Nuffnang Ads

Tuesday 30 December 2014

Zahra warded sebab bronchitis - Part 1

Assalamualaikum.

Ini kali kedua Zahra masuk wad. Tahun lepas bulan November pun Zahra warded sebab demam. Tapi kali ni sebab demam+batuk+selsema. Demamnya cecah sampai 40 darjah. Tu yang terus ke hospital. Kali ni agak mencabar bagi mummy sebab tengah pregnant 7 bulan. Zahra pulak meragam nak dukung je sampai tak larat kadang tu. Cuma mummy kene kuat dan lupakan sakit pinggang atau tak larat tu. Kadang-kadang dia nak dengan babah, tapi kebanyakannya dengan mummy la. Ceritanya begini.

11 Dis 2014 (Khamis)
----------------------------

Lepas ambil Zahra malam tu dia takde tunjuk apa-apa tanda sakit ke demam ke. Macam biasa. Malam tu mama pun ikut sekali balik rumah mummy sebab senang nanti nak gerak ke Penang terus je dari rumah. 

Dalam pukul 1.30 pagi, Zahra merengek. Mummy bangun buat susu sambil pegang dia. Eh panas la pulak, demam ke Zahra ni. Kebetulan babah pun terbangun so mummy bagitahu babah, babah ambil kain basahkan dan tuam kat kepala dia. Lepas minum susu dia pun sambung tidur. Ubat demam takde pulak kat peti ais kalau tak boleh bagi dulu.

Pukul 3 pagi babah kejut mummy kata badan Zahra panas sangat. Babah terjaga sebab tersentuh Zahra yang panas tu. Mummy terus ambil termometer. 38.5 darjah. Tapi Zahra tak merengek. Babah ajak gi Klinik Idzham. Mummy kata kalau tengah malam doktor jarang ada, so babah terus call, nurse kata doktor ada. Suhu macam tu baru nak demam katanya. 

Kami ke Klinik Idzham kat Bukit Antarabangsa. Doktor cek memang demam dan bagi ubat demam dan batuk sebab Zahra ada batuk sikit. Masa ni belum selsema lagi. Balik dari klinik kami terus bagi Zahra ubat dan dia tertido semula.

Mummy bincang dengan babah kalau pagi tu demam dia tak kebah mummy nak EL je. Babah tak boleh sebab cuti dah habis.

12 Dis 2014 (Jumaat)
----------------------------

Bangun subuh tu mummy cek badan Zahra tak panas dah. Dia pun lena tidur sebelah nek wan kat luar. Sebelum pergi kerja mummy cek lagi suhu, 36.5 darjah. Alhamdulillah...tak demam dah. Mummy pesan kat mama kalau panas bagi dia mandi banyak kali kasi keluar panasnya. Mama tanya kalau tak demam nak bagi ubat jugak ke. Mummy kata bagi je sebab esok nak balik Penang kenduri anak ateh kahwin.

Siang tu pun mama kata Zahra ok, normal je. Badan pun tak panas. Tapi tidur malam tu badan dia start macam dedar-dedar je. Banyak kali nangis nak susu. Masa ni mummy perasan banyak taik mata kat belah mata kanan dia. Aik sakit mata pulak ke. Malam tu mummy just tuam tuala basah kat kepala dia, tak nak dia demam lagi sebab esok nak jalan jauh. Tapi sebenarnya mummy tak sedap hati nak ke mana-mana memandangkan keadaan anak dara ni yang tak menentu.

13 Dis 2014 (Sabtu)
--------------------------

Bangun pagi Zahra macam biasa. Pak long belikan roti canai tapi dia tak nak makan. Offer sikit pun tak nak. Bangun tidur tu pun taik mata dia banyak kat hujung mata, mummy lap sikit-sikit. Masa ni batuk dia boleh tahan tapi tak kerap. 

Masuk kereta mummy offer buah dia tak nak, tapi dia nak makan kerepek pisang favourite dia. So sepanjang jalan dia just makan kerepek je. Mummy risau jugak sebab dia batuk kan, nanti makin teruk pulak. Tapi dah itu je yang dia nak makan.

Kami berhenti rehat kat R&R mana tah, mummy lupa. Orang ramai sungguh. Mummy belikan Zahra sup fishball. Suruh dia makan pun tak nak. Sibuk dengan lego yang baru beli, nek wan belanja. Tapi akhirnya dia makan jugak tapi sikit la, tak habis pun. 

Sampai je Penang petang tu Zahra dah macam tak selesa. Badan dia panas, merengek. Ateh offer sup ayam pun dia tak mahu. Sebelum siap nak ke Hotel Eastin kenduri sebelah perempuan, kami bagi Zahra ubat, memang berperang la. Tak suka sungguh dengan ubat macam mana nak baik. Huhuhu. Lepas tu mandi dan dia ceria balik.


Masa ni Zahra pun ok lagi. Tak meragam, badan ada sikit dedar tapi tak demam. Tengok tu siap fefeling nak nyanyi Let It Go.  Tapi bila masuk je dewan bila majlis dah nak start, dia macam tak selesa, babah sibuk ambil gambar, dia pun sibuk jerit babah dan suruh mummy bawak ke babah.



Tiba time makan, mummy bagi sup sayur dia makan sesudu dua, pastu kami kopekkan udang, dia tak nak. Dia nak turun dari baby chair so babah bagilah hand phone bagi dia leka kejap.



Sempat selfie dengan pengantin. Yang pengantin lelaki tu sepupu babah. Masa diorg bertunang mummy tak dapat pergi sebab cuti raya dipendekkan dan dipanggil kerja. Huhu. Masa ni Zahra dah terlena kat mummy. Kesian dia. Dahla first time pergi hotel ni. Sepupu-sepupu ajak main pun dia tak nak. Nak memerap je. Badan dia dah tak sedap time ni.

Selesai kenduri kami singgah kat kedai beli cool fever untuk Zahra. Malam tu kami tidur kat The Light Waterfront. Situ macam homestay, duduk sekali dengan saudara babah. Sampai je rumah, bagi Zahra makan ubat, salinkan baju dan dia terus tidur.

Mummy pulak sembang dekat luar, sekali dengar dia nangis, mummy cek badan panas sangat ni. Tepek termometer alamak 39.7 darjah masa tu dah pukul 12.43 tengah malam. Mummy pun sibuk tanya member biro Penang mana klinik panel ofis. Tapi malangnya klinik tu bukan 24 jam. Pastu biro chief kata ada satu klinik 24 jam, Klinik Aman namanya dekat dengan USM dan dekat jugak dengan tempat tinggal kami.

Sampai ke klinik tu rupanya bukan panel Bernama. Takpelah kami bayar. Nurse cakap kena tunggu lama sikit sebab doktor tengah jahit patient. Mummy kata anak saya demam panas sangat ni. Nurse terus masukkan ubat kat montot untuk kurangkan suhu sementara tunggu doktor. Sebelum masukkan ubat suhu dia dah 40 darjah.

Tak lama lepas tu baru dapat jumpa doc. Doktor cek tekak dia kata tonsil bengkak, tengok ada tahi mata. Doktor kata Zahra kene jangkitan kuman kat mata dari tonsil tu, sebab tu bertahi mata, nasib baik mata tak merah katanya. Doktor nasihatkan supaya Zahra dihantar ke hospital untuk masuk wad. Alamak, kami ni duduk KL doktor, takmolah berkampung kat Penang ni. So mummy decide untuk mintak ubat montot kat doktor, esok kami akan terus balik KL. So doktor bagi ubat bontot, ubat batuk kahak dan antibiotik.

Balik dari klinik, mummy mintak babah mandikan Zahra sikit untuk kurangkan panas badannya. Kesian dia menangis-nangis kesejukan. Lepas mandi, makan ubat dia terus tido. Mummy tetap tuam kepala dia dengan tuala basah.

14 Dis 2014 (Ahad)
-----------------------

Pukul 7 pagi mummy cek suhu Zahra 37.1 darjah. Alhamdulillah dah turun sikit. Doc kata cek suhu setiap 4 jam. Nasib baik memang bawak termometer dari rumah.  Sebelum kami cek-out pukul 11 tu badan Zahra dah turun lagi 36 darjah. Dah normal la tu. Tapi mood dia masih on off lagi. Tahi mata masih ada kat mata kanan tu. 

Dalam kereta dia macam dah ok sikit. Kami singgah lunch dulu sebelum balik KL sebab tak breakfast pun pagi tadi. Hajat nak makan gulai ikan sembilang tutup pulak kedai dia. So kami round-round bandar dan mama ajak makan kat warung masakan minang. Alhamdulillah..Zahra nak makan setelah beberapa hari tak selera. Dia makan nasi dan ayam goreng. Walaupun tak habis at least boleh tambah tenaga dan dia kembali ceria. 

Lepas makan mummy singgah beli jeruk jap untuk dibawa balik kampung time adik bertunang nanti. Saja makan rewang-rewang. Kebetulan mood Zahra pun dah ok. Lepas beli kami terus balik KL. Sebelum balik mama sempat cakap dengan ateh mohon maaf sebab tak sempat nak ke rumah diorg, dan tak dapat nak pergi kenduri belah diorg malam ni.

Sampai KL pun dah malam, jalan jem sungguh time weekend cuti sekolah ni. Memang penat. Malam ni kami tidur kat rumah mama sebab rumah takde elektrik. Malam tu tidur badan Zahra panas balik, dia kerap merengek dan gosok-gosok tekak dia. Mummy tak sedap hati sakit tekak ke.

Dalam pukul 12 tengah malam babah ajak pergi hospital. Kami ke Pantai Cheras, first time ni datang sini. Tak lama tunggu doc dah panggil. Doctor cina lelaki mcm pandang pelik je kat kami tak tau pasal apa. Doktor tanya itu ini, masa nak jolok tekak tiba-tiba Zahra muntah. Sebelum tu dia baru je minum susu, keluar balik susu tu, habis baju seluar mummy kena muntah. Lantai pun penuh dengan muntah dia.

Doktor cek macam ala kadar je. Takkan marah sebab lantai dia kotor muntah kot. Doktor tanya ubat demam batuk masih ada kan, so teruskan aje makan ubat tu. Tekak dia macam mana doktor? Tak merah sangat katanya. Tahi mata ni pulak? Itu biasa kalau demam, kata doc..sebabnya mummy perasan mata belah kiri pulak macam nak bertahi mata. 

Keluar dari bilik doktor babah pun bayar doc consultation RM43. Insuran Zahra tak cover out patient melainkan kalau masuk ward. Hmmm...memang tak pergi sini lagi kot. Layanan macam gitu.

Subuh tu Zahra muntah lagi lepas minum susu. Mummy bukak cadar, cek suhu badan dia 38 lebih, terus masukkan ubat kat montot. Baju pun tak pakai sebab panas sangat. Lepas tu dia terus tido sampai ke pagi.

15 Dis 2014 (Isnin)
-----------------------

Bangun pagi cek suhu badan Zahra dedar je 37 macam tu. Kesian dua-dua mata melekat dengan tahi mata. Dia masih tidur lagi, biarlah maybe baru lena sebab malam tadi merengek dan muntah. Babah pergi setel TNB dulu untuk elektrik di rumah kami. Mama pulak risau Zahra tak bangun-bangun dan ajak mummy pergi hospital dulu tanpa babah. Mummy tak nak sebab baju takde, tunggu babah bawak baju dari rumah sebab baju habis kena muntah malam tadi. Lagipun mummy tak larat nak dukung Zahra, so tungguh babah dulu.


Dalam pukul 12 tengah hari mummy kejut Zahra, kebetulan babah dah balik dan masalah elektrik di rumah kami dah selesai. Mummy cek suhu Zahra tak demam, cuma hidung berair dan batuk teruk pulak, mata pulak sepet je sampai ada eye bag. Ajak dia mandi, dia ok. Lepas lunch kat rumah mama, kami pun terus balik rumah.


Sampai rumah Zahra tidur. Mummy pulak kemas rumah dan basuh baju siap-siap. Badan dia masih dedar lagi. Asar tu Zahra merengek, babah cek suhu dia 39 darjah. Kami fikir nak pergi hospital mana, sebab dulu ofis babah cover sekarang ni tak lagi. So bergantung pada insuran Zahra je. Kami ambil Prudential BSN Takaful. Setiap bulan babah bayar RM100. 

Ikutkan mummy pergi hospital kerajaan je. Hospital Ampang pun ada rekod dia. Tapi akhirnya kami ke KPJ Ampang Puteri sebab agen kata insuran cover kat situ, lagipun tahun lepas Zahra pun memang warded kat situ, so kami dah ada pengalaman sikit la. Kalau kerajaan babah takut tunggu lama je, kesian kat Zahra.

Bersambung...

(rasa dah panjang sangat entry ni, kita sambung kat next entry pulak ye..wassalam)











Sunday 21 December 2014

Jalan2 Pantai Timur: Nak balik KL dah

Assalamualaikum.

Ok, ni last entry untuk episod Jalan-Jalan Pantai Timur. Hahah..dahla pending lama, pastu berepisod pulak. Sape yang sudi baca tenkiu, tak sudi pun tak pe..tak marah..heheh.

Hari ketiga Rabu (1 Okt). Memandangkan pagi tu Zahra tak bangun-bangun, so mummy decide suruh babah tapau breakfast je kat kedai yang mummy teringin nak pergi. Kedai nasi kerabu ayam bakar. Kedai tu tutup awal sebab tu suruh babah tapau, kalau tunggu Zahra ni alamatnya memang tak merasa la.

Pusing punya pusing akhirnya babah balik dengan bungkusan nasi kerabu dan nasi lemak. Yeayyy..tapi babah kata bukan kat kedai yang mummy nak tu, tapi yang penting kedai tu ada jual nasi kerabu dan ayam bakar. Babah pun belasah je beli.


Sedappppp..ayamnya pun sedapp...tercapai lagi satu hasrat di hati lepas nasi dagang. Bukanlah kat KL takde tapi bila kat Terengganu ni memang original punya la kan.

Setel breakfast, cek-out hotel kami terus ke Pasar Payang lagi. Kali ni mummy cari baju2 yang dikirim abang mummy untuk anak2nya dan kawan ofis mummy.



Abang mummy nak baju I love Terengganu, seb baik muat kat anak dia. RM20 sehelai tak silap. Memang berlambak kat pasar ni dan harganya semua sama je kat kedai-kedai lain pun. 


Yang ni pulak baju kelawar untuk anak kakak mummy, tapi terpendek. Huhu patutnya ambil saiz XL ni mummy ambil saiz M. Anak buah mummy tu baru 5 tahun tapi tinggi. So kalau nak pakai baju ni kena pakai seluar panjang la.


Ini baju kelawar budak. Kawan ofis mummy kirim untuk anak dia setahun. Sehelai RM10, seb baik muat ngam-ngam ngan tinggi anak dia.



Mummy pun beli jugak baju kelawar sehelai untuk Zahra..RM10 je..Jalan punya jalan tetibe sampai kat kedai jual kain-kain batik cotton..nampak cantik pulak kat patung. Mummy saja tanya bape ringgit.. tokey kedai tu kata RM90 je sepasang..Haaaa?? Biar betul..harganya tak banyak beza dengan kain semalam. Yang ni lebih cantik, lebih tebal dan ada kaki. Pilih punya pilih mummy amek kaler purple tu. Mummy saja cakap kat babah semalam beli kain RM80 ni RM90..tetibe tokey tu kata saya bagi RM80 la..waaa bestnye..

Selain kain pasang, mummy beli kain batik untuk telekung dan belanja mama kain batik sehelai. So takkan mummy ada 2 pasang kain kan..yang ada pun tak terbuat. So yang sepasang beli semalam tu mummy bagi mak mummy kat kampung la..ok setel.

Disebabkan kami heavy breakfast so masa lunch tak lapar sangat just tapau pisang goreng je. Sebab kami nak bedal ICT lepas ni. Kalau dah kenyang sangat tak syokla makan kan..ICT tu ikan celup tepung.

Lepas setel Pasar Payang kami beli keropok lekor kat Bukit Tok Beng or nama glamernya BTB. Mummy pernah beli keropok kat sini dulu dan memang sedap, so tak payah pening kepala nak cari kedai keropok mana yang sedap, kami terus je ke BTB tu. 

Setel keropok lekor destinasi terakhir kami ialah ICT laa..apa lagi. Kami ke Mengabang Telipot, Gong Badak untuk warung ICT Pok Nong yang terkenal dengan kerangupan dan kesegaran ICTnya. Tak jauh dari BTB sebenarnya, sehala jugak.

Sampai kat kawasan Mengabang Telipot tu berkali-kali jugak kami pusing tak jumpa pun warung tu. Tanya orang, akhirnya kami kol sendiri Pok Nong tu. Katanya warung tu tepi jalan seberang laut. Sampai kat area laut kami tak jumpa jugak, akhirnya tuuu diaa warungnya. Kami sampai awal, dalam sejam lagi baru bukak. So tunggulah kat dalam kereta dulu.



Masa kami sampai pun ada 1-2 kereta sampai tapi masuk kereta balik sebab warung belum bukak. Lagi 30 minit nak bukak kami pun tunggu kat luar dan cop tempat siap-siap. Masa ni orang baru datang, so tak ramai sangat.

Elok je warung tu start operasi orang semua pakat beratur tunggu sotong, ikan, udang celup tepung. Kat sini memang kena layan diri, nak order air kat kaunter sebelah, sebelah lagi ada ABC. 



Sotong siap dulu, apa lagi berebutla orang ambil gunting masing-masing, kenapa gunting? Sebabnya sotong ni besar digoreng seekor-seekor. Kami ambil 2 ekor dulu sotong tu, Pok Nong kemudian bagi kertas harga. Setiap meja akan ada sos keropok lekor untuk dicicah. Sampai meja babah terus potong, mummy still beratur nak tunggu apa lagi yang siap lepas ni.

Tu dia haaa...dua ekor sotong besar selonggok penuh dapat kat pinggan tu. Memang fresh, tak hanyir dan rangup betul. Sedappppp sangattt.

Kemudian keropok lekor sampai, mummy pun ambilla 8 batang keropok lekor. Sedappp..Zahra makan keropok je.


Kemudian ikan kembong pulak siap. Babah ambil empat ekor. Memang fresh, mummy yang tak bape suka ikan kembong pun layan, lagilah dengan salutan tepung yang rangup cecah ngan sos keropok lekor. Memang tak pandang kiri kanan la.



Akhir sekali udang. Kami ambil 7 ekor. Dengan kulit-kulit sekali mummy makan. Sayang woo kruk krak tepung kat kulit tu..rugi tak makan, Kepala pun mummy belasah memang rangup. Babah tanya nak tambah pape lagi tak. Kami dah surrender. Kenyang sudah. Tiba masa untuk bayar. Sangat-sangat mengejutkan. Rasa-rasanya kat sinilah tempat makan paling murah tapi paling sedap sepanjang kami ada kat sini.

Cuba teka berapa ringgit semuanya? Total campur air hanya RM35 saja. Murah weiii...ambilla banyak2 memang tak rugi. Untung lagi ada.

Lepas pekena ICT barulah lengkap perjalanan pantai timur kami. Selesai je makan, kami teruskan perjalanan balik ke KL. Sampai KL dekat tengah malam, memang penat tapi puas. Lepas ni nak fikir cuti ke mana pulak. Tapi mummy teringin nak ke Melaka. Maybe tahun depan kot.

Wassalam.








Friday 19 December 2014

Jalan2 Pantai Timur: Kuala Terengganu

Assalamualaikum.

Sambung lagi cerita jalan-jalan pantai timur. Hari ketiga Selasa, 30 Sept kami bercadang nak bersarapan kat kedai nasi dagang Kak Pah yang famous kat Batu Burok. Rupanya kedai tu sebelah hotel kami je. Dekat sangat. Tapi malangnya hari tu tutup. Huhuhu..frust sungguh..yelah mummy tengok kat blogs nasi dagang tu sedap dan yang penting ikan tongkolnye besar bukan kecik cinonet jer. Takpelah takde rezeki.

Kitorang pun jalan-jalan kat sekitar bandar Kuala Terengganu tu cari gerai untuk sarapan. Masa tu jam dah pukul 10 lebih. Akhirnya kami ke warung satu ni kat bawah pokok. Mummy tak tau nama kawasan tu. Redah je lah orang pun takdelah ramai, takdelah kurang. Kat situ mummy beli nasi lemak. err tak bape sedap nasinya..tapi telan je lah. Babah pulak makan pulut kuning.

Selesai sarapan kami terus ke Pasar Payang untuk apa lagi..shopping la..Memandangkan ada 2 hari untuk shopping..so hari ni mummy beli apa yang nampak kat mata dulu sambil survey2..Huh panas bukan main..fenatt berjalan..

Kakak mummy kirim kain cotton  batik bawah RM100. So mummy pun jalan2 dulu dan jumpalah satu kedai ni. Kain dia boleh tahan tak panas, coraknya pun cantik2 jugak. Dan yang penting memang ikut bajet kakak mummy.




Mummy amek gambar dan terus wassap kakak suruh dia pilih nak kaler mana. Mummy pulak memang suka corak abstrak macam ni. Ni batik cetak so murah, kalau batik lukis tak dapat bawah RM100 dek non.



Akhirnya mummy belikan yang kaler merah tu untuk kakak mummy, dan biru tu untuk mummy. Tak silap harga dalam RM80++ empat meter..tak ingat pulak. So bertambahlah koleksi kain pasang cotton mummy yang entah bila nak dihantar ke tailor..lepas beranak la kot..huhuhu.



Lepas tu mummy cari baju kelawar lengan panjang untuk mummy. Alhamdulillah dapat yang murah RM25..kat kedai lain semua atas dari harga tu. Pastu mummy belikan Zahra baju tido RM20 je baju ni ala-ala kelawar tapi berseluar. Comel gak.


Tengokla anak dara ni. Kalau dah perempuan tu perempuan juga. Pandai nak pilih sendiri baju walaupun akhirnya mummy yg tapis sendiri. hahaha. Dekat tingkat bawah mummy beli keropok goreng yang siap dalam peket tu. Apa tah jenama dia tapi bungkusannya kaler kuning, dalam dia siap ada sos lagi, keropoknya pulak kecik-kecik. Memang sedap berbanding yang biasa kita jumpa kat sini yang bungkusannya kaler merah tu kan. Mummy beli 3 bungkus je dulu, ingat esok nak beli 1 beg besar terus. 

Habis shopping kami makan kat food court. Memandangkan mummy masih kenyang so mummy kongsi ngan babah je kuew tiow sup ayam. Sebelum balik kami beli goreng pisang, air dan hot dog goreng untuk Zahra. Then kami balik hotel.

Sampai je hotel babah kata nak jumpa kawan dia kejap, so kami tiga orang lepak tido-tido dalam bilik. Lepas Asar tu babah balik dan bawa 2 bungkus nasi dagang..yeayyy..akhirnya dapat jugak. Mama tak berapa suka nasi dagang so dia makan gitu-gitu je. Mummy makan habis licin.



Lepas makan kami ke pantai Batu Burok sebelah hotel je. Tak mandi laut pun just bawa Zahra main pasir ngan air je. Still pantainya takleh lawan Cherating yang bersih, jernih dan pasirnya halus mulus gitu. Lepas jenjalan kat pantai sambung mandi kolam pulak. Babah la yang layan Zahra.



Malam tu untuk dinner kami dah overdose ngan seafood. So kami decide untuk dinner kat Uncle Chan Kopitiam. Depan hotel je. Puas sungguh bila dapat makanan yang bukan seafood. Hahah teruk betul kan.

Nampak tak teh tu. MasyaAllah sedap sungguh. Tapi lepas makan terus tak sedap sebab dah sejuk ngan muak. Mummy pesan mee udang, babah makan apa tah nama dia, tapi roti canai dalam dia ada inti ayam. Mama pulak order char kuew tiow dan Zahra kentang goreng. 

Setel hari ketiga. Esok kita balik KL dah..

Wassalam..




Thursday 11 December 2014

Jatuh @ 27 weeks

Assalamualaikum..

Suspen tak tajuknya..tapi tu lah yang mummy alami..Huhuhu...tah macam mana boleh terjatuh..

Kisahnya begini, masa tu mummy tengah kursus kat ofis je, lepas habis presentation group mummy, mummy pun balik la meja nak duduk. Masa tu memang tau kerusi tu kat situ, tapi bila nak duduk je tetiba badan mummy melayang dan terjelopok jatuh terduduk. Tapi hentakan tak kuat sangat la, lagipun lantainya berkapet.

Masa jatuh mummy macam blur dan terus pegang perut. Eh nape ni, apa yang terjadi kan. Kawan-kawan sekeliling semua tolong mummy bangun. Dan masa tu memang tak rasa sakit apa-apa. Kawan-kawan tanya ok tak linda, ok ok don worry. Dan kursus pun berjalan macam biasa.

Lepas jatuh baby still gerak macam biasa. Mummy monitor jugak pergerakan baby, yelah dalam tak rasa sakit tu kita pun tak tahu kat dalam perut ni macam mana kan.

Habis je kursus pukul 4.30 petang, mummy terus solat Asar dan balik. Dalam kereta call babah kata mummy terjatuh, babah terkejut dan tanya macam-macam. Babah tanya baby gerak tak. Pesan kat mummy lepas ni kena lebih berhati-hati. Benda yang mummy hati-hati macam naik turun tangga, jalan kat tempat licin berair tak terjatuh pun, tapi benda yang tak disangka boleh terjadi. Yelah, kalau dah ketentuan Allah, kita takleh elak kan.

Balik dari ofis mummy singgah ke Jusco Maluri nak cari gaun Zahra untuk wedding kat Penang weekend ni. Masa tu lah baru terasa lenguh pinggang. Masa tengah jalan-jalan mengah pulak rasanya, terus mummy lepak kejap kat Starbucks sambil sedut Choc Cream Chip kegemaran.

Babah dah sampai rumah mama dia macam risau sebab mummy lenguh pinggang. Mummy kata takde apa ni, balik rumah nanti babah tolong urutkan la ye. Sampai rumah mummy rasa tak bermaya sangat, salin baju kemas rumah apa yang patut terus mummy baring kat bilik. Badan pulak tiba-tiba rasa nak demam. Sementara tengah baring tu mummy google la pasal jatuh-jatuh ni.

Baca blog orang seriau la pulak, katanya kalau jatuh masa hamil kena cepat-cepat jumpa doktor. Yang mummy ni malas nak pergi dan cakap kat babah takde pape, sakit pinggang je, baby gerak pun macam biasa. Dalam blog tu kata ada beberapa kemungkinan kalau jatuh ni iaitu bleeding, air ketuban pecah dan baby terbelit tali pusat. Alamak, terus mummy jadi takut.

Masa babah tolong urut pinggang dan tulang pinggul tu mummy macam dah sedih-sedih, air mata ni mengalir tp mummy sembunyi kat babah. Habis je urut, babah cium perut mummy, tataula dia berkomunikasi dengan baby kot, bila baby gerak tendang-tendang mummy terus hujan ribut petir. Babah kata dahh jangan nangis. Mummy nangis risau sebenarnya dan tersentuh dgn cara babah tu. Badan pulak rasa tak sedap ni, tekak perit, maybe berjangkit dari babah yang dah berhari-hari batuk selsema kot. So mummy decide jumpa doktor esoknya.

Esoknya bangun pagi pinggang masih sakit, badan pun panas dalam. Tak larat la nak pergi keje, nasib baik babah off so boleh hantar mummy ke klinik. Sementara tu mummy cek suhu badan 36 darjah, so tak demam, tapi badan memang seram sejuk, panas dalam, letih je rasanya.

Pagi tu kami ke Klinik Keluarga di Wangsa Maju, punyalah payah nak cari parking, 3 kali round baru dapat betul-betul depan klinik. Alhamdulillah. Ini kali kedua mummy ke klinik ni sebab selalunya ke Idzham je. Mummy pun tak tau yang klinik ni panel ofis mummy, dulu pakai panel babah. Kali pertama pergi pun sebab nak cek mummy pregnant ke tak sebab lambat period dan kebetulan mummy akan outstation ke Dubai, kami ke klinik ni sebab ada mesin ultrasound baby, Idzham takde.

Masuk je klinik terus daftar, bukak fail baru sebab nurse tak jumpa fail lama mummy, yelah bulan 2 dulu tak silap tu pun sekali je. Masuk bilik Dr Ismail bukan main peramah macam dah selalu jumpa, wah bestla doktor ni.

Dr tanya mummy apa masalah, bila cakap mummy jatuh dia pun terkejut, ha? macam mana boleh jatuh, tak cakap banyak terus dia cakap "Jom, kita scan dulu". Mummy kata rasa macam nak demam. Dia kata "mak tak penting, yang penting baby tu" sambil gelak-gelak. Adeh.

Alhamdulillah, baby ok sihat. Degupan jantungnya normal, uri pun tak pecah, kepala baby ok. Semuanya okla. Syukur sangat. Dr kata kalau baby aktif sangat tak ok, kalau tak aktif lagilah tak ok. Dia nasihatkan kalau jatuh ke apa cepat-cepat ke klinik untuk cek baby. Baiklah doktor, tanpa cakap banyak jugak dia kata "hari ni you rehat je, saya bagi ubat gosok untuk pinggang dan panadol utk ibu mengandung".

Kami sekeluarga suka dengan sikap peramah Dr Ismail ni. Very friendly servis pun bagus. Dia anggap patient tu macam kawan. Babah siap cakap lepas ni senang la kot nak mintak mc. Haih ambil kesempatan nampak.

Lepas cek kami lunch dan terus balik rumah. Sampai rumah anak beranak tidur.

So kesimpulannya jangan ambil mudah sebarang kecelakaan especially masa tengah mengandung ye ibu-ibu termasuk mummy jugak.

Wassalam.


Friday 21 November 2014

Jalan2 Pantai Timur: CHERATING-KEMAMAN

Assalamualaikum.

Okay kita sambung entry jalan-jalan pantai timur. Lama sungguh tertangguh sampai takut mummy terlupa je nih.

Hari kedua Isnin (29 Sept) bangun pagi-pagi kami bergerak ke Kemaman untuk cari sarapan. Punyalah susah nak kejutkan anak dara ni. Babah bukak youtube lagu Let It Go baru dia bangun, siap nyanyi sekali tak mamai pulak tu. Mula-mula babah bukak upin ipin tapi tak bangun-bangun jugak. So kami semua dah siap mandi, Zahra je tak mandi takut kedai tutup.

Kami ke Kedai Kopi Hai Peng dekat Kemaman tu, nasib baik bukak lagi untuk sarapan. Cuma yang bungkus-bungkus kecil molek macam nasi lemak, nasi dagang tu dah habis, tinggal bihun goreng je. Yelah sampai pun dekat pukul 11. Tapi yang syoknya orang tak ramai. Tauke dia pun peramah.

Mummy order sandwich telur kongsi ngan Zahra, babah order roti bakar 2 set ngan telur separuh masak. Mama pulak order nasi lemak. Boleh tahan jugak sedap makanan dia. Oklah not bad.



Bukan nak makan roti telur, habis dia pau roti bakar cicah milo babah punya. Tapi makan sikit je, yang lain pau timun nasi lemak nekwan dia.


Selesai sarapan, kami balik ke hotel dan bawak Zahra mandi kolam. Setel mandi kolam, balik ke bilik mandi sekali lagi, kemas apa yang patut pastu kami terus cek-out.

Kami teruskan perjalanan ke Kemaman untuk makan tengah hari kat situ. Kalau tak pekena satar ngan otak-otak kat Warung Aziz Satar kat sini memang tak sah kan. Kami pun gigihlah mencari guna waze ngan google map lagi. 

Pun sampai orang tak ramai sebab masa tu pun baru start lunch hour. Babah amek bape cucuk tah satar. Dia abiskan semua, mummy makan satu je sebab pedas. Terasa cili padi dia. Mummy order pulut panggang. Inti dia isi ikan. Memang sedap. Mama pulak ambil beberapa pais apa tah tak ingat. Harga total memang agak mahal jugaklah.


Nampak tak pinggan besar tu. Selain satar, otak-otak dan pais, warung ni pun jual lauk-pauk untuk makan tengah hari. Ada jugak jual goreng-goreng tepung, laksam dan laksa. 

Bila pinggan da besar mesti isinya pun penuh gak kan. Tapi mummy tak isi penuh pun. Mata naik juling tengok lauknya. So just ambil nasi, sayur goreng, ayam goreng (utk Zahra) ngan sambal ikan bawal. Harganya berbelas ringgit (tak ingat).

Habis makan, kami ke Zoo Mini Kemaman pulak. Sampai je terfikir bukak ke tutup, ada orang ke tak ni. Macam hidup segan mati tak mau. Errr jangan marah eh. Mungkin sebab kami datang hari kerja so memang tak ramai/tak ada orang datang nak melawat zoo. Hahah. 

Tiket untuk masuk dewasa RM10, kanak-kanak bape tah. Kenkawan boleh google untuk tengok price dia eh. Mummy malas nak google+tak ingat. Short term memory betul tetengah preknen ni. Sampai je kami pun tunggu tren untuk masuk ke dalam zoo tu. Campur kami ada 2 family je yang naik tren yang panjang tu. Hahaha.

Tapi yang bestnya zoo kat sini ialah kita boleh tengok haiwan tu dekat sangat. Meh tengok gambar meh.







Bagi kitorang zoo ni better than Zoo Negara kat KL tu. Huhu. Sebabnya haiwan boleh tengok dekat-dekat dan adalah haiwannya kan. Kalau kat KL tu mana tah rimau ni, tido ke apa ke. Zahra pun enjoy tengok binatang cuma tak laratnya asyik nak dukung sebab takut. 

Setel Kemaman, kami teruskan perjalanan ke Kuala Terengganu pulak. Adalah dalam 2-3 jam perjalanan. Dari Kemaman, kami lalu Besut, Dungun dan dalam perjalanan tu mummy tak ingat kat area mana (tak ingat lagi..hmppphh) banyak kat tepi jalan orang jual kacang rebus ngan jagung rebus. 

Kami apa lagi memang mummy suruh babah berhentilah beli kan. Pastu ternampak pulak sign board roti paun. Laa kat sini ke kedainya. Ada la mummy baca blog kata roti paun Tganu ni memang sedap dan lembut.

Kami beli dua bungkus je, perisa kaya dan marjerin. MasyaAllah sedap dan lembut. Sebuku abis sekelip mata dalam kereta. Mulalah menyesal beli dua je. Dahla murah (errr tak ingat jugak..) Balik KL memang tak lalu sini so takpelah pendam je la hasrat tu.



Akhirnya sampai jugak ke Primula Beach Hotel dekat-dekat nak Asar. Hotel ni sebelah Pantai Batu Buruk. Tapi pantainya tak secantik pantai kat Cherating tu. 

Kami rehat, mandi, baring-baring. Lepas maghrib kami ke Ikan Bakar Kuala Ibai untuk dinner. Tak sempat nak snap gambar sebab kemalasan. Hahaha. Makanannya oklah, kami order sup tulang, sotong goreng tepung dia sedap. Lagi kami order ikan siakap tiga rasa. Malam tu babah pun ajak kawan dia Kosmo biro sana join kami makan. 

End of day two. Jumpa entry berikutnya ye. Wassalam.



Alhamdulillah, sejuk hati mummy tengok. Hehehe.

Saturday 11 October 2014

Perut besar...baby boy ke???

Assalamualaikum.

Dah 2-3 orang tegur mummy macam tajuk kat atas tu. Baru 18 minggu tapi perut dah nampak membulat. Dan ramai yang tegur "eh pregnant ehh", "hey kau expecting ke" dan macam-macam lagi yang sewaktu dengannya.

Masa Zahra dulu 5 bulan baru nampak perut dan baru pakai baju maternity. Tapi sekarang ni baju kurung kebanyakannya dah tak berapa nak muat. So pakai jubah dengan palazo je lah. Bila orang tegur kata perut besar senang je jawapan mummy "Yelah, sebelum pregnant pun perut dah macam 3 bulan mengandung, inikan pulak betul-betul mengandung" hahahaha. Perut dah memang muncit kan.

Mummy tak kisah anak lelaki atau perempuan janji sihat dan cukup sifat. Tapi kalau lelaki tu bonus la. Orang kata complete dah sepasang. Amin...

Tapi sebenarnya masa scan minggu lepas jelas nampak beberd...nak menitik air mata ni tengok baby sihat dalam perut mummy ni. Alhamdulillah..semoga baby berada dalam keadaan sihat sehingga waktu kelahiran nanti. Amin...

Sebelum-sebelum ni pun mummy ada google jugak tanda-tanda kalau kita mengandung anak lelaki atau perempuan. Ada yang sama, ada yang tak, ada yang sebaliknya. Ada jugak orang cakap kalau alahan kali ni lain macam masa mengandung anak pertama pun mungkin kali ni lelaki. Kalau rajin makan asam dapat anak lelaki..mummy memang makan asam utk kurangkan loya ni mcm masa Zahra dulu jugak. Dulu perut mummy muncung ke depan orang kata anak lelaki tapi yang keluarnya Nur Adibah Zahra..heheh. Semua tu atas kehendak Allah jugak kan. Kita ni mampu merancang tapi Allah yang tentukan apa yang terbaik utk kita. InsyaAllah.

Jumpa lagi, wassalam.






Friday 3 October 2014

Jalan2 Pantai Timur: KL-CHERATING



Assalamualaikum.

Pada 28 Sept-1 Okt kami sekeluarga bercuti ke negeri Pantai Timur..KL-Cherating-Kemaman-Kuala Terengganu. Percutian ni hampir-hampir terbatal sebab masa tu mummy tak perasan dah dekat Raya Haji..so takkan nak cuti dua kali pulak. Fikir punya fikir apsal susah sangat minta je lah cuti sampai Raya Haji. Haihhh

Sebenarnya percutian ni pun konon-kononnya sempena besday mummy 25 Sept lepas. Muahahah..lagipun mama (MIL) teringin sangat nak ke Kuala Terengganu..apa lagi shopping kat Pasar Payang la. 

So mummy pun rangkalah percutian ni dalam masa seminggu gitu. Hotel mummy serah pada babah utk booking dan bayar sekali. Takkan nak pergi Kuala Terengganu je kan. So otw nak ke sana pe kata singgah Cherating pastu naik Kemaman dan terus ke Kuala Terengganu. Mummy pun google dan singgah ke blog-blog yang pernah ke tempat-tempat ni utk survey hotel dan tempat makan yang best.

Kami decide untuk tidur satu malam kat Cherating dan 2 malam kat KT. Memandangkan mummy pernah tidur kat Hotel Legend kat Cherating mummy pun suruh babah booking situ je. Tak payah pening-pening, lagipun hotel ni belakangnya pantai. 

Kami bertolak dari KL dalam pukul 12 tengahari dan sampai ke Cherating (exit Jabor LPT) dalam pukul 2.30 petang. Cadang utk lunch nasi kukus gulai kawah. Ramai blogger kata banyak kedai tu kat sepanjang jalan. Mummy pun carilah dan jumpa satu kedai. Not badlah rasanya, tapi gulai dia sangat sedap.

Selesai lunch kami singgah kat kedai sebelah hotel utk beli pelampung Zahra. Biar dia senang skit mandi dalam kolam tu.




Tengok tu ada budak dah tak sabar nak rasmi pelampung baru mandi dalam kolam. Kelakar betullah Zahra ni, eksaited sungguh. Kami check-in, rehat dan solat jamak kejap dalam bilik. Babah booking bilik Deluxe kat Agoda memang murah lagi murah dari govt rate dalam harga RM200++..

Masa ni mummy dah 17 minggu pregnant. Elok pulak berjalan takdenye pening dan loya. Memang baby nak berjalan ye. Hehe..

Dah puas rehat dalam pukul 5 kami keluar minum petang nak cari satar dan keropok lekor sebelum bawak Zahra mandi kolam dan main pasir pantai. Cari kiri kanan takde kedai yang mengancam sampailah jumpa satu warung ni. Warung Top Satar namanya. Ia terletak atas sikit dari Hotel Impiana, menghala ke Kemaman.

Sebelah warung ni ada warung lagi jual benda yang sama dan ramai org dan macam sedap tapi tak tau kenapa kami ke warung top satar tu. Mungkin sebab warung tu warna merah kot. Memanggil-manggil gitu.




Kami ambil satar satu cucuk, keropok lekor, sotong goreng tepung, ABC dan kuewtiow sup. Masakannya ok boleh tahan, satarnya sedap banyak jugak mummy makan. Keropok pun sedapp. Cumanya harga bolehhhh tahannn mahalll...total semua RM45. Mahal ke murah eh. 



Sotong datang lambat tapi okla tepungnya. Mummy siap jenguk kedai sebelah ABC dia ada aiskrim tapi warung yang kami makan ABCnye biasa je. 



Perut dah kenyang masa untuk terjum kolam. Yeayyy..Mummy tak mandi pun, babah je teman Zahra dalam kolam. Kejap je dia nak pakai pelampung tu pastu nak gaya bebas. Bukan main seronok anak dara ni.





Dah puas mandi kolam, kita ke Pantai Cherating pulak. Pasirnya cantik putih bersih, pantai pun bersih takde sampah pun. Ada jugaklah orang mandi. Memandangkan percutian kami ni bukan peak season so memang bahagia, pergi ke mana memang tak ramai orang.

Dulu Zahra takut pantai, sekarang ni dia yang pergi dulu nak main pasir. Bukan main suka kena ombak. Kami bagi main kat gigi air je. Mummy tak mandi pun. Dekat nak maghrib kami pun balik, mandi, solat dan rehat kejap.

Dinner pula kami ke Kemaman, kami lalu ke Warung Awang Ikan Bakar tapi orang tak ramai pun. Memandangkan testimoni ramai blogger kata servis situ lambat dan takdelah sedap kami pun terus je cari kedai makan yang nampak meriah dan ramai orang sebab kompem sedap kan, Alih-alih sampai ke Kemaman, babah pun call kawan dia kata kat Benteng ada makan sedap. Pusing punya pusing, tanya orang, kami pun sampai tapi tempat tu tutup. 



Akhirnya kami pergi ke Restoran Pak Champ (PC) dekat Kg Geliga. Sebabnya kat situ ramai orang. Kami order Ikan siakap bakar (tak sedaplaa..rempah dia tak umphhh..ikan ni better goreng drp dibakar), ikan kembung celup tepung, sotong celup tepung dan sup ekor (yang ni sedap sebab mama kata sedap).

Kesimpulannya makanannya ok tapi harga seperti biasa agak mahal jugak. Dalam RM50++ tak ingat sebab babah yang bayar. Mahal ke murah eh.

End of day 1. Next entry kita ke Kemaman pulak ye.

Wassalam.






Thursday 4 September 2014

Pengalaman hamil 1st trimester

Assalamualaikum.

Kali ni mummy nak cerita apa yang berlaku kepada mummy sepanjang 12 minggu kehamilan. Dalam masa yang sama mummy boleh recall balik pengalaman masa mengandungkan Zahra dulu. Ye lah dulu takde blog, bila da ada blog bolehlah dikongsikan pengalaman dalam ni untuk panduan mummy jugak nanti dan juga kenangan yang mungkin ada yang lupa..betul tak.

Masa entry ni ditulis kandungan mummy sudahpun 13 minggu 6 hari. Ada jugaklah sorang-dua kat ofis ni perasan perubahan kebesaran badan mummy..Hahahah..yelah dahla gemok, bila mengandung bagai dipam-pam. Eh gemok ke comel je..hehehe.

Mummy mula buat buku pink masa 10 minggu. Tu pun saing Zahra check up sekali. Mummy siap bawak buku lama, bil letrik konon nak tengok alamat kan. Tapi semua tu nurse tak mintak pun, just bagi buku pink baru dan mintak mummy isi detail mummy dalam tu. Nurse tanya nak sambung cek kat sini ke. Eh ada tempat lain ke boleh buat check-up. Mummy malas nak fikir terus kata ya. Mummy cek kat Klinik Desa Kampung Pasir kat bawah rumah ni je. Walaupun ramai orang tapi sebab dah biasa kat situ so proceed je la.

Masa zaman Zahra doktor takde kat klinik ni, mesin scan apatah lagi kan. So kalau nak jumpa doktor kene pergi klinik kat AU2 Keramat. Tapi sekarang tak payah. Sebab tu pesakit makin ramai. Bila da amek nombor tu dalam 2 jam tunggu baru setel.

Masa check up nurse pelatih lupa nak amek darah mummy, so bila nak masuk bilik nurse tanya dah amek darah ke, eh takde suruh pun. Nurse suruh mummy datang balik klinik lepas Zohor sebab doktor pun dah takde. So oklah datang balik amek darah dan jumpa doktor. Doktor scan perut mummy dan nampaklah makhluk Allah kecil dalam perut ni. Masa tengah scan siap melompat-lompat lagi baby. Syukur Alhamdulillah. Bila dah nampak betul baru boleh percaya diri ni mengandung. Hahaha. Kalau tak rasa betul ke aku ni pregnant ke perut aku buncit lemak je. Hahah.

Mummy dibekalkan dengan 3 jenis ubat, iron tablet, Vitamin B complex dan asid folic. Rasa dulu masa Zahra takde B complex tu tapi ada vitamin C. Bedal je la..tapi tak sedap pahit uweekk..Asid folic je takde rasa. Huhuhu.

Masa awal kehamilan ni antara alahan atau perangai yang mummy alami takdelah banyak. Antaranya:

1. Loya

Kali ni punya loya masyaAllah..asal bangun pagi je mesti rasa nak muntah, so takleh terus bangun kene releks dulu baring dah ok baru bangun. Satu lagi masuk dapur, pun macam nak muntah bau dapur tu, bau rempah pun tak boleh. Tapi mummy terpaksa kuat sebab pagi2 kene masak bekal Zahra. Kadang tu masak sambil tutup hidung. Bila da siap masak, terus rehat kat ruang tamu sambil baring ngan layan rasa loya tu. Muntahnya tak tapi perasaan nak muntah sangatlah kuat.

Masa Zahra just loya je tak muntah, takdelah sampai tak boleh bau dapur, bau rempah semua. Masak releks je. Kali ni lain pulak kaedahnya. Masa puasa loya sampai ke malam sebab puasa kan dengan perut kosong lagi tapi alhamdulillah mummy berjaya puasa cukup sebulan tanpa ponteng walaupun ada kalanya tak larat sebab loya teruk.

Masa nak gosok gigi pun loya gak. Masa Zahra pun macam tu sampailah kawan mummy cakap ada ubat gigi maternity. Ubat gigi tu takde flourida dan sesuai untuk ibu mengandung dan takkan loya. Tapi sama je mummy rasa. Mummy beli cap Pureen, macam tak nampak pulak brand lain juga. Cumanya bila takde flourida tu takdela buih banyak, rasa macam tak pakai ubat gigi je. Sekarang ni mummy tak berkumur pakai colgate Plax tu. Sebabnya lagilah nak termuntah bila berkumur tu. Huhuhu.

2. Kejap selera makan, kejap biasa-biasa je

Masa puasa mummy makan sekali je dah cukup iaitu masa berbuka. Kalau kata nak moreh ke nak repeat makan kuih ke lewat2 malam tu takde. Rasa perut ni dah penuh semacam. Takleh masuk apa dah. Sebabnya bila terlebih makan pun rasa loya jugak. So resultnya, berat mummy turun u ols dalam 3 kg gitu. Masa buat buku pink kan kene timbang, berdebar jugak kalau baru2 pregnant ni dah berat kan, kang 9 bulan jadi gergasi plak. Hahaha. Mummy sangat happy sebab tak sampai angka 7 pun, setakat 67 kg, so berapa berat mummy sebelum korang kiralah eh.

Lepas raya selera makan ok sikit, tapi peliknya, makanan kegemaran tak pandang sangat, makan pun biasa-biasa je. Mummy sangat suka burasak, tapi raya kali ni makan sekali dua je, selebihnya makan ketupat. Tu pun mak mummy buat ketupat segera tapi mummy request nak ketupat daun, so mak beli ketupat yang da siap anyam. Tu je lah yang mummy makan masa raya.

Kek coklat yang jadi kegemaran pun mummy tak berapa, just makan 2-3 suap je. Takdelah makan sampai habis macam dulu-dulu, mana tak gergasi kan. hahaha. Dulu suka baking, sekarang ni takde keinginan pun. Huhu.

3. Pemalas

Rasanya ni yang paling win sebab memang mummy jadi pemalas. Malas nak masak, malas nak kemas rumah, malas nak lipat baju. Masak sebab untuk bekal Zahra je. Kadang tu babah cakap tak payah masak biar mama yang masak, tapi mummy ok lagi lagipun air tangan ibu kan berkat. Heheh.

Bila off day tu memang mummy tak masak. So sebelum babah pergi kerja babah akan tapaukan makanan. Ada satu hari tu mummy sakit kepala bila bangun tidur. Babah sempat pergi kedai beli ketam, lala dan dia masak sebelum pergi kerja. Tenkiu babah.

Kain lepas cuci tu memang bertimbun la tak berlipat. Bila batch kain lagi satu sampai baru mummy lipat. Kadang tu sampai babah duk punggah timbunan baju tu nak cari baju dia. Sorry ye babah, mummy takde mood nak lipat baju. Tapi bila da lipat tu kejap je la setelnya. Teruk betul perangai kali ni. Ish ish ish.

Masa Zahra dulu mummy tak ingat mummy ni pemalas ke tak la..hahahah

4. Nak baring/tidur je

Bila rehat tu takde duduk mesti baring, bila da baring mulalah mata ni terpejam walaupun baru je lepas bangun tido 2-3 jam lepas. hahah..Tapi time mummy baru nak baring tu lah Zahra mula mintak macam-macam, nak susulah, nak makan lah. Apa lagi hot temper la mummy. Kesian Zahra.

Bila off day tu memang takde acara lain, lepas setel buat kerja rumah mummy akan baring, siap bentang toto depan tv. Sebabnya bila mummy nak baring kat sofa mulalah dia pun nak selit. Bila mummy baring kat bilik dia pun ikut tapi dia duk melompat-lompat macam mana mummy nak rehat.

Masa Zahra perangai macam ni memang ada. Asyik letih je, nak baring n tidur.

5. Garang

Masa mengandung ni emosi tak menentu. Bukan setakat pada anak je garang, pada bapaknya pun sekali kena. Asal Zahra buat hal sikit je mulalah mummy melenting. Kadang tu terpek jugalah tangan tu kat montot. Bila hilang sabar siap kurung dia dalam bilik gelap. Menangis kaw-kaw punyalah. Bila mummy dah insaf baru minta maaf kat Zahra. Sory ye nak. Huhuhu.

Tulah antara pengalaman yang mummy lalui masa awal kehamilan ni. Memang rasa lembik, asal bangun je mesti sakit badan, sakit kepala, sakit tengkukla. Mengada-ngada jadinya.

Tapi yang ketara kali ni ialah babah releks je. Cuma dia kata sekali sekala ada rasa loya tiba-tiba. Masa Zahra dulu dia teruk, siap muntah tepi highway lepas balik dari asignment. Teruk kan, mummy yang loya dia yang muntah. Tapi tak tahulah lepas-lepas ni macam mana. Perjalanan masih jauh lagi. InsyaAllah bulan Mac tahun depan mummy akan bersalin. Semoga Allah kuatkan semangat mummy dan permudahkan journey hamil kali ni. Amin..

Wassalam.














Wednesday 20 August 2014

Alhamdulillah...akhirnya mummy mengandung

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, syukur ya ALLAH. Akhirnya mummy disahkan mengandung setelah beberapa kali berusaha untuk tambah anak. Hehe. Sebelum ni mummy pernah lewat period sampai ingatkan mengandung tapi negatif. Tapi kali ni punya instinct sangat kuat sampai mummy boleh agak mummy dah melekat. Sekarang usia kandungan dah 11 minggu 5 hari. Syukur.

Bagaimana tahu mengandung?

Semuanya bermula bila mummy kerap pening. Tetiba je boleh rasa bergoyang dunia ni. Masa tengah berdiri nak solat takde apa tiba-tiba je kepala pusing. Semuanya datang dengan tiba-tiba. Lepas tu masa minggu pertama puasa mummy rasa loya. Tapi tak kerap la kadang-kadang je datang. Tapi bila datang dia punya rasa nak muntah masyaAllah..rasa macam nak muntah betul lah. Cuma tersekat kat kerongkong je rasa tu.
Tapi tak muntah pun. Lepas tu breast sakit. Tetiba je datangla sakit menyucuk tu. Memula kat sebelah, pastu sebelah lagi. Rasa sakit tu macam bila susu penuh kita tak pam, gitulah sakitnya. Puting tu rasa sakit bila sentuh or terlanggar pape. Babah dah cuak dah, ingatkan kena breast kanser ke apa, tapi mummy senyum je sebab masa tu mummy dah dapat agak dah ni tanda mengandung. Aku pregnant kot kali ni. Hehehe.

Period pulak lewat. Masa hari kedua lewat tu mummy pening dan loya sangat. Nasib baik masa tu off day. Masa tu rasa macam nak buat upt test (pregnancy test ada balance 1 kit lagi sebab masa tak jadi pregnant memang beli lebih..heheh). Tapi releks dulu, baru dua hari kot lewat. Ntah2 sok lusa peod pulak. So biarkan je rasa loya tu.

Esoknya masih tak period, perasaan nak cek urine tu meronta-ronta. So pagi tu takdelah pagi sangat nak dekat tengahari, masa tu mummy off lagi, saja lah buat test tu. Hati berdebar-debar gak. Kotlah negatif hampa tapi dah set kat minda akan think positive. Tak nak macam hari tu yang frust sesangat. Dah selesai mummy tengok sekali imbas 1 line je. Ok fine. Takde rezeki lagi kot. Tapi bila mummy ambil kit tu nak buang, eh..eh..betul ke tidak ni. Tadi nampak 1 line ni dah ada 2 line. Yang satu lagi tu tak berapa clear. Mummy belek lagi eh betullah positif. Yeayyyy, syukur sangat. Menitikla air mata kegembiraan. Zahra tengok mummy nangis sambil gelak apahal mummy aku ni. Hahaha. Mungkin masih awal tu yg line tak berapa clear. So tunggulah confirm seminggu lewat kita cek sekali lagi. Heheh

Nak bagitahu babah ke tidak ye. Mulanya nak buat surprise kat babah as his birthday present. Tapi lambat sangat pulak nak tunggu. Mummy dah tak sabar ni. Mummy pun send la gambar test tu wassap babah. Terus babah call, betul ke ni, tak habis2 babah ucap syukur.

Lepas je seminggu mummy buat upt test lagi. Kali ni warna second line tu terang-benderang. So confirm la ni. Heheh. Tapi mummy tak pergi doktor pun sebab masa Zahra dulu pergi klinik doktor tu tanya buat upt test tak. Kalau buat tu maknanya betullah. Doktor tak cek apa pun, scan perut pun tak. Klinik Izham takde scanner utk ibu mengandung hokey. Ada pun pesen dulu yang tak boleh dipakai lagi.

Masa Zahra dulu sebelum tahu mummy pregnantkan dia, yang paling ketara ialah kencing tak lawas. Asyik nak ke toilet je. Rasa macam nak kencing, bila masuk toilet keluar setitik je. Pastu tak puas macam nak kencing lagi tapi tak pulak. Buang air besar pun macam tu. Rasa nak membuang tapi duk toilet termenung je takde hasil pun.

Bila pergi klinik doktor kata mummy kencing kotor. So doktor bagi ubat kencing kotor yang sangat tak sedap, warna dia putih, mummy makan sekali je pastu alhamdulillah kencing dah normal.

Selain kencing kotor, mummy kerap rasa letih, buat kerja sikit je dah melepek keletihan, pastu perasan perut buncit semacam je. Masa baru-baru kahwin i kurus hokey. Hahaha. Asyikla duk tengok kat cermin apsal perut ni buncit walaupun makan tak banyak. Tulah pengalaman masa baru tahu mengandungkan Zahra. Orang kata lain anak, lain pengalamannya.

So alhamdulillah tahun ni mummy cukup puasa sebulan walaupun kekadang keletihan dan loya pagi-pagi. Babah kata kalau tak larat bukalah puasa. Tapi mummy ok lagi. Tahun depan tak payah ganti puasa. Hehehe. Niat nak puasa 6 Syawal tapi kesihatan tak mengizinkan. Asal perut kosong je mesti loya tu datang. Huhu.

Next entry mummy cerita pengalaman mengandung sepanjang 1st trimester ni ok.

Wassalam.

Wednesday 13 August 2014

Ceritera Ramadan part 2

Assalamualaikum.

Walaupun sekarang ni dah masuk bulan Syawal tapi mummy tetap nak cerita kisah bulan Ramadan. Yelah mummy ni kan rajinnn sangat nak update blog. Tu yang pending lagipun bulan puasa sibuk siapkan tempahan pretzel coklat. Permintaan melebihi keupayaan. Mummy buat sorang tu pun paksa babah tolong. Hehehe tenkiu babah.

Secara ringkaslah mummy cerita ye.

5 Ramadan

Mummy off time ni so decide nak masak untuk berbuka. Mummy buat nasi lemak, ayam goreng berempah dan cucur kentang+bawang. Mummy kalau berbuka mesti nak ada kuih. Macam tak cukup je makan kalau takde kuih walaupun kuih simple je.

Mummy panggil adik mummy sekali datang buka puasa di rumah. Alhamdulillah walaupun nasinya kurang lemak sikit tapi sedap katanya. Sambal pun sedap. Syukur masak dengan penuh kasih sayang kan.




6 Ramadan

Masih lagi off. Dan masih lagi decide untuk masak berbuka. Selagi kudrat masih ada dan masih larat masuk dapur (eh teruk sangat ke puasa sampai tak larat ni..heheh jeng jeng jeng) so mummy masakla. Lagipun beli kat bazar tu dahla mahal, rasanya belum tentu sedap kan.

Menunya daging masak hitam resepi google, sayur lemak pucuk tahu+suhun+kubis+telur kegemaran babah dan popia. Gigihkan buat popia. Babah macam tak percaya mummy buat popia. First time kot ni buat popia. Resepi google la. Sosnya malas nak buat so pakai sos cili thai maggie jer.




7 Ramadan

Kerja petang. Tapi siang tu duk pulun buat popia untuk pot luck hari Ahad di rumah kak pah. Kali ni resepinya tambah udang kering atas permintaan babah. Tapaukan untuk mama sikit. Mama kata sedap tak puas makan katanya. Alhamdulillah. Nanti buat lagi ye.


Mummy duk fikir2 apa nak makan time berbuka nanti. Dahla kat ofis. Nak tapau kat bazar ke. Alahai malasnya. Last-last decide buat mihun goreng Singapore je. Senang dan ringkas. Goreng keropok dan lauk daging hitam semalam ada lagi. Mummy kalau makan mihun mesti dengan keropok. Nasi goreng pun macam tu jugak. Jimat belanja.



8 Ramadan

Hari ni berbuka di rumah Kak Pah kat rumah baru dia di Bandar Tun Hussein Onn Cheras. Tak jauh dari rumah lama. Besar rumah kak pah ni. Mummy je tak terdaya lagi nak buat house warming ke open house ke. InsyaAllah bila kesihatan ok sikit nak buat kenduri doa selamat masuk rumah baru panggil sedara mara dan mak kat kampung, setel kenduri panggil kenkawan makan lak. InsyaAllah mungkin lepas raya kot.



Kami sampai rumah kak pah pukul 6.30. Kak pah tengah bersilat kat dapur dengan maid. Sedap kak pah masak. Ada gulai daging, nangka masak lemak, ayam goreng, ikan kering, sayur campur, soto goreng kunyit. Bertambah gak dua kali mummy makan.



Kami buat pot luck. Jadi masing-masing bawak juadah masing-masing. Mummy bawak popia. Farhana bawak kek coklat. Zu bawa puding karamel, Kak kurnia bawak bubur lambuk terbaik air tangan suaminya. Memang sedapla bubur lambuk dia kalah kat Kampung Baru tu. Rahsianya beliau letak ikan bilis sangai. Macam mana tah dia buat tapi rasanya lagi ringan dan tak berempah sangat macam yang biasa jual. Kali ni mummy yang hantu bubur lambuk Kg Baru pandang sepi je bubur lambuk tu kalau dapat free. Daripada membazir mummy tak ambil langsung.



Kaum bapa bergosipsss


Mak-mak ngan anak-anak


Lepas berbuka acara santai je. Tengok Zahra tu takleh tengok mummy senang dukung baby. Ada je nak apa2. Masa ni duk sibuk cari puting dalam hand bag sebab nampak baby hisap puting tadi. Malu je kakak besar ni.


11 Ramadan


Kalau ada gambar makanan maknanya mummy off le tu dan ada kerajinan nak masak. Kali ni masak lontong dengan ayam masak merah. Tetiba teringin lontong, sengkuang buat inti popia pun ada lagi so campak je sekali dalam kuah lontong tu. Mangkuk kecik tu cik Zahra punya. Untuk dia mummy gorengkan ayam.

Kuih pulak mummy buat roti sosej roll. Dapat kat Zahra rotinya dibuang ambil sosej je. Takpelah nak janji makan ye.


13 Ramadan


Yang ni bukan off day. Tapi mc sebab demam. Gigihkan masak. Dah bagitau babah tak larat nak masak, babah pulak kerja, Zahra hantar ke rumah babysitter. Babah suruh beli makanan kat bawah rumah. Adalah gerai kecik2 jual. Tapi masa mummy turun banyak kedai tak bukak. Kecewa. Nak drive pun takde kudrat. Belilah murtabak dengan samosa. Air soya beli kat kedai runcit bawah rumah. Bukak peti ais ada ikan kerisi buatlah goreng kicap dengan telur dadar.


14-16 Ramadan

Kebetulan mummy dan babah off hari Ahad dan Isnin. Mummy apa lagi nekadlah balik kampung berpuasa dengan family. Memandangkan dah tak boleh nak minta cuti sebab jadual kami dah dibuat so carila masa terluang untuk balik jugak walaupun sekejap.

Kami bertolak 12hb malam lepas kerja dan lepas buka puasa. Adik mummy tak ikut sebab dia kerja. Frust jugaklah dia. Takpe cuti raya dia panjang leh cuti puas-puas. Sampai kampung dalam pukul 1 pagi lebih. Mummy ganti babah drive kat R&R Machap sebab babah ngantok sangat. Si Zahra pulak bila kereta dah berhenti dia pun terus bangun dan tak tidur-tidur. Duk sibuk main dengan handphone babah. Sampailah dia nak susu dan terus tertidur. Sampai je kampung dia sedar balik dan blur-blur eh kat mana ni.

Esoknya kami bawak mak abah dan adik pergi shopping raya kat Plaza Angsana. Adik cari baju raya. Takmo pakai baju melayu depa nak pakai kurta tahun ni. Ok jugak kurta ni smart. Terus cari saiz babah sebab babah bukanlah pemakai Baju Melayu.

Jumpa kedai jual kurta warna purple dan ada saiz babah walaupun nampak macam sendat je. Tu puasa kang kalau pakai time raya mau seksi. Hishh tapi babah da berkenan so beli je lah.

Balik dari Plaza Angsana babah ajak pergi Jakel yang mana plan mummy jugak sebab nak cari baju Aaron Aziz or Zizan Razak untuk babah. Mak kata KL takde jakel ke. Bila masa tah nak pergi dengan kerjanya, dengan orang ramai kat Jalan TAR tu. Oh ye tahun ni pecah rekod mummy tak shopping kat Jalan TAR..hahahah.

Sampai Jakel kami ke tempat baju melayu. Saja tanya salesgirl tu saiz paling besar ada tak. Ada. Warna purple ada tak? Ada tapi cair bukan purple pekat. Huhuh okla takpe. Dapat sampin free mummy pilih kaler dark purple sebab baju dah kaler cair. Barulah senang hati mummy babah dah dapat baju. Mummy cakap kat babah kurta tu biar mummy pakai la bila badan mummy dah besar nanti. Hahah..orang nak kurus dia nak gemok pulak.

Keesokannya pagi kami ke Jusco Bukit Indah. Mak tak nak ikut penat katanya. Kami bawak abah dan adik. Cadangnya nak cari baju raya Zahra blouse dan seluar. Tapi takde pun. Semuanya bukan baju raya. Depa ni tak buat jualan raya ke. So pulang dengan tangan kosong. Mummy belanja abah t-shirt sehelai.


Balik dari Jusco kami terus ke bazar Ramadan Pontian. Nak cari kuih abok-abok dan kuih jongkong feveret ku. Kat KL mana ada. Ni kuih orang jawa. Bila dah dapat makan pulak sejuk-sejuk nyamannyaaa..Alhamdulillah.

Malam tu lepas solat Isyak kami sekeluarga balik ke KL. Esoknya nak kerja dah. Huhuhu.


19 Ramadan

Mummy kerja malam. Tak masak sebab niat nak beli makanan kat kantin je. Mummy tapau nasi putih, ayam goreng kunyit, telur dadar. Beli kat kantin duit tak keluar banyak kalau beli makanan kat bazar. Jimat lagi alhamdulillah.


Dah nak balik dekat pukul 12 tengahmalam, kami dikejutkan dengan sms, wa dan flash mengatakan bahawa pesawat MAS terhempas semua terkorban. Sudahhhh..again for flight MH. Kali ni MH17 dari Amsterdam ke KL. Malam tu sangat panjang buat kami yang kerja syif petang sebab pukul 7 pagi esoknya baru kami balik.

Malam tu kami sibuk dapatkan pengesahan dari MAS dan menteri pasal kejadian tu. Bos pun cepat-cepat recall orang untuk deploy di airport. Pukul 4 pagi lebih PM buat pc di Hotel Sama-Sama. Sah pesawat milik MAS itu terhempas dipercayai ditembak dan semua terkorban. 

Juadah sahur bos belanja nasi goreng dan telur dadar. Alhamdulillah sebab tengah lapar sangat bila kepala ni tak henti bekerja.

Sayu sangat hati sebab kebanyakan penumpang dari Malaysia mahu balik untuk pulang beraya di tanah air setelah bertahun-tahun di perantauan. Tenanglah kamu di sana. Semoga ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin..

Wassalam.