Nuffnang Ads

Monday 19 November 2012

Nutella Mug Cake


Assalamualaikum...

Sekarang ni mummy tengah cuti seminggu sebab babah outstation ke Jakarta n Bandung...syoknye kalo dpt ikut...org lelaki mana reti shopping rugi2 haih...

So untuk mengisi waktu cuti mummy pun membaking la...tekak ni nak mkn kek coklat tp nk yg simpel n mudah je. So mummy pun teringat la satu resepi ni dah lama mintak kat member FB cuma tak buat2 je..

Inilah dia mug cake..tp mummy buh dlm cawan dpt la 2. Kalo buh dlm mug mummy je la makan sorang tp tak tergamak lak tak tinggalkan utk babah..balik keje babah makan n kata sedap..heheeh..babah ni mummy masak sume sedap kan...alhamdulillah..masak penuh kasih sayang mestilah sedap.

So inilah resepinye.

Bahan A:
Sebiji telur
4 sudu besar gula
3 sudu besar minyak masak

Bahan B:
4 sudu besar tepung naik sendiri (kalo takde leh guna tepung gandum + sikit baking powder)
3 sudu besar serbuk koko
* Bahan B diayak

Bahan C:
3 sudu besar susu segar

Bahan D:
3 sudu besar Nutella

Cara2nya:
Pukul telur sampai kembang, masukkan gula sedikit demi sedikit, bila adunan nampak kembang, masukkan minyak dan kacau. Masukkan Bahan B selang-seli dengan Bahan C dan D, biar adunan dalam mixer dikacau sebati sampai nampak lembut dan berkilat (mummy tak pakai mixer pun sebb portion kecik..kacau pakai spatula jer). Bakar pada suhu 160 darjah selama 30 minit ataupun set high pada microwave selama 3 minit sahaja..

* adunan ni utk 1 mug besar or  2 cawan mcm dlm pix ni..selamat mencuba :)..oh ye boleh tukar Nutella pada peanut butter juga..




Monday 12 November 2012

Aktiviti di hujung minggu -part 3 (cream cheese choc cake & Spagethi Olio)

Assalamualaikum...gitulakan lama benor nak mengupdate entry aktiviti hujung minggu ni..dari minggu lepas bawa ke minggu ni...heheh

Ok kita sambung...so kejadian pada hari Ahad 4 Nov mummy hanya duduk rumah jer masak sebab babah kerja...jadi untuk breakfast merangkap lunch mummy masak spageti olio saja...malas nak masak nasi sebb mau membaking kek petang tu..lagipun babah keje kan mummy sorang je yg makan...

Spageti ni first time mummy masak lepas rasa kat kedai mana tah rasanya sedap n tanya pakcik google resepi spageti ni..lorrr senang jer rupanya...

Spageti Olio 


Bahan:
Spageti yang direbus
Bawang putih dan bawang besar/bawang holland yang dicincang
Minyak zaitun untuk menumis
Seafood - udang, kupang, sotong
Sosej (saja mummy tambah)
Garam
Serbuk Oregano
Lada Hitam
Cajun

Cara-cara:
Rebus spageti dulu, ketepikan
Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bebawang sampai naik bau
Masukkan seafood dan sosej..kemudian tambah air skit (ada orang buh stok ayam or kiub ayam tp mummy tak letak pun)
Kacau goreng buh garam skit utk sesedap rasa, kemudian masukkan spageti
Last masukkan serbuk lada hitam, serbuk oregano dan cajun..kacau2 siapppp dan bolehla di ngappp...

Babah puji n request suh masak lagi next time...alhamdulillah :)


Di petang hari pulak Zahra tido lama dari mummy bancuh kek sampai da siap kek tu baru dia bangun...dah lama teringin nak buat kek coklat kukus ni..satunya sebab nak habiskan serbuk koko kat dalam balang tu n stok cream cheese ada 2 ketul so amek seketul..resepi ni dapat dari group FB Resepi Turun Temurun.

Kek Coklat Kukus lapis Cream Cheese

Bahan A
1 cawan susu cair

1 cawan minyak masak @ mentega cair
1 cawan gula castor
1/2 cawan susu pekat manis
3 biji telur

Bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sdt soda bikarbonat
1 sdt serbuk penaik
3/4 cawan serbuk koko
*****semuanya d ayak.

- masukkan semua bahan A dalam blender dan blend hingga gula hancur.
- bahan b yang telah d ayak campurkan dengan bahan A sedikit demi sedikit.

untuk lapisan keju

BHN CHEESE..

250 gm cream cheese
60 gm gula castor
25 ml air
25 gm tepung gndudm
1 bj telo.

~pukul semua bhn kecuali telo hingga kembang dn gebu.
~ masukkn telo dn pukul lg.
* bila semua dh siap..boleh la kukus selang seli mcm buat kuih lapis...kukus dlm 10 minit..

untuk topping
- cairkan coklat menggunakan teknik double boiling.
- alihkan dr api masukkan susu pekat manis td.
****jikalau rasa toppingnyer pekat sgt boleh tambah sedikit susu cair
****untuk mengilatkan topping tambah sedikit marjerin.
 


Yang ni pun babah suka..alhamdulillahh...sampai nak tapaukan untuk mak mertua pun tak cukup..hehehe

Wednesday 7 November 2012

Aktiviti di Hujung Minggu (Bandar Akademia, Aroma Ikan Bakar)- part 2

penat la nak tulis panjang2 dlm 1 entry..so ni part 2..iaitu kejadian hari sabtu

Sabtu, 3 Nov 2012

Cadangnya nak g kenduri kawen kat Banting..tp dr malam semalam duk pk hari sabtu ke ahad...so pagi tu belek kad ek eleh ahad daaa....so tak dpt pegi la sebab babah keje...tak jadi g Banting babah ajak p tengok rumah kat Semenyih...Bandar Akademia katanya...brochure rumah tu mummy dapat dekat The Mall a.k.a Sunway Putra Mall ekk...tengok memang menarik..rumah landed, free hold, 50X80 kaki persegi, lot banglow, ada 4 bilik, ada 3 bilik..harga pun sangat murah utk banglo dan keluasasn yang sebegitu iaitu RM200,000++...

mummy bagi babah brochure tu n babah berminat..sebab murah dan landed pulak tu..mmg rumah idaman kami la..

Zahra pulak kena selsema, batuk n badan ada sedikit panas...berjangkit dari babah yg da baik demam...so sblm g Semenyih singgah g klinik dulu...

Perjalanan ke Semenyih agak jauh, kami lalu MRR2, kemudian masuk Lekas highway..bila da sampai Semenyih cari sign board Bandar Akademia...terus lagi dan terus lagi tak sampai2...da lepas Semenyih, da lepas pekan Beranang..adoiillllaaa jauhnya..nun kat Lenggeng nu...da masuk nogori ni..bukan Selangor lagi dah...n nak masuk ke kawasan tu pun melalui kampung2 dan sangatlah jauh...

Kami sampai dalam pukul 1 lebih..ramai org jugak..rata2 org Melayu..bila da bincang2 depa bawak p rumah  yg under construction dan tapak...ada tapak yg dekat ngan pencawang..tp sbenanya takdela dekat sgt pun...tapak tu agak strategik sebb dekat dgn proposed masjid, kedai dan security guard.

Kalo gov staff dpt rebat dlm RM20,000 utk rumah 4 bilik, dan boleh apply full gov loan..mummy ni baru je confirm surat official pun tak dpt lagi n tak pernah cek kelayakan boleh pinjam bape...huhuhu...prosedurnya senang jer...booking kene bayar RM3,000 cash bersama surat kelayakan pinjaman, legal fees free saje...kitorang masih berbelah bagi so dia kata just bayar RM200 utk cop tapak...alamak cash dahla takde...so bayar RM100 je..kalo takmo beli dia akan bagi balik duit tu...hmmmm duk pikir2 ni nak beli ke tak...lokasinya agak jauh...huhuhu...pk dulu la

Pintu masuk


Rumah contoh 4 bilik
* Pix dari FB Bandar Akademia..mummy tak sempat nak snap gambar sendiri

Balik dari Lenggeng terus g umah mertua kat Jalan Peel, Cheras untuk ambil in law g Kuala Selangor, then terus ke Rawang untuk ambil Maswan, kawan babah yg nak belanja kitorang makan seafood kat Kuala Selangor...haihhh mmg jauh betul travel di hari Sabtu tu..so sepanjang jalan ofkos la Zahra tido...mummy pun ikut tido sekali dahlah hujan ala-ala sepoi bahasa...

Sampai ke Aroma Ikan Bakar dalam pukul 8 lebih..terletak kat Jeram, Kuala Selangor, memang meriah sebab malam minggu kan...harga pun macam ok kot...kami makan Ikan jenahak sekor masak sambal, udang besar2 goreng butter, sotong goreng tepung, lala goreng serai semua dalam RM199...masakan pun sedap jugak kecuali udang yg tak bape garing...tp kenyang alhamdulillah...

Seperti biasa mummy tak sempat nak snap gambar sekitar restoran sebb sibuk melayan zahra


Kejap je dia behave kat baby chair ni...elok je makanan sampai dia pun sibuk la nak kuar dari kerusi tu...merengek2 nak dukung...mcm jeles je tengok mummy makan besar yer...

Monday 5 November 2012

Aktiviti di hujung minggu (Ketam Black Pepper, jalan2 Ikea)

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia gituu...

Weekend lepas mummy sgtla penat...mummy off Jumaat, Sabtu dan Ahad...babah pulak off Jumaat dan Sabtu..so Ahad je la yg mummy rest kejap...Zahra pun da besar tak meragam sgt cuma kene pantau je la bila dia lepas bebas meniarap..suka naa mengutip habuk2 n rambut2 mummy yg jatuh berguguran ituewww (pas sapu pun ada je selai dua gugur....gugur kronik ni pas bersalin sampai skang..rambut pun da panjang lg banyak gugur..bila tah nak potong..)...ok stop cite pasal rambut..jom tengok apa mummy babah Zahra buat last weekend..

Jumaat, 2 Nov 2012

Hari ni mummy decide nak masak utk lunch sebb lauk beli da lama kesian keras beku kat dlm freezer tu..so mummy masak ketam black pepper dan tahu jepun campur sayur..sedap kata babah..hehehe....mekasih..masak dengan penuh kasih syg gila tak sedap...seb baik masa lunch zahra tido so leh la meratah ketam dengan aman damai sentosanya...

Inilah menunya..resepi dapat dr blog..tp mummy olah skit sana sini..

Makan pulak dengan beras wangi masak panas2...perghhh sedap sungguh laa...hehehe



Cara masaknya senang, bawang merah, bawang putih, halia ditumbuk, kemudian ditumis...lepas tu masukkan  sos tiram, sos black pepper dan perencah black pepper maggi yg dah dibancuh air...kacau2 masukkan air lagi kalo nak berkuah...da mendidih tu masukkan la ketam..kacau2 dan tutup supaya ketam masak...siap...mummy tak buh garam, gula, ajinomoto memang dibanned kat dapur mummy sebb semua sos dan perencah maggi tu da sedia masin....


sayur ni pun salah satu lauk feveret mummy..selalu makan kat kedai je..so terasa nak masak sendiri so mummy pun google n olah sana sini ikut kesedapan lidah sendiri...

telur jepun dipotong dan digoreng..jgn sampai garing nanti tak sedap..1st attempt goreng sampai garing huhuh ilang kick dia....bila da goreng ketepikan...tumis bawang putih, masukkan sos tiram, tambah air, buh kicap baby...apa benda tu..baby makan kicap ke...ia adalah kicap cair cap baby..apatah nama dia..nanti mummy buh gambar di entry lain..bila da didih, masukkan sayur mayur...kat sini mummy buh brokoli, jagung kecik n kacang peas leper tu...then buh sikit bancuhan tepung jagung utk pekatkan kuah...da mendidih pecahkan sebiji telur..kacau2...last sekali masukkan tahu yg da digoreng, kacau2...siap...

lepas makan, solat dan sebagainya kitorang plan nak g Ikea...hajat di hati nak beli baby chair zahra..sebb dia da pandai duduk n makan pakai tangan..saja nak test sebb pas ni snang kalo p makan kat luar dudukkan zahra dlm baby chair je sebb zahra mmg tak minat duk dlm stroller...

pergi kat bahagian baby amek baby chair, n pinggan mangkuk plastik utk zahra...jalan ke depan skit jumpa lak benda alah ni..saja nak bagi try zahra naik dan dia suka...heheheh




kalo pergi Ikea tak makan meatball n karipap Ikea mmg tak sah kan..tapi mummy tak bape sgt ngan meatball tu sebb pelik tetibe ada jem dlm tu...tp karipap mmg suka..so ari tu babah beli 2 dozen karipap...sampai buat breakfast la utk esok..puas dah makan karipap...