Nuffnang Ads

Monday 23 September 2013

Hantaran Bunga Tiruan


Assalamualaikum.

Dah masuk hujung tahun mula lah musim kahwin-kahwin. Kepada B2B (bride to be) yang masih mencari idea nak buat hantaran, nah, boleh ambil contoh yang mummy buat ni. Senang jer cucuk-cucuk bunga je. Nak tempah? Tak ada masalah, cuma sekarang ni mummy bukak order untuk wedding or bertunang November-Disember je. Sekarang ni mummy tengah sibuk siapkan 200 cucuk bunga telur bunga tisu untuk 2 pasang sepupu mummy yang nak bernikah pada 19 Oktober ni, di samping berhempas-pulas dengan kesibukan pemilihan Umno.

By the way, terima kasih Jaja kerana tempah hantaran untuk perkahwinannya Julai lepas. Jaja pun order menerusi blog ni, dia ada barang-barang termasuk bunga kononnya nak gubah sendiri tapi disebabkan tangannya keras..katanyalah dia pun mintak tolong gubahkan. 

Jadi, kepada sesiapa nak mintak mummy gubahkan dan sediakan barang-barangnya pun mummy boleh buat, harganya just upah jer, tapi kalau tambah barang kene extra caj la.

Jaja memilih warna hijau oren untuk temanya. Dia hanya beri mummy bunga lili warna hijau dan bunga kecik warna oren. Tapi bila gubah macam tak cukup bunga dan tak naik pulak, jadi mummy pun tambahlah bunga oren yang sederhana besar.






Set minyak wangi





Wallet Camel





Kemeja Padini



Sejadah dan kain pelekat

 

Tiga bekas kosong ni untuk cincin, buah dan coklat


Ni pulak hantaran untuk belah lelaki, warna temanya adalah merah putih. Pun sama, semua barang disediakan sebab itulah nampak macam-macam jenis bakul, mummy gubah ikut kesesuaian barang yang disediakan :)


Set penjagaan muka Olay dan beg tangan



Telekung dan sejadah


Bakul kosong untuk letak cincin



Jam Fossil dan coklat


Sesiapa mahu menempah boleh tinggalkan komen di bawah ye..Wassalam




Sunday 22 September 2013

Ceritera Syawal 2013


Assalamualaikum.

Syawal dah lama berlalu tapi mummy baru nak cerita kisah Syawal kami sekeluarga tahun ini. Alhamdulillah tahun ni juga buat pertama kali kot mummy dapat sempurnakan puasa enam..heheh...apalah mummy ni kan..dah tua-tua baru nak penuh puasa enam.

Raya tahun ini adalah giliran mummy bekerja. Ini bermakna giliran raya di rumah mertua di KL. Bila mummy kerja, babah pun kena ikut kerjalah. Tahun ini pun raya kami simple jer. Takde baju sedondon satu family, takde kuih raya yang mummy buat sendiri, tak ada baju baru yang dibeli dah siap untuk mummy (sebab baju raya 3 pasang hantar tailor) dan takde open house di rumah kami. Mummy pun takde mood nak buat semua tu sebab kena kerja kan, lagipun ini tahun pertama raya kami tanpa kehadiran Allahyarham bapa mertua. Jadi raya pun disambut sederhana sahaja.


1 Syawal


Sebelum puasa pergi Jalan Tar bersepah tudung budak kecik, masa puasa langsung mummy tak jumpa, nasib baik muat pakai tudung kakak Amna bagi.




1 Syawal mummy diberi off day sehari, babah pun off. Jadi kami seharian di rumah mertua, the day before pun kami dah balik 'kampung' di Jalan Peel, Cheras..hehehe. Sempatlah mummy belajar masak daging pesamah dengan emak mertua. Masakan penang tu. 

Mak mertua masak daging pesamah, ayam masak bombay, nasi minyak dan kuah kacang, masak nasi impit Nona tu jer, mummy beli lemang 4 batang kat gerai lemang Pak Ali kat MRR2. Kami beraya dua rumah je. Satu rumah baby sitter Zahra yang juga jiran mak mertua, nasib baik dia tak balik Johor, kalau tak, takde rumah nak raya..heheh. Kemudian petang tu kami ke Subang Jaya beraya di rumah mak saudara babah sambil tengok cucu barunya yang lahir beberapa hari sebelum raya.Disebabkan tak ramai saudara babah kat KL ni so satu rumah jela yang kami pergi.


2 Syawal




Keesokan harinya mummy dah kerja, siap berbaju raya lagi..Yelah kata raya kan. Mummy pun bawak lemang, nasi impit, kuah kacang, serunding dan ayam masak kicap Jawa untuk makan dengan kawan-kawan di ofis. Raya kedua manalah ada kedai yang bukak nak lunch kan.

Di ofis pun tak banyak sangat kerja. So kami duduk melepak dan buat follow up dan proses statement saje.


3 Syawal


Makan kuih raya jelah

Mummy kerja petang. Bosan jugaklah nasib baik ada kawan-kawan. 



7 Syawal



Nilah burasak. Makanan tradisi orang Bugis setiap kali raya

Yeayyy..mummy, babah dan Zahra da sampai kampung mummy. Orang da balik KL start kerja, mummy pulak baru nak start cuti beraya. Walaupun ketupat, lodeh dah tak ada, tapi rupa-rupanya mak mummy duk frozenkan burasak. Heheh dia tau anak menantu dia ni suka sangat makan burasak. Lepas dah thaw mak terus kukus balik untuk lembutkan burasak tu. Walaupun rasa dah tak sama kalau makan fresh sebab dia agak kering dan berderai tapi jadilah lepaskan gian kan.





Gigih nak bukak pintu guna kunci kan..



Lepas sarapan, kami tiga beranak balik ke kampung mummy iaitu rumah nenek dan saudar-mara belah mak mummy di Penerok, Pontian. Zahra la raya sakan, dengan peplum beli kat Jusco, dan hairband nekwan dia belikan. Tapi sedih hairband tu tercicir kat rumah sape tah. Adalah empat rumah kami beraya. 

Masuk rumah orang abis semua kuih raya dia nak rasa. Zahra paling suka kerepek. Memang keturunan jawalah nak oi suka kerepek ni. Tapi mummy control skit sebab banyak garam kan.


8 Syawal



Keesokannya harinya kami sekeluarga termasuk mak dan abah mummy ke Parit Sulung, Batu Pahat rumah kakak mummy. Abang mummy satu family dari Pasir Gudang pun ikut sekali, so agak meriahlah barulah terasa feel raya..hahaha..kesian betul mummy ni.




First time naik buai, excited lah si Zahra ni.



Sebelum balik, kami ambil gambar sekeluarga mana yang ada je kat depan rumah kakak mummy. Kebetulan depan rumah tu ada padang permainan.




Lepas ke rumah kakak mummy, kami ke rumah mertua kakak mummy pulak a.k.a besan mak abah. Memang setiap tahun kami akan beraya di sini, cuma tahun ni tahun pertama arwah bapa mertua kakak mummy meninggal, so lain la sikit rasanya. Rumahnya tak jauh dengan rumah kakak mummy, lupa pulak apa nama tempat dia.

Jom tengok gelagat Zahra.






Bukan main suka jumpa tanah lapang, seronok betul dia berlari. Ni semua hasil bidikan kamera adik mummy yang tengah belajar fotografi kat IKBN Pertak.


11 Syawal

Time to go back to KL..huhuhu. Setelah hampir seminggu cuti raya di kampung, kami pun baliklah ke Kuala Lumpur. Adik mummy pun ikut sekali. Babah ajak ikut jalan lama, tak nak ikut highway sebab nak singgah Muar makan mee bandung. Perjalanan agak jauh dan ambil masa sikit lah.

Dari Pekan Nanas-Pontian-Batu Pahat-Muar, kami singgah di gerai mee bandung Abu Bakar Hanipah yang terletak di bandaraya Muar. Kami order sate dan mee bandung. Meenya sedap cuma kuahnya agak sedikit pekat dan penuh rasa udang kering. Zahra makan sate jer.



Dinding kedai ni banyak gambar tokey ngan VVIP yang singgah makan di sini.



23 Syawal


Ofis mummy buat sambutan hari raya di Hotel Grand Season. Mummy kene cover function dari mula pukul 12 tengahari sampailah 4 petang. Kene standby mana tahu ramai menteri yang datang. So makan, makan dan makanlah kita. 



With one of my adik kesayangan. Alhamdulillah adik mummy ni Puan Nana dah selamat melahirkan bayi perempuan 18 Sept lepas. Naura Nur Medina namanya kalau tak silap. Selamat berpantang ye dik. Errr bagi aura skit bleh..Ehhh



Bersama editor baru kami yang berbaju biru.


Bila tengok FB, baru perasan yang kami takde gambar 3 beranak..hahahah sedih betul. Takpelah tahun ni takde, tahun depan mummy nak balas dendam...Hehehe..

Oklah semua, wassalam :)








Tuesday 17 September 2013

Resepi roti untuk bayi




Assalamualaikum.

Lama pulak tak post pasal makanan baby kan..so kali ni mummy nak kongsi resepi roti untuk bayi. Tapi sebelum tu cuba mommies baca info di atas. Mummy dapat dari group HSFFYB di FB. Jadi seeloknya berilah anak roti sehari sekeping saja. Berilah roti gandum penuh or wholewheat bread berbanding roti putih.

Roti boleh diberi seawal 8-9 bulan. Tapi mummy start bagi Zahra roti masa dia umur 11 bulan. Mummy cuba bagi roti celup susu dia takmo. 

So di bawah ni antara resepi roti yang mummy buat sejak Zahra 11 bulan hingga sekarang. Kalau mommies nak cuba tengok pada kesesuaian anak ye. Apa yang dah pass apa yang belum.  Selamat mencuba




Fruity Bread Pudding

Bahan-bahan:

Roti sekeping, susu formula/susu segar (1thn ke atas)/susu ibu, telur sebiji, buah-buahan. Kalau nak manis leh tambah puri kurma skit kat bancuhan susu dan telur.

Caranya:

Potong dadu roti, rendam dlm bancuhan susu dan telur sampai terendam, biarkan kejap. kemudian taburkan buah-buah masuk dlm bekas dan bakar dalam 180C selama 10 minit or sehingga masak.




Broccoli french toast

Bahan-bahan:

Sekeping roti, brokoli floret, telur, lada sulah

Cara-caranya:

Celup roti dengan telur yg dipukul dan ditabur lada sulah sikit. Kalau nak bentuk mcm ni, potong ikut acuan dulu pastu celup telur. Goreng dengan sedikit minyak zaitun, tabur brokoli floret yg dicincang di atas roti. Balik-balikkan sampai masak..siap.




Roti dengan puri prune

Bahan-bahan:

Sekeping roti, puri prune

Cara-caranya:

Gelekkan roti sampai nipis guna rolling pin or gelas or apa saja yg boleh jadikan roti tu nipis. Sapu dengan puri prune dan gulungkan. Kemudian potong.






Cheesy french toast

Bahan-bahan:

Roti sekeping, telur sebiji, keju chedar yg diparut

Cara-caranya:

Potong roti ikut acuan yg disukai, celupkan dalam telur yg sudah dipukul. Goreng dalam minyak yg sikit, balik-balikkan. Sebelum angkat taburkan keju yg diparut. Siap.









Broccoli Nugget 
(Mummy dapat dari blog mamacook..tapi mummy tambah lada sulah skit untuk perasa)

Bahan-bahan:

Sekeping roti, brokoli yang dicelur, telur, keju chedar diparut, lada sulah

Cara-caranya:

Panaskan oven 200c. Celur brokoli. Potong roti bentuk dadu. Pukul telur dan lada sulah sedikit. Masukkan roti, brokoli ke dalam telur dan masukkan keju. Kacau sampai sebati. Lenserkan pan dengan minyak zaitun dan masukkan bancuhan tadi. Bakar selama 10 minit atau sampai masak.

*Kita makan pun sedap, boleh dijadikan resepi keluarga tapi masukkan garam skit. Cecah ngan sos pun sedap.








Banana sausage french toast

Bahan-bahan: 

Roti sekeping, pisang sebiji, telur sebiji.

Cara-caranya:

Gelek roti guna penggelek atau apa saja yg boleh gelekkan roti sampai nipis. Gulungkan dengan pisang, celup telur dan masak dengan minyak yg sikit. Da siap boleh dipotong nipis-nipis.


Kelas kan semua tajuk makanan nama omputih..hehehe..oklah mommies semua. Selamat mencuba ye.. 

Wassalam.