Nuffnang Ads

Monday, 13 January 2014

Hempedu babah dibuang akibat batu karang

Assalamualaikum.

Pada 15 Disember lepas babah dimasukkan ke hospital akibat sakit perut yang sangat-sangat. Babah mengadu sakit perut dua hari lepas sebab perut kosong, pastu makan mee kari mummy masak yang terpedas. Sudahnya malam tu babah takleh tidur sebab sakit perut. Mummy pun berjaga sebab tolong urut belakang babah. Bila babah minum air panas sakit tak reda, mummy suruh babah minum ubat daun belalai gajah tu. Lepas urut dan makan ubat, sakit babah lega dan babah terus tertidur. Esoknya bangun pagi dah tak sakit dah. Sorry babah sebab masak terpedas. Kadang-kadang mummy terlupa untuk jaga pantang makan babah sebab sakit batu karangnya datang dan pergi.

Ahad tu mummy kerja petang dan babah hantar pergi kerja. Malam tu babah whatsapp mummy kata sakit perut. Mama dah urutkan tapi tak reda jugak, mummy call pun babah tak larat sangat. Dalam pukul 10 babah pergi ke hospital sendiri sebab sakit sangat. Babah ke hospital KPJ Ampang Puteri tapi ramai orang pulak. Then babah ke Hospital Pantai Ampang kat Pandan Indah. Kat situ memang takde orang. Babah terus ke bahagian Kecemasan, dan doktor kata babah kene masuk wad malam tu jugak. Alamak macamana mummy nak balik sebab kereta tak ada. Nasib baik babah ada minta tolong kawannya untuk ambil mummy balik dari kerja dan hantar ke hospital untuk bawak kereta balik. Sebelum balik, mummy bagitau oc untuk minta cuti kecemasan sebab babah kata dia kene buat pembedahan esok jugak.


15 Dis (Ahad)
---------------
Mummy sampai ke Hospital Pantai Ampang pukul 12 lebih tengahmalam. Babah tengah terbaring sambil tangannya didrip. Babah suruh mummy balik tapi mummy nak tunggu sampai babah selesai masuk wad. Babah kata lambat sebab nak tunggu ubat habis baru masuk wad. Oklah mummy balik dan akan datang esok pagi-pagi.


16 Dis (Isnin)
--------------

Mummy sampai dalam pukul 11 lebih sebab dari rumah mama, mummy balik ke rumah Ukay Perdana sebab nak packing barang babah dan barang mummy ngan Zahra yang akan tidur di rumah mama sementara babah warded. Mummy sampai babah tengah tidur. Mummy suruh babah mandi. Lepas makan tengahari, babah dibawa ke bilik scan untuk scan perut babah. Mummy ikut tapi tunggu kat luar je lah. Keluar je dari bilik babah buat lawak kata 'dapat anak kembar'. Hahah..kemudian kami naik ke bilik dan tunggu result scan.

Doktor yang merawat babah dan akan operate babah, Dr George datang dan periksa babah. Baik doktor ni, bagi penerangan sangat detail. Doktor tanya bila awak nak buat operation, babah jawab esokla doktor, lagi lambat lagi sakit tu datang dan pergi. Doktor kemudian terangkan prosedur yang akan dibuat esok. 

Doktor kata operation start pukul 9 pagi dan akan ambil masa lebih kurang satu jam. Mummy kira-kira sempat kot mummy pergi kerja sebab masuk pukul 12 walaupun jauh di sudut hati macam nak mintak EL lagi, tapi nanti apa kata bos sebab kata nak operate hari ni tapi esok pulak.

Tak lama lepas tu bos mummy sms tanya babah macam mana dan nak bagi mummy off straight seminggu. Alhamdulillah. Bolehlah mummy tunggu babah dan jaga babah sepanjang di wad.

Lepas Asar, mummy balik untuk ambil mama dan Zahra melawat babah. Mummy nampak air mata mama bergenang, mungkin sebab teringatkan arwah abah. Zahra pulak mula-mula senyap je tengok babah drip sebab dia teringat kot masa dia warded dulu. Kejap je lepas tu bosan main lari-lari keluar masuk wad. Pukul 9 kami pun balik.



17 Dis (Selasa)
---------------


Mummy sampai ke hospital pukul 8.30 pagi. Babah dah siap pakai baju untuk pembedahan. Mummy sempat beli kuih 3 biji untuk alas perut. Kemudian nurse datang dan kata kejap lagi akan ke ops theater. Sebelum babah dibawa ke bilik pembedahan, mummy peluk, cium dan cium tangan babah sambil pesan kat babah agar selawat sepanjang masa.

Mummy tunggu di luar bilik, kat depan lif. Sambil tu mummy jalan-jalan kat area level 1 tu. Ada bilik menunggu untuk keluarga yang menunggu waris jalani pembedahan, kat situ pun ada wad bersalin. Ada toilet tapi pintunya dikunci, boleh?? Bosan tunggu depan lif, mummy masuk ke bilik menunggu dan berborak dengan sorang kakak yang sedang tunggu anaknya jalani pembedahan jari kaki. Bila anak kakak tu da setel mummy duduk kat luar pulak. Haihla doktor kata satu jam ni dah dekat pukul 11. 

Bila ada sorang petugas masuk bilik bedah tu mummy tanya abang tadi dah setel ke belum, dia kata dah kot doktor tengah periksa. Oh lega, mummy dah nervous bila dah dekat 3 jam tak selesai-selesai lagi.

Pukul 12 lebih, babah ditolak keluar dari bilik pembedahan. Alhamdulillah, semua selesai, babah pun sesekali bukak mata, nurse bagi mummy batu karang yang dikeluarkan dari hempedu babah. Mak aihhh besarnya..macam guli.


Nurse pun bagi satu CD, mummy ingatkan still photo, rupanya video pembedahan babah. Mak aih ada jugak ke. Sampai ke wad babah terus rehat dan tidur. Bila babah bangun dia mintak air. Lunch pun dah ada tapi mummy tak tau boleh makan ke tidak. Mummy tanya nurse dan nurse kata kalau babah minum air tak muntah boleh makan. Lepas minum babah tidur, so mummy makan sikit la lunch babah, nasi dengan kurma ayam. Babah bangun terus makan habis pulak tu. Kesian ye lah dari tengah malam puasa kan.


Mummy tanya babah nak mummy tidur sini ke teman babah. Babah kata ok. Mummy nak tolong kalau babah nak apa-apa, nak kencing ke. Tapi guna kaedah endoskopi apa tah nama dia pesakit memang cepat baik. Petang tu babah dah boleh berjalan dan bangun macam biasa. Eh mummy tak payah tidur pun takpe kot. Tapi takpelah mummy teman babah jugak.

Lepas magrib mummy balik dan ambil mama dan Zahra. Mummy sampai ke hospital, kawan-kawan ofis babah datang melawat. Siap tengok video pembedahan tu lagi, ngeri pulak. Melalui kaedah pembedahan tu, perut babah ditebuk empat lubang, dari lubang tu forsep, kamera dan klip dimasukkan. Lepas hempedu babah dibuang, doktor masukkan satu kantung melalui lubang tu untuk isi hempedu. Masa nak keluarkan hempedu tu bukan main payah nak keluar.

18 Dis (Rabu)
--------------

Bangun pagi, lepas mandi babah ajak jalan-jalan kat hospital. Doktor pun pesan suruh banyak berjalan agar luka pembedahan pulih cepat. Kami jalan ke luar nak breakfast kat warung sebelah hospital. Mummy makan nasi lemak babah makan nasi goreng tak pedas sikit jer.

Kami balik semula ke bilik dan tengahari tu Dr George datang dan kata babah boleh discharge. Alhamdulillah. Doktor pesan boleh makan macam biasa tapi kena kawal pengambilan lemak dan minyak yang akan bentuk kolesterol. Tahap kolesterol babah tinggi sehingga menyebabkan pembentukan batu karang. Hempedu dah takde so peranannya yang memproses jus lemak dan minyak akan diambil alih oleh hati. Sebab tu kena kawal supaya hati tak overwork pula nanti.
   

Setelah semua urusan bil dan ubat selesai, pukul 8 malam lebih jugak baru boleh discharge. Bil babah RM7k++ tapi semua ditanggung oleh insuran company babah. Doktor bagi babah MC sehingga 31 Dis. Dan datang balik untuk pemeriksaan susulan pada 31 Dis tu juga. Bahagianya bila discharge. Hari tu kami tidur di rumah mama semalam sebab mama nak jaga babah dan masakkan untuk babah, sup ikan merah tanpa garam. 

Kesan lepas pembedahan, babah cepat buang air, setiap kali makan je mesti tak tahan nak poo poo punya. Mungkin ini salah satu sebab hempedu dah takde.

31 Dis (Selasa)
---------------

Babah, mummy dan Zahra sampai ke hospital kira-kira pukul 11 pagi. Dalam 30 minit tunggu baru babah dipanggil masuk. Doktor cabut benang yang tak tercantum lagi pada kulit babah dan serahkan laporan kesihatan dan post mortem pada hempedu babah. Pemeriksaan mendapati hempedu babah mengalami keradangan akibat sakit yang dah lama. Yelah bayangkan sakit bulan Ogos, bulan Disember baru operate tu pun sebab dah tak tahan sangat. Lepas ni kami berdua akan jalani kehidupan yang lebih sihat dan amalkan pemakanan yang seimbang. Salah satu azam tahun baru kot.. InsyaAllah.

Setakat ini sahaja, wassalam :)



29 comments:

  1. Alhsmdulillah..
    Semoga hubby awak cpt sembuh ye..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..semuanya selamat. Mak nadt dulu pun penah operate buang hempedu sbb batu karang jugak. Pstu memang kena pantang jaga makan. Makan santan xble da, ganti guna susu cair klu nak masak kari ke, masak lemak ke. Makan goreng2 pun kena kurangkan. Byak makan lauk bakar or kukus je. Anyway..moga ur hubby cepat recover.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yeke..ada kesan sampingan tak kat badan mak nadt macam cepat letih ke apa ke

      Delete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. Kejap mummy kejap mama , pening bace jap :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. mummy tu saya..mama tu mak mertua..hehehe

      Delete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum kak, sy baca blog akak dulu husband ada batu karang kidney juga kan? Yg tu tak perlu buang dan hilang sendiri ke?

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum kak, sy baca blog akak dulu husband ada batu karang kidney juga kan? Yg tu tak perlu buang dan hilang sendiri ke?

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum kak, sy baca blog akak dulu husband ada batu karang kidney juga kan? Yg tu tak perlu buang dan hilang sendiri ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kidney takde..batu karang dia kat hempedu je..operate utk buang batu..hempedu pun dibuang sebab penuh dengan batu

      Delete
  16. Doakan sy sama.. Jumaat 30/10/15 sy nak op buang henpedu... Tq share kisah ni... Bg motivasi pada sy.

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum sy baru seminggu operation. Batu sy hampir setengah dr botol tu. Plg besar sebesar duit sepuluh sen. Mmg pelik sbb sy seorang yg aktif. Amalkan diet yg sihat dan kolestrol x tinggi. Kalau report blood test semu cantik tp Allah nak bagi sy ujian😊 Supaya sentiasa contact Dia😍
    Arini nak pergi buka jahitan. (Semaam memandai buka sealed tu sendiri🙈) harap xde infection.

    ReplyDelete
  18. Thnx for sharing. I google coz a few my fren kna mcm ni.. Ada yg advise kurgkn mknn yg berkari sbb salah satu pnca adlh mknn kari, well kt utara kan hehe..

    ReplyDelete
  19. Salam,
    Buang hempedu buat Laproscopy (tebuk) or Open Surgery ye (belah perut) ?

    ReplyDelete