Nuffnang Ads

Sunday 23 June 2013

JJCM : Ayam Penyet Pecel Lele

Assalamualaikum...

Segmen makan-makan hari ni mummy nak cerita pasal ayam penyet. Pertama kali mummy makan hidangan ni kat restoran waroeng penyet di The Curve, Damansara. Kat situ memang sedap especially dia punya crumbs tu..yang tepung kat ayam tu. Rangupp.

Lepas tu banyaklah kedai ayam penyet tumbuh kat KL ni, dari yang original Indonesian termasuklah dari warung orang Melayu. Ayam penyet ni mummy tak sure asal kat belah mana di Indonesia. 

So kali ni mummy nak cerita pasal kedai Ayam Penyet Pecel Lele yang terletak di Kampung Baru. Kedai ni kawan ofis mummy yang kenalkan. Rasanya bolehlah, sambal hijau dia memang pedas. Bagi tekak mummy 3 bintang kot.


Keadaan dalam kedai, dah banyak improvements dah kedai ni, dulu kayu je skang ni da jadi batu. Eh betul ke ayat ni. Orang yang datang makan pun ramai.



Sila fokus kat tempat lampu atas tu, dia guna besen. heheh, dulu lagi banyak recycle items yang diubah suai jadi perhiasan.


Mummy order pecel lele. Ada nasi, sambal hijau, ulam dan sup. Tempe dan tahu asing. Harga RM5.50


Tu dia penuh meja. Ada ayam penyet, pecel lele, tahu tempe goreng, sup tulang. Nyumsss..

Sesiapa yang nak rasa ayam penyet dan pecel lele kat kedai bolehlah ke sana. Kalau dari petronas Kg baru tu masuk simpang yang ada banyak kedai makanan arab, then belok ke kanan, terus lagi, kedai ni depan kedai Celcom.

Selain ayam penyet dan pecel lele, ada bermacam-macam sup, termasuk sup perut, sup lidah..erkkk..

Satu lagi kedai ayam penyet yang mummy suka ialah Ayam Bakar Wong Solo, pun terletak di Kampung Baru, depan masjid jamek, sebelah hospital Kampung Baru. Bagi mummy kat sini lagi nyummsss la. Walaupun ada orang tak suka sebab nasi dia lembik, sambal dia walaupun pedas tapi manis. tapi mummy suka.



Ayam penyet, ada sambal kat atas ayam tu. Harga 1 set ngan air mineral RM10.90


Nilah sambal dan kicap yang manis dan pedas..nyummsss..

Mummy suka pecel lele kat sini, rangup gila n rasa skit rempah yang salut kat ikan tu, ada jugak empal sapi, mcam daging dendeng la. Selain kat Kampung Baru, kedai ni ada cawangan kat area Ampang. Belakang Galaxy Ampang.

Oklah, selamat berjjcm.

Wassalam :)

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete