Nuffnang Ads

Saturday, 23 March 2013

Bijirin (utk bayi 7 bulan ke atas)

Assalamualaikum...

Ok entry kali ni mummy nak cerita pulak tentang pengenalan kepada bijirin kepada bayi. Beras, oat, millet, kamut, cous cous dsb seeloknya diperkenalkan pada umur 7 bulan. Mengapa tak diperkenalkan pada umur 6 bulan? Beras agak berat sebenarnya utk perut bayi yang kecik sgt tu...dan ia juga boleh menyebabkan sembelit..So anak baru nak belajar makan seeloknya bagi puri buah dan sayur pula..Bila da 7 bulan, bolehlah buat bubur nasi atau oat dicampur dengan puri sayur dan buah yang sudah lulus 4-day rules :)



Mengapa beras perang dan bukan beras putih?

Beras perang lebih berkhasiat kerana ia tidak melalui pelbagai proses pemutihan mcm beras putih. Boleh baca di sini untuk info lanjut. Bagi mummy beras perang ni lambat skit masaknya berbanding beras putih..So kene tambah air selalu...


First time intro Zahra bubur nasi campur labu..reaksi dia mmg pelik, siap paling muka tutup mulut takmo.Tahan 2-3 suap je padahal puri labu sangatla dia suka sebab manis semulajadi kan...Memula memang begitu reaksi anak, ye lah mcm kita gak kalo 1st time try mkanan baru mesti pelik je kan...Tapi lama-kelamaan Zahra terima juga bubur nasi.

Oh ye umur dlm 8-9 bulan Zahra kene sembelit teruk sampai nangis, darah-darah montot dia..terus mummy stop dulu bagi nasi, mummy bagi oat dan ada sehari tu mummy bagi susu je tak bagi makan sebb nak rehatkan perut dia..kesian anak mummy..:(..Oh ye pasal kisah sembelit Zahra ada kat sini.



Ini pulak bubur nasi campur puri kurma dan pisang lenyek...Rasa dia macam lempeng pisang sedap..tapi masa ni Zahra cam suam-suam kuku je reaksi dia makan.

p/s: dalam bekas tu mummy blend beras yang dah dikeringkan dan disangai. Simpan dalam peti sejuk untuk elakkan mcm kulat kot tumbuh dlm beras tu. 

Mengapa rolled oat dan bukannya oat biasa mcm quaker oat tu..ada beza ke semua oat?

Berdasarkan pembelajaran mummy dlm group HSFFYB, utk beri anak makanan yang lebih berkhasiat berilah rolled oat berbanding oat segeral. Dah namapun segera mesti ada banyak proses kan..Sebenarnya rolled oat dan instant oat adalah oat cuma bentuknya je yg beza..apa pulak mummy bebel ni...Rolled oat saiznya lebih besar..ia mcam sebiji oat yang digelek sampai leper gitu..instant oat pulak oat yang dikisar kasar utk cepatkan proses memasak..kalo yang segera leh tuang air panas je..tp kalo rolled oat kene masak ye ibu-ibu...lebih baik kita masak daripada kita tuang air panas terus mcm nak makan meggi plak kan...Tp kalo nak travel leh je beli instant oat tp make sure yang organik la..tu yg terbaik..ok Faham tak mummy semua...Bubur oat boleh juga dicampur dengan puri buah dan sayur yang anak da lulus.



Masa ni Zahra sangat suka makan oat berbanding bubur nasi..Ini bubur oat dengan puri mangga.

Setakat ni sampai dah setahun mummy just kenalkan bijirin beras dengan oat je...Cous cous ke, millet ke apa ke yg pelik2 tu mummy tak bagi pun. 

Sebelum masak kene rendam dulu beras dan oat.

Menerusi HSFFYB juga mummy dapat tahu yang kita perlu rendam bijirin untuk bayi. Beras perang dan oat perlu direndam di dalam air masak atau air tapis atau air nyahklorin bersama sedikit perahan jus lemon atau limau nipis selama sekurang-kurangnya 12 jam. Ini untuk memudahkan proses penghadaman bayi kita. Lagipun bila da rendam cepat skit masaknya. Beras perang bila da direndam warna perang dia akan luntur, oats pula akan mengembang bila da direndam.

Lepas rendam tak perlu basuh, boleh masak dengan air rendaman..tp mcm ada bau masam skit la, sebab tindakbalas berlaku masa merendam tu..proses penapaian nama dia. Oh ye boleh baca dan khatam blog cikgu besar HSFFYB untuk fahamkan kaedah dan mengapa perlu merendam.

Ehem-ehem: Masa mula-mula mummy rendam beras perang 12 jam esoknya mummy tengok mmg air tu berbuih n bau masam mcm da basi, mummy da risau dah apsal jadi mcm gini..tp rupanya normal n takde apa masalah pun. Tapi bila mummy da masak pun still bau tu tak hilang so mummy pun decide buat cara mummy je sendiri. 

Cara mummy ialah, sebelum tido mummy akan amek portion banyak mana nak makan esoknya beras/oat tu. Kemudian mummy basuh bersih-bersih dan rendam dlm air tapisan dan sesudu jus lemon (ada orang tambah tepung gandum). Esoknya bangun mummy basuh balik beras/oat tu dan masak mcm biasa. Kiranya tak sampai 12 jam pun.

Macamana nak masak bubur nasi/oat?


Ni kes gas habis, so masak dalam rice cooker la..huhuhu

Oh senang je. Macam kita masak bubur la, lebihkan air masa masak bubur tu, kemudian kene rajin cek takut hangit or kering je air dia. Kalau air da kering, tambah lagi air dan tambah dan tambah sampai la jadi bubur or nasi/oat tu da masak. Oat lagi cepat masaknya dari beras perang. Bila nasi/oat da nak masak leh tambah puri sayur dan buah yang dah pass. So takdela makan bubur kosong kan..Ada la rasa skit dari sayur n buah tu.

Ada yang blend utk dptkan tekstur bubur yang halus, tapi mummy tak blend pun, rasa cam tak berbaloi pun sebb sikit sangat. So apa yang mummy buat ialah mummy akan guna penapis dan tenyeh2 bubur tu kat penapis. So hasilnya memang bubur yang halus mulus la.

Kemudian mummy bubuh dalam bekas tupperware dan letak dlm beg tahan panas katanyaaaa cap Daiso utk dihantar ke rumah BS, sampai di rumah BS (dlm 20 min perjalanan naik kete tanpa jem) terus mummy suh BS masukkan dlm peti ais tu pun kalo bubur da sejuk, kalo panas lagi, tunggulah sejuk dulu baru masuk peti ais ye. Nak makan tinggal panaskan dalam bottle warmer je. Senangkan.


Guna tupperware Ikea hadiah kahwin gituuu

Oh ye mummy masak hari2. mummy tak buat pun stok puri beras ke oat ke sebb mcm pelik je. So mummy buat fresh everyday la, cuma puri je la frozen.

Masa Zahra 6 bulan setengah mummy da bagi Zahra dua kali makan, tu pun sebab BS kata tak cukup 1 tupperware. Bila dah 7 bulan mummy start bagi 3 kali iaitu breakfast, lunch n dinner mcm gambar kat atas tu..tak ingat plak bubur apa yang mummy masak tu

Ok sebelum ke hujung entry jom kita tengok reaksi testimoni kecik.heheh..



Mummy masak apa hari ni..(muka blur bangun tido terus lapar)



Aummmm...nyam nyam...mummy masak apa pun sedapppp :)

Penulisan mummy berkenaan pemakanan bayi ni adalah sekadar untuk perkongsian bersama. Mummy bukanlah pakar pemakanan, bukanlah pakar kanak-kanak tapi mummy nak jadi pakar kepada Nur Adibah Zahra dan insyaALLAH kepada anak mummy yang lain jugak nanti. Setiap ibu pasti mau yang terbaik utk anak mereka kan, so utk jadi pakar a.k.a the best mum pepandailah cari ilmu. So ilmu yang mummy dapat ni mummy kongsikan bersama bakal ibu dan mereka yang berminat, kalau tak berminat dan tak percaya di atas apa yang mummy ceritakan ni terpulang, bukan mummy paksa pun utk ikut style mummy..hehehe. Mummy gagal dalam pemberian susu ibu kepada Zahra so mummy tanak gagal dalam pemberian makanan yang terbaik utk anak mummy...

Next entry berkaitan penggunaan minyak zaitun dalam tumis-menumis dan dairy product mcm keju, butter, tofu dan yogurt.

Sharing is caring, wassalam :)




13 comments:

  1. saya bubuh juga dlm tupperwear kecik tu yg beli di ikea. tapi bila sengetkan mesti tumpah atau air masuk bila kita nak panaskan.jadi tak dapat nk panaskan dlm bottle warmer. so how?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksudnya awak letak tupperware tu dlm bottle warmer ke...sy guna bottle warmer little bean..dia ada bekas utk panaskan makanan..so cara sy ialah masukkan air sampai paras yg dah ditanda dlm bekas tu, then masukkan bubur dlm bekas makanan tu n letak kat bekas bottle warmer..letakkan knob kat gambar makanan..pastu tutup bekas makanan tu..so takdelah tumpah ir air masuk..kalo letak air ikut sukatan, n laraskan knob kt gambar makanan air takkan melimpah bila mendidih n tak masuk kat makanan..bila lampu padammaknanya makanan da panas :-)

      Delete
  2. Frozen puree tu bila dh campur dgn bubur, mmg elok ye sampai ptg? sy risau takut basi. camne ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. better bubur tu masuk dalam peti ais..bila nak makan just panaskan suam2 jer..so bubur tahan wpun ada frozen puri ke ayam ke sayur ke..

      Delete
  3. Nak tanye..bubur pun kene bg ikut 4day jgk ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pertama kali baru nak perkenalkan bubur kosong, kene ikut 4 hari jugak, kalau baby tak elergik or sembelit bolehlah teruskan bagi macam biasa. Kalau ada ikan or sayur or ayam nak masuk kat dalam bubur tu dan lauk pauk tu baru pertama kali nak bagi makan, kene ikut 4 hari jugak :)

      Delete
  4. NAK TANYA:
    Xpe ke if masa masak bubur masukkan frozen, then kat umah BS masuk dlm fridge, and then panaskan balaik bila baby nak makan..
    Maksudnye frozen tu dipanaskan (masa masak bubur td) kemudian disejukkan pulak (masuk fridge kat umah BS), lastly panaskan masa nak bagi baby.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maknanya awak buat stok bubur la ek..takde masalah tapi better bagi yg fresh setiap hari..maknanya masak setiap pagi, masuk dalam bekal atau termos. Bila sampai umah BS kalau makanan tu dah sejuk masukkan dalam peti ais, bila nak makan panaskan je..tak perlu frozen

      Delete
  5. linda..anne add dlm following list ye blog awak ni.. mcm byk info. lately ni anak pon mcm wat perangai sangat xnak makan. mungkin da boring kot.. asek bubur n puri jek.. sbb anne pon konfius nak bg die makan yg cmne.. kdg2 bg puri die uweek kan.. bg yg a bit lumpy pon die uwek kan.. tapi yang anne tau die nak makan yg kita suap ngn jari..ermmm belagak org besar sgt.. heee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan anne..info ni utk kita semua..anak anne da bape bulan..maybe dia dah tamo puri kot..kalo dah 8 bulan ke atas dah leh try makanan yg hancur skit n tak bape halus sgt mcm puri..kasar2 skit..maybe dia nak yg mcm tu..tp kene monitor anak takut tercekik..

      Anne pun leh bagi buah2 yg dipotong kasi dia pegang n makan..yg tu maybe dia lebih enjoy makan

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. utk bby 7bulan xpayah ltk ayam or ikan or etc ke???

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayam 7 bulan boleh bagi..tapi daging dan ikan 8 bulan baru bagi.. 7 bulan boleh masukkan ayam sayur-sayuran yang dah pass masa 6 bulan ke dalam bubur..bubur pun boleh tambah kurma dan buah-buahan jugak

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...