Nuffnang Ads

Monday 20 May 2013

Tepung atta dan pasta for baby (8-10 bulan)




Assalamualaikum.

Tepung dan pasta boleh diperkenalkan kepada bayi anda bermula 8 hingga 10 bulan. Tapi untuk Zahra mummy start agak lambat iaitu 11 bulan. Sebab banyak sangat makanan yg Zahra kene pass dulu before bagi makanan berasaskan tepung dan pasta ni.

Tepung pulak bukan sebarang tepung. Kalau boleh elakkan bagi tepung gandum biasa yang kita makan tu sebab tepung tu dah melalui proses pemutihan dan pelunturan. Tak sesuai untuk bayi. Jadi tepung yang sesuai ialah tepung atta yang orang India buat capati tu dan juga tepung unbleached yang boleh dibeli di kedai2 esp kat bahagian organik..Mummy dapat ilmu ni pun dari group HSFFYB dalam FB (tapi group tu da tutup sebab banyak sgt plagiat dan tak kredit langsung HSFFYB..kesian mummy2 kat situ yang susah payah cipta resepi dan kumpul ilmu..huhuhhu..tp ada fanpage iaitu HSFFYB group namanya..leh klik like di situ dan bolehlah tanya soklan di situ).

Pasta pulak ada jual baby pasta iaitu pasta yang kecik2 bentuknya..mummy tak jumpa baby pasta tapi jumpa pasta alphabet yang kecik2 so sgt sesuai la takyah nak lenyek2 lagi sebb da mmg kecik.

So jom layan antara resepi pasta dan tepung for baby...ia juga boleh dijadikan finger food..biasanya mummy buat untuk sarapan..untuk minum petang pun sesuai :)




Pancake jagung (resepi dari mummy di HSFFYB):

Bahan-bahan:

Sebiji telur gred B (asingkan putih dan kuning n make sure anak da pass telur ye)
3/4 cawan tepung atta
1/2 cawan fresh milk (untuk setahun ke atas) atau yogurt+air atau susu fm
1 sudu besar minyak zaitun
Jagung (boleh ganti dengan sebiji pisang lenyek atau apa2 puri buah)

Cara-caranya:

Pukul putih telur sampai kembang, ketepikan.
Campurkan kuning telur dan susu, kacau. Kemudian campur tepung, kacau.
Masukkan putih telur yang gebu tadi dan jagung.
Masukkan minyak kacau.
Masak atas non stick pan.siappp



Gambar ke-2 pix atas tu pulak pancake puri prune..mummy just tambah puri prune 1 kiub..Yang sebelah tu baked pumpkin finger. Sedap sangat..Jap mummy tepek resepi.

Baked pumpkin finger:

Potong labu bentuk jejari, gaulkan dengan minyak zaitun, bakar dalam oven 180 darjah..siapp...mummy ngan babah makan pun sedap.Manis sangat..sesuai untuk finger food.




Cucur bawang+kentang+ikan bilis

Bahan-Bahan:

Tepung atta
Kentang separuh (potong kiub dan stim kejap utk lembut, jangan stim lama2 takut terus jadi mashed potato)
bawang besar+ikan bilis (tumbuk)
Lada sulah sikit

Cara-cara:

Gaulkan semua bahan dan goreng dalam sikit minyak.
Masa ni mummy tersilap sebb tak rebus or kukus kentang so kentang dia agak keras. Kalo goreng minyak banyak for sure kentang tu cepat empuk kan. Tapi guna minyak sikit so agak lama dia nak masak.Sudahnya Zahra tak makan yang kentang. So after this kene rebus kejap. Oh ye kalo nak masukkan serbuk kunyit skit dan daun sup pun boleh. 



Gigih mengunyah kentang yang keras sampai pakai 2 tangan..heheh kesian Zahra.




Yang ni pulak macaroni and cheese. Tapi Zahra tak suka and mummy pun dah tak ingat resepinye..heheh..mommies leh la google untuk dptkan resepi mac n cheese for baby yer..

Yang sebelah tu cucur kurma. Senang sangat nak buat. Tepung campur puri kurma gaul2 letak air skit, goreng guna minyak yang sikit.



Cucur kismis dan jagung

Hancurkan kismis dan jagung, campurkan tepung atta dan susu FM sesudu, tambah air skit dan goreng dalam minyak yang sikit.




Keria labu

Campurkan puri labu (ataupun kukus labu dan hancukan), tepung dan sikit air. Bentukkan dan goreng minyak sikit.

* Boleh tukar labu dengan keledek atau kentang




Red Snapper Carbonara (resepi google website omputih)

Bahan-bahan (agak2 je ye):

Unsalted butter
tepung atta
Susu FM
Keju cheddar yang diparut
Isi ikan merah
Bawang besar dipotong dadu
Minyak zaitun

Cara-caranya:

Tumis bawang hingga kekuningan guna minyak zaitun, masukkan isi ikan ketepikan.
Cairkan unsalted butter, masukkan dalam sesudu tepung atta, kacau.
Masukkan susu dan kacau cepat2 supaya tepung tak berketul.
Masukkan keju sampai cair.
Masukkan semula bawang dan isi ikan yang digoreng tadi.
Hidang bersama pasta yang sudah direbus.

*Boleh ganti ikan dengan ayam atau daging.
*Cara buat sos carbonara ni sama mcam buat white sos





Beef bolognese

Bahan-bahan:

Bawang besar
Bawang putih
Daging yang dicincang
Unsalted butter
Pasta
Sayur-mayur (mummy guna carot ngan kacang peas)
Homemade tomato sauce (nanti mummy tunjuk cara nak buatnya)
lada hitam

Cara-caranya:

Rebus pasta, ketepikan.
Tumis bawang besar dan putih dengan unsalted butter, masukkan daging.
Masukkan sayur-mayur (yang keras masuk dulu).
Masukkan homemade tomato sauce, tambah air skit.
Masukkan lada hitam.
Hidangkan bersama pasta



Chicken Pot Pie:

White sauce:
2 sudu unsalted butter
2 sudu tepung atta
1 cawan susu FM

Panaskan butter guna api kecik, masukkan tepung kacau-kacau then masukkan susu sikit-sikit sampai pekat dan tak bergentel, tutup api, ketepikan.

Filling:

Ayam (boleh tukar ikan atau daging), bawang besar, lobak (celur) dan kacang peas (celur)

Tumis bawang, masukkan ayam, masukkan lobak dan kacang peas, masukkan white sauce, kacau hingga masak.

Topping:

Kukus atau rebus kentang, dah masak lenyekkan dengan 1/2 caean susu (masukkan sikit demi skit jangan cair sangat), masukkan filling dalam remekin, tutup dengan ubi kentang dan letak keju cheddar yang dah diparut ke atasnya. Bakar 180 darjah celcius 20 minit hingga perang.

Yang bawah gambar pie tu adalah cheesy banana fritters..canggih tak nama dia..hahaha..

Cara-caranya:

Potong pisang kecik2. Jangan guna pisang yang masak sgt takut hancur ketika menggoreng nanti. Panaskan sedikit minyak atau cairkan sedikit unsalted butter. Letak pisang, terbalikkan, kemudia tabur keju yang dah diparut. Da cair skit terus angkat. Siap untuk dihidang.

Oklah mommies..selamat mencuba ye resepi2 ni..Wassalam.



15 comments:

  1. singgah sini lagi, tengokmresepi baby,...mekasih kongsi..nanti uumi irfan datang lagi..=)

    ReplyDelete
  2. banyaknye resepi kt sini. tq sharing. asyik2 bekalkan bubur nasi n puri kt afham. boleh la sy cuba resepi kt sini pulak. :)

    ReplyDelete
  3. hehe nak tumpang tye la. tepung attar n pasta abc tu linda beli ktne yer? sy try gk cari kt giant tesco tak jmpe pulak. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya beli kat jusco..cari tepung atta kat bahagian tepung, pasta abc tu kat bhgn spagethi takpun try cari kat bahagian organik dlm jusco tu

      Delete
  4. Baked pumpin finger tu bkr bape lame ek? Nape saye buat labu jd lembik sgt mcm puri dh, uuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bakar kejap je dalam 5 minit or less..kene tengok2 jugak takut terlembik

      Delete
  5. nak buat jugak la ..tq for sharing..

    ReplyDelete
  6. Jagung tu sis guna jagung apa? Jagung dlm tin or jagung yg kene rebus dulu tu?

    ReplyDelete
  7. sis sy kongsi yea :) sgt menarik . tepung attar rasa testur mcm berat berbanding tepung gandum . sy pernah bt pizza guna tepung attar bby x nk mkn . mgkin decor x menarik kot hehe.

    ReplyDelete
  8. tq mommy sbb sudi share bermacam resepi ni. Bb saya masuk 1 year ni susah nak makan, so nak try resepi2 ni. Tq :)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum sis.. nak tanye.. selain tepung atta.. ade pilihan tepung lain tak yg boleh diberikan untuk baby? baby umur 10 now..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tpg gandum unbleached..biasa brand faiza

      Delete