Nuffnang Ads

Friday 20 February 2015

Pengalaman Mengandung 3rd Trimester

Assalamualaikum..

Alhamdulillah...kandungan mummy sekarang dah masuk ke 37 minggu..dah 9 bulan..kebanyakan orang kat ofis semua tanya bila bersalin? Eh tak cuti lagi ke? Perut dah semakin berat, jalan pun dah slow sekarang.

Oklah jom kita cerita apa yang berlaku kat mummy sepanjang trimester ke-3 ni. Pada 27 minggu mummy ada cerita dalam entry lain pasal mummy jatuh masa kursus kat ofis. Boleh recall atau baca balik kat sini la yek. Alhamdulillah takde serius berlaku. Baby ok, mummy sakit pinggang sikit je.

Bila da 28 minggu tidur malam dah mula tak selesa. Pusing kiri baby tendang, pusing kanan pun tendang juga. So kene slow talk ngan baby ajak tidur baru dia diam dan mummy pun dapat tidur dengan lenanya. Heheh..



 Baru balik kenduri kahwin. Jubah malika dari Cala Qisya dan wide shawl Siti Maryam dari Suci By Yatt Hamzah.


29 minggu baby semakin aktif, bila galak bergerak tu sampai herot-berot perut mummy. Especially waktu malam dan especially juga time babah ada, time dengar suara babah, aiii anak babah sungguh. Bila babah takde baby gerak-gerak manja je. Mummy pun dah mula sakit pinggang, tulang pinggul dan kaki. Babahla tukang urutnya.

Masa cek-up 29 minggu ni berat mummy naik 1/2kg je berbanding 2kg bulan lepas. Nurse tengok ok dan tak cakap apa pun pasal berat atau minum air gula. Tapi kali ni kena jumpa doc untuk repeat scan. Lepas je scan tetiba doc cakap pasal minum air gula. Setakat pregnant kali ni mummy tak disuruh lagi minum sebab takde sejarah keluarga, umur pun baru 34. Tak silap kalau ada sejarah keluarga masa awal trimester memang dah disuruh minum, kalau tinggi maka kene jaga makanlah sampai beranak. Kalau tinggi sangat kandungan gula tu ada kemungkinan kena makan ubat atau cucuk insulin. Masa ni kene beranak awalla, takleh lepas due date takut baby besar atau lemas. 

So doc kata polisi sekarang semua diwajibkan minum air gula. Doc tetapkan 2 Jan pukul 8 pagi mummy kena ke klinik minum air gula. Gulp..redha jelah..huhuhu. Nanti pasal air gula lain entry ye sebab ada kisah dan panjang sangat kalau nak cerita dalam ni.

Oh ye masa ni dah start kena kira pergerakan baby. Bermula pukul 9 pagi sampai 9 malam kena cukup 10 gerakan. Kalau after 9 malam atau baby kurang gerak maka cepat-cepatlah ke hospital takut apa jadi kan. 



30 minggu. Kaki kanan mummy bengkak, jalan pun terhencot-hencot memang seksa nak jalan dengan badan yang berat lagi. Besar kan kaki tu, nasib baik kaki memang belum bengkak sebab mengandung, so takdela mcm gergasi kaki tu.

Mummy tak tau punca kenapa boleh sakit kaki ni. Ceritanya lepas je balik KL lepas bercuti di kampung sebab adik mummy bertunang, terus kaki ni rasa sakit, jalan pun slow dan terhencot-hencot. Babah tanya kenapa, entah tiba-tiba je. Ingat punya ingat baru babah faham. Masa kat kampung mummy terlanggar bucu kaki meja makan kat dapur. Dua kali pulak tu terlanggar, memang sakit masa tu. Tapi setakat kat situ je la sakitnya, lepas tu takde, boleh jalan macam biasa. Elok je sampai KL terus rasa sakit, soo sakitnya datang lambat. Huhuhu.

Malam tu nak tidur babah sapu minyak panas dan balut kaki mummy. Bila da balut barulah macam lega sikit nak bergerak. Nasib baik mummy masih bercuti so duduk rumah je la, dua hari jugak bengkaknya. Tak pergi klinik pun sebab lepas sapu minyak panas dan balut kurang sikit bengkak dan merah kaki tu. Huhuh macam-macam..ari tu jatuh, kali ni tersadung, member mummy kata baby boy memang nakal sebab masa dia mengandung anak kedua boy jugak bape kali dia terjatuh, nasib takde pape. Mummy fikir positif je, lain kandungan lain ragamnya, kita yang kena lebih berhati-hati.

Masa ni jugak mummy dah start minum air kelapa, tapi jarang-jarang, tak hari-hari. Bila teringat atau ke kedai makan dan ada air kelapa baru minum. Yang lebih afdal kelapa fresh tanpa bubuh gula tu. Air kelapa boleh diminum bila kandungan dah 7 bulan. Tujuannya supaya baby bersih bila keluar nanti, takdela berlumuran darah sangat atau kerak-kerak putih tu. Masa Zahra dulu memang dia keluar bersih sebab tu mummy amalkan minum air kelapa ni.

31 minggu. Masa ni mummy dah start buat cek-up 2 minggu sekali, so sejak tu buku pink ni dibawa je kemana-mana mummy pergi. Sebab sekarang dah tak buat reporting so beg tu ringan la sikit sebab takde buku nota, so kita ganti dengan buku pink ni.

Minggu ni jugak agak menggerunkan sebab kena minum air gula. Hasilnya....mummy sangkut! Mummy disahkan GDM ataupun ada kencing manis masa mengandung. Masa Zahra dulu takde. Nantilah kita cerita lain ye. Masa cek-up 31 minggu ni berat mummy naik lagi 1.5kg dalam masa 2 minggu! Ayoo..stress kot sebab kena minum air gula. Hahaha. Maklumla selera bertambah, kalau lapar malam tu memang makan heavy or cari nasi! Masa ni pun kalau duduk lama-lama lenguh pinggang dan sakit kaki. So kena selalu bangun jalan-jalan.

32 minggu. Mummy buat scan baby 3D/4D. Mummy buat kat Klinik Fauziah di Ampang, berdepan dengan Ampang Waterfront dekat Manjaku tu. Masa Zahra dulu pun buat kat situ. Tapi harganya macam dah naik. Tak silap dulu RM200 je, tapi sekarang dah RM250. Sesiapa yang nak buat boleh refer FB dia 3D 4D Scan Malaysia. Boleh wassap sonographer dan masuk ke website dia untuk buat tempahan online. Memang dah ada kalendar dan waktu kat situ. Kalau tiba-tiba nak cancel pun kena cepat2 cancel dalam website.

Mummy booking slot pukul 3.30 petang sebab pagi tu mama ada kursus umrah, so babah kena hantar mama. Lepas selesai kursus dan lunch kami bawak mama sekali. Sampai dekat pukul 4pm lama jugak kena tunggu dalam 3-4 orang baru giliran mummy sampai. Alhamdulillah kali ni sekali scan je terus nampak muka baby tapi mummy kena mengiring ke kiri sebab baby duduk kat belah kanan. Masa Zahra dulu mummy kena keluar jalan-jalan dan cakap dengan baby sebab tak nampak muka. Kemudian masuk balik untuk repeat scan.

Sonographer tu bukan main lagi fasih cakap melayu, maybe sebab pelanggan dia ramai melayu kan. Bagusla, dia scan muka terus cakap wahh tembamnya baby, tengok pipi dia tu. Hahaha. Mummy pulak rasa nak nangis. Berat baby masa ni dah 2kg, dia kata agak besar, kiranya berat baby ni  awal seminggu. Sepatutnya 2kg tu dalam 33 minggu. Dalam hati alamak sebab gula tinggi ke baby terus membesar ni. Tapi takpelah mummy fikir positif, asalkan baby ok dan sihat. Masa scan baby tidur je siap tutup muka dengan tangan sampai sonographer tu duk godek-godek perut mummy untuk alihkan tangan dia. Ada sekali tu siap buat muka maybe sebab orang kacau dia kot. Pandai anak mummy ni ye. Gambar scan tu ada kat bawah. Sila scroll ye.

Oh ye, masa ni mummy baru perasan breast mummy dah keluar air. Jernih je, bukan macam susu pun, bila picit keluar air setitik dua. Alhamdulillah, semoga hasrat mummy nak bagi baby breast milk kali ni dipermudahkan dan lama baby dapat minum susu badan. Masa kakak Zahra sampai 4-5 bulan je, pastu takde lepas mummy period. Huhuhu.

Baby pun kerap mengeras, perut semakin berat, mummy jalan macam penguin dah. Hahah.

33 minggu. Cek-up masa ni berat mummy maintain. Berkat jaga makan sebab GDM. Hahaha. Alhamdulillah. Tapi yang tak syoknya mummy selsema. Lama jugak baru baik sebabnya berjangkit dengan babah. Mulanya nak ke klinik tapi malas la pulak. So layan je la selsema tu sampai Zahra pun berjangkit. Huhuh. Tapi kami bawa Zahra ke klinik untuk ambil ubat.

Masa ni babah tiba-tiba takde selera makan. Loya pun ye siap beli asam tu. Haihh dah hujung-hujung bulan baru loya ke. Memang masa 1st trimester tu masa mummy tengah morning sickness babah releks je. Takde alahan apa pun. Beza masa Zahra, babah siap muntah-muntah tak kira masa dan tempat, tapi kebanyakannya waktu siang la. Betullah orang kata lain kandungan lain ragamnya kan. Pengalaman tu yang penting. Hehe.

Bawah perut mummy pun kadang-kadang senak, rasa macam kepala baby turun, tegang je perut ni rasa. Ramai juga yang tegur bila bersalin sebab tengok dah sarat sangat. Sejak awal lagi orang tengok perut mummy ni besar kan. Bukanlah besar sangat pun cuma muncung tajam ke depan. Orang yang ada pengalaman sekali pandang je tanya lelaki eh. Sebab rupa perutnya macam tu. Kalau baby girl perutnya penuh, lebar, mummy ni muncung tapi kat pinggang takde lebihan. Kiranya kalau dari belakang orang tak perasan kita pregnant sebab pinggang tu masih ada shape lagi. Kalau baby girl sampai ke pinggang penuh. 

Mummy jugak dah start beli supplement untuk kawal paras gula dalam darah. Apa supplementnya dan khasiat serta testimoni nanti kita cerita lain ye.

34 minggu. Nasib baik masih ada expo baby sebelum mummy bersalin. Sebelum ni mummy dah start beli barang baby sikit-sikit macam baju, mitten dan booties kat Jusco kebanyakannya. Tapi kalau kat expo kan macam-macam ada dan boleh beli semua barang kat situ. Lepas kerja tak ingat bape hb, mummy dan babah terus ke PWTC untuk beli barang baby dan barang pantang mummy. Walaupun eksponya kecil tapi okla kan. Bukan nak beli banyak pun.



Masa ekspo baby kat KLCC mummy just beli barut baby 3 helai dari Little DJE. Lepas tu jubah maternity dari booth yang sama dan keperluan berpantang mummy iaitu batu tungku dan mandian herba dari booth Bornda. Tu je la. Masa tu macam menyesal tak beli banyak-banyak. Sebab tak beli banyak sebab mummy sorang je pergi, babah kerja. So tak kuasala nak angkut barang banyak-banyak kan.

So kali ni kat PWTC mummy beli bedung baby yang berzip sehelai dan velcro 2 helai. Pastu beli nursing pillow, romper 3 helai, bib 3 helai, tuala sekali dengan sapu tangan dan alas bila nak salin lampin or baju baby. Apa nama tah tetiba lupa, yang ni washable, sebab atas dia kain cotton. Mummy jugak beli minyak mustajab NR dan air coklat berhalba dari The Milk Story sebagai milk boster katanya masa pantang nanti. Oh ye mummy juga beli bengkung 2 jenis, sebelum ni ada sehelai bila nak basuh tu terpaksala mak mummy potong kain batik dia jadikan tali pinggang. So kali ni mummy ada 3 bengkung, tak kurus tak taula. Haha. Mummy beli kat booth Mumdreams. Satu jenis velcro untuk pakai di hospital ataupun bila dah lepas2 pantang, satu lagi yang jenis bertali.




Off day, time untuk membasuh baju-baju baby. Mummy beli sabun basuh jenis liquid cap Tollyjoy di Jusco. Pureen punya untuk baby yang liquid ada softener, tak sesuai untuk kulit baby. Yang takde softner dalam bentuk serbuk pulak. Susahla kalau nak letak dalam mesin basuh, takut ada yang tak rata bergumpal kat kain. Naya je. 

Kebanyakannya guna baju kakak Zahra, tu pun kena pilih, kena yang ada unsur boboiboy. Kaler pink mummy simpan awal-awal la. Bedung kebanyakannya guna kain lampin jer. Masa Zahra dulu mama ada mintak kawan dia jahitkan sendiri, walaupun warna pink tapi belasah je. Cuma kalau nak keluar cek up ke kita pakai yang zip atau velcro. Senang sikit nak balut. 



Atas tu lah beg mummy dan baby untuk dibawa ke hospital. Amek ko besar tak besar. Hahah. Masa Zahra dulu bawak beg kecil je yang jenis sandang kat bahu. Yelah bukan apa, mummy kan ada GDM so standbyla kalau kena stay lama kat hospital. Tapi harapnya taklah. Container bawah tu pulak baju-baju baby. Tu nanti untuk dibawa balik kampung masa pantang. Masa Zahra dulu pun mummy simpan baju baby dalam container. 


Masa ni hantar mama pergi umrah di KLIA. Jubah mummy dari Salsabila Muslimah Attire. Beli masa ekspo Mood Republic kat PWTC. Murah gila tu yang ambil. Material lycra.

35 minggu. Yeay berat mummy turun 1/5kg dalam masa 2 minggu. Nampaknya berkesan diet mummy ditambah dengan supplement yang mummy makan, darah pun result ok. Syukur sangat. Nurse pun dah ingatkan pasal tanda-tanda bersalin. Kalau ada tanda cepat-cepat ke hospital katanya.

Da start sakit bawah perut macam mencengkam je. Sehari mesti sekali rasa. Kadang tu kat opis, kadang tu kat rumah. Terpikir ni kontraksi palsu tu braxton hicks kan. Tapi nasib tak lama, kejap je. Bila kena tu berkerut jugakla. Kalau berdiri lama buat kerja pinggang pun sakit. Belah kanan pun kerap sakit especially dari pinggang, punggung sampai ke kaki. Maybe sebab baby suka duduk belah kanan, so beban tu kat belah situ. Sakit ni datang setiap kali bangun tidur. Lagi satu posisi tidur maintain belah kanan je lama tu yang sakit jugak tu.


Kayla Jubah dari Cala Qisya. Beli di Modvier Bangsar.

36 minggu. Kali ni dah start seminggu sekali cek-up. Berat kali ni maintan. Doc scan baby pun ok, dah 2.89kg dah. Kepala pun dah turun, tu yang kerap sakit kat bawah perut tu. Pergerakan baby tak aktif sangat sebab ruang dah terhad. Tapi masih 10 pergerakan sampai 9 malam. Perut semakin berat so jalan pun slow jer. 

Bengkak di kaki pun dah tak surut. Kali ni mummy bengkak kat pergelangan. Masa Zahra bengkak kat kaki dah macam kaki gajah, kembung je atas tu. Kalau jalan banyak tu balik je rumah memang suruh babah urut. 

Contraction palsu semakin menjadi-jadi. Especially setiap kali dalam kereta bila balik kerja, nasib masa tu babah yang drive. Masa datang contraction tu memang mummy praktikkan teknik pernafasan tarik ke hidung hembus di mulut, bila contraction betul datang, gitula tekniknya untuk kawal kesakitan tu. Fuh fuh fuh. Tapi sekali je la contraction palsu tu datang, bila mummy jalan or tukar aktiviti dia hilang, so tak kerap memang palsu ye.



Jubah Aryana dari Jubah Souq, shawl Siti Maryam dari Suci By Yatt Hamzah.

37 minggu sudah. Masa ni dah nervous sikit-sikit. Hari-hari memang alert dengan tanda nak bersalin. Kencing pun makin kerap. Mummy sempat jugak google tanda-tanda awal bersalin, kebanyakannya mummy ada. Fuh takut pun ye. Antaranya perut memulas macam nak berak tapi tak berak pun. Tekak loya (ni sebab baby dah tekan organ-organ dalaman kita). Ni semua datang sekali dengan pakej contraction palsu tu. Mama balik dari umrah pun kata perut mummy dah turun.

Tidur pun tak lena. Sebabnya kerap tukar posisi tidur, nak tukar pun punyalah seksa, perut dah berat sangat kan. Tengah malam pulak sebelum tidur baby kerap mengeras dan bergerak terutamanya bahagian bawah tu sampai buat mummy ngilu, sakit ngan terus rasa nak terkencing. Kalau time kerja duduk lama-lama, nak bangun tu kena take time sebabnya akan sakit kat bawah perut, so jalan pun terkengkang-kengkang dan ofkos slow je. Tapi kalau dah memang berdiri takde masalah, jalan pun ok.

Guarantee Letter (GL) mummy pun dah siap, kalau sebelum ni mummy decide nak bersalin di hospital swasta je iaitu kat Hospital Pakar Al-Islam di Kg Baru tu, tapi bila dah ada GDM ni terusla tukar fikiran bersalin kat gomen, sama tempat masa bersalinkan Zahra iaitu kat Hospital Ampang. Kalau kat gomen tu sah-sah free kalau ada apa-apa komplikasi dan baby diletakkan di NICU. Kalau swasta semua tu caj lain. So kita simpan duit, insyaAllah ada rezeki lain mummy nak bersalin kat swasta. Kali ni pun mummy dapat kemudahan 1st class iaitu bilik seorang, tapi kalau gomen ni faham-faham je lah kan. Kalau ada, syukur, takde pun takpe. Asal selamat bersalin sudah. Aminn..

Mummy pun dah hantar borang cuti awal dan cuti bersalin. EDD 9 Mac tapi mummy start cuti 4 Mac. Kali ni pun mummy nak cuti 3 bulan, so mummy ada balance lagi 120 hari je cuti bersalin. So lepas ni kena mintak cuti 2 bulan je la, kalau nak tambah kena minta cuti, kalau nak lamaaa minta cuti tanpa gaji.

Oh ye, cek kali ni berat mummy turun 1.5kg dalam masa seminggu. Berat turun tu pun salah satu tanda awal bersalin gak tu. Tapi syukur berat baby naik. Nurse pun duk tanya takde sakit-sakit lagi ke kak. Ada tapi main-main je sakitnya. Huhuhu. 

Satu lagi, masa ni kami buat maternity photoshoot dengan The Photolicious di Pantai Kelanang kat Morib. Nanti kita citer lain hari ye. Tengok hari-hari takdelah kembang muka tu, bila tengok dalam gambar hidung da kembang, bibir dah tebal. Memang tak lama tu kata orang tua2.

Oklah nanti kita sambung lagi. Wassalam...







3 comments:

  1. Souqmama.com is a one stop mother shop to purchase spoils in dubai from top infant shops dubai. You can get infant items, for example, souq mama, infant boutique, strollers in dubai and infant dresses dubai with best costs.

    ReplyDelete
  2. thank you mummy for your sharing.. saya baru 5 bulan, tp maklumat di atas sgt bernilai.. :) doakan agar dpmudhkn buat saya ^^

    ReplyDelete
  3. Terima kasih sebab share.. walaupun tgh menanti anak ketiga, tp nervous dan still terasa mcm kena sentiasa update ngn ilmu kehamilan ni :D

    ReplyDelete