Nuffnang Ads

Friday 8 November 2013

Lollipop Chocolate



Assalamualaikum semua.

Nampak tempting tak lolipop kat atas ni. Ini adalah cubaan pertama mummy  buat lollipop coklat. Mummy buat ni pun untuk wedding mummy, untuk diberi kepada budak-budak.

Cara buatnya sangat senang. Memula mummy guna acuan lolipop coklat yg oreo punya tu..tapi hasilnya tak menarik langsung, biskut terkeluarlah, coklat terlebih la, senget benget lah.

So mummy pun google cane nak buat lolipop ini dengan cara mudah. Jadi kaedahnya adalah bukak biskut oreo tu, celupkan batang lolipop dengan sedikit coklat dan letak di tengah-tengah biskut yg dibuka tu kemudian tutup rapat untuk coklat tu melekat dengan krim dan biskut, kemudian masukkan dalam peti ais sebentar.

Bila da keras skit dan rasa macam tak tertanggal dah batang lolipop tu bolehlah celup biskut tu dengan coklat. Masuk dalam peti ais kejap dalam 5-10 minit. Keluarkan dan celupkan di bahagian atas biskut tu sedikit dengan coklat pelbagai warna atau coklat putih yang diletak pewarna dan taburkan manik gula warna-warni. Masukkan dalam peti ais lama skit dalam 15-25 minit.



Bila da keras bolehlah dikeluarkan dan dibalut dengan plastik siappp..senang kan. 



Yang ni pulak lollipop daripada bubble rice yang dicelup coklat. Yang ni pun sangat senang. Mummy buat ni masa birthday Zahra setahun. Kejap je habis.

Mula-mula, cairkan coklat, yang ni mummy guna coklat susu, coklat putih perisa strawberi dan coklat putih yang diwarnakan dengan pewarna biru. Biar nampak menarik untuk budak-budak kan.


Kemudian masukkan bubble rice dalam coklat tu, kaedah mummy ialah lebihkan bubble rice daripada coklat supaya nampak timbul-timbul bubble rice tu, coklat tu just untuk lekatkan dia je.


Bila da sebati, masukkan dalam acuan lolipop oreo. (Nampak gambar kat atas tu..kat belah belakang). Masukkan sikit kemudian masukkan batang lollipop yang dicelup dengan coklat sikit, dan tutup balik dengan bubble rice tu penuh-penuh.


Masukkan dalam peti ais sampai keras, kemudian bolehlah dibalut dengan plastik. Siap.



Yang ni pula mummy buat untuk kenduri akikah anak kawan mummy. Dia mintak dah last minit, so mummy cari idea lagi macam mana nak buat dengan kaedah yang paling senang. So terjadilah begini, freehand, free style katanya. Rupa-rupanya coklat macam ni dipanggil coklat bark, bila diletak batang lollipop jadilah coklat bark on stick. Kelas takk.. Hahaha


Mula-mula letak sedikit coklat susu yang dah dicairkan, kemudian coklat putih diatasnya, dan akhir sekali coklat hitam di atasnya, terpulanglah nak campur boleh, tak nak pun boleh, suka hati. Oh ye pastikan alas dengan kertas minyak dulu so tak banyak keje nak sental loyang tu.


Gunakan hujung pisau, atau lidi dan ratakan coklat tu. Mummy buat kaedah pusing-pusing. Agak-agaklah nak coklat besar mana. Mummy buat ni ada saiz M, tetiba ada saiz L plak.


Kemudian letakkan batang lollipop ditengah-tengah sambil pusingkan batang tu supaya dilitupi oleh coklat.


Akhir sekali taburkan di atas coklat dengan apa sahaja yang anda suka. Mummy letak, manik gula warna-warni, colourful rice dan biskut oreo yang dihancurkan. Oh ye tidak ketinggalan jelly bean, nak letak kekacang pun boleh, letak gula-gula yang diketuk-ketuk pun boleh.

Masuk dalam peti ais sehingga keras.


Dah siap bolehlah dibalut dengan plastik dan hiaskan dengan reben. Sebab ni baby boy so mummy pun letak reben biru. Rupa-rupanya memang kaler tema biru. Akikah pun ada kaler tema ek. Hehehe

Kepada sesiapa nak tempah dipersilakan, harga memang rendah dan boleh dibuat mengikut bajet yang diberi. Wassalam :)






6 comments:

  1. comel la lolipop nih..kreatif..

    ReplyDelete
  2. salam. nak tanye mne nak cari rice buble tu ye? kat care4 ke ade ke?

    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat kedai bakery..kedai yg jual brg2 nak buat kek ada

      Delete
  3. salam, nak tanya. mana nak beli batang lolipop tu yer? kedai bakery ada ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kedai bakery ada..kedai yang jual barang plastik mcm tupperware pun ada

      Delete