Assalamualaikum mommies semua..
Mummy agak sibuk minggu ni sebab cover Women Deliver 2013 Global Conference kat KLCC. Hari ni hari terakhir. Tapi semalam mummy terpaksa cuti kecemasan sebab buah hati mummy Zahra tetibe muntah-muntah, cirit dan demam.
Malam tu Zahra makan strawberi banyak sangat sampai mummy terpaksa stopkan. Kalau tak duk nak mintak jer. Mummy dah cakap jangan makan banyak nanti sakit perut. Lepas tu dia mintak bukak Mickey Mouse Club House, kartun kegemaran dia dalam tab n layan sambil baring sampailah tertidur.
Muntah susu
Lebih kurang pukul 4 pagi, Zahra nangis dan macam biasalah kalau tak babah yang bangun mummy akan bangun bagi susu. Bila dah buat susu n bagi dia minum, tiba-tiba Zahra nangis lagi, mummy pun suakan botol sebab mulut dia ada puting, tapi mummy rasa katil basah, aik susu tumpah ke, mummy tgk botol susu pun ada tinggal sikit, so mummy bagi lagi susu dia tak nak. Pastu mummy sambung tidur dalam kebasahan, ngantuk punya pasal kan.
Tapi Zahra nangis lagi dan dia terus bangun dan muntah susu dengan banyaknya. Babah pun terbangun, mummy terkejut sebab Zahra tak pernah muntah sebanyak ni dan mcam ni..dulu masa dia kecik2 adalah muntah susu sebab dah muak.
Mummy suruh babah bersihkan cadar katil dan mummy bawak Zahra ke sinki untuk basuh mulut, rambutnya penuh dengan susu, termasuklah baju mummy pun da masam bau muntah susu.
Kemudian mummy popokkan Zahra sebab dia masih ngantuk, tapi mummy rasa badan dia panas, babah rasa pun panas, mummy suruh babah basahkan kain lap untuk mummy lap badan Zahra tapi Zahra tak mau, mummy bukak baju dia yang lencun dengan muntah, tapi bila nak pakaikan baju lain dia tak mau. Last-last mummy popok sampai dia tertidur kat pangkuan mummy.
Babah tanya nak pergi klinik tak sebab dia demam ni, mummy kata tunggu subuh la walaupun babah insist nak pergi, tak lama lepas tu Zahra nangis lagi dan muntah lagi, kali ni macam susu yang berketul-ketul, mummy tak nampak kaler sebab lampu dah tutup. Bila dah muntah kali ketiga mummy pun ajak babah g klinik, babah ajak pergi hospital terus. Kami pun siap-siap ke KPJ Ampang. Mummy nak salin pampers Zahra tapi rasa dia tak kencing so tak jadi salin.
KPJ Ampang
Sampai ke hospital dalam pukul 4.30 pagi tapi tunggu lama sebab doktor ada emergency kot. Dekat 30 minit macam tu barulah dapat jumpa doktor, doktor tanya ada cirit-birit tak, mummy jawab takde tapi mummy cek pampers eh adalah...patutlah ada bau lain macam..huhu..
Bila dia muntah, cirit-birit, doktor kata Zahra kena keracunan makanan, dan kami suspek sebab terlebih makan strawberi. Huhuhu. Doktor pun suruh kami tukar susu Zahra buat sementara waktu iaitu susu yang lactose free..Adoilah mana ada kedai bukak pukul 5 pagi ni. Esoknya babah nak kerja walaupun mummy dah decide nak EL. Doktor bagi ubat tahan muntah, demam (Zahra demam 37.5 darjah celcius), ubat cirit-birit dan air garam.
Lepas jumpa doktor Zahra meragam dan mummy terus salin pampers dia, kesian sampai kene nappy rash, dan berdasarkan tengok keadaan tahi dia macam berak dah lama. Pastu bila babah tengok babah kata dia berak macam ni la tadi, iaitu sebelum mummy balik kerja. memang babah kata dia baru pas berak masa tu...hmmmm...so ini bukan salah strawberi la kot.
Salah santan rupanya :(
Sampai rumah babah bagi Zahra makan ubat dulu, Zahra terus tertidur sebab ubat tu mengantuk. Mummy solat Subuh dan terus rendam baju Zahra yang kena muntah, eh kat seluar dia bukan warna putih tapi warna kuning. Hmmmm terus mummy teringat siang tu mummy bekalkan Zahra masak lemak kuning labu, mungkin santan tu kot tak elok walaupun sebelum masak mummy tengok tekstur dan bau dulu santan tu tapi takde masam pulak...Sori nak, lepas ni mummy hati2 ye. Tapi mummy tak cakap kat babah n nek wan pun..Nanti mesti diorang salahkan mummy..Huhuhu..
Lagipun masa dekat Kelantan Zahra tak makan masakan mummy, sebab dia tak makan pun walaupun mummy dah masak, sebabnya kalau dah sejuk dia takmo makan. So makan jelah apa yang kami makan walaupun ada bahan yang Zahra tak pas especially garam dan gula. Mummy tawakal jer bagi pun sikit-sikit, Tapi berselera pulak dia makan nasi n ayam goreng kat kenduri kahwin, yelah ada rasa kan, mummy masak tawar jer. huhuh. Nekwan pun suruh makan apa yang ada siap suruh bagi rasa air sirap sikit sebab Zahra duk main tadah2 air kat air sirap tu. A big no no..manis leting air tu..huhuhu
Aktif macam biasa
Esoknya bangun pagi, Zahra ada sedikit meragam, tapi sekejap jer yelah tak sedap badan kan. Mummy bagi makan roti berselera dia makan, lepas tu mandi dan makan ubat. Makan ubat macam biasalah mengamuk-ngamuk. tengah dia menganga nangis tu mummy terus sumbat srynge tu.
Lepas mandi dan makan ubat, Zahra aktif macam biasa, bila Zahra nak susu, mummy macam berdebar-debar yelah takut dia muntah lagi, tapi mummy tawakal jer. Kami tak beli pun susu laktosa free tu sebab dah tau Zahra mesti tak minum punya. Tapi Alhamdulillah lepas minum susu dia tak muntah tapi cirit sikit, tu pun sekali jer, pastu normal dah. Demam pun dah kebah. Ubat tu memang power la, yelah hospital pakar kan. Kalau pergi klinik panel mau sehari dua baru kebah..Syukur anak mummy dah sihat.
So lepas ni, mummy rasa santan yang dibeli mummy nak letak kat tempat ais kiub tu dan bekukan, kalau nak pakai turunkan sekiub dua..tapi mummy tak sure santan beku tahan berapa lama, mummy baru pos soalan kat group HSFFYB. Kalau dah dapat jawapan nanti mummy update yer.
Wassalam.
as salam sis , cepat nya tahu punca ank muntah2 & cirit birit. sy pon ada masalah tp disebabkan hantar taska mmg kena tanya betul2 staff yg buat menu mknn .
ReplyDeletemula muntah slps menyusu around 9 pm berlarutan smpi 1 pagi . sy nmpk ank sy mmg lembik . antara waktu tu mmg x nk susu langsung .pg 4am mula meragam . sambil tahan mata gosok2 belakang tup dia poo poo .ada nmpk cili & lainx dpt kesan .kecewa plak bila bayi awal usia di ajar mkn cili