubur tu kat penapis. So hasilnya memang bubur yang halus mulus la.
Kemudian mummy bubuh dalam bekas tupperware dan letak dlm beg tahan panas katanyaaaa cap Daiso utk dihantar ke rumah BS, sampai di rumah BS (dlm 20 min perjalanan naik kete tanpa jem) terus mummy suh BS masukkan dlm peti ais tu pun kalo bubur da sejuk, kalo panas lagi, tunggulah sejuk dulu baru masuk peti ais ye. Nak makan tinggal panaskan dalam bottle warmer je. Senangkan.
Guna tupperware Ikea hadiah kahwin gituuu
Oh ye mummy masak hari2. mummy tak buat pun stok puri beras ke oat ke sebb mcm pelik je. So mummy buat fresh everyday la, cuma puri je la frozen.
Masa Zahra 6 bulan setengah mummy da bagi Zahra dua kali makan, tu pun sebab BS kata tak cukup 1 tupperware. Bila dah 7 bulan mummy start bagi 3 kali iaitu breakfast, lunch n dinner mcm gambar kat atas tu..tak ingat plak bubur apa yang mummy masak tu
Ok sebelum ke hujung entry jom kita tengok reaksi testimoni kecik.heheh..
Mummy masak apa hari ni..(muka blur bangun tido terus lapar)
Aummmm...nyam nyam...mummy masak apa pun sedapppp :)
Penulisan mummy berkenaan pemakanan bayi ni adalah sekadar untuk perkongsian bersama. Mummy bukanlah pakar pemakanan, bukanlah pakar kanak-kanak tapi mummy nak jadi pakar kepada Nur Adibah Zahra dan insyaALLAH kepada anak mummy yang lain jugak nanti. Setiap ibu pasti mau yang terbaik utk anak mereka kan, so utk jadi pakar a.k.a the best mum pepandailah cari ilmu. So ilmu yang mummy dapat ni mummy kongsikan bersama bakal ibu dan mereka yang berminat, kalau tak berminat dan tak percaya di atas apa yang mummy ceritakan ni terpulang, bukan mummy paksa pun utk ikut style mummy..hehehe. Mummy gagal dalam pemberian susu ibu kepada Zahra so mummy tanak gagal dalam pemberian makanan yang terbaik utk anak mummy...
Next entry berkaitan penggunaan minyak zaitun dalam tumis-menumis dan dairy product mcm keju, butter, tofu dan yogurt.
Sharing is caring, wassalam :)