Nuffnang Ads

Tuesday, 3 March 2015

GDM @ 31 weeks

Assalamualaikum.

Apa tu GDM? Ibu-ibu mengandung khususnya pun ada yang tak tau yela yang tak pernah kena memang tak ambil tahu kan? Huhu. Mummy pun bila kena barulah study menda alah ni.

GDM tu ialah Gestational Diabetes Mellitus atau dalam istilah mudahnya kencing manis atau diabetes semasa hamil. Kalau tak hamil tu diabetes biasalah. 

Mengikut portal MyHealth, mummy ringkaskan la ye GDM adalah sejenis gangguan atau ketidaktentuan yang menghalang badan dari menggunakan makanan dengan berkesan. Semasa kehamilan, kesan insulin (yang mengawal proses penghadaman karbohidrat ringkas dan kompleks untuk membentuk glukosa) akan terganggu sedikit disebabkan oleh pelbagai hormon yang dihasilkan oleh plasenta/uri. 

Dalam bahasa mudahnya pula, masa mengandung hormon kita terganggu menyebabkan gula dalam badan tu tak terkawal jadilah kencing manis. Biasanya lepas melahirkan diabetes tu akan hilang, tapi ada kemungkinan jugak ibu itu berisiko untuk kena kencing manis jugak.

Oklah mummy cerita pengalaman mummy bila disahkan kena GDM ni ye. Kita buat kronologilah senang sikit nak baca kan.



Daripada tag putih takde masalah terus bertukar tag hijau sebab GDM. Bila admit hospital senang nurse dan doktor dah tau.

23 Dis 2014:

Disebabkan cek-up sebelum ni mummy naik 2/2.5kg dalam masa sebulan, nurse ada kata akan kena minum air gula sebab berat badan naik mendadak. Bila cek kali ni 29 minggu alhamdulillah berat mummy just naik 1/2 kg je dalam masa sebulan. Nurse tengok ok, takde cakap pun pasal air gula.
Prosedur minum air gula ni dipanggil MGTT (Modified Glucose Tolerance Test), untuk tengok tahap gula dalam darahla.

Bila jumpa doktor, doktor tanya pernah minum air gula tak. Mummy kata pregnant kali ni belum pernah lagi. Pastu doktor kata kali ni minum air gula wajib especially bila umur da meningkat. Errr ok, so doktor setkan minggu depan Jumaat pukul 8 pagi tepat kena ada kat klinik. Malam tu pukul 12 ke 10 ek doktor suruh puasa. Dekat klinik tu memang Jumaat hari minum air gula, takde cek-up pun. So redha je la. Masa Zahra dulu kena gak minum air gula, tapi masa tu klinik kat hulu kelang ni taraf klinik desa so takde doktor, so prosedur tu kena buat kat klinik AU2. Tak silap masa tu baru pregnant jugak macam baru nak masuk trimester kedua, babah temankan masa tu. Alhamdulillah mummy tak sangkut pun. Huhuh

2 Jan 2015:

Tiba hari yang dinantikan. Jeng jeng jeng. Mummy sampai dalam pukul 8 lebih dan dapat nombor 7. Babah tak temankan sebab kerja, tapi lepas mummy setel mummy akan balik dan hantar babah ke rumah mama untuk ambil kereta. Nasib baik assignment babah dalam pukul 10-11, so mummy rasa sempat.

Sampai giliran, mummy masuk ke bilik rawatan untuk ambil darah dulu, kemudian terus diberi minum air gula kat luar. Perghhh, segelas tu mcm gelas minum teh ais kat kedai tomyam, bukan kedai mamak tau. Ingatkan suam tapi dah sejuk suhu bilik gitu, baca bismillah telan pelan2. Mula-mula minum ok lagi boleh tanggung tahap kemanisan dia, bila dah nak habis tu baru rasa dia punya melekit gula tu melekat kat kerongkong. Lepas habis minum mummy terus ke sinki untuk berkumur, bukan apa nak elak daripada terus terasa kemanisan glukos tu kat tekak ni. 

Mummy tanya nurse boleh balik tak sebab kena tunggu 2 jam, dan still kena puasa, tak boleh makan minum sebab kena ambil darah lagi lepas tu. Nurse kata tak digalakkan berada di luar kawasan klinik sebab takut pitam or pening. Kalau nak keluar jugak atas tanggungjawab sendiri. Alamak, cane ni nak ambil babah. Mummy wasap babah, nasib baik dia leh ejas masa assignment dia sebab tinjauan je pun. So babah akan tunggu sampai mummy balik. Dalam masa sama dia risau takut mummy pening.

Alhamdulillah takde pening ke loya ke apa, cuma seksanya nak tunggu 2 jam. Duk peratilah gelagat mak-mak semua yang minum air gula. Ada yang sekali teguk, ada yang berkerut-kerut nak habiskan, ada yang terlentok kat bahu suami, ada yang terlentok kat kerusi sebab suami takde. Peningla tu. Mummy duk berborak je dengan kakak sebelah.

Setel dua jam, tak sampai dua jam pun ada dalam 15 minit lagi sebenarnya, mummy dipanggil untuk ambil darah sekali lagi. Ambil darah tu untuk tengok sebelum dan selepas pengambilan glukosa berapa tahap gula dalam badan. Nurse kata kalau result ok, just tunggu je sampai next cek-up, kalau tak ok nurse akan call sendiri sebelum tarikh cek-up. Ok berdebar lagi sambil berdoa agar tak sangkut. Yelah hari sebelumnya kan mummy duk melantak makan manis-manis kat Suka Sucre Bistro tu. 

7 Jan 2015:

Mummy off time ni. Dalam masa sama pun duk berdebar kot-kot nurse call. Tapi dalam masa sama fikir result ok kot, sebab takde call pun. InsyaAllah. Dalam pukul 3 tiba-tiba nombor klinik naik kat tipon. Alamakkkk...sahhh. Nurse kata mummy sangkut GDM so dia bagitahu esok kena ambil darah empat kali. Yeee...empat kali kauuu...Nurse pesan malam tu kene puasa pukul 10 malam, esoknya ambil darah kat makmal klinik kesihatan pukul 8 pagi, lepas tu breakfast then terus puasa sebelum ambil darah lagi pukul 10 pagi. Kemudian pukul 12 tengahari kene puasa balik sebab pukul 2 ambil darah dan akhirnya pukul 6 puasa sebab pukul 8 pulak kena ambil darah. Kiranya 2 jam sebelum ambil darah kena puasalah. Pasrah la mummy.Prosedur ni pulak rutinnya adalah 2 minggu sekali ambil darah, kalau result teruk maybe seminggu sekali kena ambil. Yang tak tahan ulang-alik klinik tu boleh beli sendiri alat tu dan cek sendiri kat rumah. 

8 Jan 2015 (31 minggu):

Mulalah rutin ambil darah 4x. Nasib baik mummy mintak off sebab hari ni pun hari cek-up mummy. Sekarang dah start 2 minggu sekali kena cek sebab tu mintak off siap-siap kat bos, malas nak amek time slip sebab lepas cek tu nak rehat je kat rumah. Kebetulan babah pun off hari ni. Pagi-pagi mummy bangun siap buat nasi goreng lagi untuk sarapan dua beranak tu. Tapi mummy tak makan la kan kena puasa. Huhuhu. Dalam 8 lebih mummy sampai ke makmal untuk ambil darah. Prosedur ni dipanggil BSP ( Blood Sugar Profile). Petugas tu cucuk kat hujung jari dan tunggu bacaan dalam tak sampai seminit. Alhamdulillah 4.8 je. Normal la tu, jangan lebih 6.7 sudah.

Bacaan normal
Puasa: 3.5-5.3 mmol/L
2 jam selepas makan: 4.0-6.7 mmol/L

Lepas je ambil darah mummy terus balik rumah dan makan nasi goreng, sikit je sementara tunggu babah dan Zahra siap untuk ikut mummy g klinik pukul 10 nanti. Sampai klinik ambil darah result maintain. Mungkin sebab nasi yang mummy guna Herba Ponni Faeza. Walaupun beras tu tak sedap tapi sangat sihat dan sesuai untuk pesakit diabetes sebab kurang kanji dan kolesterol.

Lepas ambil darah, mummy terus ke klinik ibu anak kat sebelah klinik kesihatan tu. Sampai giliran nurse tanya akak buat MGTT ye minggu lepas. Mummy pun mintak result berapa.



Nahhh..amek ko. 8.23! Tinggi tu sampai tulis pakai pen merah. Jangan lebih 7.8 kalau tak silap mummy. Huhuhu. Betullah lain pregnant lain ragamnya. Kali ni memang betul-betul fragile, silap sikit adalah habuannya. Mummy anggap ini dugaan dan hikmahnya mummy kena jaga makanla. Jangan sampai kena cucuk insulin tu dah tahap bahaya dah. Tapi nasib baik juga mummy kena bila dah 3rd trimester. So takdelah lama sangat pantang makan, kang bersalin pantang lagi. Sekurang-kurangnya apa yang mummy nak makan dah tercapaila. Bayangkan kalau yang 1st trimester dah sangkut, memang takde kenikmatan boleh makan apa saja time mengandung. 

Bila dah berlaku macam ni, mummy pun terfikir jangan jadikan alasan mengandung untuk makan sesuka hati. Kadang tu mentaliti orang yang sogok kita dengan macam-macam makanan sebabnya kena dahulukan orang mengandung karang kempunan nanti. Bila mummy dah kena ni, mummy lebih berhati-hati especially makanan dan minuman yang manis-manis. Yang penting banyakkan minum air kosong ye. Huhuh.

Habis cek-up mummy ajak babah lunch kat Jusco. Kami makan Nandos je. Tak nak makan nasi sebab pagi tu dah makan nasi goreng kan. Side dishes mummy mintak wedges. Dah makan baru babah kata kentang tu gula tinggi, laaa awat tak habaq awai2 leh mummy order menda lain. Tapi belasah je la. Lepas tu terus ke klinik untuk ambil darah after lunch, resultnya 5.0, babah kata ni mesti sebab kentang tu la. So lepas ni mummy elak ambil kentang. 

Lepas ambil darah kami balik, mummy baring-baring kat katil sampai tertidur. Bila terjaga tengok babah dan Zahra pun join sekali rupanya. Pukul 4 mummy bangun dan kunyah cornflakes sebelum puasa 6 petang tu. Lepas maghrib terus ke klinik, amboi naik pulak 6.0. Ni mesti sebab mummy tidur, tak exercise dan cornflakes. Ok tak makan dah pas ni. Lepas cek tu ajak babah g belasah roti canai kat mamak. Lepas dendam puasa hari tu. Hahaha.


Mummy akui pregnant kali ni mummy kurang jaga makan berbanding Zahra dulu. Kali ni ada jugak mummy minum air gas walaupun tak banyak dan selalu, just untuk rasa je. Jajan pun makan, telur masin pun makan. Sori ye baby lepas ni mummy tak makan dah, kalau teringin sangat je mummy makan, tu pun kena kawal gak.

9 Jan 2015:

Selepas buat BSP, keesokannya wajib jumpa doktor untuk BSP review. Doktor nak tengok result darah kita macam mana. Pukul 8 pagi mummy dah sampai klinik, nasib baik mummy masuk kerja pukul 1 tengah hari. Babah dan Zahra masih berdengkur lagi kat rumah. Hari Jumaat kan hari MGTT, takde cek-up so kejap je tunggu giliran. Jumpa doktor pun kejap je. Doktor tengok result ok dan suruh teruskan jaga makan. Tapi doktor suruh repeat BSP dua minggu lagi. Oh ye yang tanya sampai bila nak cek darah? Ikut pada doktor, kalau tak puas hati sampai beranakla kena buat.

Pastu tiba-tiba doktor suruh ambil darah untuk tengok apa tah. Alamak, dahla pagi tadi sempat makan bihun goreng singapore. Matilah aku. Tawakal je la, mummy pun masuk bilik yg depa amek darah utk MGTT tu. Lepas tu setel balik, result 2 minggu lagi baru dapat. Alhamdulillah ok je keputusannya 5.2 mummy pun tak faham cane nak baca result tu. Doktor kata ok, so oklah.


Sampai ofis, mummy mulalah google pasal GDM ni dan cari info pasal supplement yang boleh membantu kawal gula masa hamil. Mummy pun jumpa Shaklee. Kali ni pun mummy memang tak ambil mana-mana supplement, hanya bergantung pada ubat klinik je. Masa Zahra dulu mummy makan set Salindah. 

So mummy pun tanya kawan mummy yang jual Shaklee pasal produk yang terbaik untuk GDM, dia suggest 3, tapi mummy beli 2 je. Mummy beli B-Complex yang boleh tukar gula kepada tenaga dengan Ostematrix untuk kalsium. Lepas je kena GDM terus mummy tak minum susu sebab manis kan. Yelah, susu coklat Farm Fresh kan manis bukannya susu untuk ibu mengandung sebab mummy tak lalu.

Bila dah dapat ubat tu mummy pun consume la. B-Complex mummy ambil sebiji sehari lepas breakfast. Ostematrix pulak 3 biji walaupun disuruh 4 biji kalau tak minum susu, sebelum tidur. Alhamdulillah nampak keberkesannnya.

22 Jan 2015 (33 minggu):

Kali kedua cek BSP. Babah takde, outstation ke Kelantan untuk misi bantuan banjir. Mama tidur rumah temankan mummy. So mama jaga Zahra dulula sementara mummy cek-up dan ambil darah ni.

Result pagi tu 4.7, balik je rumah makan mee goreng mama buat dan terus puasa. Pukul 10, result naik sikit 5.8. Mummy takleh la, kalau naik je stress walaupun naik sikit dan belum paras bahaya pun. Huhuh. Cek-up semua ok dan yang paling ok berat badan mummy maintain dari 2 minggu lepas. 77 kg je. Berkat jaga makan lettew. Syukur. Tengah hari tu balik makan mama masak. Tak ingat pulak lauknya. Kemudian cek darah result turun balik jadi 4.6. Petang tu mama goreng cucur udang tapi mummy tahan dulu. Lepas setel cek darah malam tu 5.2 balik rumah terus makan cucur. Tu jela yang mummy makan.

23 Jan 2015:

Hari ni jumpa doktor, katanya BSP well controlled dan suruh teruskan jaga makan. Tapi yang tak bestnya doktor kata bila dah disahkan GDM ni yang penting bersalin tak boleh melepasi EDD, kalau takde tanda jugak sehari sebelum EDD tu kena ke hospital untuk induce. Haaa?? Kiranya menyerah diri untuk dipaksa beranak. Sebab risiko GDM ni takut baby besar kalau lebih hari, dan mungkin juga baby boleh lemas. Ok doktor saya pasrah.

Balik je ofis apa lagi time takde kerja mummy pun google pasal induce. Yelah tak pernah kena kan. Masa Zahra dulu bersalin normal dan sakitnya datang sendiri. Ada yang kata induce lagi sakitla, ada yang kata induce tu sama je sakit contraction. Mana ada bersalin yang tak sakit kan. Mummy google lagi apa makanan yang boleh mudahkan cepat bersalin dan naturally induce. Mummy pun jumpa VCO (minyak kelapa dara) dan RTL (daun teh raspberry). Terus cari sapa yang jual. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan mummy. Mummy terjumpa sorang ni yang jual RTL, siap COD lagi, so tak payah nak mintak pos-pos. Mummy ambil 2 kotak, sekotak RM22. 

Kemudian mummy teringat kawan mummy pernah pos pasal VCO kat FB dia, terus tanya dan dia kata menantu baby sitter anak dia yang jual. Alhamdulillah, jimat lagi duit pos sebab boleh kirim kat kawan mummy ni. Yang penting dalam bentuk soft gel ye sebab mummy ni susah sikit nak telan kalau liquid. Mummy beli 2 botol dapat harga RM35 sebotol. Mummy pun beli yang liquid jugak untuk sapu kat perut dan urutan perinium (sampai sekarang tak buat lagi, seriau pulak, ni utk elak episotomi). Minyak kelapa dara ni pun bagus untuk baby. Harga pun sama macam soft gel pun. Mummy consume sebiji siang dan sebiji malam.

5 Feb 2015 (35 minggu):

Kali ketiga mummy buat BSP. Result pagi makin turun 4.0 je. Lepas tu terus makan roti wholemeal kosong 2 keping. Pukul 10 result naik sikit 5.2. Cek-up kali ni berat badan turun setengah kilo jadinya 76.5kg. Siap pen merah lagi, tapi nurse tak bising pun. Supplement ditambah dengan jaga makan alhamdulillah. Lepas cek-up tu mummy tapau nasi dan makan macam biasa, siap beli goreng pisang dan keropok lekor lagi. Mummy skip pisang sebenanya sebab manis kan. Cuma teringin plak rasanya, tapi kena bilas dengan air kosong banyak2la. Result thari tu maintain 5.2. Petang tu mummy makanla pisang goreng dan keropok tu sebelum puasa dan resultnya naik sikit je 5.8. Alhamdulillah. Takde pen merah lagi setakat ini. Heheh.



6 Feb 2015:

Jumpa doktor untuk review BSP. Doktor kata BSP optimized. Kiranya terkawal dan result cantikla, syukur. Heheh. Tapi doktor kata kita buat sekali lagila. Eh tapi raya cina pulak. Hmm takyah buat lagi dahlah. Haaa? Betul ke ni doktor. Doktor kata tak payah, confirm. Rasa nak lompat bintang masa tu jugak. Seronok tak terkata. Mummy tanya saya still kena induce jugak ke doktor, kononnya macam dah bebas GDM kan. Doktor kata still kena induce, dan repeat kena serah diri kat hospital kalau still takde tanda bersalin. Huhuhu.

Walaupun dah tak buat BSP bukan bermakna boleh suka ria makan apa saja. Mummy still kawal pemakanan cuma kadang-kadang tu ada cheat day. Heheh. Tapi still sedar diri, lepas cheat tu kena minum banyak air masak dan exercise dengan banyak berjalan.

Ok mummy kongsikan diet mummy ye sepanjang kena GDM dan pantang tu lebih sikit masa hari ambil darah.

Pagi: Roti wholemeal kosong 2 keping.
Tengah hari: Makan nasi macam biasa, lauk banyakkan sayur.
Petang: Biskut kosong (kadang-kadang cecah dengan milo kosong, kadang-kadang je tau, kebanyakannya kunyah macam tu je).
Malam: Repeat roti atau biskut. Kalau lapar sangat makan je berat tapi elakkan repeat nasi. Selepas pukul 10 malam tak makan dah.

Buah pun mummy jadikan snek antara makan, kalau nak menda manis sikit makanlah buah. Memang bawak bekal buah hari-hari macam oren, pear, buah lai, kebanyakannya epal hijau. Anggur dielakkan sebab gula tinggi.

Bila cheat day makan jugaklah kuih manis-manis, waffle coklat peanut butter, kek coklat tapi berpada-pada. Jangan banyak sangat cukup sekadar merasa. Pastu jangan makan lagi dalam masa seminggu tu. Kiranya sehari seminggu cheat day. Heheh. Kalau teringin sangat teh ais kegemaran pun mummy still minum cuma request kurang manis la. Sama macam milo, kadang tu mintak kurang manis, kadang tu mintak milo kosong. Teh o mummy mintak nipis kurang manis. 


Sini mummy kongsikan pulak makanan tambahan yang mummy ambil ye. 

B-Complex Shaklee:

Mummy ambil ni sebab kandungan vitaminnya mampu menukarkan karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga. Kiranya gula dalam badan tu jadi tenaga, tak berkumpul sampai banyak sangat dalam badan. Lagi satu kandungan asid folik dalamnya pun sangat sesuai untuk ibu hamil dan bayi. Mummy ambil sebiji setiap kali lepas sarapan pagi.

Ostematrix Shaklee:

Ini pengganti susu buat mummy. Ia lebih sekadar kalsium yang membantu pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk menjaga kesihatan yang lebih baik.

Mummy tak pernah ambil 4 biji, payah tul nak telan. Biasanya mummy ambil 3 biji je sebelum tidur. Yang penting lepas mummy makan oste ni mummy dah tak kena simpul biawak masa tidur. Alhamdulillah.

VCO Catalyst:

Banyak khasiat minyak kelapa dara ni. Khususnya untuk kulit yang bermasalah macam jerawat, jeragat, just sapu je kat muka. Boleh juga pakai dengan foundation. Tapi buat masa ni mummy tak tumpukan pada kulit muka pun sebab mengandung kali ni alhamdulillah takde masalah muka. Langsung tak keluar jerawat, cuma awal-awal je pastu takde dah. Kadang tu tak payah bedak pun. Haaa kelas kan. Heheh. Masa Zahra dulu sampai pantang muka naik jerawat. Huhu. Yang jenis cecair mummy sapu kat perut untuk strech mark dan kurangkan gatal. 

VCO ni bukan saja baik untuk wanita dan ibu hamil, tapi untuk kanak-kanak dan orang lelaki. Banyak khasiatnya bolehla google. Mummy beli vco ni sebab nak mudahkan kelahiran. InsyaAllah kita rancang, usaha dan akhirnya serah segala-galanya pada Allah untuk tentukan nasib mummy masa melahirkan nanti. Yang penting usaha, doa, tawakal, ye dokk.. Selain tu vco ni pun membantu kawal gula dalam darah, sesuai la untuk ibu-ibu yang GDM.

Antara kebaikan vco sepanjang kehamilan dan membantu melancarkan proses kelahiran ialah:

1. Proses bersalin normal akan mudah dan lancar. Ada testimoni tu kata anak meluncur berdesup je. Huhuh rezeki dia la kan.

2. Kulit bayi lembut dan kurang jaundice

3. Kurangkan alahan dan morning sickness, strech mark kat perut, tiada masalah keputihan.

4. Sapuan pada luka bersalin akan dapat mencegah jangkitan kuman, cepatkan proses penyembuhan dan elakkan parut.

Daun Teh Raspberry:

Pertama kali mummy dengar pasal teh ni. Tu pun setelah mummy post dalam FB pasal induce dan ada sorang kawan mummy cadangkan minum air teh ni. Apa lagi google la mummy pasal khasiatnya.

Antaranya:

1. Mengendurkan otot-otot di sekitar pangkal rahim (uterus) dan pelvis ketika contraction bagi membantu proses kelahiran bayi dan plasenta. Ia juga mengurangkan pendarahan berlebihan selepas bersalin.

2. Menenangkan rahim ketika peringkat terakhir menunggu kelahiran.

3. Kaya dengan zat besi, kalsium dan magnesium yang amat membantu dalam menguatkan otot rahim. Ia juga mengandungi vitamin B1, B3 dan E yang amat berguna dalam proses kehamilan.

4. Membantu kesuburan, meningkatkan kandungan susu ibu, mengatur kitar haid, mengurangkan demam dan cirit-birit.


Mummy beli dalam bentuk uncang senang nak bancuh. Ada jual kat farmasi yang jenis loose. Ikutkan tak payah tambah gula, tapi mummy tambah sikit je sebab rasanya kelat-kelat, bila letak gula tu kurang sikit kelatnya.

Mummy start minum bila kandungan 36 minggu. Minum awal kang takut kontraksi awal pulak. Sila dapatkan nasihat doktor kalau nak minum awal kehamilan sebab salah satu khasiatnya pun kurangkan morning sickness. Tapi biasanya doktor mana suggest supplement ni, semua kena bergantung pada ubat doktor. Huhu. 

Mummy minum setiap pagi lepas sarapan. Masa minum tu terasa gakla kembang kuncup perut ni. Bila da start minum kerap pulak Braxton hicks. Takpe untuk training kan, sambil tu leh training teknik pernafasan jugak.

Bila dah 39 minggu boleh minum 2-3 kali, dan sebelum ke labour room pun still boleh minum. Ala-ala air selusuh gitula. So mummy plan nak bawak sebotol untuk ke labour room nanti. InsyaAllah.

Lepas bersalin pun still boleh consume semua supplement ni untuk tambahkan susu pulak. Tapi tengok jugak ye kalau baby tak tahan, kena la stop dulu.

Sampai sini saja. Semoga coretan ni dapat beri panduan kepada para ibu yang hadapi masalah sama macam mummy. Wassalam...

22 comments:

  1. Assalamualaikum.. wahh pengalaman betul.. thanks sharing makanan tambahan yang sesuai untuk ibu mengandung. next baby, kena jaga2. ehhehee

    ReplyDelete
  2. Wassalam...tu la pasal...kalau da ada sejarah GDM ni next baby ada kemungkinan boleh kena lagi

    ReplyDelete
  3. Wife kena minum air gula minggu depan, usia kandungan 9 minggu. Awal betul mungkin sbb Wife buka buku pink masa usia kandungan 5 minggu. So dorang terus set next appointment minum air gula. Wife boleh minum dengan berjaya ke tak dahla masuk 8 minggu terus alahan muntah-muntah. Doakan Wife saya selamat semasa mengandung dan bersalin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh cepatnya bukak buku..lain kali 2 bulan baru bukak buku pink..papepun semoga berjaya kat wife..yg penting suami temankan masa wife minum sebab lepas minum tu akan rasa nak muntah dan pening

      Delete
    2. Wife saya kena jugak GDM. Minum air gula 13/10/2015 pada minggu ke 9, dapat panggilan dari klinik pada 30/10/2015 untuk 1st BSP 4x daily pada 02/11/2015 dan review doctor 03/11/2015. Setakat ini 2x BSP wife dah buat result ok tapi kena repeat jugaklah pada 30/11/2015, wife buat sendiri sebab nak berulang ke klinik sampai 8 malam memang jenuh jugak. Kalau kena buat sehingga bersalin ada 12x lagi BSP ni.

      Delete
    3. alahai...kantoi jugak ye..so wife kene jaga makan tau..kurangkan yang manis2...sebenanya depend pada doktor kalau result cantik je setiap kali buat bsp..doktor akan stopkan bsp ni..macam saya gak la...cuma lepas bersalin kene stay hospital 1 malam sebb nak monitor kandungan gula kat baby..so baby kene cucuk amek darah..lepas 2 bulan kot wife kene minum air gula balik utk cek sama ada kencing manis tu still ada bila da lepas bersalin..kalau xde so gdm tu mmg time pregnant je ada

      Delete
  4. Salam, saya pun GDM dan buat lebih kurang mcm awak buat. Cumanya saya berminat dengan VCO. Nk yg mcm awak beli sb selalu saya survey mahal, awak beli rm35 sebotol, murah juga. Mana awk beli, leh share tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni harga kenkawan...sebab member yang kenalkan..harga sebenar Rm37 ke RM38 sebotol

      Delete
    2. Salam. Boleh x rekemenkan. Sy nk beli VCO ni.

      Delete
    3. boleh wasap no ni 012 3136107 - siti amlinda

      Delete
  5. BSP kita kantoi... merah waktu pagi. dh kena cucuk insulin wktu mlm...
    daun teh raspberry tu beli ktne? boleh bg link tuk kita refer..1st time daun tu.. -cataleya-

    ReplyDelete
    Replies
    1. daun tu bukan utk kencing manis tau..tu untuk senang bersalin katanya..

      Delete
  6. Paling tak best masa minum air gula tu..nak muntah rasanya...saya pun gdm masa mengandung..huhu

    ReplyDelete
  7. Saya dua kali mengandung, kena buat MGTT, sebab ada keturunan  kencing manis. Mesti kena 2 kali minum, pertama kali minum , muntah, so kena repeat.. ๐Ÿ˜‚

    ReplyDelete
  8. Terhibur saya baca, hehe...
    thank you sharing pengalaman,

    ReplyDelete
  9. sekrang semua dah wajib buat kan

    ReplyDelete
  10. produk shaklee yang satu lagi...produk apa ya nama dia...

    ReplyDelete
  11. kalau cek bps dekat farmasi kena cas berapa ringgit ye?sbb sy xde alat tu

    ReplyDelete
  12. Sis ade kena ambik darah tak tuk buah pinggang Dan 3 Bulan puasa?

    ReplyDelete
  13. ๐Ÿ’Assalamualaikum slm sejahtera warga group๐Ÿ“ข
    ๐Ÿ’ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye๐Ÿ“ข๐Ÿ˜‰

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kencing manis dan jugak kisah hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 yang pulih dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit....

    Boleh Call atau Wasap terus pengasas die..nanti blh cerita direct kt dia kita sakit apa dn lain2.. direct terus senang kn .ni nmbor dia.๐Ÿ‘‰๐Ÿผ *En Mohd Zuhairi- 0174687570*

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau..kanser yg sudah merebak ke organ2 lain pon boleh diubati insya Allah.☺๐Ÿ‘๐Ÿป

    3)Pengamal perubatan herba ni dh banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser..ade ramai yg dh pulih....

    5)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    6) Bagi yang ada sakit *KENCING MANIS* pon boleh mendapatkan ubatan *paling mujarab* , termasuk *kencing* *manis* *kronik* seperti *kaki* *berlubang* dan *bernanah* *sehingga* *tidak* *perlu* *dipotong* .

    Sy share melalui pengalaman sy sdri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sdri pon guna produk die (jus herba) dh 3thn.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar knser yg tepat .๐Ÿ’ช๐Ÿผ

    Nanti dh beli produk die blh join group wasap..boleh la kenal2 pesakit die yg dh sembuh mcm yg sy knl antaranya
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4..
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan setahun saja untuk hidup.setia dengan jus herba ini.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    *Skg sudah sembuh dr kanser.*
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 *sekarang dh sembuh*
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    *Tengku Aziah bt Tengku Ishak,bacaan gula 16 ,bertahun thun hidap kencing manis,minum herba ini bcaan sntiasa 6 shaja *

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ▪Pn. Rugayah Jilani -
    Pesakit kanser payudara tahap 3B ketulan 10×10cm- *sudah sembuh !*
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ▪Pn. Noridah Md Dom - Pesakit kanser ovari tahap 3 merebak ke tyroid dan lymph- *sudah dapat kesan positif ,kesihatan beransur pulih.*
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Dan ramai lg lah yg dh sembuh dr kanser leukimia dll yg guna produk jutawan herbs nih....ini kenyataan..bkn rekaan.nti blh cntct en zuhairi dn pm sdri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    *En. Mohd Zuhairi - 017468 7570 ..*

    ๐Ÿ‘๐ŸปIn sya Allah nanti boleh join group wasap dan boleh pinjam semangat pejuang2 kanser yg lain

    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ

    *NOTE* :

    mohd zuhairi- *0174687570*

    ๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete