Assalamualaikum.
Okay kita sambung entry jalan-jalan pantai timur. Lama sungguh tertangguh sampai takut mummy terlupa je nih.
Hari kedua Isnin (29 Sept) bangun pagi-pagi kami bergerak ke Kemaman untuk cari sarapan. Punyalah susah nak kejutkan anak dara ni. Babah bukak youtube lagu Let It Go baru dia bangun, siap nyanyi sekali tak mamai pulak tu. Mula-mula babah bukak upin ipin tapi tak bangun-bangun jugak. So kami semua dah siap mandi, Zahra je tak mandi takut kedai tutup.
Kami ke Kedai Kopi Hai Peng dekat Kemaman tu, nasib baik bukak lagi untuk sarapan. Cuma yang bungkus-bungkus kecil molek macam nasi lemak, nasi dagang tu dah habis, tinggal bihun goreng je. Yelah sampai pun dekat pukul 11. Tapi yang syoknya orang tak ramai. Tauke dia pun peramah.
Mummy order sandwich telur kongsi ngan Zahra, babah order roti bakar 2 set ngan telur separuh masak. Mama pulak order nasi lemak. Boleh tahan jugak sedap makanan dia. Oklah not bad.
Bukan nak makan roti telur, habis dia pau roti bakar cicah milo babah punya. Tapi makan sikit je, yang lain pau timun nasi lemak nekwan dia.
Selesai sarapan, kami balik ke hotel dan bawak Zahra mandi kolam. Setel mandi kolam, balik ke bilik mandi sekali lagi, kemas apa yang patut pastu kami terus cek-out.
Kami teruskan perjalanan ke Kemaman untuk makan tengah hari kat situ. Kalau tak pekena satar ngan otak-otak kat Warung Aziz Satar kat sini memang tak sah kan. Kami pun gigihlah mencari guna waze ngan google map lagi.
Pun sampai orang tak ramai sebab masa tu pun baru start lunch hour. Babah amek bape cucuk tah satar. Dia abiskan semua, mummy makan satu je sebab pedas. Terasa cili padi dia. Mummy order pulut panggang. Inti dia isi ikan. Memang sedap. Mama pulak ambil beberapa pais apa tah tak ingat. Harga total memang agak mahal jugaklah.
Nampak tak pinggan besar tu. Selain satar, otak-otak dan pais, warung ni pun jual lauk-pauk untuk makan tengah hari. Ada jugak jual goreng-goreng tepung, laksam dan laksa.
Bila pinggan da besar mesti isinya pun penuh gak kan. Tapi mummy tak isi penuh pun. Mata naik juling tengok lauknya. So just ambil nasi, sayur goreng, ayam goreng (utk Zahra) ngan sambal ikan bawal. Harganya berbelas ringgit (tak ingat).
Habis makan, kami ke Zoo Mini Kemaman pulak. Sampai je terfikir bukak ke tutup, ada orang ke tak ni. Macam hidup segan mati tak mau. Errr jangan marah eh. Mungkin sebab kami datang hari kerja so memang tak ramai/tak ada orang datang nak melawat zoo. Hahah.
Tiket untuk masuk dewasa RM10, kanak-kanak bape tah. Kenkawan boleh google untuk tengok price dia eh. Mummy malas nak google+tak ingat. Short term memory betul tetengah preknen ni. Sampai je kami pun tunggu tren untuk masuk ke dalam zoo tu. Campur kami ada 2 family je yang naik tren yang panjang tu. Hahaha.
Tapi yang bestnya zoo kat sini ialah kita boleh tengok haiwan tu dekat sangat. Meh tengok gambar meh.
Bagi kitorang zoo ni better than Zoo Negara kat KL tu. Huhu. Sebabnya haiwan boleh tengok dekat-dekat dan adalah haiwannya kan. Kalau kat KL tu mana tah rimau ni, tido ke apa ke. Zahra pun enjoy tengok binatang cuma tak laratnya asyik nak dukung sebab takut.
Setel Kemaman, kami teruskan perjalanan ke Kuala Terengganu pulak. Adalah dalam 2-3 jam perjalanan. Dari Kemaman, kami lalu Besut, Dungun dan dalam perjalanan tu mummy tak ingat kat area mana (tak ingat lagi..hmppphh) banyak kat tepi jalan orang jual kacang rebus ngan jagung rebus.
Kami apa lagi memang mummy suruh babah berhentilah beli kan. Pastu ternampak pulak sign board roti paun. Laa kat sini ke kedainya. Ada la mummy baca blog kata roti paun Tganu ni memang sedap dan lembut.
Kami beli dua bungkus je, perisa kaya dan marjerin. MasyaAllah sedap dan lembut. Sebuku abis sekelip mata dalam kereta. Mulalah menyesal beli dua je. Dahla murah (errr tak ingat jugak..) Balik KL memang tak lalu sini so takpelah pendam je la hasrat tu.
Akhirnya sampai jugak ke Primula Beach Hotel dekat-dekat nak Asar. Hotel ni sebelah Pantai Batu Buruk. Tapi pantainya tak secantik pantai kat Cherating tu.
Kami rehat, mandi, baring-baring. Lepas maghrib kami ke Ikan Bakar Kuala Ibai untuk dinner. Tak sempat nak snap gambar sebab kemalasan. Hahaha. Makanannya oklah, kami order sup tulang, sotong goreng tepung dia sedap. Lagi kami order ikan siakap tiga rasa. Malam tu babah pun ajak kawan dia Kosmo biro sana join kami makan.
End of day two. Jumpa entry berikutnya ye. Wassalam.
Alhamdulillah, sejuk hati mummy tengok. Hehehe.