Nuffnang Ads

Wednesday, 29 May 2013

Zahra Muntah, Cirit-Birit, Demam

Assalamualaikum mommies semua..

Mummy agak sibuk minggu ni sebab cover Women Deliver 2013 Global Conference kat KLCC. Hari ni hari terakhir. Tapi semalam mummy terpaksa cuti kecemasan sebab buah hati mummy Zahra tetibe muntah-muntah, cirit dan demam.

Malam tu Zahra makan strawberi banyak sangat sampai mummy terpaksa stopkan. Kalau tak duk nak mintak jer. Mummy dah cakap jangan makan banyak nanti sakit perut. Lepas tu dia mintak bukak Mickey Mouse Club House, kartun kegemaran dia dalam tab n layan sambil baring sampailah tertidur.

Muntah susu

Lebih kurang pukul 4 pagi, Zahra nangis dan macam biasalah kalau tak babah yang bangun mummy akan bangun bagi susu. Bila dah buat susu n bagi dia minum, tiba-tiba Zahra nangis lagi, mummy pun suakan botol sebab mulut dia ada puting, tapi mummy rasa katil basah, aik susu tumpah ke, mummy tgk botol susu pun ada tinggal sikit, so mummy bagi lagi susu dia tak nak. Pastu mummy sambung tidur dalam kebasahan, ngantuk punya pasal kan.

Tapi Zahra nangis lagi dan dia terus bangun dan muntah susu dengan banyaknya. Babah pun terbangun, mummy terkejut sebab Zahra tak pernah muntah sebanyak ni dan mcam ni..dulu masa dia kecik2 adalah muntah susu sebab dah muak.

Mummy suruh babah bersihkan cadar katil dan mummy bawak Zahra ke sinki untuk basuh mulut, rambutnya penuh dengan susu, termasuklah baju mummy pun da masam bau muntah susu.

Kemudian mummy popokkan Zahra sebab dia masih ngantuk, tapi mummy rasa badan dia panas, babah rasa pun panas, mummy suruh babah basahkan kain lap untuk mummy lap badan Zahra tapi Zahra tak mau, mummy bukak baju dia yang lencun dengan muntah, tapi bila nak pakaikan baju lain dia tak mau. Last-last mummy popok sampai dia tertidur kat pangkuan mummy.

Babah tanya nak pergi klinik tak sebab dia demam ni, mummy kata tunggu subuh la walaupun babah insist nak pergi, tak lama lepas tu Zahra nangis lagi dan muntah lagi, kali ni macam susu yang berketul-ketul, mummy tak nampak kaler sebab lampu dah tutup. Bila dah muntah kali ketiga mummy pun ajak babah g klinik, babah ajak pergi hospital terus. Kami pun siap-siap ke KPJ Ampang. Mummy nak salin pampers Zahra tapi rasa dia tak kencing so tak jadi salin.

KPJ Ampang

Sampai ke hospital dalam pukul 4.30 pagi tapi tunggu lama sebab doktor ada emergency kot. Dekat 30 minit macam tu barulah dapat jumpa doktor, doktor tanya ada cirit-birit tak, mummy jawab takde tapi mummy cek pampers eh adalah...patutlah ada bau lain macam..huhu..

Bila dia muntah, cirit-birit, doktor kata Zahra kena keracunan makanan, dan kami suspek sebab terlebih makan strawberi. Huhuhu. Doktor pun suruh kami tukar susu Zahra buat sementara waktu iaitu susu yang lactose free..Adoilah mana ada kedai bukak pukul 5 pagi ni. Esoknya babah nak kerja walaupun mummy dah decide nak EL. Doktor bagi ubat tahan muntah, demam (Zahra demam 37.5 darjah celcius), ubat cirit-birit dan air garam.

Lepas jumpa doktor Zahra meragam dan mummy terus salin pampers dia, kesian sampai kene nappy rash, dan berdasarkan tengok keadaan tahi dia macam berak dah lama. Pastu bila babah tengok babah kata dia berak macam ni la tadi, iaitu sebelum mummy balik kerja. memang babah kata dia baru pas berak masa tu...hmmmm...so ini bukan salah strawberi la kot.

Salah santan rupanya :(

Sampai rumah babah bagi Zahra makan ubat dulu, Zahra terus tertidur sebab ubat tu mengantuk. Mummy solat Subuh dan terus rendam baju Zahra yang kena muntah, eh kat seluar dia bukan warna putih tapi warna kuning. Hmmmm terus mummy teringat siang tu mummy bekalkan Zahra masak lemak kuning labu, mungkin santan tu kot tak elok walaupun sebelum masak mummy tengok tekstur dan bau dulu santan tu tapi takde masam pulak...Sori nak, lepas ni mummy hati2 ye. Tapi mummy tak cakap kat babah n nek wan pun..Nanti mesti diorang salahkan mummy..Huhuhu..

Lagipun masa dekat Kelantan Zahra tak makan masakan mummy, sebab dia tak makan pun walaupun mummy dah masak, sebabnya kalau dah sejuk dia takmo makan. So makan jelah apa yang kami makan walaupun ada bahan  yang Zahra tak pas especially garam dan gula. Mummy tawakal jer bagi pun sikit-sikit, Tapi berselera pulak dia makan nasi n ayam goreng kat kenduri kahwin, yelah ada rasa kan, mummy masak tawar jer. huhuh. Nekwan pun suruh makan apa yang ada siap suruh bagi rasa air sirap sikit sebab Zahra duk main tadah2 air kat air sirap tu. A big no no..manis leting air tu..huhuhu

Aktif macam biasa

Esoknya bangun pagi, Zahra ada sedikit meragam, tapi sekejap jer yelah tak sedap badan kan. Mummy bagi makan roti berselera dia makan, lepas tu mandi dan makan ubat. Makan ubat macam biasalah mengamuk-ngamuk. tengah dia menganga nangis tu mummy terus sumbat srynge tu.

Lepas mandi dan makan ubat, Zahra aktif macam biasa, bila Zahra nak susu, mummy macam berdebar-debar yelah takut dia muntah lagi, tapi mummy tawakal jer. Kami tak beli pun susu laktosa free tu sebab dah tau Zahra mesti tak minum punya. Tapi Alhamdulillah lepas minum susu dia tak muntah tapi cirit sikit, tu pun sekali jer, pastu normal dah. Demam pun dah kebah. Ubat tu memang power la, yelah hospital pakar kan. Kalau pergi klinik panel mau sehari dua baru kebah..Syukur anak mummy dah sihat.

So lepas ni, mummy rasa santan yang dibeli mummy nak letak kat tempat ais kiub tu dan bekukan, kalau nak pakai turunkan sekiub dua..tapi mummy tak sure santan beku tahan berapa lama, mummy baru pos soalan kat group HSFFYB. Kalau dah dapat jawapan nanti mummy update yer.

Wassalam.

Monday, 20 May 2013

Tepung atta dan pasta for baby (8-10 bulan)




Assalamualaikum.

Tepung dan pasta boleh diperkenalkan kepada bayi anda bermula 8 hingga 10 bulan. Tapi untuk Zahra mummy start agak lambat iaitu 11 bulan. Sebab banyak sangat makanan yg Zahra kene pass dulu before bagi makanan berasaskan tepung dan pasta ni.

Tepung pulak bukan sebarang tepung. Kalau boleh elakkan bagi tepung gandum biasa yang kita makan tu sebab tepung tu dah melalui proses pemutihan dan pelunturan. Tak sesuai untuk bayi. Jadi tepung yang sesuai ialah tepung atta yang orang India buat capati tu dan juga tepung unbleached yang boleh dibeli di kedai2 esp kat bahagian organik..Mummy dapat ilmu ni pun dari group HSFFYB dalam FB (tapi group tu da tutup sebab banyak sgt plagiat dan tak kredit langsung HSFFYB..kesian mummy2 kat situ yang susah payah cipta resepi dan kumpul ilmu..huhuhhu..tp ada fanpage iaitu HSFFYB group namanya..leh klik like di situ dan bolehlah tanya soklan di situ).

Pasta pulak ada jual baby pasta iaitu pasta yang kecik2 bentuknya..mummy tak jumpa baby pasta tapi jumpa pasta alphabet yang kecik2 so sgt sesuai la takyah nak lenyek2 lagi sebb da mmg kecik.

So jom layan antara resepi pasta dan tepung for baby...ia juga boleh dijadikan finger food..biasanya mummy buat untuk sarapan..untuk minum petang pun sesuai :)




Pancake jagung (resepi dari mummy di HSFFYB):

Bahan-bahan:

Sebiji telur gred B (asingkan putih dan kuning n make sure anak da pass telur ye)
3/4 cawan tepung atta
1/2 cawan fresh milk (untuk setahun ke atas) atau yogurt+air atau susu fm
1 sudu besar minyak zaitun
Jagung (boleh ganti dengan sebiji pisang lenyek atau apa2 puri buah)

Cara-caranya:

Pukul putih telur sampai kembang, ketepikan.
Campurkan kuning telur dan susu, kacau. Kemudian campur tepung, kacau.
Masukkan putih telur yang gebu tadi dan jagung.
Masukkan minyak kacau.
Masak atas non stick pan.siappp



Gambar ke-2 pix atas tu pulak pancake puri prune..mummy just tambah puri prune 1 kiub..Yang sebelah tu baked pumpkin finger. Sedap sangat..Jap mummy tepek resepi.

Baked pumpkin finger:

Potong labu bentuk jejari, gaulkan dengan minyak zaitun, bakar dalam oven 180 darjah..siapp...mummy ngan babah makan pun sedap.Manis sangat..sesuai untuk finger food.




Cucur bawang+kentang+ikan bilis

Bahan-Bahan:

Tepung atta
Kentang separuh (potong kiub dan stim kejap utk lembut, jangan stim lama2 takut terus jadi mashed potato)
bawang besar+ikan bilis (tumbuk)
Lada sulah sikit

Cara-cara:

Gaulkan semua bahan dan goreng dalam sikit minyak.
Masa ni mummy tersilap sebb tak rebus or kukus kentang so kentang dia agak keras. Kalo goreng minyak banyak for sure kentang tu cepat empuk kan. Tapi guna minyak sikit so agak lama dia nak masak.Sudahnya Zahra tak makan yang kentang. So after this kene rebus kejap. Oh ye kalo nak masukkan serbuk kunyit skit dan daun sup pun boleh. 



Gigih mengunyah kentang yang keras sampai pakai 2 tangan..heheh kesian Zahra.




Yang ni pulak macaroni and cheese. Tapi Zahra tak suka and mummy pun dah tak ingat resepinye..heheh..mommies leh la google untuk dptkan resepi mac n cheese for baby yer..

Yang sebelah tu cucur kurma. Senang sangat nak buat. Tepung campur puri kurma gaul2 letak air skit, goreng guna minyak yang sikit.



Cucur kismis dan jagung

Hancurkan kismis dan jagung, campurkan tepung atta dan susu FM sesudu, tambah air skit dan goreng dalam minyak yang sikit.




Keria labu

Campurkan puri labu (ataupun kukus labu dan hancukan), tepung dan sikit air. Bentukkan dan goreng minyak sikit.

* Boleh tukar labu dengan keledek atau kentang




Red Snapper Carbonara (resepi google website omputih)

Bahan-bahan (agak2 je ye):

Unsalted butter
tepung atta
Susu FM
Keju cheddar yang diparut
Isi ikan merah
Bawang besar dipotong dadu
Minyak zaitun

Cara-caranya:

Tumis bawang hingga kekuningan guna minyak zaitun, masukkan isi ikan ketepikan.
Cairkan unsalted butter, masukkan dalam sesudu tepung atta, kacau.
Masukkan susu dan kacau cepat2 supaya tepung tak berketul.
Masukkan keju sampai cair.
Masukkan semula bawang dan isi ikan yang digoreng tadi.
Hidang bersama pasta yang sudah direbus.

*Boleh ganti ikan dengan ayam atau daging.
*Cara buat sos carbonara ni sama mcam buat white sos





Beef bolognese

Bahan-bahan:

Bawang besar
Bawang putih
Daging yang dicincang
Unsalted butter
Pasta
Sayur-mayur (mummy guna carot ngan kacang peas)
Homemade tomato sauce (nanti mummy tunjuk cara nak buatnya)
lada hitam

Cara-caranya:

Rebus pasta, ketepikan.
Tumis bawang besar dan putih dengan unsalted butter, masukkan daging.
Masukkan sayur-mayur (yang keras masuk dulu).
Masukkan homemade tomato sauce, tambah air skit.
Masukkan lada hitam.
Hidangkan bersama pasta



Chicken Pot Pie:

White sauce:
2 sudu unsalted butter
2 sudu tepung atta
1 cawan susu FM

Panaskan butter guna api kecik, masukkan tepung kacau-kacau then masukkan susu sikit-sikit sampai pekat dan tak bergentel, tutup api, ketepikan.

Filling:

Ayam (boleh tukar ikan atau daging), bawang besar, lobak (celur) dan kacang peas (celur)

Tumis bawang, masukkan ayam, masukkan lobak dan kacang peas, masukkan white sauce, kacau hingga masak.

Topping:

Kukus atau rebus kentang, dah masak lenyekkan dengan 1/2 caean susu (masukkan sikit demi skit jangan cair sangat), masukkan filling dalam remekin, tutup dengan ubi kentang dan letak keju cheddar yang dah diparut ke atasnya. Bakar 180 darjah celcius 20 minit hingga perang.

Yang bawah gambar pie tu adalah cheesy banana fritters..canggih tak nama dia..hahaha..

Cara-caranya:

Potong pisang kecik2. Jangan guna pisang yang masak sgt takut hancur ketika menggoreng nanti. Panaskan sedikit minyak atau cairkan sedikit unsalted butter. Letak pisang, terbalikkan, kemudia tabur keju yang dah diparut. Da cair skit terus angkat. Siap untuk dihidang.

Oklah mommies..selamat mencuba ye resepi2 ni..Wassalam.



Sunday, 12 May 2013

Apam nasi pelangi..yum yum



Assalamualaikum.

Rasanya lama dah tak bubuh resepi kuih-muih yg mummy suka buat dalam blog ni kan. Asyik cerita makanan Zahra je..hehehe...

So kali ni mummy nak cerita pasal apam beras feveret mummy. Selalu beli jer. So kali ni first time mummy buat. Tu pun sebab ada lebihan nasi semalam. Alhamdulillah menjadi, takyah makan dengan kelapa pun da sedap. Tapi yang mummy tak puas hatinya setiap kali masak apam mesti tak mekar or tersengih kembang. Padahal api da kuat, air da menggelegak. Huhu tapi yang penting masak n menjadi.

Resepi ni mummy dapat dari group Resepi Turun-Temurun dalam FB. Tapi mummy punyalah malas nak sapu minyak dalam acuan so mummy tuang jer dalam kertas cup cake tu..Tapi hasilnya amat merugikan sebab apam tu melekat kat kertas. Huhu..Next time kene gigih la sapu minyak n tuang dalam acuan..


So inilah resepinya:

Bahan-bahan:

2 cawan nasi sejuk
2 cawan air
1 3/4 cawan gula
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
1 peket mauripan
pewarna
kelapa parut digaulkan dengan sedikit garam

Caranya:

- Masukkan nasi dan air ke dalam blender dan bland sampai hancur, masukkan gula dan bland sekali lagi sampai gula hancur.
- Masukkan tepung gandum, tepung beras dan mauripan dalam mangkuk besar, kacau dan sebatikan.
- Tuang adunan yang dikisar ke dalam mangkuk tadi dan gaul sebati semua bahan, kalau pekat sangat boleh tambah air sikit-sikit.
- Perap adunan 3 jam (tapi mummy lebih kot, tengok2 dah mangkuk tu dah memuntahkan laharnya)
- Panaskan periuk kukus dan air 3/4 periuk
- Asingkan adunan ikut warna, sendukkan aduan dalam acuan berselang seli.
- Kukus selama 45 minit - 1 jam (kalau guna loyang besar), kalau guna acuan lompang dalam 15-20 minit jer.
- Bila da masak sejukkan dan gaul dengan kelapa tadi.


Selamat mencuba ye mommies..Wassalam :)



Saturday, 11 May 2013

Baby Led Weaning (BLW)

Assalamualaikum...

Kali ni mummy nak cerita pasal Baby Led Weaning (BLW) ataupun dalam bahasa mudahnya membiarkan anak memakan sendiri tetapi masih di dalam pemantauan ibu bapa, yelah takut tercekik nanti..

Mommies boleh baca pasal BLW dalam website momtastic ni..BLW boleh dibuat seawal bayi berumur 6 bulan...(tapi mummy bagi Zahra start 7 bulan)..Bagi buah atau sayur yg boleh dimakan pada usia tersebut. Buah or sayur tu stim sampai lembik dan bagi bayi anda pegang sendiri makanan tu. Kalau takut tercekik or bayi masukkan semua sekali makanan tu mommies leh masukkan dalam food feeder yg berjaring or bulat2. 



Ini dia food feeder cap munchkin..pakai kejap jer pun..Mummy letak mangga yg dipotong kecik2. nyot nyot bunyi dia..kalo mummy tarik menjerit tak bagi.


Yang ni pulak masa Zahra 11 bulan. Mummy biarkan dia comot makan a.k.a main betik tu..lepas tu terus mandi..Bila dia makan sendiri dia rasa seronok, dia boleh kawal berapa banyak nak masuk dlm mulut. dia pun da boleh control sendiri supaya tak tercekik..tapi bila da bosan ke lantai la jawabnya..Jom layan gambar ni.



gf


Sampai skang masa bagi Zahra makan mummy memang kene bersabar sebabnya 2-3 suap je dia bagi mummy suap. Pastu terus berebut pinggan ngan mummy nak makan sendiri. Sudahnya pas makan mummyla kene kemas n lap lantai. Tapi takpe asalkan dia nak makan :)


Masa ni dah 12 bulan..sibuk nak makan pakai sudu..sambil dia godek2 pakai sudu mummy suapkan sekali..habis pun



Yang ni pulak 14 bulan..mummy tinggal kejap g dapur..tengok2 dia da capai mangkuk mee suah goreng n makan sendiri sampai habis..pandai anak mummy kan


Untuk BLW juga lebih sesuai sekiranya mommies bagi makanan jejari yang mudah dipegang dan dikunyah oleh si manja anda..So next entry mummy akan cerita pasal finger food pulak yer..dahhhh

Wassalam.

Tuesday, 7 May 2013

Alhamdulillah...PRU13 da selesai




Assalamualaikum...

Alhamdulillah selesai sudah pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas. Syukur kita masih mampu hidup di negara Malaysia yang dicintai dalam keadaan aman. 

Well, mummy takmo cerita perihal politik kat sini. Cukuplah macam-macam pujian, kejian, cacian dan macam-macam annn lagi pasal PRU ni...orang yang tak pernah cakap pasal politik pun leh cite pasal politik lepas PRU ni..

Apa yang mummy boleh simpulkan ialah terima keputusan kerana ia dibuat oleh rakyat. Semoga kerajaan baru dan wakil rakyat baru akan menunaikan tanggungjawab mereka dengan penuh amanah dan tawaduq demi kepentingan rakyat dan menunaikan segala aku janji or manifesto yang dibentangkan masa kempen dulu.

Kat sini mummy nak cerita mengenai pengalaman kerja mummy sebagai pemberita ketika membuat liputan untuk PRU.

PRU kali ni mummy tak mengundi biasa sebb mummy undi pos (salah satu pembaharuan dibuat SPR untuk media). So tak dapatlah experience macam mana kene calit dakwat tu kan..First time jugak mummy undi pos ni..

Masa 2008 mummy adalah pengundi kali pertama..sempatlah beratur kat Sekolah Pengkalan Raja sebab masa tu mummy ditugaskan di Johor.

PRU 2008 adalah experience pertama mummy cover PRU, mummy kene jaga kawasan Kulai dan ikut Presiden MCA masa tu Datuk Seri Ong Ka Ting berkempen..memang seronok, macam-macam orang jumpa sampai mummy expert jalan kat area Kulai tu..(iklan jap: masa ni mummy still tak jumpa babah walaupun babah kerja di utusan biro Johor). 

Masa undi di kira dan nak dekat2 annoucement tu mmg panik sebab dapat tau BN kalah teruk di banyak tempat. Kulai pun satu DUN BN kalah iaitu Dun Senai yang dapat kat DAP. Masa tu terjadilah tsunami politik, Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor dapat ke tangan pembangkang. Kelantan ofkos masih sukar ditembusi oleh BN. 

Tapi yang penting lepas annoucement result mummy terus ke JB dan monitor result2 kawasan lain di ofis dan kami tidak tidur, subuh esoknya baru balik hotel. Esoknya mummy balik Pekan Nanas. Keesokannya ofis call dan suruh mummy balik KL cepat walaupun masa tu mummy masih off. So habis cerita PRU 12.

Pengalaman ketika PRU13 memang lain sebabnya mummy terlibat dari A sampai Z yang mana mummy tak involve pun masa PRU lepas. Kali ni mummy tak ditugaskan ke luar daerah dan hanya berada di KL untuk  cover TPM. 


Masa penamaan calon 20 April, mummy tak pergi ke pusat penamaan calon pun..huhuhu..tak syoknyer tak ke ground..mummy cuma monitor di ofis dan buat stori analisis. Penat kepala otak weh. Masa kempen pun mummy tak sempat nak ikut mana-mana calon kerana bz dengan TPM yang sibuk ke negeri itu ini.

Masa result pun mummy tak ke pusat pengiraan undi dan tak ke sekolah tempat orang ramai membuang undi, mummy hanya di ofis monitor dan buat analisis. Penat lagi kepala otak. Kali ni pengalamannya mummy tahu macamana proses PRU itu berlangsung.

Ahad lepas, 5 Mei mummy masuk keje 3 petang sampailah 7 pagi baru balik. Tidur lebih kurang 2 jam n pergi kerja balik..mata memang takleh blah la kan..mood nak keje pun malas je..yelah badan lemah tak cukup tidur. Bukan sahaja penat fizikal tapi penat mental juga. 

PRU kali ni BN masih menguasai cuma keputusannya agak sedikit kecewa kerana gagal capai 2/3 malah lebih rendah dari zaman Pak Lah..org kata tsunami cina plak..apa-apa pun kerja tetap diteruskan..Harap2 BN akan mendapat iktibar pd PRU kali ni dan tambah baik mana yang patut untuk pikat balik pengundi2.

Mummy pun sedih sebab kampung mummy DUN Pekan Nanas jatuh ke tangan DAP..MB pun kalah.

Mummy dalam line media ni pun takleh tarik nafas lega lagi selagi kabinet belum dibentuk. Kita tengok pula corak sidang dewan rakyat kali ni macam mana. Oh ye esok katanya pembangkang nak buat perhimpunan bantah keputusan PRU. Bagi pendapat mummy SPR da banyak tunduk pada kehendak pembangkang dan BN pun menang tipis so apa lagi yang tak puas hatinya...tulah susah nak puaskan hati semua org..

Apa yang mummy mampu buat adalah teruskan kerja dan melaporkan perkara yang benar untuk tatapan pembaca. Sayangilah Malaysia demi masa depan anak cucu kita nanti..Ingat pentadbiran 5 tahun bukan sehari dua sebelum berfikir untuk tukar kerajaan (Eh, kata tadi takmo cakap politik).

p/s: pas dalam gambar kat atas tu mummu tak berpeluang pakai pun sebab tak on the ground..huhuhuh

Wassalam :)




Monday, 6 May 2013

2 Jun 1941 - 1 Mei 2013. Al-Fatihah


Assalamualaikum...

Gambar di atas menunjukkan Allahyarham bapa mertua saya Mohammad Noor Mohd bersama rakan karibnya yang juga pengasas Leatherman, Tim Leatherman.

Pada tanggal 1 Mei, hari pekerja yang lalu, bapa mertua saya menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Serdang pada pukul 6.30 petang setelah keadaannya amat kritikal selepas menjalani pembedahan pintasan jantung 29 April lalu (Isnin).

Menurut doktor, sebab-sebab kematian adalah "MODS secondary to bleeding post CABG" atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami, arwah mengalami pendarahan tanpa henti selepas pembedahan dibuat.

Bapa mertua saya kerap dimasukkan dan keluar Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak awal tahun ini, arwah sering sakit, demam dan selalu mengadu cepat penat. Pada mulanya penyakit arwah berpunca daripada batu karang, tetapi apabila diperiksa oleh doktor, arwah ada masalah jantung dan ia perlu dirawat dahulu.

Doktor kemudian meminta arwah dirujuk ke Hospital Serdang, setelah dua minggu di sana, arwah kemudian dibedah.

Mummy agak terkilan sebenarnya sebab tak sempat nak jenguk arwah masa di Hospital Serdang..yelah masa tu mummy bz sebb PRU13 hanya babah je yang sempat jenguk. Sejak arwah dimasukkan ke dewan bedah babah asyik nangis setiap kali kol mummy, pembedahan yang dijangka selesai 6 jam berlarutan sehingga 12 jam. Dari situ babah dah rasa tak sedap hati. Bila pembedahan selesai, doktor bagitau yang keadaan arwah sangat kritikal akibat pendarahan tanpa henti. 

Pada belah malamnya, doktor dan nurse suruh babah bawak mak mertua balik rumah kerana keadaan arwah dah stabil tapi kritikal, di mana pendarahannya sudah berhenti. Esoknya babah pergi ke hospital dan doktor merancang untuk menutup kembali tempat pembedahan setelah mendapati pendarahan sudah berhenti tetapi setelah pemeriksaan dibuat ada pendarahan lagi di tempat pembedahan dan doktor mengatakan yang arwah sudah sangat-sangat-sangat kritikal dan meminta babah memanggil sanak saudara terdekat.

Thari tu masa mummy bersiap nak pergi kerja (mummy kerja petang), babah kol nangis-nangis dan beritahu perkara tersebut. Mummy cepat2 siap bawak Zahra ke rumah babysitter dan mummy terus ke Hospital Serdang. Sampai sahaja di hospital dalam pukul 3 mummy naik ke tingkat 4 wad CICU. Nampak babah dan mama di luar sebb dirg tak bagi masuk..dekat nak pukul 4 iaitu hampir waktu melawat 4.30 petang ramai saudara dan rakan-rakan datang untuk ziarah arwah..

Pertama kali mummy tengok arwah, mummy sayu dan sedih sangat..badan arwah kembang disebabkan air yang penuh dalam badan,,wayar di sana-sini, mata pula ditutup. Mummy nangis, jumpa babah di luar lagilah kami menangis..mummy bgtau babah kalau sudah sampai masanya kita redha jer..

Akhirnya tepat pukul 6.30 petang abah meninggalkan kami semua, kira-kira pukul 9 malam jenazah sampai di surau Al-Habshee PPR Laksamana. Surah yasin dan al-fatihah tak henti dibaca..rakan-rakan dan saudara-mara semakin memenuhi surau. Malam tu abah, adik-beradik yang lain  dan mama tidur di surau temankan jenazah buat kali terakhir.

Esoknya pukul 8, jenazah dimandi, dikafan dan disembahyangkan. Pukul 10 lebih jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cheras Baru.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman..kami akan merindui abah terutamanya Zahra yang tak sempat berjumpa tokwannya dan tokwannya pun terkilan kerana tak puas bermain dengan Zahra..

Innalillah hiwainna ilaihirajiun..Al-Fatihah.

Wassalam.