Nuffnang Ads

Thursday, 6 February 2014

Pregnant ke??

Assalamualaikum.

Haaa saspen tak tajuk kali ni. Mummy lagi saspen ni sebab dah empat hari lewat period. Tapi mummy tak nakla berharap sangat sebab dah 2 bulan period mummy lewat 2-3 hari. So tunggu seminggu kalau tak datang jugak kita test dulu guna pregnancy test.

Apa yang membuatkan naluri mummy kata mummy ni macam pregnant ialah simptom2 yang mummy dan mungkin babah alami.

Masa Zahra dulu sebelum dapat tau mummy mengandung ialah mummy cepat letih, buat kerja sikit je dah lepak macam buat kerja berat. Pastu mummy kencing tak lawas. Rasa macam nak kencing, tapi tak kencing, pastu bila dah kencing macam tak puas je, tapi yang keluarnya sikit sampai mummy tunggu lagi kot-kot nak terkencing lagi.

Ada masa tu pulak asyik nak terkencing je sampai tak sempat masuk toilet dah terkucil, sampai macam tu sekali, terpaksa bawah pantyliner n spender lebih...hahahah. Pastu rasa macam nak buang air besar, tapi bila masuk toilet duk termenung je. Bila nak kuar rasa macam nak membuang tapi tak. Keliru mak nyahhh.

Tapi kali ni mummy tak rasa semua tu, tapi mummy diserang sakit pinggang kat belakang. Lepas buat kerja rumah, berdiri lama, pinggang mula lah sakit. Tapi tak lama. pastu datang balik. Mummy juga cepat letih dan moody sampai malas nak buat apa-apa. Nak baring jer.

Kelmarin bila period mummy lewat 2 hari, mummy teringat nak google apa tanda-tanda awal kehamilan. So ini yang mummy dapat. Ada juga yang kata sakit belakang, sakit punggung, selesema, batuk, demam, pening tu antara simptom sebab antibodi tengah lemah. Wallahualam.

1. Rasa lapar yang berpanjangan
Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

(Sebelum ni memang asyik makan je. So negative)


2. Perubahan pada warna di sekliling payudara
Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

(Err...yang ni tak pasti sebab tanya babah pun dia pun tak sure sebab kejadian biasanya gelap gelita. Eh)

3. Kerap membuang air kecil
Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

(Takde kot, kalau kat ofis memang asyik ke toilet je sebab sejuk aircond. Kat rumah takde pulak. Negative lagi)


4. Merasa tidak bermaya
Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

(Yang ni positif)

5. Sakit dan tegang pada buah dada
Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

(Hmm...mummy tak perasan la. Tapi bila pangku Zahra dia tekan dada mummy rasa sakit dan senak dada. Relevan ke)


6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari
Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

(Pendarahan takde, tapi senak tu kadang-kadang ada macam rasa nak period)


7. Rasa loya dan muntah
Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

(Awal-awal dulu ada. Skang takde, tapi hari tu babah demam teruk sampai rasa loya, mulut pahit jer)


8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan
Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

(Tak pasti, tapi kadang-kadang rasa nak demam tu macam ada)

9. Missed period
Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.

(Baru 4 hari lewat. Kita tunggu dulu)

10. Ujian air kencing yang positif
Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian.


Sebenarnya mummy pun tak sabar gak. Pagi tadi mummy cari pregnancy test masa Zahra dulu, mummy beli sekotak tapi ada 2 test dalam tu. Tapi dah expired bulan lepas. Lepas hantar Zahra ke rumah babysitter mummy singgah ke farmasi utk beli yang baru.

Sampai rumah, terus test, tapi satu jalur je. Frust memang ada, tapi takpe, sebab mungkin baru lagi, dan mungkin juga kit tu dah expired!! Hahah. Mummy tunggu lagi 5 minit, bayang2 jalur kedua pun takde so buang jela. Negative!!!

Mummy pun dah terbagitau kat babah pasal tanda-tanda ni, terus dia excited. Tapi mummy cakap jangan harap lagi dan jangan bagitau sesiapa lagi sebab tak confirm. Terus dia amek segala beg bawak, mummy lenggang kangkung je masa hantar Zahra dan babah pergi kerja tadi. Gitu kannn..

Apa-apa pun mummy terus berdoa agar dikurniakan zuriat lagi, sebab mummy teringin sangat nak anak ni, tak kisah lelaki ke perempuan, Zahra pun dah 2 tahun, dan suka sangat kat baby.

Takpe, kalau genap seminggu mummy tak datang period kita test lagi. Doakanlah mummy ye, kalau takde rezeki kita cuba usaha lagi. Tungguuuu..

Wassalam :)

43 comments:

  1. Assalamualaikum kak, semoga dipermudahkan urusan kamu. sheila doakan positif! hehehe. Salam perkenalan dan sheila follow sini yaa (",)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sheila..selamat berkenalan..silakan..kita sama-sama kongsi cerita dan pengalaman..hari ni masih belum period..bangun tido rasa nak demam..uhuk uhuk

      Delete
    2. SALAM kak.sy azie...sy sblum piriod dtg 3 ke 4 hari...tp bln ni sy rasa hairan sgt....sy dtg piriod 2 hari je.....lps tu prut sy dh keras...tukang bidan pun x brani nak urut....bru ni sy p jmpa dok ...dok ckp sy xder mslah pda rahim ke...doktor buat scan...dia ckp ada bnda kecil aja x brapa nk nampak....adakah itu tanda2 sy hamil.....sy buat prgnant test tp negetif.....blih share x

      Delete
    3. Rasanya kene tunggu kalau tak datang period sebulan or lewat period baru cek upt..benda kecil yang doc scan tu doc cakap apa eh??

      Delete
    4. Salam kenal akak..sye pon dah lewat 4hari..pd sye ni bwt sye x slesa lngsung..d sentuh pun rase x slesa..hihi..nk check tpi xkut 1line je..

      Delete
    5. Salam kenal akak..sye pon dah lewat 4hari..pd sye ni bwt sye x slesa lngsung..d sentuh pun rase x slesa..hihi..nk check tpi xkut 1line je..

      Delete
  2. mcm mana result nye?positive x?

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan. Kalau nak cuba set kesuburan Shaklee boleh hubungi saya @012-7747857. Semoga ada rezeki sis sekeluarga nak tambah zuriat:)

    ReplyDelete
  4. Salam sis. Ada apa2 good news ke?
    Sy pun tgh mengalami bbrp simptom.
    NGilu gusi, sakit pinggang blkg, senak kt ari2, pening2, loya, moody dan lemah badan. Yg plg pelik kerap sakit lutut.
    Awal2 ritu ada buat test tp jalur kedua kabur sgt.
    Takut xbtl aje. So tgh tunggu cukup 2 bln bru nk check blk. Skrg br nk gnp 7w. DOakan sy yer sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  5. Slm sis sy bru sahaja berkahwin 3 bulan pada bulan pertama sy period seperti biasa bulan ke dua poen sama masuk sahaja bulan ke 3 sy lewat 4 hari ada kah sy mengandung??

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..tunggu seminggu atau lebih kalau tak period jugak buat upt test..beli pregnancy test kit kat farmasi..kalau double line tahniah pregnant la tu..nak lagi kepastian lepas tu pergi klinik untuk cek semula

      Delete
  6. Assalamualaikum salam kenal sis
    Sy asikin
    Sy lewat dtg period 5 hari dah tapi x berani nk test lg takut result mgecewakan..
    Coz sy dah berkahwin dekat 2 tahun
    Jadi x nk mengharap sgt tapi sy mintak doa2 kan sy ye😇😉

    ReplyDelete
  7. Nice info tau untuk bakal mami

    Please follow saya lalabiestory.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Salam sis..sy sedang mengalami sakit ketika membuang air kecil dan air kencing sy berdarah pd hari pertama sy sakit ketika membuang air kecil..sy juga ade sakit pinggang d bahagian belakang dan telah berjumpa doktor.. doktor mengatakan kemungkinan sy mengalami kandungan d luar rahim kerana ujian kehamilan sy positif dan sy juga telah d scan tetapi tiada kandung dlm rahim sy dan kandungan sy baru mencecah 3minggu..soalan sy adakah kandungan di luar rahim dan sakit ketika kencing dan air kencing berdarah ade kaitan??..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak...saya pun tak berapa tahu la pasal ni..xde pengalaman..apa pun awak jaga kesihatan baik2 ye

      Delete
  9. Salam sis..sy sedang mengalami sakit ketika membuang air kecil dan air kencing sy berdarah pd hari pertama sy sakit ketika membuang air kecil..sy juga ade sakit pinggang d bahagian belakang dan telah berjumpa doktor.. doktor mengatakan kemungkinan sy mengalami kandungan d luar rahim kerana ujian kehamilan sy positif dan sy juga telah d scan tetapi tiada kandung dlm rahim sy dan kandungan sy baru mencecah 3minggu..soalan sy adakah kandungan di luar rahim dan sakit ketika kencing dan air kencing berdarah ade kaitan??..tq

    ReplyDelete
  10. Salam sis..sy sedang mengalami sakit ketika membuang air kecil dan air kencing sy berdarah pd hari pertama sy sakit ketika membuang air kecil..sy juga ade sakit pinggang d bahagian belakang dan telah berjumpa doktor.. doktor mengatakan kemungkinan sy mengalami kandungan d luar rahim kerana ujian kehamilan sy positif dan sy juga telah d scan tetapi tiada kandung dlm rahim sy dan kandungan sy baru mencecah 3minggu..soalan sy adakah kandungan di luar rahim dan sakit ketika kencing dan air kencing berdarah ade kaitan??..tq

    ReplyDelete
  11. Salam sis..sy sedang mengalami sakit ketika membuang air kecil dan air kencing sy berdarah pd hari pertama sy sakit ketika membuang air kecil..sy juga ade sakit pinggang d bahagian belakang dan telah berjumpa doktor.. doktor mengatakan kemungkinan sy mengalami kandungan d luar rahim kerana ujian kehamilan sy positif dan sy juga telah d scan tetapi tiada kandung dlm rahim sy dan kandungan sy baru mencecah 3minggu..soalan sy adakah kandungan di luar rahim dan sakit ketika kencing dan air kencing berdarah ade kaitan??..tq

    ReplyDelete
  12. Salam just to share..sy kahwin bln 6 aritu..pjj huhu sbb 2,2 keje...alhamdulillah Allah bg rezeki pd bln 9, lmp 8 sept...simptom sy penat tramat sgt, kerap kencing, cpt lapar n skit kat ari2...tp rezeki tak lame saye mc pd 24 okt sbb byk travel..pesan sy pd mami2 to be..in pretrimester hadkn prgerakn..prgi blik keje je boleh la...doakan sy n suami dpt lg baby yer...trima kasih

    ReplyDelete
  13. Salam just to share..sy kahwin bln 6 aritu..pjj huhu sbb 2,2 keje...alhamdulillah Allah bg rezeki pd bln 9, lmp 8 sept...simptom sy penat tramat sgt, kerap kencing, cpt lapar n skit kat ari2...tp rezeki tak lame saye mc pd 24 okt sbb byk travel..pesan sy pd mami2 to be..in pretrimester hadkn prgerakn..prgi blik keje je boleh la...doakan sy n suami dpt lg baby yer...trima kasih

    ReplyDelete
  14. salam kak linda..saya baru berkahwin pada bulan 9 haritu..bulan 10 saya period tapi november saya dah lewat 12hari..mula2 ingat preggy..buat upt dah berkali2 tau..haha tapi negatif..nampak sangat saya tak sabar..dengan pulak orang sekeliling duk cakap saya preegy..dengan saya sekarang jadi letih je..mungkin saya kerja direct tanpa cuti..dah 2 mggu..sebab bz sikit skrg..dan saya kerap sakit pinggang..rasa lenguh2 sengal2 je..pernah jugak rasa senak dekat ari2..sampai nak terkencing je rasa..dan pernah jugak 1 haritu masa tengah kencing..keluar mcm lendir tp berwarna coklat..was2 jadi saya pun..sebab tak pernah mcm tu..akak rasa saya ni preggy atau tak..dekat blog saya nurasyifazbdulaziz.blogspot.com ada entri untuk soalan saya ni..in shaa allah malam ni saya akan ke klinik..doakan saya ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam...kadang2 tu perubahan hormon pun mcm tu jugak..yelah hormon suami masuk dlm badan kita kan..so rasa perubahan sana sini tu biasa..tentang pregnant ke tak saya pun tak berani nak cakap..masa jumpa doktor cakap tak pasal senak dan kencing kuar darah tu..takut kena kencing kotor..

      Delete
  15. Assalamualaikum.. Saya kahwin dah masuk 3 bulan . masuk bulan ke 3 saya lewat period seminggu bila buat Upt negatif. Tapi saya kerap sakit pinggang dan rasa nyilu² di rahim.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum.. Saya kahwin dah masuk 3 bulan . masuk bulan ke 3 saya lewat period seminggu bila buat Upt negatif. Tapi saya kerap sakit pinggang dan rasa nyilu² di rahim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. en abdul latif... soalan bg pihak isteri ke?

      Delete
  17. Sy keluar darah haid pertama 24-11-2015 dan selesai 01-12-2015 dan sampai skrg sy blm M lagi..g ada tanda2 hamil yg sy rasakan,kecuali pipis yg terus menerus..minggu lalu sy TP tp negatif.sy g biasa telat lama begini krn M sy sll teratur .. Mungkinkah sy hamil skrg ..?? Aamiin

    ReplyDelete
  18. sy last period 18.1.2016..sampai sekarang masih tidak period almost 2 months da x datang bulan..tetapi saya ada mengalami keluar brown spotting 20.02.2016 selama 2 hari..ingatkan da nak period..tup tup x period jugak....saya da banyak kali buat upt test,..tapi still -ve...saye ade pegi cek dekat klinik..doktr ada nak bagi ubat untuk period, bila saya mintak scan perut doktor trus x jadi nak bgi ubat trun period coz takot saye preggy.. dye ade mention sye punye rahim nampak kabur and x berapa jelas..boleh jadi nak mengandung or nak period..tapi sampai sekrang saye cek upt masih -ve...macm mane yer?saye da beharap sngat preggy niee...da setahun kahwin...ada kemungkinan x saya mengandung? sebab tanda2 sakit pinggang dan lenguh2 macam nak period tapi x period pom ada..loya..penat..hemm..sape pernah mengalami macam saya?

    ReplyDelete
  19. Saya kawen da 3 bulan ,, nie lewat period 5 hari.. nak buat upt takut result mngecewakan..sebab en.suami tanya hari2 ada baby ker lewat period .. jadi seram pulak nak buat test upt..

    ReplyDelete
  20. Sy lewat period dh 27hari.. smlm cek still -ve.. suami berharap sgtt.. sy pulak y tensionn huhu..

    ReplyDelete
  21. Sy lewat period dh 27hari.. smlm cek still -ve.. suami berharap sgtt.. sy pulak y tensionn huhu..

    ReplyDelete
  22. Linda dah preggy ke?nk tau kptusan..sy pn bdbar2..

    ReplyDelete
  23. Hi..sye cik lyn..nk tnye sye dah lewat period 3hari..so gatal sngt tngn nak test..hasilnya dua line but line kedua tk trlalu terang..apkh mksudnya sy da hamil?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy dlu pregnat mcm tu sis...line prtama cerah line kedua pudar skit tp tu dh tnda mmg 2 line..positif

      Delete
  24. Rasa yer. Tapi kena repeat test tu selang sehari tgk warna makin terang tak..if yes..congrats..huhu

    ReplyDelete
  25. sekarang sy da lewat 5 hari... tp ni da hari ke 3 datang period darah ckit je..pelik laaa.. nak cek takot plak kecewa.. penantian selama 6thun.. jika betul la ada rzki mau nanges tepi bucu katil... hehehhe

    ReplyDelete